Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Taman perumahan

komuniti 团体
Komuniti Taman Taynton View

Xiao Lim dan keluarganya tinggal di Taman Taynton View. Mereka


telah dijemput untuk menyertai Komuniti Taman Taynton View.
Komuniti itu telah ditubuhkan apabila taman ini siap dibina. Mereka
telah bersetuju.

Komuniti ini telah menganjurkan pelbagai jenis aktiviti yang


menarik. Salah satu aktiviti tahunannya ialah Hari Keceriaan Taman.
Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan di samping membersihkan kawasan persekitaran taman.

Xiao Lim dan keluarganya akan menyertai Hari Keceriaan Taman


pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan pada hari
tersebut. Misalnya, membersihkan longkang, memasang papan tanda,
menanam pokok, menyiram pokok bunga, mengutip sampah dan
sebagainya.

Xiao Lim berasa gembira kerana dia merupakan sebahagian


daripada komuniti tersebut. Dia berharap agar komuniti ini dapat
dikekalkan dan terus mengukuhkan hubungan kejiranan dalam kalangan
penduduk di taman.

1. Komuniti – (keseluruhan) orang yang tinggal di sesuatu tempat


2. ditubuhkan – dibentuk
3. bersetuju – ada pendapat yang sama
4. tahunan – diadakan pada setiap tahun
5. mengeratkan hubungan – hubungan menjadi baik
6. dilaksanakan- dilakukan
7. memasang – meletakkan sesuatu di tempat tertentu
8. dikekalkan – tidak berubah selama-lamanya
9. mengukuhkan – mengeratkan, meneguhkan, menguatkan
Bina ayat

1. menyapu
2. mencuci longkang
3. mengutip sampah / mengumpulkan sampah
4. menuangkan air
5. menggali lubang
- daun-daun kering
- gugur
- berus
- persekitaran
- memasukkan
- mengelakkan
- membiak
- menimbus

You might also like