Laporan Cara Menangani Masalah Pembelajaran Autisme

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

CARA MENANGANI MASALAH PEMBELAJARAN AUTISME

Menurut Zharulnizam Shah (2010), autisme bermaksud kecacatan mental seumur


hidup yang disebabkan oleh kegagalan fungsi otak. Selain itu juga, autisme juga ditakrifkan
sebagai ketidakupayaan dalam kemahiran sosial dan komunikasi serta mempunyai minat dan
aktiviti yang terhad. Kanak-kanak autisme ini sering menunjukkan ketidakupayaan mereka
dalam perkembangan sosial, komunikasi dan juga tingkahlaku. Justeru, mereka akan
menghadapi masalah ketika pembelajaran.
Maka, guru-guru pendidikan khas perlu memainkan peranan penting dalam membantu
kanak-kanak autism ini menangani masalah dalam pembelajaran dengan memberi pendidikan
dan pendekatan yang sesuai mengikut tahap keupayaan mereka. Oleh itu, terdapat beberapa
langkah bagi menangani masalah pembelajaran terhadap murid autisme.
Masalah pembelajaran yang sering dihadapai oleh murid autisme ialah bermasalah
dalam pertuturan dan berbahasa. Menurut Kasran (2003), lambat pertuturan merupakan ciri-
ciri kanak-kanak autisme bermasalah pertuturan. Sebagai contoh, kanak-kanak pada usia
setahun sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan namun murid autisme ini tidak
boleh menyebut perkataan ini. Selain itu, murid autisme juga mempunyai masalah dalam
menunjukkan ekspresi muka semasa berkomunikasi.
Sehubungan dengan itu, langkah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menangani
masalah pertuturan dan bahasa murid autisme ini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran
mediatif, koperatif, masteri dan pemusatan murid dan bahan boleh dilaksanakan terhadap
murid autisme ini. Sebagai contoh, pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam
berkumpulan. Aktiviti yang dilaksanakan dalam berkumpulan akan memberi peluang kepada
murid autisme ini berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Hal ini akan meningkatkan
kemahiran bertutur mereka di samping menambahkan perbendaharaan kata.
Seterusnya, guru juga boleh melaksanakan aktiviti seperti memandang muka guru
semasa mengajar, memandang satu kedudukan dan meletakkan tangan pada tempat yang
diarahkan serta memberi pujian agar dapat membantu mereka membina kemahiran bertutur
secara tidak langsung. Aktiviti seperti ini dapat membantu murid autisme yang mengalami
masalah interaksi sosial iaitu sukar memberi perhubungan mata dan sentiasa elak pandangan
orang lain. Ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif yang menekankan
pembelajaran secara kumpulan.
Berikutnya, langkah dalam menangani masalah pembelajaran murid autisme yang
sukar memberi riaksi dan perhatian terhadap sesuatu perkara. Menurut video yang dikaji,
guru tersebut mnggunakan pelbagai kapur berwarna bagi menarik perhatian murid austime.
Selain itu juga, guru tersebut turut menggunakan objek yang berputar untuk mendapat
perhatian murid tersebut untuk belajar. Hal ini dikatakan demikian kerana, pola bermain bagi
murid autisme ialah mereka tertarik dengan objek yang berputar. Oleh itu, guru tersebut
menggunakan objek berputar seperti kipas kertas bagi menarik minat murid autisme tersebut.
Walaupun kanak-kanak autisme ini mengalami masalah dalam pembelajaran dan
mental mereka namun mereka merupakan insan yang istimewa dan unik. Terdapat ramai
kanak-kanak autisme ini mempunyai kebolehan luar biasa yang tidak dimiliki oleh kanak-
kanak seusia mereka. Oleh itu, guru perlulah menangani masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh mereka supaya potensi sebenar dapat dicungkil dalam diri seorang murid autisme.

RUJUKAN
Siti Hodijah Zamakshshari, (2012). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Guru Dalam
Menangani Masalah Pertuturan dan Bahasa Kanak-Kanak Autistik. Diperoleh daripada
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/119.pdf

You might also like