Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Namun, Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960), telah dijadikan asas penggubalan Dasar

Pendidikan Kebangsaan. Dasar yang penting dikemukakan oleh kedua-dua laporan tersebut telah
termaktub ke dalam Akta Pelajaran 1961. Tahun-tahun selepas kemerdekaan Tanah Melayu sehingga
tahun 1970 dianggap sebagai era penyusunan semula sistem pendidikan bukan sahaja di Semenanjung
tetapi juga di Sabah dan Sarawak (Sufean Hussin, 2004). Tahun 1970 sehingga 1990 pula dianggap
sebagai era pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan bagi mencapai hasrat pendidikan yang
berkualiti dan kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial. Dalam masa yang sama Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1989 telah
dilaksanakan bagi tujuan peningkatan kualiti 2 pendidikan di negara kita. Menurut Sufean Hussin (2004),
tahun 1990 sehingga 2010 merupakan era globalisasi dan liberalisasi pendidikan, khususnya peringkat
pendidikan tinggi dengan disokong oleh kelulusan Akta Pendidikan Tinggi 1996. Ishak Saat (2009)
menyatakan pembinaan negara bangsa Malaysia merupakan pelan pertama yang digariskan dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pelan ini bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia ke arah
satu bangsa yang bersatu padu dan saling bekerjasama dan merapatkan jurang pendidikan antara
golongan luar bandar dan bandar serta antara kaum-kaum di Malaysia.

http://studentsrepo.um.edu.my/5751/3/Bahagian_3_(Final).pdf

https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/09DASAR_PENDIDIKAN_KEBANGSAAN.pdf

https://www.academia.edu/9630785/falsafah_and_dasar_pendidikan_dimalaysia

13 mei1969

Falsafah pendidikan merupakan perkara penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan.
Menurut Abd. Fatah Hasan (2001), falsafah pendidikan ialah suatu sistem kepercayaan, pegangan
atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut
dijalankan di sekolah atau di bilik-bilik darjah. Di Malaysia falsafah pendidikan menjadi nadi kepada
pelaksanaan pendidikan kebangsaan iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduan kepada segala
usaha yang dilakukan dalam sistem pendidikan, seterusnya bagi peningkatan mutu pendidikan
negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatu sistem pendidikan yang bertaraf dunia perlu
mempunyai falsafah pendidikan yang unggul selain daripada kurikulum yang sentiasa mantap dan
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sehubungan itu Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis pada 1988 dan menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
pada 1996 selaras dengan pewartaan Akta Pendidikan 1996.

Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara Malaysia


Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang diberi perhatian
ialah perpaduan kerana Malaysia merupakan negara yang rakyatnya terdiri daripada
masyarakat majmuk dengan tiga kaum utama yang ada iaitu Melayu, Cina dan India.
Agenda perpaduan ini terutamanya dilaksanakan melalui sistem pendidikan. Hal ini ternyata
dalam dokumen-dokumen Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar
__________________________________________________________________________ 21
utama yang menjadi asas dalam Akta Pelajaran 1961 iaitu Penyata Razak 1956, Laporan
Rahman Talib 1960 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei
1969 menjadikan usaha untuk merealisasikan perpaduan antara kaum di Malaysia semakin
mendesak. Ekoran peristiwa berkenaan, beberapa langkah telah dilakukan oleh kerajaan
seperti melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan
kemiskinan dalam kalangan rakyat. Rukun Negara juga telah diperkenalkan pada tahun
1970 yang menggariskan lima prinsip seperti berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada September 1974 bertujuan untuk mengkaji
sistem pendidikan kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas merdeka.
Jawatankuasa ini yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran Kebangsaan telah menyiapkan laporannya pada 1979 atau lebih dikenali
sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Ekoran dari hasil laporan berkenaan, sistem
pendidikan negara telah mengalami perubahan di mana Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) telah diperkenalkan. Walaupun sehingga peringkat ini falsafah pendidikan negara
secara tersurat tidak dinyatakan dalam mana-mana dokumen, hasrat dan matlamat
pendidikan negara dinyatakan dalam Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960,
Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) secara bertulis telah digubal pada tahun 1987 dan
diperkenalkan pada tahun 1988. Kandungan FPN adalah seperti berikut:
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.”
Tahukah anda bahawa FPN ini telah dimurnikan? FPN telah dimurnikan pada tahun 1996
dan dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berikut adalah pernyataan
FPK:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Perkembangan
Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar
__________________________________________________________________________ 22
FPK menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan warganegara yang baik iaitu insan yang
berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan mampu menjaga
keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Hasrat negara ini dijayakan melalui pendidikan yang
merupakan proses yang berterusan. Selain daripada itu, FPK juga menjadi panduan bagi semua
aktiviti pendidikan yang dlaksanakan di negara ini.

You might also like