Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 69

1

Bab 1: Konsep Asas Falsafah Dan Falsafah Pendidikan

1.0 Pengenalan
Bab ini membincangkan pengetahuan asas tentang falsafah yang meliputi konsep asas
falsafah, Falsafah Pendidikan dan perinciannya serta apakah kepentingan Falsafah
Pendidikan kepada guru.

1.1 Konsep Asas Falsafah


Kebanyakan pengkaji falsafah berdepan kesukaran menerangkan makna falsafah secara
tepat dan disepakati ramai. Sebastian De Haro (2020) menyatakan bahawa “defining
philosophy is not an easy task”. Nigel Warburton (2012) pula turut menyatakan bahawa
falsafah sukar untuk diterangkan “This is a notoriously difficult question”. Namun Pannone
(2007) walaupun memahami akan isu kritikan ini menjelaskan bahawa falsafah adalah
pencarian kebenaran selama-lamanya. Beliau menyatakan bahawa;
“Philosophy is the perennial search for truth. It is born of wonder, engaged with its history,
self-critiquing, and filled with pregnant tensions about the limits of human knowledge, the
relation between philosophical speculation and practical life, and the relation of wisdom and
knowledge. Furthermore, philosophy addresses questions of how to think
(logic,epistemology, and philosophy of mind), how to act (ethics and political philosophy),
and how the world is (metaphysics and philosophy of science)among many others”.

Falsafah lahir dari keajaiban, terlibat dengan sejarah, kritikan kendiri, dan penuh dengan
ketegangan mengenai batasan pengetahuan manusia, hubungan antara spekulasi falsafah
dan kehidupan praktikal, dan hubungan kebijaksanaan dan pengetahuan. Falsafah juga
merupakan antara cabang ilmu yang tertua yang bertujuan mencari perkara-perkara
berkaitan konsep dan kebenaran. Ahli falsafah menganggap bahawa pendekatan mereka
merupakan pendekatan tertinggi dalam pemikiran manusia (Syarifah Alawiyah,1992).

Falsafah dapat di jelaskan berdasarkan 3 aspek utama seperti berikut:


Dari segi etimologi,
Perkataan falsafah merujuk kepada bahasa Yunani kuno yang bermaksud cinta (phileo)
terhadap kebijaksanaan (sophia). Oleh yang demikian, falsafah merupakan perkara tentang
mencintai kebijaksanaan atau ahli falsafah merupakan ahli yang menghargai dan mencintai
kebijaksanaan. Kebanyakan pakar falsafah mengatakan bahawa falsafah merupakan
penilaian kehidupan yang sistematik dan logik untuk menghasilkan sistem umum bagi
menilai keseluruhan pengalaman manusia.
2

Dari segi terminologi,


Makna falsafah berbeza mengikut ahli falsafah sendiri serta terdapat persamaan dan juga
sedikit perbezaan pandangan di antara cabang falsafah Barat, Timur dan Islam. Socrates
(469-399 SM) mengatakan bahawa falsafah merupakan ilmu pengetahun yang merangkumi
kebenaran.Terkandung di dalamnya metafizik, logik, retorik, etika, ekonomi, politik dan
estetika. Plato (428/427SM - 348/347SM) pula menyatakan bahawa falsafah merupakan
ilmu pengetahuan yang membolehkan seseorang menuju ke arah pencapaian kebenaran
semulaladi. Manakala Al Farabi (870M – 950M) menjelaskan nya sebagai ilmu pengetahuan
mengenai alam maujud (fizikal).

Dari segi praktikal,


Falsafah dari segi praktikal merujuk kepada proses berfikir secara mendalam, melangkaui
batas tradisi dan bersifat sistematik, radikal dan universal. Falsafah dapat membantu
individu unuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah yang dihadapi
dalam kehidupan dengan lebih baik dan bermakna. Kajian dalam bidang ini dapat memberi
panduan untuk memilih matlamat, kaedah dan tujuan di samping memberikan prinsip-prinsip
kebenaran yang dapat dipersoalkan dan diubah mengikut situasi.

Oleh itu, falsafah merupakan proses pemikiran atau pandangan yang benar,rasional serta
bernas berasaskan kajian dan pengolahan saintifik,sistematik dan logik. Falsafah bertujuan
mencari pedoman dan kebenaran yang diperlukan dalam kehidupan manusia.

1.2 Konsep Falsafah Pendidikan


Falsafah Pendidikan berasal daripada dua istilah asas iaitu falsafah (philosophy) serta
pendidikan (education). Bahagian di atas telah membincangkan tentang konsep falsafah.
Perbincangan seterusnya melibatkan konsep pendidikan.

1.2.1 Konsep Pendidikan


Perkataan pendidikan (education) berasal daripada perkataan Latin dan mempunyai dua
makna yang berbeza iaitu (educare) bermaksud “melatih atau membentuk” dan (educere)
bermaksud “memimpin”. Walaupun kedua-dua makna itu sangat berbeza, namun keduanya
mewakili perkataan "pendidikan" yang sinonim dengan tugas guru iaitu mendidik dan
memimpin pelajar menjadi insan yang menyeluruh.

John Dewey (1859-1952) mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses khusus
bertujuan meningkatkan lagi status manusia. Confucius (551M-479M) menyatakan bahawa
pendidikan adalah proses mencapai kesempurnaan tingkahlaku manusia melalui amalan
3

bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyayangi orang muda
serta taat dan cinta kepada pemerintah serta negara. Sementara, Al-Ghazali (1058M-
1111M) menyatakan bahawa pendidikan adalah satu proses holistik yang merangkumi
aspek intelek, jasmani, berakhlak tinggi berdasarkan nilai-nilai Islam serta dapat menjadikan
umat Islam sebagai insan kamil. Oleh yang demikian, berdasarkan pandangan tersebut,
pendidikan merupakan penyatuan potensi individu yang terdiri daripada jasmani, emosi,
tingkahlaku, sikap dan nilai bertujuan mewujudkan keseimbangan dan keharmonian dalam
kehidupan manusia.

1.2.2 Konsep Falsafah Pendidikan


Pentakrifan Falsafah Pendidikan agak sukar untuk ditakrifkan dengan tepat dan disepakati
bersama ahli-ahli falsafah kerana pendekatan dan perspektif tersendiri mengikut bidang-
bidang falsafah seperti ontologi,etika,epistimologi serta bidang falsafah yang lain serta
pelbagai perkara berbangkit merangkumi polisi pendidikan, pembangunan manusia, teori-
teori pendidikan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dapatlah dikatakan bahawa Falsafah Pendidikan ialah kajian falsafah
yang merangkumi matlamat, proses dan objektif yang merupakan pernyataan (atau set
pernyataan) tentang kepercayaan, nilai dan pemahaman seseorang, kumpulan atau otoriti
berkaitan dengan pendidikan. Ia merupakan pendekatan pendidikan atau kaedah
pendidikan merangkumi kurikulum mata pelajaran yang dilaksanakan menerusi pelbagai
peringkat dalam masyarakat seperti di sekolah rendah dan menengah bermula daripada
peringkat asas, pertengahan dan tinggi.

Falsafah Pendidikan juga merupakan panduan kepada guru dan institusi pendidikan sebagai
amalan semasa berinteraksi dengan pelajar. Falsafah Pendidikan mempengaruhi mata
pelajaran atau topik pengajaran, bagaimana pelajar diajar, kepercayaan dan nilai sokongan
yang diajar, samaada secara eksplisit dan implisit.

1.3 Kepentingan Falsafah Pendidikan Kepada Guru dan Negara


Pendidikan merupakan elemen yang sangat penting dalam pembentukan generasi baharu.
Pendidikan berkesan mampu melahirkan bangsa yang bertamadun dan mempunyai jati diri
yang tinggi. Justeru, Falsafah Pendidikan amat penting dalam proses mendidik pelajar
bertatasusila baik dan memahami peranan mereka dalam masyarakat.

Guru perlu memahami peringkat perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh


merangkumi proses kognitif, fizikal serta emosi pelajar dengan baik. Hal ini supaya mereka
4

dapat merancang pendidikan yang sesuai dengan minat pelajar supaya mereka menekuni
pembelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Pada asasnya, terdapat lima elemen penting dalam Falsafah Pendidikan. Elemen pertama
ialah memahami bahawa pendidikan merupakan satu usaha yang berterusan (lifelong
learning). Proses ini merupakan intipati pandangan Aristotle yang merancang sistem
pendidikan berterusan yang tidak tidak terhad kepada satu peringkat umur sahaja, bahkan ia
adalah proses yang menyeluruh dalam kehidupan manusia. Proses ini disusun dalam
jangka masa tujuh tahun (sama seperti sistem Plato) iaitu pendidikan prasekolah. Pada usia
7 tahun, anak-anak memasuki sekolah. Persekolahan berterusan sehingga usia 21 tahun.
Manakala tubuh mencapai kematangan antara usia 30 dan 35 tahun dan kematangan jiwa
apabila menjelang usia 49 tahun. Pembelajaran yang dilakukan sepanjang masa ini dapat
membantu membina personaliti dan identiti individu.

Elemen kedua yang penting ialah guru perlu mengambil kira perkembangan pelajar secara
holistik dan bersepadu untuk meningkatkan bakat, potensi dan kebolehan mereka dalam
pelajaran. Peningkatan dan pengembangan potensi pelajar ini harus difokuskan terhadap
lima aspek penting iaitu fizikal, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Aspek ini selaras
dengan ajaran Islam yang menekankan ad-din iaitu kesempurnaan Islam sebagai satu
sistem hidup yang sempurna dan lengkap (syumul) supaya dapat membentuk masyarakat
(ummah) yang berkualiti. Hal ini turut di nyatakan oleh Confucius, bahawa matlamat
pendidikan yang utama adalah menghasilkan individu yang berkebolehan (ziancai) serta
bermoral tinggi yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan negara.

Elemen ketiga merangkumi membimbing pelajar supaya mempunyai kepercayaan dan


pengabdian kepada Tuhan kerana setiap individu mempunyai kepercayaan masing-
masing.Hal ini dijelaskan menerusi tunjang Rukunegara yang pertama iaitu Kepercayaan
kepada tuhan. Adalah penting untuk individu mempercayai dan menerima kewujudan
Tuhan sebagai pencipta manusia dan sentiasa bercita-cita menjadi insan soleh (insan
kamil). Hal ini turut selari dengan ajaran Islam yang mementingkan hikmah (wisdom) yang
bersumberkan wahyu dari tuhan.

Elemen keempat ialah guru berperanan melahirkan rakyat yang berpengetahuan, cekap dan
bertanggungjawab menerusi kaedah dan teknik pengajaran yang efektif. Pengajaran guru
haruslah seimbang dengan menggunakan teknik, kaedah serta strategi pengajaran terkini
dan sesuai terhadap pelajar. Guru harus mempraktikkannya dalam pengajaran supaya
pelajar memahami pembelajaran dan mempraktikkannya dalam kehidupan mereka. Elemen
pengajaran berkesan dan kontekstual ini selaras dengan ajaran Socrates menerusi kaedah
Socratic (elenchus) iaitu bagaimana guru menyoal pelajar dengan cara yang dapat
5

memberikan respons yang betul dalam amalan pedagogi. Manakala Plato menerusi
penulisan Dialog Meno, merumuskan bahawa guru perlu menggunakan kaedah
pembelajaran aktif yang merupakan proses ingatan kembali (recollection), menggunakan
kaedah hipotesis untuk mendapatkan jawapan serta mementingkan pengulangan dan
hafalan dalam pembelajaran supaya pelajar mendapat akses pendidikan dengan lebih
berkualiti.

Elemen kelima dan terakhir merangkumi guru perlu menjadi pembina watak dan disiplin
pelajar di sekolah. Proses pembentukan pelajar yang berperilaku baik perlu ditekankan
kerana ia dapat menyumbang kepada keharmonian, keamanan dan kestabilan negara. Ia
juga dapat memberi kebaikan kepada keluarga, masyarakat dan agama secara menyeluruh.
Guru juga mempunyai tanggungjawab yang besar membentuk pelajar supaya menyumbang
pandangan, ilmu serta kemampuan khusus dalam membina negara bangsa. Plato menerusi
rancangan pembelajaran dalam Dialog Republic dan Laws mencadangkan latihan moral
diberikan kepada warganegara dan pemerintah negeri secara ideal. Menerusi Republic,
Plato membincangkan cara-cara melatih guardians atau penjaga negeri. Penjaga-penjaga
Republic perlu dipilih dengan betul kerana mereka memerlukan kebolehan dan latihan
khusus supaya dapat menyumbang terhadap kemajuan dan keamanan negara.

Oleh yang demikian, kepentingan Falsafah Pendidikan kepada guru sememangnya tidak
dapat disangkal kerana ia merupakan satu perancangan falsafah yang mantap ke arah
membentuk generasi yang berpendidikan, berpengetahuan tinggi dan mendapat
keseimbangan hidup di dunia dan akhirat seiring dengan aspirasi pendidikan negara. Hal ini
bertepatan dengan pandangan Al-Ghazali bahawa ilmu pengetahuan yang diperolehi
bertujuan mendekatkan diri dengan Tuhan serta mendapatkan kebahagiaan di akhirat.

1.4 Rumusan
Falsafah merupakan pendekatan yang mencari kebenaran, nilai yang menyeluruh dalam
kehidupan manusia. Isi kandungan falsafah bersifat abstrak dan cenderung mempersoalkan
prinsip-prinsip realiti, ilmu, nilai dan dibahaskan mengikut cabang-cabang falsafah dan
sistem pemikiran. Oleh yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa falsafah bertujuan
memberi pandangan komprehensif mengenai manusia dan alam sekitar sebagai satu
kesatuan yang sempurna dan saling berkaitan. Falsafah juga berkenaan penyoalan abstrak,
merumuskan jawapan yang rasional hasil daripada pemikiran yang jelas, konsisten dan
objektif. Di samping itu, falsafah juga bersifat praktikal dengan memberi ruang perbincangan
khususnya dalam bidang agama dan pendidikan. Kajian dalam bidang falsafah memberi
panduan untuk memilih matlamat, kaedah dan tujuan tentang sesuatu persoalan yang
dibangkitkan.
6

Rujukan

Armstrong, D. G., Henson, K. T., & Savage, T. V. (1995). Education: an introduction.


Macmillan Publishing.
Mohd. Sulaiman Haji Yasin. (1982). Pengantar Falsafah Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pelajaran, Malaysia.
O'Connor, D. J. (2016). An introduction to the philosophy of education. Routledge.
Russell, B. (2004). History of western philosophy. Routledge.
Sharifah Alwiah Alsagoff.(1992).Falsafah Pendidikan. Petaling Jaya,Selangor:Longman
Malaysia.

Ujian Formatif

Soalan Struktur
Jawab soalan berikut.
1.Huraikan pengertian falsafah secara ringkas.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

2.Jelaskan konsep asas Falsafah Pendidikan.


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Soalan Esei
Jawab soalan berikut.

1.Guru perlu memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan dengan sepenuhnya.


Bincangkan alasan terhadap kenyataan ini.

2.Jelaskan implikasi Falsafah Pendidikan terhadap halatuju pendidikan negara pada masa
kini.
7

Bab 2: Cabang -Cabang Falsafah

2.0 Pengenalan
Bab ini membincangkan Falsafah Islam, Timur dan Barat serta cabang-cabang falsafah
yang merangkumi pandangan dan sumbangan tokoh - tokoh terkemuka dalam aliran
pemikiran falsafah tersebut yang dijelaskan dengan terperinci.

2.1 Pengenalan Mazhab Falsafah Timur dan Islam


Perbincangan Falsafah Timur melibatkan huraian tentang Falsafah Islam, Falsafah China
dan India.

2.1.1 Falsafah Islam


Pada asasnya, Nasr (2006) menyatakan bahawa Falsafah Islam merangkumi pandangan
dan cara hidup yang merupakan al-falsafah atau al-hikmat al-ilahiyyah untuk diikuti oleh
penganutnya yang berkait rapat dengan tafsir dan ta’wil,usul al-fikh,sufi, alam sekitar, sains
dan bahasa dan bukannya seperti falsafah biasa yang difahami seperti falsafah Barat.

Dari segi etimologi, perkataan falsafah biasa merujuk kepada bahasa Yunani kuno yang
bermaksud cinta (phileo) terhadap kebijaksanaan (sophia). Manakala Falsafah Islam
merujuk kepada aspek kerohanian menyeluruh yang mementingkan hikmah atau
kebijaksanaan (wisdom) yang bersumberkan wahyu dari tuhan. Perkataan hikmah diulang
sebanyak 20 kali di dalam Al-Quran dan merujuk kepada falsafah. Hal ini turut dijelaskan
oleh Al-Syaibani (1991) bahawa falsafah ialah “cinta akan hikmah (kebijaksanaan)”.
Falsafah Islam memfokuskan kepada bidang-bidang ilmu tertentu untuk menjadi insan soleh
(insan kamil). Ini seperti bidang pendidikan akidah, ibadah, akhlak, akal, jasmani dan
rohani. Justeru, Falsafah Islam bermaksud menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan
supaya mereka dapat mengenali diri sendiri dan tanggungjawab yang dipikul sebagai hamba
Allah SWT serta menjalankan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi dengan penuh
hikmah (kebijaksanaan).

2.1.2 Falsafah Konfusianisme


Konfusianisme mengajar tentang doktrin tingkah laku / moral mengenai hubungan manusia,
struktur sosial, tingkah laku terpuji dan etika kerja yang menjadi asas budaya tradisi Cina. Ia
merupakan satu set peraturan yang praktikal untuk rujukan dalam kehidupan seharian.
Konfusianisme bukan agama tetapi ajaran Konfusianisme adalah tata kelakuan moral yang
bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni. Konfusianisme menggunakan kecemerlangan
moral sebagai mekanisme membentuk disiplin diri. Ajaran Konfusianisme telah digunakan
8

selama berabad-abad untuk menyusun atur pentadbiran dan perdagangan di China yang
merangkumi peraturan diri yang bersistematik.

Ajaran konfusianisme ini akhirnya diiktiraf sebagai ideologi negara Cina semasa
pemerintahan dinasti Han. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran Komunisme,
Konfusianisme tetap menjadi asas moral negara China, undang-undang, pemerintahan,
pendidikan serta kehidupan masyarakat secara umum dari dahulu sehingga kini.

Tokoh utama ajaran ini ialah Confucius. Beliau dilahirkan berhampiran Qufu, sebuah bandar
di negeri Lu di China. Bapanya adalah seorang tentera berpangkat rendah dan meninggal
dunia ketika Confucius baru berusia 3 tahun. Ibunya membesarkannya dalam keadaan
sederhana dan mengajarkannya sifat merendah diri. Confucius merupakan seorang pelajar
yang tekun dalam pembelajarannya.

Confucius sebenarnya adalah pemikir yang inovatif dan bahkan revolusioner pada masa itu.
Dengan pemahaman yang mendalam tentang tradisi, dia secara kreatif membina semula
tradisi lama yang rosak tersebut dan akhirnya karya-karya itu menjadi satu set hukum dan
panduan kepada pengikutnya.

Ajaran utamanya sendiri falsafah beliau sebenarnya telah direkodkan dan dikumpulkan oleh
pelajarnya sendiri dan murid kepada pelajarnya ke dalam buku yang dikenali sebagai Lun
Yu (Pepatah Terpilih), kemudian telah menjadi kitab yang paling suci.
Prinsip utama pengajaran Konfusianisme adalah seperti berikut:
• Kestabilan sosial tidak dapat dicapai sekiranya terdapat hubungan yang tidak setara – (Wu
Lun)
• Keluarga adalah prototaip untuk semua organisasi sosial dalam masyarakat.
• Peraturan Emas: Perlakukan orang lain seperti yang anda mahu diperlakukan - Kebaikan
•Sikap penting untuk menjalani kehidupan adalah belajar, kerja keras, berjimat cermat,
ketekunan dan kesabaran – semuanya perlu dilakukan dalam keadaan bersederhana.

2.1.3 Falsafah Nasionalisme Dan Internasionalisme


Rabindranath Tagore (1861-1941) merupakan individu berketurunan Benggali. Beliau
memperkenalkan prinsip falsafah ini di India. Beliau juga dikenali sebagai Gurudev,
Kabiguru, Biswakabi dan dirujuk juga sebagai  “Bard of Bengal”@ Pemuisi Bengal. Tagore
dilahirkan pada 7 May 1861 di Calcutta, India. Beliau merupakan seorang ahli falsafah,
tokoh penulis, penyair,seniman, sasterawan serta komposer muzik dan pelukis yang hebat.
9

Tagore juga dikaitkan dengan persahabatan dengan Gandhi kerana dua pemimpin besar
sejarah India terkenal ini mempunyai pendapat yang berbeza mengenai isu-isu tertentu
seperti masa depan dan gerakan kebebasan India, namun perbezaan pemahaman
intelektual mereka, tidak menghilangkan rasa hormat dan kekaguman mereka terhadap satu
sama lain. Beliau berpandangan bahawa individu berpendidikan perlu berfikiran cergas,
saintifik, bersih, berani dan bebas tetapi perlu mempunyai sifat nasionalisme yang ideal,
berkecekapan berkhidmat kepada masyarakat dan negara serta mempunyai pandangan
internasionalisme yang positif.

Tagore mempunyai pandangan khusus tentang pendidikan yang mengandungi idea


nasionalisme dan internasionalisme seperti:
 beliau berfikir tentang internasionalisme iaitu global village, model pendidikan beliau
cenderung kearah pendidikan berbilang kaum, pelbagai bahasa dan budaya, di tengah-
tengah keadaan ketidakseimbangan ekonomi dan politik di India.
 sistem pendidikan yang berakar umbi dalam lingkungan personaliti kanak-kanak
(kontekstual) tetapi berhubungan dengan budaya dunia yang lebih luas.
 Kurikulum harus dijalankan di persekitaran terbuka (open classroom) seperti di
bawah pokok supaya pelajar dapat menghargai flora dan fauna serta perubahan
musim. (berasimilasi dengan alam sekitar)
 perkembangan estetika seperti muzik, sastera, seni, tarian dan drama diberi
perhatian utama di sekolah dan sama pentingnya dengan perkembangan intelektual.
 menganjurkan sistem pengajaran yang menganalisis sejarah dan budaya untuk
mencapai kemajuan bertujuan memecahkan halangan sosial dan agama.
 sistem pendidikan berperikemanusiaan untuk pengembangan keperibadian individu
secara menyeluruh yang berhubungan dengan persekitaran.

2.2 Falsafah Pendidikan Islam


Tujuan pendidikan dalam Islam adalah untuk melahirkan manusia yang baik (al-insan al-
salih), yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba Allah (abdillah) dan wakilnya
(khalifah) di bumi. (Yasin et.al.,2013). Penyataan surah pertama Al-Quran yang disampaikan
oleh Malaikat Jibril A.S. kepada Nabi S.A.W. adalah mengenai pendidikan. Wahyu Surah Al-
Alaq dapat dianggap sebagai satu gesaan dalam menentang buta huruf dan dorongan
kepada umat Islam untuk menuntut ilmu sebagai elemen asas pendidikan seperti:
“Baca! Dengan nama Tuhanmu, yang menciptakan manusia, hanya dari segumpal
darah beku. Baca: Dan Tuhanmu Maha Pemurah. Dia yang mengajar menggunakan
pen. Mengajar manusia apa yang dia tidak tahu”. (Al-Alaq: 1-5)
10

Menurut Syed Muhammad al-Naquib al-Attas (1977) objektif utama pengetahuan dari
perspektif Islam adalah membentuk konsep ad-din, konsep manusia, konsep pengetahuan
dan ma’rifah, konsep hikmah, konsep persamaan, konsep etika, dan konsep Kulliyah-
Jami'ah. Setiap konsep tersebut saling bergantung antara satu sama lain dan membentuk
perwatakan dan pemikiran yang berlandaskan ketakwaan dan membesarkan keesaan Allah
SWT.

Menurut Omar Al-Syaibani (1979) mengatakan bahawa Falsafah Pendidikan Islam bertujuan
menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dapat
mengenali diri serta mengetahui tugas dan tanggungjawab, mengetahui cara menjalankan
tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah agar menjadi insan soleh.

Dari aspek kurikulum, Falsafah Pendidikan Islam adalah komprehensif dan bersepadu.
Pelbagai aspek diajar melalui subjek ini, bagi membolehkan pelajar berfikir dan
menyelesaikan masalah berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah (sesuatu perkara dari Nabi
Muhammad SAW, samada dari perkataan, perbuatan, persetujuan atau sifat kejadian
baginda atau akhlak baginda ataupun yang berkaitan sejarah beliau, samada sebelum
dibangkitkan sebagai Rasul ataupun selepas kebangkitan beliau sebagai Rasul). Hal ini
dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi fizikal, emosi, rohani, dan akal mereka
untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Hassan et.al., 2010). Secara
holistik, manusia adalah sebahagian daripada alam sekitar dan saling berkaitan.

2.2.1 Konsep Dan Prinsip


Falsafah Pendidikan Islam berteraskan Al-Quran dan As Sunnah yang banyak menyebut
mengenai prinsip dan tema pendidikan yang bertauhidkan Allah SWT. Falsafah ini
mempunyai konsep seperti:
a.Menekankan Keesaan Allah - Kepercayaan kepada Keesaan Allah dan mentaati Nabi
Muhammad S.A.W. serta Hari Akhirat adalah sangat besar dan paling utama dalam
pendidikan Islam yang juga merupakan asas keimanan dalam Islam. Kepentingannya
dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Qur'an,
"Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak
ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.” (Ali Imran: 6).

b.Pengetahuan Dalam Islam Terdiri Daripada ‘Fardhu Ain Dan Fardu Kifayah - Fardu Ain
secara bahasa bermaksud kewajiban individu (individual duty) sedangkan secara istilah ia
bermaksud sesuatu amalan yang dituntut secara tegas yang mana pengamalannya
11

mendapat pahala dan pengabaian secara sengaja tanpa uzur syarie (uzur yang dibenarkan
oleh syarak) mendapat dosa. Manakala Fardu Kifayah secara bahasa bermaksud kewajiban
secara kolektif (collective obligation). Daripada segi istilah, ia merujuk kepada suatu amalan
yang dituntut ke atas seluruh orang Islam secara umum untuk mengerjakannya. Apabila
sebahagian daripada mereka melaksanakannya, maka sebahagian yang lain terlepas
daripada kewajiban tersebut. Istilah fardu ain dan fardu kifayah ini turut mengisi
perbendaharaan konsep ilmu dalam tradisi Islam sebagai panduan asas dalam pendidikan
sama ada untuk para pelajar mahupun para guru dalam pengajaran ilmu.

c. Pendidikan Adalah Wajib Dalam Agama. Surah pertama, berbunyi Baca!. Diikuti dengan
surah kedua bahawa kita mesti membaca dengan nama Pencipta. Baca mungkin
bermaksud belajar, menyiasat,meneroka, menafsir dan bertindak. Nabi Muhammad SAW
bersabda: "Barang siapa menempuh satu jalan (cara) untuk mendapatkan ilmu, maka Allah
pasti mudahkan baginya jalan menuju syurga." (Hadis Riwayat Muslim).
Terdapat hadis lain iaitu Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seseorang anak Adam
itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu
yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (diriwayatkan oleh Abu
Hurairah dalam Muslim, Abu Daud, Tarmidzi dan Nasaei).

d. Pendidikan Dalam Islam Adalah Proses Seumur Hidup, Dari Buaian Ke Liang Lahad
(Kematian). Ini adalah proses penyediaan individu untuk melaksanakan peranannya sebagai
wakil (Khalifah) Allah di bumi dan menyumbang kepada pembinaan masyarakat untuk
mencapai kesejahteraan di dunia ini dan kesejahteraan di akhirat - hasanah fi'd-dunya dan
hasanah fi'lakhira. (Al-Baqarah: 201; Al-A'raf: 156; An-Nahl: 122).

e. Mempunyai Peluang Pendidikan Yang Sama, terutamanya antara jantina, bangsa, etnik,
kawasan dan sosio-ekonomi. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Menuntut ilmu itu
diwajibkan bagi setiap orang Islam” (Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan
Ibnu Adi, dari Anas bin Malik). Ini bermaksud bahawa Islam tidak bersikap diskriminasi
dengan memberikan peluang yang sama dan tanggungjawab untuk belajar kepada semua
pengikut tanpa mengira jantina.

f. Prinsip Pendidikan Dalam Islam Merupakan Gabungan Pengetahuan Sains Dan


Keimanan Kepada Allah SWT. Terdapat hubungan yang sangat rapat antara Islam dan
Sains. Al-Qur’an menyatakan bahawa Allah SWT menyebutkan tidak kurang dari sebelas
kali bahawa manusia diciptakan dari setitis air mani (nutfah). Hal ini disebutkan dalam
beberapa ayat Al-Qur’an, di antaranya surah Al-Hajj ayat 5 dan Surah Al-Mukminun ayat 13.
12

Manakala, Ilmu pengetahuan Sains pada masa kini telah membuktikan bahawa rata-rata
dari jutaan sperma dari air mani hanya satu sahaja yang diperlukan untuk pembenihan
manusia.

g. Membentuk Pelajar Dengan Akhlak Yang Tinggi. Pelajar harus mengelakkan diri daripada
melakukan perkara buruk atau mazmumah, perlu mengamalkan amalan baik atau
mahmudah seperti semangat bersih, tegas, tegas, bertanggungjawab,cerdas, jujur dan
ikhlas.

2.3 Pandangan Ahli Falsafah Islam


Terdapat banyak sarjana Islam yang membincangkan tentang Falsafah Islam. Antara yang
terkenal dan banyak memberikan sumbangan adalah seperti Ibnu Rushd, Imam Al Ghazali,
Ibnu Khaldun dan Al-Farabi.

2.3.1 Ibnu Rushd (1128M-1198M)

Ibnu Rushd atau nama penuhnya Abu l-Walid Muḥammad Ibnu Aḥmad Ibnu Rushd atau
dikenali di Barat sebagai Averroes, di lahirkan di Cordova, Andalusia atau dikenali kini
sebagai Sepanyol pada 1126M. Pada 1169M beliau dilantik sebagai hakim di Sevilla. Beliau
juga menterjemahkan buku Aristotle iaitu de Anima (Of the Soul) pada tahun tersebut.

Pada 1171M, Ibnu Rushd dipindahkan ke Cordova, di mana dia memegang jawatan hakim
(Qadi) selama sepuluh tahun. Selama itu, dia menulis ulasan dan tafsiran mengenai karya-
karya Aristotle seperti Metafizik, dan karya Plato iaitu Politeia. Pada 1182M dia dipanggil ke
Marrakesh untuk bekerja sebagai ahli fizik untuk khalifah di sana, tetapi dia kemudiannya
dipindahkan kembali ke Cordova dengan gelaran Qadi Besar (Hakim Besar).
13

Hal ini kerana beliau telah dituduh melakukan ajaran sesat, disiasat dan dilarang ke Lucena,
dekat dengan Cordova kerana pandangannya dikatakan bertentangan dengan Islam oleh
masyarakat pada masa itu. Pada tahun - tahun sekitar 1195M, Khalifah memerintahkan agar
buku-buku falsafahnya dibakar, kecuali karya-karyanya mengenai Perubatan, Arithmetik dan
Astronomi. Ibnu Rushd telah meninggal di Marrakesh pada 10 Disember 1198M (9 Safar,
595 H.) ketika berumur 72 tahun. Tiga bulan kemudian, jenazahnya telah dipindahkan ke
Cordova ke tempat kelahirannya.

2.3.1.1 Kebolehan Tokoh


Ibnu Rushd salah seorang ahli falsafah yang terkenal dalam tradisi Falsafah Islam. Beliau
mempunyai nama yang besar di Timur dan Barat. Keupayaan beliau menafsir dan mengulas
karya Aristotle dan Plato menyebabkan namanya dikenali ramai sarjana. Tulisannya banyak
dipengaruhi tiga sumber iaitu feqah mazhab Maliki (salah satu aliran Islam), falsafah
Aristotle dan karya Falsafah Islam.

2.3.1.2 Sumbangan
Kehebatan Ibnu Rushd meliputi kemampuan beliau menulis ulasan yang komprehensif
mengenai karya-karya Aristotle. Beliau terkenal kerana mempertahankan bahawa logika dan
retorik falsafah Yunani bukan bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau memainkan
peranan penting dalam mempertahankan falsafah Yunani. Namun, pandangan dan
penghayatan beliau yang sangat positif dan rasional terhadap falsafah Yunani tersebut
sangat bertentangan dengan kefahaman Islam yang berteraskan Al - Quran dan As Sunnah
menjelang akhir abad ke-12 dan beliau mendapat kecaman hebat masyarakat.

Hal ini kerana pemikiran Ibnu Rushd sangat kontroversial. Beliau berpendapat bahawa ada
dua bentuk kebenaran, iaitu dalam bentuk agama dan bentuk falsafah, dan bahawa tidak
menjadi masalah jika keduanya menunjuk ke arah yang berbeza. Karyanya juga
menunjukkan bahawa agama lebih rendah daripada falsafah sebagai alat untuk memperoleh
pengetahuan, dan bahawa pemahaman agama yang dapat dimiliki oleh orang-orang biasa
sangat berbeza dan sedikit jika dibandingkan dengan ahli falsafah.

Walaupun begitu, karya-karya beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Ibrani, dan
bahasa lain. Penulisannya dipelajari bersama dengan karya Aristotle di Eropah pada abad
pertengahan. Tulisan Ibnu Rushd melebihi dari 20,000 halaman, berkaitan dengan falsafah,
14

perubatan, logik dan fekah. Beliau menulis 20 buku mengenai perubatan. Karyanya yang
terkenal merangkumi:
a. penulisan komprehensif tentang ensiklopedia perubatan Al-Kulliyat Fi Al-Tibb (buku
umum perubatan) (Colliget atau Generalities in Medicine), dalam tahun 1153 dan 1169.
Ia merupakan manual perubatan yang luas. Motifnya ialah memberikan idea asas
mengenai perubatan dapat membantu memberi idea kepada doktor dan orang awam
tentang perubatan. Buku ini diterjemahkan ke bahasa Ibrani dan Latin 90 tahun
kemudian dan diajar di Eropah hingga abad ke-18. Ensiklopedia Ibnu Rushd ini
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sebagai Colliget oleh seorang Yahudi bernama
Jacob Bonacosa di Padua,Itali pada tahun 1255. Karya beliau ini telah dibahagikan
kepada tujuh jilid seperti berikut: Empat buku pertama adalah tentang teori, sementara
tiga yang lain adalah tentang praktikal.
i. Tashrih al-a’lda (Anatomi Organ)
ii. al-Sihha (Kesihatan)
iii. al-Marad (Sakit)
iv. al-‘Alamat (Gejala)
v. al-Adwiya wa ‘l-aghdhiya (Dadah dan Makanan)
vi. Hifz al-sihha (Kebersihan)
vii. Shifa al-amrad (Terapi)
 Buku Ibnu Rushd ini dilengkapi dengan “Al- Taysir” atau nama penuh buku tersebut
ialah “Taysir fi ‘l-muddawat wa ‘l-tadbir” atau dikenali sebagai (Book of Simplification
Concerning Therapeutics and Diet). Ia ditulis oleh rakannya Ibnu Zuhr (Avensoar,
1091M–1161M) seorang ahli fizik dari Sevilla. Hal ini kerana Ibnu Rushd meminta
rakan karibnya, Ibnu Zuhr untuk menulis sebuah buku tentang “al-Umur al-juz'iyya”
(kekhususan, iaitu rawatan penyakit dari kepala hingga ke kaki).
 Oleh itu, Ibnu Rushd “Al-Kulliyyat” dan karya Ibnu Zuhr iaitu “Al-Taysir” membentuk
gabungan buku teks perubatan yang komprehensif. (Namun, terdapat juga edisi
Latin yang dicetak menghubungkan kedua-duanya buku tersebut sebagai tulisan
Ibnu Rushd).
Keupayaan Ibnu Rushd membahaskan tentang perubatan dan kepentingan penjagaan
kesihatan secara komprehensif berkaitan rawatan penyakit, fungsi otak dan kesihatan umum
telah menyebabkan namanya terkenal dan menjadi rujukan perubatan di Timur dan Barat
sehingga ke hari ini.

b. Di dunia Islam, Ibnu Rushd terkenal dengan “Tahfut at Tahafut” (The Refutation of
Refutation) pada tahun 1184M dan “Mabadi ‘l-Falasifah” (The Principles of Philosophy).
Melalui “Tahfut at Tahafut”, Ibnu Rushd mengkritik dengan keras “Tahafut al-falasifa”
15

karya Al-Ghazali (The Incoherence of the Philosophers). Ibnu Rushd, membincangkan


kesalahan dalam pandangan dan metodologi Al-Ghazali tersebut kerana Al-Ghazali
telah mengkritik ahli falsafah dengan mengatakan ajaran mereka berselisih dengan
Islam.

c. Antara karya-karya yang dihasilkannya termasuklah Talkis Kitab al-Jadal (Ulasan


mengenai Topik Aristotle), Fasl al-Maqal Fi Ma bayn al-Sharia wa Al-Hukma Min Al-
Ittisal (Iman & Sebab), Al-Kashf 'an manahij al-'adla fi' aqaid al-mila (Menjelaskan sistem
pembuktian dalam kepercayaan bangsa), Al-Da'ruri fi Isul al-Fiqh: ringkasan Mustasfa
al-Ghazali, Bidayat al-Mujtahid wa Nihayat al-Muqtaid: (buku teks ajaran Maliki dalam
kerangka perbandingan).

Keupayaan beliau dalam pemikiran falsafah berteraskan falsafah Yunani mendapat tempat
yang utama di Eropah berbanding di dunia Islam. Pandangan beliau dikatakan
mempengaruhi pandangan dan memberikan idea kepada Voltaire (1696-1778)
dan Rousseau (1712-1778) yang merupakan pemikir intelektual dan ahli falsafah Eropah.
Mereka mengkritik feudalisme yang diamalkan di Perancis pada masa itu. Voltaire
menekankan proses pemikiran logik untuk mendapatkan kesimpulan (reasoning)
manakala Rousseau menekankan emosi iaitu menghargai kecantikan semulajadi dan
kepentingan perasaan yang menjadikan beliau dikaitkan dengan gerakan romantika.
Pemikiran falsafah Voltaire dan Rousseau tersebut telah membantu menyumbang
kemenangan rakyat dalam Revolusi Perancis pada tahun 1789.

2.3.2 Imam Al-Ghazali (1058M-1111M)

Abu Hamid Al-Ghazali, atau nama penuhnya Abu Hamid Muhammad Ibnu Muhammad al-
Ghazali. Al-Ghazali adalah seorang ahli teologi Islam, yang dikenali sebagai Algazel di
16

Barat. Al-Ghazali adalah salah seorang ahli hukum, ahli teologi dan pemikir keagamaan
terbesar dalam tradisi Islam. Beliau dilahirkan pada 1058M di sebuah kampung bernama
‘Ghazalah’ di Tus, berhampiran bandar Meshad di wilayah Khurasan di Parsi atau Iran timur.
Beliau mendapat pendidikan rendah di sana. Kemudian, beliau menuju ke kota-kota Jorjan
dan Nishapur untuk mengambil pelajaran dari Al-Juvayni, seorang ulama besar pada
zamannya dan merupakan imam Mekah dan Madinah. Beliau yang dikenali sebagai Al-
Ghazali merupakan tokoh yang muncul tepat tiga ratus tahun sesudah Imam Syafie lahir
iaitu tahun 150 Hijrah / 730 Masihi. Beliau juga di gelar sebagai Hujjatul Islam, Al-Imam al-
Jalil, Zainuddin dan sebagainya. Beliau meninggal dunia di Tus pada 19 Disember 1111M
(505 H) pada usia 55 tahun.

Setelah menamatkan pendidikan di Nishapur, Al - Ghazali pergi ke Baghdad atas undangan


Gabenor terkenal Negeri Seljuk iaitu Nizam Al-Mulk, yang meminati ilmu sains dan sastera.
Atas kecemerlangannya dalam pendidikan, Nizam al-Mulk telah melantiknya sebagai ketua
profesor Kolej Nezamiyah di Baghdad pada tahun 1091. Kolej Nezamiyah adalah antara
institusi pengajian tinggi pertama yang teratur di dunia Islam. Al - Ghazali sangat dihormati
oleh para saintis, pemimpin negara dan orang ramai pada zamannya. Setelah mengajar di
Kolej Nezamiyah selama lebih dari tiga tahun, Al - Ghazali meninggalkan Baghdad dan
berpindah ke Damaskus.

Di Damaskus, dia mengabdikan dirinya menulis karya terhebatnya dan paling terkenal iaitu
Ihya’ Ulumuddin (Kebangkitan Ilmu Keagamaan). Buku ini menerangkan doktrin dan amalan
Islam dan bertujuan untuk menerangkan peranan doktrin dan amalan Islam sebagai asas
kehidupan manusia dan mencapai taraf kesufian (mistisisme). Dia kemudiannya berpindah
ke Yerusalem dan menulis El-Maksad ul-Esma yang merupakan penjelasan mengenai 99
nama Allah.

Al-Ghazali dikenali kerana mengkritik Al-Farabi dan Ibnu Sina yang mencari persamaan
antara falsafah falsafah Yunani dengan Al-Quran. Penulisan beliau menerusi kitab Tahafut
al-Falasifah (The Incoherence of the Philosophers) menentang keras aliran falsafah yang
bertujuan mengharmonikannya dengan ajaran Islam. Beliau menegaskan bahawa falsafah
tidak berperanan dalam penemuan kebenaran dan sangat berbeza dengan ilmu wahyu. Hal
ini telah menjadikan karya beliau sebagai sasaran kritikan Ibnu Rushd yang mengagungkan
aliran falsafah Yunani. Ibnu Rushd telah menolak perbahasan Al-Ghazali terhadap ahli-ahli
falsafah. Contoh kritikan Ibnu Rushd adalah melalui penulisannya dalam Tahafut al-Tahafut
bagi menjawab kritikan Al-Ghazali tersebut.
17

Al - Ghazali melakukan ziarah ke Mekah setelah tinggal di Yerusalem untuk sementara


waktu dan kembali semula ke Baghdad. Salah satu pencapaian Al-Ghazali yang paling
penting dalam Sains adalah menolak anggapan ahli falsafah dan saintis Eropah pada masa
berkenaan yang mempercayai bahawa bumi berbentuk leper (flat earth). Dia menegaskan
bahawa bumi berbentuk sfera.

Dia juga melakukan banyak kajian di bidang perubatan dan menjelaskan bagaimana organ
hati berperanan membersihkan dan menyahtoksinkan darah. Al - Ghazali berpindah ke
kampung halamannya iaitu di Tus dan memulakan penulisan iaitu Miskkat al-Envar (The
Niche for Lights) yang membincangkan tentang tasawuf (ilmu penyucian hati).

Umat Islam menganggap Al - Ghazali sebagai seorang Mujaddid (pembaharu iman) yang
dikatakan hanya sekali muncul untuk setiap abad bagi membersihkan agama daripada
penyelewengan dan tokok tambah. Beliau mempunyai reputasi tinggi dalam kalangan
Muslim dan juga Kristian kerana kesalehannya (berakhlak baik). Perjalanan panjang beliau
dalam penulisan telah menjadikannya seorang tokoh besar yang terkenal di Timur dan
Barat.

Hasil karya beliau dianggarkan sebanyak 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu
pengetahuan seperti bidang falsafah, logika dan tasawuf termasuk tentang pendidikan.
Sebahagian besar penulisan Al - Ghazali telah hangus dibakar oleh tentera Mongol di
bawah Hulagu Khan yang menyerang kota Baghdad pada 1258M. Antara kitab beliau yang
musnah termasuklah 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan Al Madhnuuna
bihi Ala Ghairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang-orang Yang Bukan Ahlinya).
Cuma 84 buah buku tulisan beliau sahaja yang berjaya diselamatkan. Antaranya ialah Al
Munqiz Min al Dhalal, Tahafut al Falsafah, Mizan al Amal, Ihya Ulumuddin, Mahkun Nazar,
Miyarul Ilmu serta Maqsadil Falsafah.

2.3.2.1 Kebolehan Tokoh


Pengaruh Al-Ghazali dalam dunia Islam amat besar sekali. Hasil karyanya dibaca dan dikaji
di Timur dan di Barat serta daripada kalangan bangsa Arab dan bukan Arab. Bahkan
pengkaji-pengkaji bukan Islam turut meneliti hasil karyanya dan diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa. Peranan beliau sebagai seorang Mujaddid (pembaharu iman) telah
meletakkan namanya dikenali dan terkenal dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia
kerana cuba membersihkan agama Islam daripada aliran falsafah Yunani yang dianggap
tidak sesuai. Antara pujian oleh para peminat atau pencinta jasa Al-Ghazali adalah seperti
kenyataan Al-Yafi’i: “Kalaulah wujud nabi selepas Nabi Muhamad pasti orang itu ialah Al-
18

Ghazali.” Imam Nawawi pula pernah berkata: “Hampir-hampir Kitab Ihya mengambil alih
tempat al-Qur’an.” Kata Al-Subky: “Tidak tahu ada orang selepas Al-Ghazali yang sama
sepertinya terutama dari segi kadar ilmu. Pasti tidak ada orang yang akan datang
sepertinya” (Abdul Salam, 2005).

2.3.2.2 Sumbangan

Al-Ghazali (1058-1111M) adalah ahli teologi Islam dan ahli teori pendidikan. Tulisan-
tulisannya berdasarkan prinsip-prinsip Islam, telah menjadi asas kepada amalan pendidikan
Islam secara turun temurun. Banyak penerbitannya menjadi rujukan sarjana Islam lain
mengenai prinsip dan praktik yang disarankannya untuk diterapkan dalam pendidikan formal
dan tidak formal. Misalnya, kitab Ihya’ Ulumuddin (Kebangkitan Ilmu Keagamaan) yang
sangat terkenal dan menjadi rujukan umat Islam sehingga kini di seluruh dunia.

Al-Ghazali telah berjaya membetulkan kesilapan ahli-ahli falsafah dan ahli agama. Beliau
menjelaskan kepada orang Islam bahawa kepercayaan terhadap agama mereka bukanlah
bergantung kepada hipotesis-hipotesis yang tidak rasional tetapi mesti bersandarkan
kepada dasar-dasar yang teguh dan nyata (fakta). Beliau telah memberikan pentafsiran
yang rasional tentang kepercayaan asas Islam, sehingga kesahihannya atas dasar
rasionalisme tidak dapat dipersoalkan lagi sepanjang zaman. Di samping itu, beliau
menerangkan hikmah setiap suruhan hukum atau aturan Islam (syariat) serta konsep yang
jelas mengenai Islam, sehingga segala keraguan mereka dapat dihilangkan (Abdul
Salam,2005).

Al-Ghazali mengkritik moral dan agama masyarakat Islam waktu itu dan mencadangkan
langkah-langkah untuk membuat pembaharuan sosial. Menerusi tulisannya yang paling
terkenal dalam Ihya' Ulumuddin, Al-Ghazali telah mengkritik kerajaan dan mempengaruhi
masyarakat agar tidak tunduk kepada penindasan tetapi berani untuk menghadapi tekanan
dan mengkritik penindasan.

Al-Ghazali menghidupkan kembali fahaman Islam dan meninggalkan taklid membuta tuli
(sifat taksub), menentang kejumudan (kekolotan) serta menarik perhatian masyarakat
kepada punca petunjuk yang betul iaitu kitab Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW.

Beliau mengkritik sistem pendidikan yang sedang merosot dan mencadangkan sebuah
sistem yang baru. Kurikulum yang wujud pada masa itu mempunyai kelemahan. Antaranya,
ia memisahkan Sains Keduniaan daripada Sains berlandaskan Islam, akhirnya
19

menyebabkan pemisahan urusan dunia daripada amalan agama. Beberapa perkara yang
tiada tempat dalam hukum atau aturan Islam (syariat) dimasukkan ke dalam kurikulum,
seolah-olah ia adalah sebahagian daripada syariat Islam.

Menurut Abdul Salam (2005) Kebanyakan sistem yang dilaksanakan pelbagai negara Islam
sebenarnya adalah menurut garis panduan yang ditunjukkan oleh Al-Ghazali. Bahkan
kurikulum yang wujud di institusi-institusi di negara Timur Tengah masa kini menggunapakai
pandangan beliau.

Hasil-hasil karyanya yang terulung merupakan asas kepada sebuah gerakan intelektual
yang kuat dan sumber inspirasi kepada generasi berikutnya. Al-Ghazali telah mengarang
ratusan buku dalam pelbagai bidang seperti falsafah, logika, tasawuf dan pendidikan seperti:
i Ihya' Ulumuddin
ii Bidayah al-Hidayah
iii Mizan al-A'mal
iv Minhaj al-Abidin
v Al-Mustasfa Min Usul al-Fiqh
vi Al-Iqtisad Fi al-I'tiqa

2.3.3 Ibnu Khaldun (1332M-1406M)

Nama penuh Ibnu Khaldun ialah Abdurahman bin Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad bin Al-Hasan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurahman bin Ibnu
Khaldun (1332M – 1406M). Beliau merupakan seorang sejarawan Muslim terkenal, ahli
falsafah, ahli ekonomi, ahli politik dan pedagogi terkemuka. Keluarganya kemudian berhijrah
ke Tunisia dan tinggal di sana, di mana Ibnu Khaldun pertama kali mendapat pendidikannya
20

dalam Pengajian Islam (Al-Quran, Hadis Dan Feqah), Bahasa Arab, Bahasa, Sastera dan
Falsafah (Logik, Sains Alam Sekitar dan Matematik).

Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunis, Tunisia dari keluarga keturunan Arab Yaman yang
menetap di Sepanyol. Datuknya pernah bertugas sebagai menteri kewangan di Tunis.
Ayahnya sendiri merupakan seorang pentadbir dan pegawai tentera. Sejak kecil, Ibnu
Khaldun terlibat dalam kegiatan intelektual di kampung halamannya dengan memerhatikan
kehidupan politik dengan teliti. Ibnu Khaldun pada masa kecilnya lebih meminati dunia
Sains. Pada usia muda, beliau telah menguasai Sejarah, Sosiologi dan Sains Klasik.

Beliau dilaporkan pergi ke Maghribi, Sepanyol dan Algeria dan akhirnya pergi mengerjakan
haji ke Mekah. Dari sana dia menuju ke Mesir dan meninggal di sana setelah berkhidmat
sebagai hakim dan seorang tenaga pengajar serta menjadi sarjana Islam yang cemerlang di
masjid Al-Azhar, Mesir. Ibnu Khaldun telah berpengalaman hidup di masa sukar di Mesir
pada masa runtuhnya tamadun Muslim Arab. Namun, keadaan tersebut tidak mengganggu
beliau terus mengembangkan keintelektualannya sebagai sarjana yang hebat dan terkenal
sebagai sejarawan Muslim.

Buku terkenal Ibnu Khaldun ialah “Al-Muqaddimah” bermaksud “Pengenalan” yang


merupakan penulisan beliau mengenai sejarah dan sains peradaban (`ilm alumran).
Dikatakan bahawa “Al-Muqaddimah” ditulis dalam masa lima bulan berdasarkan
pengakuannya sendiri dan pada akhir hayatnya, dia tidak lagi berminat dengan kehidupan
dunia. Ibnu Khaldun mendapat banyak tawaran dalam bidang politik tetapi beliau menolak
untuk bergiat lebih aktif kerana lebih berminat dengan tradisi keintelektualan yang lebih
diminatinya. (Faghirzadeh, 2008).

2.3.3.1 Kebolehan Tokoh


Karya Ibnu Khaldun yang paling penting adalah “Al-Muqaddimah”. Dalam buku ini, beliau
membincangkan kaedah sejarah dan memberikan kriteria diperlukan untuk membezakan
kebenaran sejarah dari kesalahan. “Al-Muqaddimah” dianggap sebagai salah satu karya
paling hebat mengenai falsafah sejarah yang pernah ditulis. Ibnu Khaldun juga menulis
sejarah tentang Muslim di Utara Afrika, dan juga kisah hidupnya dalam sebuah autobiografi
yang berjudul “Al-ta'rif bi Ibnu Khaldun”. Ibnu Khaldun juga terkenal sebagai saintis
sosiologi, ekonomi serta politik (Alatas, 2014).
21

2.33.2 Sumbangan

Ibnu Khaldun (1332M-1406M) mempunyai persamaan dengan Al-Ghazali (1058M-1111M)


serta Al-Qabisi (935M-1012M) kerana memberikan saranan terhadap penambahbaikan
aspek Falsafah Pendidikan supaya lebih berkesan. Ia bertujuan menghasilkan pelajar yang
berkualiti dan menguasai ilmu-ilmu yang dipelajari melalui kaedah-kaedah tertentu
(Mohd.Zahirwan et. Al., 2017). Ini adalah selaras dengan Islam sebagai suatu agama yang
cukup dinamik, maju dan sentiasa terbuka kepada proses modenisasi. Di samping itu,
kebanyakkan pandangan beliau dipengaruhi oleh sikap Al-Ghazali terhadap falsafah serta
beliau banyak mendapat manfaat daripada pandangan Al- Ghazali tersebut yang
memfokuskan isu-isu yang berkaitan dengan akidah Islam secara menyeluruh (Mukti, 2014).

Dalam konteks pemikiran Falsafah Islam, beliau mengkritik keberkesanan ilmu logik dan
metafizik dalam mencapai kebenaran. Beliau bersetuju dengan sikap Al-Ghazali terhadap
logik (al-mantiq) iaitu asas Falsafah Yunani bahawa ia tidak ada kaitannya dengan agama
Islam. Dengan pendekatan ini, Ibnu Khaldun mengikuti Al-Ghazali mengkritik ahli Falsafah
Islam yang cenderung kepada Falsafah Yunani terutamanya mengenai masalah
penggunaan hujah yang rasional dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan
agama melalui penjelasan metafizik dan silogisme (logik) secara khusus.

Ibnu Khaldun dalam bukunya “Al-Muqaddimah”, membuat topik khas dalam menolak
falsafah yang bertajuk, ‘Ibtal Al Falsafah Wa Fasad Muntahilliha” yang bermaksud
“Pengganti Falsafah dan Rasuahnya Pelajar”. Selanjutnya Ibnu Khaldun mengkritik para
sarjana yang membela ahli falsafah dengan mengatakan, “ulama yang tuhan telah sesatkan
menganut doktrin untuk mempertahankan pertikaian mereka”. Baginya tidak semua
perbahasan dalam agama dapat dijelaskan dengan menggunakan hujah dan penaakulan
yang rasional. Beliau mengkritik Ibnu Sina mengenai perkara itu, dengan menyatakan
bahawa peraturan - peraturan dan tatasusila keagamaan tetap perlu dipertimbangkan
semasa membahaskan isu agama dan falsafah.

Walaupun begitu, Ibnu Khaldun juga bersikap lebih objektif berbanding Al-Ghazali dengan
menghargai sumbangan ahli falsafah Yunani dan Islam dalam menyemarakkan ilmu-ilmu
sains dan kemanusiaan. Beliau menyatakan bahawa mereka juga telah menyumbang
kepada sejarah tamadun sejagat. Ibnu Khaldun dalam bukunya telah menyebut dan memuji
banyak ahli falsafah hebat seperti Socrates, Plato, Aristotle, Abu Nasr al-Farabi, Ibnu Sina,
Ibnu Rushd dan Ibnu Bajjah.
22

Ibnu Khaldun berjasa dalam membahagikan ilmu Sains kepada rasional, tradisional dan
linguistik. Menurut beliau, Sains Falsafah dikelaskan untuk merangkumi logik, fizik,
matematik dan metafizik dan juga astronomi dan muzik. Manakala pembahagian aritmetik
dan geometri berada di bawah Matematik. Menerusi bukunya, Al- Muqaddimah dia
membincangkan falsafah terlebih dahulu sebelum menjelaskan sifat falsafah dengan
memberikan komen dan analisisnya sebagai sarjana Islam.

Ibnu Khaldun terkenal kerana telah menulis karya yang bermutu tinggi dalam bidang
falsafah, sejarah dan dan sosiologi. Antara karya tersebut adalah seperti:
 Kitab Al-I'bar atau judul penuhnya ialah Kitab Al-I'bar wa Dhuan al-Mubtada 'wa al-
Khabar fi Ayyam alA'rab wa al-Ajam wa alBarbar wa man ‘Asharahiim min Dzawi al-
Suthan al-Akbar. Kitab ini berbentuk puisi tentang contoh dan catatan mengenai
sejarah asal-usul dan peristiwa orang Arab, Parsi, Barbarian dan sezaman
dengannya yang memiliki kekuatan besar. Kerana judulnya terlalu panjang, orang
ramai sering menyebutnya sebagai Kitab Al-I'bar sahaja, atau kadang-kadang ia
disebut Tarikh Ibnu Khaldun.
 Kitab “Muqaddimah Ibnu Khaldun” atau “Prolegomena” dalam bahasa Yunani. Kitab
Muqaddimah merupakan jilid pertama kitab “Kitab Al-I'bar” yang mengandungi tujuh
jilid semuanya. Muqaddimah boleh dibaca sebagai karya sosiologi. Ia berdasarkan
konsep 'aṣabiyyah, yang telah diterjemahkan sebagai "solidariti sosial", "solidariti
kelompok" serta "kesukuan". Perpaduan sosial ini wujud secara spontan pada suku
dan kumpulan tertentu dan diperkuatkan oleh ideologi agama. Analisis Ibnu Khaldun
melihat bagaimana solidariti kelompok ini membawa kumpulan atau suku menjadi
berkuasa tetapi tetap berdasarkan acuan psikologi, sosiologi, ekonomi serta politik
tersendiri. Beliau menegaskan bahawa apabila sifat 'aṣabiyyah’ itu kuat, maka
negara yang muncul akan luas, sebaliknya bila sifat 'aṣabiyyah’ menjadi lemah,
maka keluasan negara yang muncul akan terbatas dan tidak berkembang.
 Kitab “Al-Ta'rif Ibnu Khaldun wa Rihlatuhu Garban wa Syarqan” adalah tentang
autobiografi Ibnu Khaldun di mana dia dilihat sebagai seorang tokoh hebat pada
abad pertengahan yang meninggalkan sejarah hidupnya dengan sempurna dan
lengkap.
 Beliau juga sebenarnya mempunyai beberapa buku lagi seperti ‘Burdah al-Bushairi’,
(tentang logik, arithmetik serta fekah), ‘Lubab al-Muhashal fi Usul ad-Din’(tentang
teologi) dan ‘Syifa al-Sailfi Tahdzib al-Massat’ (membincangkan tentang mistik
konvensional) (Suharto, 2003).
23

Dapatlah dikatakan bahawa Ibnu Khaldun merupakan seorang sarjana Islam yang banyak
menyumbang kepada pengembangan idea falsafah dalam sejarah Islam. Analisis Ibnu
Khaldun sangat objektif serta konsisten kerana dia tidak hanya berpandukan emosi semata-
mata dalam mengkritik falsafah Barat. Ibnu Khaldun tetap menghargai dan menentukan
subjek pebincangan fafsafah dalam perbahasan yang dilakukan.

2.3.4 Al-Farabi (870M-950M)

Al-Farabi atau mana sebenarnya adalah Muḥammad Ibnu Muḥammad Ibnu Ṭarkhan Ibnu
Awzalagh atau Uzlugh juga disebut Abu Nasr al-Farabi, nama Latin beliau ialah Alpharabius
(Alfarabius) atau Avennasar dilahirkan di sebuah kampung kecil bernama Wasij,
berhampiran Farab di Turkistan pada 259H (870M). Ibu bapanya berketurunan Parsi, tetapi
nenek moyangnya telah berhijrah ke Turkistan. Al-Farabi merupakan anak kepada seorang
jeneral tentera. Beliau meninggal dunia di Damsyik pada 950M. Al-Farabi merupakan salah
seorang pemikir Falsafah Islam abad pertengahan yang terkemuka dan dikenali sebagai ahli
falsafah kedua terhebat setelah Aristotle.

Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara. Kemudian dia pergi ke
Baghdad untuk mempelajari pengajian tinggi dengan belajar dan bekerja pada masa yang
sama. Beliau belajar di bawah seorang penterjemah dan ahli logika kristian bernama Abu
Bishr Matta bin Yunus. Al-Farabi kemudiannya menyambung lagi pengajian beliau di bawah
bimbingan Yuhanna bin Haylan di Harran, Turki. Kehidupan beliau merentasi pemerintahan
enam khalifah Abbasiyah. Dalam tempoh tersebut, beliau menguasai beberapa bahasa
serta pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti bidang Sains, Falsafah, Logik, Sosiologi,
Perubatan, Matematik, Teknologi dan Muzik. Beliau juga merupakan seorang pemuzik yang
24

berpengalaman. Namun sumbangan utamanya adalah dalam bidang falsafah, logik dan
sosiologi.

2.3.4.1 Kebolehan Tokoh


Al- Farabi merupakan ahli Falsafah Islam yang terbesar dan masyur. Dikatakan bahawa
tiada ahli Falsafah Islam lain yang dapat menyaingi pemikiran falsafahnya. Ibnu Sina sendiri
merupakan individu yang banyak mendapat ilmu dari beliau. Al- Farabi terkenal kerana
berkeupayaan menerangkan pemikirannya berdasarkan agama Islam namun menurut
pendekatan falsafah Yunani. Karya-karya ilmiah dan risalah Al-Farabi mempengaruhi Ibnu
Sina (Avicenna), Ibnu Rushd (Averroes) dan banyak ahli falsafah Arab yang lain.
Pandangan dan penemuan ilmiahnya mempengaruhi perkembangan pelbagai bidang ilmu di
Eropah pada Zaman Pertengahan. Para sarjana Eropah Barat pada Zaman Pertengahan
belajar tentang Aristotle dan Plato serta idea mereka melalui risalah dan tulisan Al-Farabi
yang berkualiti.

Al-Farabi banyak memberikan sumbangan penting dalam bidang Matematik, Falsafah,


Perubatan dan Muzik. Walaupun terdapat bukunya telah hilang dan tidak dijumpai, namun
antara karyanya yang paling terkenal adalah seperti Al-Madina Al-fadila (Kota kebajikan),
sebuah risalah mengenai sosiologi dan sains politik. Kitab Al-Ihsa Al ‘Ulum menguraikan
asas-asas sains dan mencadangkan sistem klasifikasi bahan sains. Beliau juga menulis
sebuah buku terkenal mengenai muzik, Kitab Al-Musiqa (Buku Besar Muzik). Terdapat karya
lain juga seperti Al-Jam Bayn Ra’yai Al-Hakimayn Aflatun Al-ilaihi Wa Aristotalis yang
secara terperinci telah menganilisis dan membandingkan pemikiran Plato dan Aristotle.

2.3.4.2 Sumbangan

Dalam konteks falsafah, Al Farabi digelar sebagai guru kedua atau the second teacher (al-
muallim al-thani) iaitu sebagai mengiktiraf beliau sebagai seorang sarjana yang berilmu
falsafah terkemuka pada masa itu selepas Aristotle. Pengiktirafan ini secara tidak langsung
telah menunjukkan keterikatan pemikiran falsafah beliau dengan ilmu logik Aristotle.

Di samping itu, beliau juga berkeupayaan tinggi memahami aliran falsafah Yunani dengan
begitu baik. Al Farabi telah berjaya membuat banyak terjemahan terhadap buku falsafah
Yunani seperti De Anima dan Physics hasil karya Aristotle dan juga buku-buku hasil karya
Plato dan Euclid. Hal ini menunjukkan betapa beliau memahami falsafah Yunani dengan
sangat mendalam.
25

Karya beliau yang paling terkenal, Ara Ahl al-Madina al-Fadila  (Kota Kebajikan),
menggambarkan hierarki masyarakat yang ideal dan bermoral. Ia menerangkan
tanggungjawab mutlak penguasa adalah untuk mendidik dan membimbing masyarakat
samaada melalui pujukan atau paksaan serta bertindak dengan cara yang akan membantu
mereka mencapai kebahagiaan.

Di samping itu, keilmuan beliau terserlah dengan keupayaan beliau menghasilkan buku
komentar falsafah yang terkenal iaitu Al-Jam Bayn Ra’yai Al-Hakimayn Aflatun Al-Ilaihi Wa
Aristotalis yang secara terperinci telah menganalisis, membandingkan serta
mengkrompomikan aliran pemikiran dua orang tokoh Yunani yang terkenal iaitu Plato dan
Aristotle. Justeru itu, menurut Al-Ghazali dalam bukunya Al-Munqidz Min Al-Dalal
mengatakan bahawa hanya Al-Farabi dan Ibnu Sina sahaja daripada begitu ramai tokoh
Islam yang mahir dalam aliran pemikiran falsafah Yunani. Manakala pandangan tokoh lain
didapati dangkal, bercampur-campur, tidak tahu hujung pangkal dan tidak dapat difahami
(Idris Zakaria,1985).

Beliau merupakan seorang tokoh falsafah yang sangat prolific selama lebih kurang empat
puluh tahun menulis. Hasil kerjanya dalam penulisan buku berjumlah melebihi seratus buah
buku keseluruhannya, namun yang paling disepakati ialah sebanyak seratus lima belas
buah (Idris Zakaria,1985). Buku-buku Al-Farabi ini dapatlah dibahagikan kepada beberapa
bidang atau kelompok utama seperti berikut:
 Buku-buku bidang mantik
 Ilmu-ilmu Kepandaian (al- taa’lim)
 Ilmu alam, kimia dan perubatan
 Ketuhanan (teologi)
 Ilmu madani (akhlak dan siyasah)
 Buku-buku berbagai bidang lain

Al Farabi juga cuba mengharmonikan di antara agama Islam dengan falsafah Yunani. Pada
pandangan beliau, agama dan falsafah dianggap sama sahaja yang mementingkan
pencapaian kebenaran dengan berpendekatan yang berbeza. Keupayaan beliau ini
disebabkan beliau mempunyai pendidikan agama yang tinggi seperti Feqah, Tafsir Al-Quran
dan Hadis serta pengalaman beliau bertugas sebagai Qadi. Hal ini ternyata membentuk
corak pemikiran beliau yang lebih kritikal terhadap pelbagai bidang ilmu.
26

Beliau mengembangkan pemikiran falsafah Yunani ini dengan mengajar anak muridnya di
Harran, Turki. Hal ini menyebabkan aliran pemikiran falsafah beliau terus berkembang
pesat. Salah seorang anak muridnya adalah Abu Zakariya Yakhya bin Adi, seorang ahli
falsafah Kristian yang telah mengembangkan aliran pemikiran Al Farabi dan Aristotle.

Al-Farabi juga merupakan seorang ahli teori muzik dunia Islam. Dia telah menulis Kitab
Musiqi @ musiqa Al Kabir (Buku Besar Muzik). Karya teori muzik lain termasuk Gaya Dalam
Muzik (Styles in Music). Dia juga dikreditkan kerana mencipta alat muzik Rabab dan Qanun.
Dalam bukunya tersebut, beliau memperkenalkan berbagai sistem pitch (tone muzik).
Kitab tersebut kemudiannya diterjemahkan oleh Ibnu Aqnin (1160-1226) ke dalam bahasa
Ibrani (Yahudi kuno) manakala terjemahan dalam bahasa Latin dinamakan sebagai “De
Scientiis” dan “De Ortu Scientiarum”.

Rebab

Qanun

Elemen pengajaran falsafah Al-Farabi masih kekal sehingga ke hari ini. Ini seperti
penegasan beliau terhadap kepentingan Matematik dan Sains, kaedah eksperimen,
integrasi ilmu pengetahuan serta kepentingan nilai dan konsep kesenian estetika.

2.4 Falsafah Pendidikan Timur


Falsafah Pendidikan Timur mengintegrasikan kefahaman dan kepercayaan terhadap Islam,
Konfusianisme, Taoisme serta Buddha (Mahayana). Kebanyakkan masyarakat Timur
27

menerima kebenaran ketuhanan (teologi) dan lebih berminat untuk mencapai keseimbangan
hidup samaada di dunia atau di akhirat (nirvana). Pandangan dunia Timur (world view)
adalah berdasarkan kesedaran bermasyarakat, integrasi nilai universal, saling perkaitan
antara semua perkara (Yin -Yang), konsep pembalasan (karma) serta konsep dosa dan
pahala yang merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari keseluruhan kosmik
(universe). Pendekatan Falsafah timur dianggap lebih holistik berbanding Falsafah Barat.

2.4.1 Konsep Dan Prinsip


Falsafah Pendidikan Timur sangat menekankan tradisi keilmuan yang merangkumi
keperluan pencapaian kehidupan menyeluruh dan seimbang samaada di dunia atau di
akhirat. Falsafah ini menekankan pandangan hidup (world view) dan kefahaman maknanya
supaya masyarakat dapat hidup berharmoni dengan alam sekitar. Antara prinsip Falsafah
Pendidikan Timur adalah seperti berikut:
 Proses perubahan (evolution process) perlu dilakukan untuk kelangsungan hidup
yang lebih baik. Berdasarkan ajaran Islam menerusi Al-Quran, Surah Ar-Rad, ayat
11 bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”. Hal ini
juga seperti ajaran Buddha iaitu menerusi Jalan Mulia Lapan Lapis yang
mencerminkan corak kelakuan mental dan fizikal seseorang penganut Buddha. Ia
menekankan kepada terhapusnya penderitaan, duka nestapa dan rasa putus asa
yang membawa ke Nirvana (syurga) yang merupakan tempat ketenteraman yang
abadi.
 Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu pencapaian
kebahagiaan. Confucius menekankan tentang mengamalkan nilai dan moral yang
baik terutamanya dalam soal kemanusiaan (jen/ren) dan mempunyai perasaan kasih
sayang sesama manusia. Bagi mempraktikkan konsep ren, individu perlu
mengamalkan konsep Chung dan Shu. Chung bermaksud membuat sesuatu kepada
orang lain seperti yang kita suka untuk kita sendiri. Manakala Shu pula bermaksud
jangan berbuat sesuatu kepada orang lain yang kita tidak suka dibuat untuk diri kita
sendiri.
 Manusia belajar melalui pemerhatian alam semula jadi di mana refleksi kendiri atau
muhasabah diri terhadap pemerhatian tersebut akan menimbulkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan atau keinginan untuk bertaubat. Perspektif Islam menganjurkan
hubungan yang betul antara manusia, alam sekitar dan refleksi diri. Namun, terdapat
kerosakan yang berlaku terhadap alam sekitar hasil daripada tangan manusia sendiri
seperti yang terdapat di dalam Al-Quran dalam surah Ar-Rum ayat 4 bermaksud:
28

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan
sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian)
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-
perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat)”.
 Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai Nirvana atau
syurga. Kesemua jalan hidup yang baik menghala ke arah tersebut. Apabila manusia
sudah berakal dan bijak maka mereka akan berbuat baik dan mengelakkan dari
melakukan kejahatan yang boleh menyebabkan mereka terdedah kepada dosa dan
karma yang buruk.

2.5 Pandangan Ahli Falsafah Timur


Falsafah Timur mempunyai akar umbinya dalam Islam, Konfusionisme, Taoisme dan
Buddhisme. Ahli falsafah Timur yang dibincangkan terdiri daripada Confucius dan Tagore.

2.5.1 Confucius (551M-479M)

Confucius atau nama sebenar beliau ialah Kong Fu Tze. Beliau lahir di wilayah Shantung
pada tahun 551S.M. Kong Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479S.M semasa berusia 72
tahun. Ayahnya adalah seorang tentera bernama Kong He yang telah meninggal dunia
ketika Confucius berusia tiga tahun. Kehidupannya semasa kecil agak miskin dan
dibesarkan oleh ibunya. Keluarga beliau merupakan sebahagian golongan pertengahan
biasa yang digelar "shi" tetapi bukan golongan bangsawan yang wujud di China pada masa
tersebut. Namun status keluarga Confucius tinggi sedikit daripada masyarakat kebanyakan.
Hal ini telah memberikannya pandangan dan perspektif berbeza terhadap kehidupan
berbanding dengan majoriti masyarakat biasa di China pada masa itu. Confucius
mempunyai pandangan bahawa individu perlu di berikan pangkat dan penghargaan
29

berdasarkan kebolehan masing-masing dan bukannya dengan mengambilkira latar belakang


status keluarga mereka.

2.5.1.1 Kebolehan Tokoh


Confucius ialah seorang ahli falsafah Cina yang terkenal pada Dinasti Chou. Sejak kecil lagi
beliau minat membaca mengenai Sejarah, Matematik dan tradisi orang Cina. Beliau juga
sangat mahir tentang 'Li' (susunan tingkah laku yang baik). Walaupun keluarganya miskin,
Confucius tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan
semasa berusia 17 tahun.

Beliau telah dilantik menjadi Ketua Hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu. Setiap jabatan
yang berada dibawah pentadbirannya berjalan dengan baik. Pemerintah Lu itu telah
menaikkan pangkat beliau dengan cepat kerana sangat berpuas hati dengan kerjanya.
Namun begitu, pemerintah Lu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius. Akibat
tersebut menyebabkan Confucius berhenti berkhidmat pada usia 51 tahun. Beliau kecewa
dan berkelana (mengembara) ke seluruh pelosok China untuk mengajar idea falsafahnya
yang akhirnya dibukukan oleh pengikutnya iaitu The Analects of Confucius.

Confucius berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk tempoh 10 tahun
sebelum kembali ke negeri Lu pada tahun 484S.M. Pada masa itu, Confucius telah
merantau dan menyebarkan ajarannya. Beliau telah mengarang pelbagai buku termasuk
buku nyanyian dan falsafah. Dia dipercayai menyunting buku klasik Cina yang paling asas
termasuk Yi Jing (Perubahan Klasik); Shang Shu (Buku Sejarah); Shi Jing (Puisi Klasik
lama); Li Ji (Buku Upacara Ritual); dan Chun Quo Zou Zhuan (Sejarah Musim Bunga dan
Musim Luruh) (Sun, 2008). 

Beliau dipercayai sebagai individu pertama dalam sejarah China yang memperkenalkan
pendidikan dan mengadakan sebuah sekolah yang menawarkan pendidikan moden, dalam
istilah hari ini, dikenali sebagai "pendidikan liberal". Beliau mempunyai lebih daripada 3,000
pelajar semasa masih hidup, dan 72 pelajarnya cemerlang dan menguasai ilmu "enam seni"
yang diajarkannya merangkumi ritual, muzik, memanah, charioteering (penunggang
kenderaan berkuda), menulis, dan arithmetik.

Ajaran Confucius menjadi teras falsafah negara China semasa pemerintahan dinasti Han
(202 SM–220M). Ajaran beliau menjadi asas kepada peperiksaan awam untuk anggota
perkhidmatan awam China. Kerajaan China menyukai falsafah Confucius kerana ia
mengajar masyarakat untuk menghormati pihak berkuasa dan menekankan kepentingan
30

mempunyai kerajaan yang kuat. Ajaran beliau menjadi sebahagian penting budaya Cina
sehingga kini.
.
Confucius menganggap dirinya sebagai "pemancar" dan bukannya pencipta atau tuhan.
Menurutnya, kebijaksanaan yang diajarkannya bukanlah benda baharu tetapi telah ada
dalam tradisi ritual cina yang lama seperti sejarah, muzik, puisi, dan karya bertulis, namun
telah rosak selama berabad-abad lamanya.
2.5.1.2 Falsafah Pendidikan Confucius
Confusius berpandangan bahawa pendidikan mempunyai fungsi yang penting dalam
sosialisasi masyarakat Cina dan terhadap pembangunan negara seperti berikut:
1.Menurut Confusius, pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambil kira status
sosioekonomi atau kedudukan sosial.
2.Matlamat pendidikan adalah menghasilkan individu berkebolehan (ziancai) serta bermoral
tinggi.
3. Aspek kurikulum memfokuskan kepada mata pelajaran akhlak seperti berikut:Pendidikan
Moral menekankan nilai seperti hormat kepada ibu bapa (xiao), hormat kepada orang yang
lebih tua (ti), ketekunan (min), kesetiaan (zhong), jimat cermat (jian), tolak ansur (rang),
kebijaksanaan (zhi) dan keberanian (yong).
4. Buku-buku Confusius merangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi dan kebudayaan
ialah:
• Muzik
• Puisi
• Kesusasteraan
• Sejarah
• Kod Etika dan Tatacara Kelakuan yang Baik
Kesimpulannya, falsafah Confucius beranggapan guru sebagai fasilitator dan penyampai
ilmu yang mahir. Oleh sebab itu, guru perlu menunjukkan komitmen terhadap tugas dan
tanggungjawab yang diberikan. Selain itu, guru juga perlu mengenali dan memahami murid
yang diajar agar dapat memaksimumkan potensi dan kebolehan mereka.
31

2.5.2 Rabindranath Tagore (1861-1941)

Tagore atau nama penuhnya Rabindranath Tagore dilahirkan dalam sebuah keluarga
Benggali (Brahmana yang tinggal di wilayah Bengali). Tagore dilahirkan pada 7 May 1861 di
Calcutta, India. Beliau dikenali juga dengan nama Gurudev, Kabiguru, Biswakabi dan
dirujuk juga sebagai  “Bard of Bengal”@ Pemuisi Bengal.

2.5.2.1 Kebolehan Tokoh


Tagore ialah seorang ahli Brahmo Samaj (gerakan Hindu moden yang menganjurkan
agama monoteistik (satu tuhan) berdasarkan Upanishad (kitab utama hindu) serta
pembaharuan sosial dan pendidikan mengikut prinsip pendidikan Barat), penyair, penulis
drama, ahli falsafah, seniman, pemuzik dan sasterawan berbangsa Bengali.
Tagore merupakan orang Asia pertama yang mendapat hadiah Nobel dalam bidang sastera
(1913). Karya-karya tersohor Tagore termasuk Gitanjali (Song Offerings), Cora (Fair-Faced)
dan Chare-Baire (The Home and the World). Selain itu, karya puisi, cerita pendek dan novel
yang dihasilkan beliau amat terkenal dan dikagumi seluruh dunia.

Beliau juga seorang pembaharu kebudayaan dan polymath yang memodenkan seni budaya
di Benggala. Dua buah lagu daripada aliran Rabindrasangeet (sebuah aliran lagu yang
dicipta beliau) kini menjadi lagu kebangsaan Bangladesh (Amar Shonar Bangla) dan India
(Jana Maha Cana).

Pada tahun 1901, Tagore mendirikan sebuah sekolah di Santiniketan yang kemudiannya
telah menjadi sebuah universiti iaitu Universiti Visva-Bharati pada tahun 1921. Walaupun
kebanyakan hasil karya Tagore ditulis dalam bahasa Benggali tetapi ada di antara karya
tersebut telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Antaranya termasuklah buku-buku dan
esei mengenai falsafah, agama, pendidikan dan sebagainya seperti Kabi-Kahini (The Tale
of the Poet) dan Amar Sonar Bangla (My Golden Bengal).
32

2.5.2.2 Falsafah Pendidikan R Tagore


Menurut Tagore, objektif utama pendidikan adalah sebagai simfoni antara kehidupan
seseorang dengan dunia luar. Terdapat empat prinsip asas dalam Falsafah Pendidikan
Tagore merangkumi naturalisme, humanisme, internasionalisme dan idealisme. Hal ini
seperti yang tertera dalam objektif utama sekolah yang di tubuhkannya iaitu di Santiniketan
iaitu menanam rasa cinta akan alam, menyampaikan pengetahuan dan kebijaksanaan
dalam bahasa ibunda seseorang, memberikan kebebasan fikiran, hati dan kehendak,
suasana semula jadi dan akhirnya memperkayakan budaya India.

Huraian Falsafah Pendidikan Rabindranath Tagore merangkumi beberapa aspek berikut:


 Pendidikan merupakan satu proses yang menyediakan setiap individu untuk
menyara hidup dengan lengkap. Tujuan pendidikan adalah untuk mewujudkan
kesempurnaan manusia dengan menghilangkan kejahilan dan membawa cahaya
pengetahuan. Pendidikan membolehkan kita menjalani kehidupan yang lengkap dari
segi ekonomi, intelektual, estetika, sosial dan spiritual. Dia juga mengatakan bahawa
sekolah tidak boleh menjadi "kandang mati di mana minda hidup diberi makan
dengan makanan buatan (artificial). Hasil kerja dan seni adalah gambaran spontan
sifat semulajadi dan kerohanian yang mendalam ”
 Matlamat pendidikan adalah menghasilkan individu yang menyeluruh melalui
interaksi dengan persekitaran semula jadi. Beliau memberikan kebebasan bersuara
kepada kanak-kanak. Beliau berkata, "Anak-anak memiliki minda bawah sedar yang
aktif seperti pohon memiliki kekuatan mengumpulkan makanan dari suasana
sekitarnya".
 Kurikulum Tagore menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal. Antara mata
pelajaran yang disyorkan termasuklah muzik, seni, kesusasteraan, drama dan tarian,
sejarah dan pendidikan alam sekitar. Beliau mengatakan bahawa “suasana dan
aktiviti kreatif sangat penting dalam pendidikan”. Kepentingan aktiviti fizikal dan alam
sekitar dijelaskan oleh Tagore bahawa selain daripada aktiviti fizikal, alam sekitar
mengajar lebih banyak individu berbanding mana-mana institusi. Sekolah harus
menyedari betapa pentingnya fakta ini dan memupuk aktiviti kokurikulum dengan
baik.
 Peranan guru sebagai fasilitator dan pemudahcara secara berkesan ditekankan
dalam pendidikan.Tagore menyatakan bahawa pengajaran mestilah bersatu dengan
budaya, rohani, intelektual, estetika, ekonomi dan sosial. Beliau menyatakan bahawa
33

“pendidikan sejati adalah menyedari di setiap langkah bahawa latihan dan


pengetahuan guru mempunyai hubungan organik dengan persekitaran kita".

Kesimpulannya, Tagore percaya bahawa, salah satu tujuan utama pendidikan adalah untuk
mempersiapkan individu dengan pelajaran untuk berkhidmat untuk negara dan membina
semula manusia,budaya, keharmonian dan intelektualisme. Tagore beranggapan individu
yang berpelajaran dalam erti kata sebenar bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih,
berani dan bebas. Bahkan tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai
kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara serta berpandangan dengan
sikap internasionalisme yang positif. Falsafah Pendidikan Tagore adalah dipengaruhi oleh
Falsafah Pendidikan Pragmatisme dan Progresivisme.

2.6 Pengenalan Mazhab Falsafah Barat


Falsafah Barat terbahagi kepada dua cabang utama, iaitu falsafah aliran tradisional dan
falsafah aliran moden. Falsafah Pendidikan Barat tradisional terdiri daripada Perenialisme
dan Essensialisme. Manakala, empat cabang falsafah Barat moden terdiri daripada falsafah
Pragmatisme, Progresivisme, Rekonstruksionisme dan Eksistensialisme. Ia lahir daripada
penentangan ahli falsafah terhadap aliran pemikiran tradisional. Manakala mazhab falsafah
secara umum merangkumi aliran Idealisme dan Realisme.

2.6.1 Latar Belakang Falsafah Pragmatisme


Aliran Falsafah Pragmatisme ini telah membawa perubahan yang besar terhadap budaya
Amerika dari akhir abad ke-19 hingga kini. Falsafah ini telah dipengaruhi teori evolusi
Charles Darwin (1809 - 1882) dan teori relativiti Albert Eistein (1879-1955).

Charles Sanders Peirce (1839–1914) yang merupakan seorang ahli falsafah, ahli logik dan
saintis Amerika Syarikat merupakan individu pelopor yang mengemukakan teori kebenaran
iaitu pragmatik. Williams James (1842–1910) yang merupakan ahli psikologi dan ahli
falsafah adalah individu yang bertanggungjawab mempopularkan Falsafah Pragmatisme
dalam penulisan dan ceramah beliau. Manakala John Dewey (1859–1952) Dewey
menekankan hubungan antara kebenaran dan penyelidikan saintifik yang ketat untuk
mencari kebenaran. Terdapat lagi tokoh falsafah ini seperti Chauncey Wright (1830-1875)
dan Oliver Wendell Holmes Jr (1841-1935).
34

Falsafah Pragmatisme cenderung kepada falsafah epistemologi dan aksiologi dan sedikit
unsur metafizik. Falsafah ini merupakan keseimbangan antara idea tradisional mengenai
realiti dengan idea moden mengenai nihilisme (fahaman yang menolak semua nilai dan
kepercayaan yang sedia ada) dan irrationalisme (sikap atau kepercayaan yang mempunyai
asas yang tidak rasional). Hal ini seperti idea tradisional mengatakan bahawa bumi ini tetap
dan berpaksi dan manusia mengetahui hakikat mengenai bumi ataupun perkara-perkara
yang berkaitan dengan nilai murni, sementara nihilisme dan irrationalisme pula menolak
semua dugaan dan ketentuan dan kepercayaan sedia ada tersebut.

Williams James (1842–1910) mengatakan bahawa perasaan dan logik sangat penting
sebagai asas kepada rasionalisasi sesuatu perkara dalam kepercayaan manusia. Hal ini
boleh memberi makna terhadap perbincangan isu-isu besar tentang kehidupan, nilai-nilai
dan kepercayaan agama. Jika sesuatu perkara berlaku seperti mana yang difikirkan, maka
ia adalah benar.

John Dewey (1859–1952) mengatakan bahawa pengalaman, kepintaran dan masyarakat


ialah alat untuk perkembangan minda. Dengan kepintaran dan pengalaman, manusia bolah
menyelesaikan masalah sendiri. Beliau juga berpendapat bahawa idea-idea tradisional
hendaklah dimasukkan atau dikaji semula. Proses pertanyaan ialah satu transaksi dua hala
yang melibatkan manusia dalam keadaan realiti. Manusia berinteraksi dengan alam
sekeliling. Manusia bertindak balas ke atas alam sekeliling dan begitulah sebaliknya.

Falsafah Pragmatisme ini mempunyai beberapa ciri seperti berikut:

 Pragmatisme ialah satu mazhab falsafah yang dikaitkan dengan teori dan makna
(theory and meaning). Perkataan pragmatisme berasal daripada perkataan Yunani,
iaitu pragma yang bermaksud kerja. Istilah ini boleh dimaksudkan sebagai kaedah
mengatur dan mengurus perkara yang harus dilakukan oleh seseorang.
Pragmatisme (atau Pragmatik) adalah pandangan yang menganggap proses
praktikal lebih penting dari makna dan kebenaran. Sesuatu itu benar sekiranya ia
berfungsi.

 Falsafah ini menekankan peranan tindakan dalam pemikiran individu, dari kebiasaan
biasa hingga eksperimen dan kreatif. Inti dari pragmatisme adalah 'pragmatic maxim'
untuk menganalisis makna konsep dan kaitannya dengan tindakan. Berdasarkan
'pragmatic maxim', kata-kata tidak mempunyai makna yang melekat padanya sejak
35

awal. Sebaliknya, kata-kata itu mendapat makna melalui penggunaan yang berulang
kali dilakukan. Contohnya seperti: Tiada siapa mengetahui bahawa “kucing”
bermakna makhluk berbulu dan bergigi, menyukai manusia dan bersifat manja; lama-
kelamaan, manusia mendapati suku kata ini berguna untuk menunjukkan sejenis
makhluk yang tidak berbahaya, manja dan ini membantu menambah ilmu mereka.

 Peirce (1839–1914) mencadangkan 'pragmatic maxim' ini sebagai alat untuk


menentang makna metafizik yang tidak masuk akal. Pierce berpendapat bahawa
pragmatisme adalah “kaedah untuk memberikan makna terhadap kata-kata dan
konsep abstrak yang selama ini diberikan makna secara tidak tepat oleh aliran
metafizik”.
 Falsafah ini menekankan ideologi dan pandangan hanya akan diakui benar
sekiranya ia benar dan dapat dijayakan serta dibuktikan dengan baik atau benar,
manakala idea atau pandangan yang tidak praktikal akan ditolak.
 Peirce (1839–1914) menekankan proses pertanyaan (inquiry) sebagai sumber ilmu,
merupakan proses yang dapat membawa manusia daripada keadaan keraguan
kepada kepercayaan terhadap sesuatu perkara. Beliau mengatakan bahawa
peningkatan penambahan ilmu dapat diwujudkan melalui tabiat menguji idea
berdasarkan pemerhatian, pengujian dan perbahasan terhadap persoalan falsafah
dengan lebih berkesan.

 Falsafah ini bertujuan membangunkan pendidikan secara menyeluruh merangkumi


fizikal,intelektual, sosial dan estetika. Proses Pendidikan bertujuan membangunkan
keinginan, kecenderungan dan kebolehan mereka menjadi kepuasan dalam
pendidikan kanak-kanak melalui persekitaran mereka sendiri. Hal ini berdasarkan
kepada kaedah - kaedah pengajaran yang dicadangkan seperti pengajaran
berpusatkan guru, pengajaran berpusatkan pelajar, kaedah pemusatan bahan serta
kaedah interaktif / penyertaan pelajar.

2.6.2 Latar Belakang Falsafah Progresivisme


Falsafah Progresivisme dikatakan wujud pada abad ke-20, tetapi sebenarnya idea
berkaitannya sudah bermula pada akhir abad ke-19. Falsafah ini berkembang daripada
falsafah pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk tujuan pendidikan oleh John Dewey
(1859–1952). John Dewey merupakan "Bapa Pendidikan Progresif," adalah tokoh yang
paling berpengaruh dalam pendidikan Progresivisme. Melalui karyanya seperti The School
36

and Society (1899), The Child and the Curriculum (1902), dan Democracy and Education
(1916), Dewey melakukan penyusunan semula teori dan praktikaliti pendidikan yang wujud
di antara kehidupan demokratik dan pendidikan zaman moden. Seterusnya falsafah ini
menjadi begitu terkenal di Amerika dan di seluruh dunia.

Falsafah Progresivisme ini mempunyai beberapa ciri seperti berikut:

 Falsafah ini telah menumpukan perhatian kepada perubahan sosial. Falsafah ini
mengatakan objektif pendidikan tradisional tidak sesuai pada zaman moden.
Pendidikan sepatutnya bertujuan meredakan ketegangan yang disebabkan oleh
kekacauan sosial, ekonomi, dan politik yang ditimbulkan oleh impak kemodenan
pada akhir abad 19 di Amerika. Pendidikan perlu diberikan peluang dan
tanggungjawab baru untuk memainkan peranan utama dalam mempersiapkan warga
Amerika sebagai satu bentuk penyertaan aktif dalam masyarakat demokratik.

 Penekanan Dewey pada pentingnya hubungan demokratik dalam suasana bilik


darjah telah mengalihkan fokus teori pendidikan sebelum ini yang hanya
memfokuskan peranan sekolah kepada memfokus memahami keperluan pelajar di
sekolah. Hal ini memberikan perubahan dramatik dalam aspek pedagogi di Amerika
dan seluruh dunia.
 Aliran Progresivisme bertujuan memberikan kemahiran yang diperlukan kepada
individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah secara tetap
(constant). Kemahiran penyelesaian masalah, kaedah “thinking and doing”, boleh
digunakan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah dalam
mata pelajaran seperti Matematik, Sains dan juga kehidupan secara umum.
 Progresivisme mempercayai bahawa pendidikan harus menumpukan perhatian pada
perkembangan menyeluruh pelajar (whole child), bukan pada isi pelajaran ataupun
terhadap pengajaran guru.
 Falsafah pendidikan ini menekankan bahawa pelajar harus menguji idea mereka
dengan terlibat aktif dalam pembelajaran seperti melakukan eksperimen serta gerak
kerja kumpulan. Proses pembelajaran dikira berhasil sekiranya pelajar mampu
bertanya soalan atau mempunyai persoalan dalam eskperimen atau aktiviti yang
dilalui mereka tersebut dan proses ini menunjukkan bahawa pengembangan ilmu
telah berlaku secara semulajadi.
 Guru perlu berusaha menjadikan sekolah lebih menarik dan bermakna dengan
merancang pelajaran dan pembelajaran pelajar supaya dapat menimbulkan rasa
ingin tahu pelajar. Hal ini seperti melaksanakan pembelajaran aktif, berinteraksi di
37

antara satu sama lain serta mengembangkan kualiti sosial seperti kerjasama dan
toleransi terhadap pelbagai sudut pandangan pelajar yang lain.

 Falsafah Pendidikan Progresivisme ini berbeza dan mengutamakan pelajar (pupil-


centered) berbanding pedagogi tradisional yang tidak demokratik iaitu
menitikberatkan penggunaan hafalan, disiplin serta kaedah Didaktik (guru mengajar
secara langsung @ kaedah tradisional).

2.6.3 Latar Belakang Falsafah Rekonstruksionisme


Kemunculan istilah Rekonstruksionisme bermula pada tahun 1920-an oleh John Dewey
(1859-1952) apabila beliau mencadangkan istilah rekonstruktivisme di dalam bukunya
Reconstruction in Philosophy. Pada tahun 1930-an, pergerakan pendidikan progresif berada
di kemuncak perbincangan di Amerika. Ahli-ahli rekonstruktivisme mempercayai bahawa
sekolah boleh menjadi institusi pembentukan semula masyarakat dan agen perubahan
sesuatu masyarakat (Van Scottes, Kraft dan Haas, 1979). Rekonstruksionisme sebagai
falsafah sebenar muncul pada 1950 dalam penulisan Patterns of Educational Philosophy
karya Theodore Brameld. Terdapat tokoh yang terlibat dalam gerakan falsafah ini seperti
Charles Pierce, Thorstein Veblen, William James, John Dewey, Teodore Brameld dan Morris
Mitchell.

Falsafah Rekonstruksionisme ini mempunyai beberapa ciri seperti berikut:


 Rekonstruksionisme memberikan penekanan terhadap melahirkan masyarakat yang
demokratik dan berfikiran kritis dalam membangunkan masyarakat tersebut.
Antaranya adalah menyusun semula masyarakat yang tertumpu kepada perbezaan
kelas ekonomi seperti kekayaan dan kemiskinan serta reformasi sosial melalui
pendidikan di sekolah.
 Peranan sekolah sangat dipentingkan sebagai tempat bermulanya rekonsruktivisme.
Guru berperanan penting untuk mendidik masyarakat agar dapat menerima
perubahan, mengaplikasikan dan berfikiran secara demokratik agar pelajaran dan
topik dapat dibincangkan, diperdebatkan, dan suara pelajar dapat didengar.
 Kurikulum pula haruslah dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk berfikir secara
kritis mengenai masalah dalam masyarakat. Kurikulum harus terdiri daripada bahan
yang dapat menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Pengetahuan ini
kemudiannya harus menimbulkan tindak balas emosi daripada pelajar (reaksi
kefahaman pelajar).
38

2.6.4 Latar Belakang Falsafah Eksistensialisme


Eksistensialisme ialah salah satu falsafah baharu yang muncul di Eropah selepas Perang
Dunia Pertama. Seorang ahli falsafah Denmark, iaitu Soren Kierkegaard telah menyediakan
asas bagi falsafah ini apabila beliau menulis mengenai kebebasan dalaman manusia untuk
mengarahkan kehidupannya. Antara tokoh lain falsafah ini adalah ahli falsafah Jerman
Friedrich Nietzsche (1844 - 1900) serta ahli falsafah Perancis yang paling terkenal iaitu
Jean-Paul Sartre (1905 - 1980). Falsafah ini tidak begitu popular pada awalnya tetapi mula
mendapat perhatian umum selepas Perang Dunia Kedua. Menurut Van Scottes, Kraft dan
Haas (1979). Falsafah ini bersifat individualistik dan terlalu bergantung ke atas faktor-faktor
yang subjektif seperti intuisi, renungan ke dalam diri, penghayatan emosi dan perasaan
keseorangan.

Falsafah Eksistensialisme ini mempunyai beberapa ciri seperti berikut:

 Secara amnya, Eksistensialisme berasaskan naturalisme dan mazhab humanis yang


memberikan tumpuan kepada kewujudan manusia berkaitan dengan cara seseorang
individu itu dilahirkan dan seterusnya membentuk diri sendiri. Seseorang individu
juga harus bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri dan bebas untuk menentukan
arah kehidupannya.
 Falsafah Pendidikan ini menekankan kebebasan idea individu dalam mencari
kefahaman kendiri atau personal tentang kehidupan di dunia. Pengetahuan yang
diperolehi tersebut adalah bersifat relatif dan berubah-ubah mengikut masa, tempat
serta keadaan persekitaran.
 Individu dibezakan berdasarkan karakter atau perwatakan, pandangan dan
pengalaman peribadi yang dilalui mereka dalam kehidupan. Ia merangkumi cara
individu meneliti setiap perkara-perkara yang mempunyai makna yang mendalam
dan peribadi yang telah dilalui untuk memahami sifat kehidupan manusia seperti
makna kebebasan, tanggungjawab, kematian, penderitaan, rasa bersalah, dan hati
kecil dalam kehidupan manusia.

2.7 Falsafah Umum Barat


Pada asasnya, Falsafah Pendidikan Barat terdiri dari dua mazhab, iaitu tradisional dan
moden. la mempunyai akar umbinya di Athens, Rom dan dalam falsafah Judeo-Kristian
(persamaan berkaitan dengan penulisan agama, kepercayaan, nilai, atau tradisi yang
dipegang bersama oleh agama Yahudi dan Kristian). Di samping itu, Falsafah Barat
menitikberatkan pembelajaran aktif.
39

2.7.1 Idealisme

Idealisme ialah mazhab falsafah terawal yang wujud di Barat dan idea klasik tentang
falsafah ini datang daripada tokohnya yang terkenal, iaitu Plato (428M-348M) menerusi
karya beliau yang terkenal berjudul Republik. Pengikut-pengikut yang sealiran dengan beliau
ialah Descartes, Spinoza, George Berkeley, Burler, Froebel dan Hagel. Falsafah ini
memberikan fokus kepada elemen akal (minda), jiwa dan semangat individu. Namun begitu,
pada abad ke 15 dan 16 dan aliran Falsafah Idealisme juga dikenali dengan sistematik
(systematization) dan subjektif (subjectivism). Pengenalan baharu ini berdasarkan tulisan
Rene Descartes (1596–1650), George Berkeley (1685–1753), Immanuel Kant (1724–1804),
George W. F. Hegel (1770–1831), dan Josiah Royce (1855–1916).

Semenjak dahulu lagi, Falsafah Idealisme merupakan falsafah yang dominan dan masih
merupakan falsafah yang agak penting dan menjadi alternatif kepada budaya materialis
pada masa kini. Beberapa faktor telah menyumbang kepada kelemahan falsafah idealisme
pada masa kini seperti wujudnya perindustrian dan perkembangan bidang Sains dan
Teknologi telah mempengaruhi pemikiran materialistik masyarakat yang membawa cabaran
kepada prinsip Idealisme ini.
Falsafah ini mempunyai ciri seperti berikut:
 Falsafah Idealisme percaya bahawa idea merupakan satu-satunya kenyataan yang
benar. Idealisme menolak dunia material kerana berpendapat bahawa material akan
sentiasa berubah, tidak stabil serta bersifat tidak tentu berbanding idea yang
sentiasa kekal dan abadi.
 Kebenaran itu sempurna dan kekal. Menurut Plato, individu harus merefleksi diri
mereka terutamanya dengan mencari kebenaran hakiki. Ia tidak dapat dijumpai di
dunia material yang tidak sempurna dan sentiasa berubah. Contohnya: Matematik
menunjukkan bahawa kebenaran kekal. Ini seperti, konsep penambahan seperti
2+2= 4 adalah benar. Matapelajaran seperti Matematik dan Sains diajar kepada
pelajar supaya mereka memahami realiti kehidupan yang ideal.
 Plato percaya bahawa kita juga mesti mencari kebenaran sejagat dalam bidang lain
seperti politik, masyarakat, dan pendidikan. Oleh itu, pencarian kebenaran harus
menjadi keutamaan sebenar ahli falsafah sejati.
 Falsafah Idealisme mempercayai kebenaran semata-mata bukanlah paling penting
berbanding proses pencarian kebenaran yang dilakukan. Socrates menyatakan
bahawa sebarang idea adalah terbuka kepada perdebatan. Hal ini menunjukkan
40

bahawa falsafah bukanlah semata-mata mencari kebenaran, namun proses yang


dilalui seperti perdebatan, berperanan dengan mencari kebenaran sebenar.
 Idealisme menganggap proses berfikir merupakan proses mencari makna melalui
berfikir secara logik (reasoning). Manusia boleh membaiki cara berfikir dan kualiti
idea mereka dengan melatih proses berfikir secara meluas untuk mencapai
kebijaksanaan (wisdom).

2.7.2 Realisme
Falsafah Realisme adalah tanggapan bahawa dunia wujud dari segi jirim, terpisah dari dunia
idea dan bebas daripadanya. Aristotle (384SM – 322SM) merupakan bapa pemikiran
realisme juga merupakan seorang pelajar Plato, dan beliau menyesuaikan falsafahnya
dengan pemikiran gurunya. Terdapat tiga cabang Realisme: Klasik, Agama, Dan Moden.

Idea yang dikemukakan oleh Aristotle dapat diklasifikasikan sebagai Realisme Klasik.
Realisme klasik menunjukkan bahawa jirim itu nyata dan ia terpisah dari persepsi kita. Kita
mungkin tidak melihatnya, mendengarnya atau merasakannya tetapi ia tetap ada.
Pendidikan memupuk kemampuan untuk berfikir yang memungkinkan untuk memilih yang
tepat. Aristotle menegaskan bahawa idea boleh wujud tanpa jirim, tetapi jirim tidak boleh
wujud tanpa idea.

Realisme Agama dan idealisme sangat erat. Agama Yahudi dan agama Kristian
dipengaruhi oleh banyak ahli falsafah Yunani yang memegang kuat idealisme ini. Pemikir
agama percaya bahawa manusia tidak mencipta pengetahuan, tetapi menjumpainya. Idealis
agama melihat individu sebagai ciptaan Tuhan yang mempunyai jiwa dan mengandungi
unsur ketuhanan yang perlu dikembangkan. Saint Augustine dari Hippo, merupakan seorang
bishop dan pemikir gereja Katolik mempercayai bahawa terdapat persamaan idea
penemuan semula pengetahuan, asal Adam dan asal pengetahuan adalah kerana Tuhan
menciptakannya. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan yang berasaskan pengetahuan
duniawi adalah salah kerana meletakkan kepercayaan kepada akal. Dia percaya bahawa
pengetahuan ditentukan oleh gereja dan semua pengetahuan yang benar datang dari
Tuhan.

Realisme moden didasarkan terhadap ahli falsafah terkenal seperti Francis Bacon (1561–
1626) dan John Locke (1632–1704). Locke menegaskan bahawa semua pengetahuan yang
diketahui berasal dari pengalaman dan proses merenungkan pengalaman itu bertujuan
untuk mendapatkan idea. Manusia tidak dilahirkan dengan idea-idea semula jadi atau pra-
pemikiran. Bacon berusaha mengubah struktur realisme dari pendekatan deduktif kepada
41

pendekatan induktif. Pendekatan induktif akan mereformasi pemikiran realisme dari idea
tertentu yang spesifik dalam dunia fizikal ke anggapan yang lebih umum.

Realisme berkemungkinan memberi kesan terbesar pada Falsafah Pendidikan, kerana ia


adalah asas penaakulan ilmiah. Pendidik yang realistik mendorong pelajar untuk membuat
pemerhatian dan kesimpulan dari dunia di sekeliling mereka, dan bukannya mengurung
analisis idea mereka sendiri. Peranan moden seorang guru adalah sebagai penganjur,
penyusun sistematik, dan pendorong pemikiran kritis yang banyak didasarkan pada prinsip
realisme. Pendidik Realisme bersifat objektif, mempercayai pendekatan sistematik serta
mengklasifikasikan pengetahuan berdasarkan maklumat yang dipelajari sebelumnya. Ahli
Realisme cenderung menggalakkan pelajar untuk mencari kebenaran dan idea dalam
sastera. Juga mendorong mereka untuk mencari kebenaran dengan menguji prinsip
pembelajaran yang dipelajari di persekitaran dunianya.

2.8 Falsafah Pendidikan Tradisional Barat


Falsafah Pendidikan tradisional Barat yang terkemuka adalah merangkumi Perenialisme dan
Esentialisme.

2.8.1 Parenialisme
Aliran ini dipengaruhi oleh pemikiran Plato dan Aristotle. Istilah Perenialisme dapat
diketemukan dalam Oxford Advanced Learner Dictionary of Current English, iaitu “lasting for
every long time”. Kata Perenialisme berasal dari kata “perennial” yang berarti “keabadian”,
atau continuing throught the whole years atau lasting for very long time, atau kekal abadi.
Aliran ini mengagungkan nilai-nilai masa lalu bertujuan mengembalikan nilai-nilai asasi
manusia masa silam yang baik untuk mengatasi masalah kehidupan manusia sekarang.
Perenialisme merupakan aliran falsafah lama yang konservatif bermula semenjak pra-
kristian lagi yang berkait dengan Aristotle, St.Augustine (pada abad seribu tahun awal
kristian) yang dipengaruhi oleh Plato, St.Thomas Aquinas (abad ke tiga belas) sehingga
pemikir Perenialisme kontemporari seperti Jacques Maritain (1882-1973) yang dianggap
sebagai tokoh tersohor aliran ini dan Mortimer Adler (1902-2001) (Bansal, 2015).

Perenialisme melihat bahawa kehidupan zaman moden telah menimbulkan pelbagai krisis
dalam segala bidang kehidupan manusia. Perenialisme bertujuan ingin kembali kepada
kebudayaan pada masa lampau (regressive road to culture) yang dianggap cukup ideal dan
teruji keupayaannya.
42

Prinsip Pendidikan
Falsafah ini bertujuan mendapatkan kebenaran serta memahami kebenaran. Pendidikan
merupakan satu latihan menyeluruh membentuk manusia secara holistik merangkumi
pemikiran dan keintelektualan individu. Kebenaran dapat dibentuk melalui kefahaman
terhadap pemikiran masyarakat terdahulu serta bersifat universal yang merentasi batas
tempat, masa serta keadaan. Tujuan Perennialisme dalam Pendidikan adalah untuk
mengembangkan kekuatan pemikiran, menginternalisasikan kebenaran yang universal dan
berterusan dan memastikan bahawa pelajar memperoleh pemahaman mengenai idea-idea
hebat peradaban Barat dahulu. Ini adalah falsafah yang paling konservatif, tradisional, dan
fleksibel. Perenialisme merangsang pelajar berfikir secara kritis dan bernas serta memupuk
akal yang rasional.

Tujuan Pendidikan
Falsafah Pendidikan ini bertujuan untuk mempersiapkan pelajar untuk hidup dengan
mengembangkan kualiti intelektual yang universal serta moral. Falsafah ini menekankan
pengetahuan dan makna pengetahuan, berusaha untuk meningkatkan kemahiran berfikir
kritis pelajar dalam mencari kebebasan individu, hak asasi manusia dan tanggungjawab. Hal
ini dapat membantu mereka memahami kehidupan, pengalaman lalu dan kebenaran serta
dapat menyebarkannya kepada generasi berikutnya mengikut tempat, masa dan keadaan.

Kurikulum Pendidikan
Kurikulum bersifat merentas matapelajaran serta sama untuk semua pelajar. Matapelajaran
yang menjadi tumpuan seperti Bahasa, Kemanusiaan, Kesusasteraan, Matematik dan
Sejarah. Pelajar tidak digalakkan memilih mata pelajaran sendiri kerana mereka dianggap
belum matang. Guru mempunyai kedudukan dan hierarki yang tinggi, berotonomi dan tidak
boleh dipertikaikan. Falsafah ini berpusatkan guru, dengan guru kurang mementingkan
minat pelajar dan guru lebih mementingkan pemindahan pengetahuan dari generasi yang
lebih tua ke generasi yang lebih muda.

Kurikulum Perenialisme memberi tumpuan kepada pencapaian literasi budaya, menekankan


disiplin pembelajaran pelajar. Kurikulum ini menekankan pembelajaran melalui membaca
dan menganalisis karya para pemikir dan penulis terbaik. Perbincangan guru dan pelajar
secara minimum melalui kaedah Socratic dilakukan untuk mengembangkan pemahaman
konsep yang berorientasikan sejarah. Kurikulum ini memberikan penekanan kepada bidang
kemanusiaan tetapi tidak kepada bidang vokasional dan teknikal.
43

2.8.2 Essesialisme
Falsafah ini bersifat tradisional dan konservatif. Essensialisme tidak dihubungkan secara
formal dengan tradisi falsafah, tetapi sesuai dengan pelbagai pandangan falsafah yang lain.
Pandangan falsafah ini digerakkan pada awal 1930-an oleh pendidik seperti William C.
Bagley, Thomas Briggs, Frederick Breed, dan Isaac L. Kandel dan Herman H. Horne. Pada
tahun 1938, mereka membentuk Jawatankuasa Essentialist untuk Kemajuan Pendidikan
Amerika. Menurut Brameld, aliran Essensialisme ialah aliran yang wujud akibat kesepaduan
antara aliran idealisme dan realisme. Aliran idealisme Plato dan aliran realisme Aristotle
telah membentuk konsep-konsep pemikiran aliran Essensialisme.

Konsep yang dipegang


Falsafah Essensialisme bercirikan beberapa perkara berikut : (a) menyemak semula
kurikulum pendidikan semasa: (b) mengklasifikan serta membezakan perkara utama dan
sampingan dalam pencapaian matlamat pendidikan dalam program sekolah: (c)
mewujudkan semula kewibawaan guru di dalam kelas sebagai role model.
Prinsip Pendidikan
Ahli-ahli falsafah Essensialisme mempunyai pandangan yang pelbagai tentang hakikat dan
nilai pendidikan yang hakiki. Namun, persetujuan dicapai pada empat prinsip asas seperti
berikut:
 Proses pembelajaran memerlukan disiplin dan kerja keras dan sering tidak disukai
ramai. Selain daripada menekankan minat, falsafah ini juga menekankan dedikasi
untuk mencapai tujuan yang lebih jauh. Berbanding falsafah Progresivisme yang
menekankan kepentingan peribadi, penekanan utama diberikan terhadap konsep
usaha dan kesungguhan dalam menuntut ilmu yang sememangnya sukar dan
mencabar.
 Inisiatif Pendidikan harus dimulai oleh guru sendiri berbanding daripada pelajar
mereka. Peranan guru adalah untuk menjadi orang tengah antara dunia dewasa dan
dunia kanak-kanak. Guru telah bersedia khas untuk tugas ini. Mereka lebih berkualiti
untuk membimbing pertumbuhan pelajar dengan lebih baik. Isaac L. Kandel
menyatakan bahawa: "pembelajaran tidak akan berjaya melainkan ditumpukan
terhadap kemampuan, minat, dan tujuan pelajar, namun minat dan tujuan itu harus
digilap oleh kemahiran guru, yang menguasai mata pelajaran dan yang memahami
proses perkembangan pendidikan”. Justeru, berdasarkan pandangan falsafah ini,
guru mempunyai autoriti yang lebih besar berbanding dalam falsafah
Progressivisme.
44

 Kunci kejayaan proses pendidikan terletak kepada pandangan pakar (subject


matters). Tujuan kanak-kanak bersekolah adalah untuk mengenali dunia sebenar
dan tidak menafsirkannya berdasarkan keinginannya mereka sendiri. Pelajar tidak
dapat mengasimilasikan pengetahuan tersebut secara sembarangan mengikut
kesukaan sendiri. Proses ini memerlukan seseorang pakar yang memahami bidang
matapelajarannya.
 Sekolah harus mempertahankan kaedah-kaedah tradisional yang berhubungan
dengan disiplin mental pelajar supaya belajar. Pelajar harus difahamkan dengan
konsep yang penting seperti kaedah, teknik serta strategi pembelajaran yang sesuai
seperti penyelesaian masalah, pembelajaran learning by doing dalam proses
pembelajaran mereka. Namun ia bukanlah perlu diamalkan sepanjang masa. Hal ini
kerana terdapat juga pengetahuan lain dalam bentuk abstrak yang dapat diadaptasi
oleh kemampuan psikologi dan aras intelektual pelajar untuk belajar.

Tujuan Pendidikan
Terdapat dua tujuan utama pendidikan berdasarkan Falsafah ini seperti ;
 Falsafah Essensialisme tidak hanya tertumpu pada mata pelajaran tradisional tetapi
bertujuan untuk mengembangkan watak dengan menanamkan rasa hormat kepada
guru. Penekanan diberikan pada etika, nilai, moral dan disiplin, serta persekitaran
konstekstual pelajar. Pendidikan memfokuskan kepada keperibadian dan ciri-ciri
individu dalam menuntut ilmu secara konstruktif dan beretika.
 Guru harus menyediakan pelajar dengan asas akademik yang kuat, menggalakkan
pelajar bekerja keras, dan kemahiran asas 3M (membaca,menulis dan mengira)
serta proses menaakul difokuskan dalam pengajaran.

Kurikulum Pendidikan
Falsafah Esensialisme menekankan kemahiran 3M serta subjek seperti Membaca, Menulis,
Sastera, Bahasa Asing, Sejarah, Matematik, Sains, Seni, dan Muzik. Peranan guru adalah
dengan menghormati kewibawaan, ketekunan, tugas, pertimbangan, dan perlakuan pelajar.
Aliran Essensialisme berusaha untuk mengajar pelajar tentang peradaban melalui
matapelajaran akademik tradisional serta semangat patriotisme dan pengembangan watak.
Pendekatan tradisional ini bertujuan untuk melatih kefahaman, akal, dan memastikan
pendekatan budaya dapat dikekalkan.
45

2.9 Falsafah Pendidikan Moden Barat


Falsafah Pendidikan Barat Moden merupakan adunan antara falsafah tradisional barat dan
juga moden.Terdapat tiga cabang falsafah ini yang terkenal seperti Progresivisme,
Rekonstruksionisme dan Eksistensialisme.

2.9.1 Progresivisme
Progressivisme mempunyai asas falsafah Naturalisme dan Pragmatisme. Aliran falsafah ini
dimulai di Amerika semenjak pertengahan 1920an sehingga 1950an. John Dewey adalah
pendokong utama falsafah ini. Antara prinsip yang diketengahkan John Dewey adalah
seperti sekolah harus meningkatkan cara hidup masyarakat dengan menggalakkan pelajar
mendapat kebebasan dan demokrasi di sekolah. Pelajar digalakkan membuat keputusan
bersama dalam aspek yang melibatkan kepentingan mereka. Aliran ini menekankan
perancangan dan penglibatan guru dengan pelajar terhadap sesuatu perkara atau topik,
serta kefahaman bahawa fungsi buku adalah hanya alat pembelajaran, bukannya kuasa
dalam pembelajaran.
Beberapa tokoh lain falsafah ini yang terkenal adalah seperti:
 William James (1842-1910) : Beliau mengatakan bahawa fungsi akal fikiran manusia
itu dipelajari sebagai sebahagian dari ilmu pengetahuan.
 John Dewey (1859-1952) : Dewey mengatakan bahawa sekolah adalah lingkungan
dari masyarakat kecil. Menurutnya pendidikan yang progresif memberikan
pengalaman, dari pengalaman itu individu dapat berfikir, bertindak secara bijaksana
dan benar. Pendidikan merupakan persiapan tanggungjawab di masa hadapan.
 Hans Vaihinger (1852-1933): Vaihinger mengatakan bahawa perkataan 'tahu' itu
bermaksud praktikal dan sangat luas. Ini bermakna bahawa seorang yang dikatakan
'tahu' itu sudah memiliki pengetahuan dan mempunyai acuan berfikir dan telah
mengetahui segala sesuatu.

Konsep Yang Dipegang


Progresivisme merupakan suatu aliran Falsafah Pendidikan moden, yang berasal dari kata
progress yang bermakna kemajuan atau bergerak maju. Progresivisme memfokuskan
kemajuan yang dapat membawa perubahan ke arah yang lebih baik. Ia bertujuan
mengembangkan intelektual supaya pelajar memiliki pengetahuan untuk kehidupan yang
lebih maju. Hal ini supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif bagi mengatasi
permasalahan yang timbul dalam kehidupan. Di samping itu, perlakuan pelajar turut
dibentuk oleh persekitaran kontekstual dan masyarakat sekeliling.
46

Prinsip Pendidikan
Progresivisme memandang bahawa belajar adalah suatu proses mentalis yang bersifat
kreatif dan dinamik serta menunjukkan potensi yang ada pada diri manusia. Terdapat
perbezaan di antara peranan guru dan pelajar. Hal ini kerana, prinsip pembelajaran
Progresivisme memusatkan kepada pelajar (student-centered), manakala, pendidik
berperanan sebagai fasilitator, pembimbing dan pengarah yang dapat memberi panduan
kepada pelajar untuk belajar.

Tujuan Pendidikan
Progresivisme menghargai pelajar dan menggangap mereka sebagai elemen utama dalam
pembelajaran. Ia bertujuan untuk memberikan banyak pengalaman kepada pelajar supaya
dapat mengatasi masalah yang dihadapi dalam kehidupan peribadi serta kehidupan
sosialnya. Sekolah merupakan institusi latihan kepada pelajar untuk mendapat ilmu
merangkumi tempat pelajar bekerja dan mendapat latihan hidup bermasyarakat.

Kurikulum Pendidikan
Aliran progresivisme mengakui dan berusaha untuk mengembangkan asas Progresivisme
ke dalam proses kehidupan pelajar, agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih
maju. Aliran progresivisme mahukan perubahan segera dalam pendidikan untuk menuju ke
arah yang lebih baik. Justeru, antara intipati utama kurikulum pendidikan ini adalah seperti
berikut:

 Aliran Falsafah ini mempercayai pendidikan harus memfokuskan kepada


perkembangan menyeluruh pelajar berbanding memfokuskan terhadap sukatan
pelajaran atau guru. Ia mementingkan pengalaman sosial pelajar serta pembelajaran
konstekstual. Pelajar digalakkan untuk menggunakan idea kendiri dengan melakukan
eksperimen (inquiri penemuan), learning by doing, latih tubi serta perbincangan
dalam pembelajaran.

 Prinsip pembelajaran aktif diutamakan dalam falsafah ini. Pelajar adalah


penyelesaian masalah dan pemikir yang memberi makna melalui pengalaman
individu dalam konteks fizikal dan budaya. Pembelajaran berjaya sekiranya terdapat
persoalan pelajar yang timbul melalui pengalaman dunia atau pengalaman
kontekstual mereka seharian. Rujukan pelajar haruslah pelbagai dan tidak terhad
kepada buku teks semata-mata dan sesuai dengan prinsip pembelajaran Alaf-21.
Kurikulum yang dilaksanakan merentasi pelbagai bidang kurikulum lain dengan
47

aplikasi beberapa kemahiran dan ilmu daripada matapelajaran atau bidang yang
lain.

 Guru berperanan sebagai pemudah cara, fasilitator dan mediator yang menjadi
penghubung pelajar dengan ilmu pengetahuan. Persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna dapat memberi pengalaman kepada pelajar untuk
belajar. Oleh yang demikian, kandungan kurikulum dibina berasaskan pengetahuan
guru terhadap minat dan kecenderungan pelajar. Guru perlu menggunakan kaedah
saintifik supaya pelajar dapat belajar secara sistematik. Penekanan diberikan
terhadap proses pelajar belajar (learning process) untuk mendapatkan ilmu.

2.9.2 Rekonstruksionisme @ Teori Kritikal @ Pedagogi Kritikal


Rekonstruksionisme sosial adalah falsafah yang menekankan persoalan sosial dan usaha
untuk mewujudkan perubahan dalam masyarakat dan demokrasi yang baik. Kemunculan
istilah Rekonstruksionisme bermula pada tahun 1920-an oleh John Dewey (1859-1952)
apabila beliau mencadangkan istilah rekonstruktivisme di dalam bukunya Reconstruction in
Philosophy. Ahli-ahli Rekonstruktivisme mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi
institusi pembentukan semula masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat (Van
Scottes, Kraft dan Haas, 1979). Rekonstruksionisme sebagai falsafah sebenar muncul pada
1950 dalam penulisan Patterns of Educational Philosophy karya Theodore Brameld.
Terdapat tokoh yang terlibat dalam gerakan falsafah ini seperti Charles Pierce, Thorstein
Veblen, William James, John Dewey, Teodore Brameld dan Morris Mitchell.

Falsafah ini memfokuskan reformasi sosial sebagai tujuan utama mereka. Theodore
Brameld (1904-1987) antara tokoh Rekonstruksionisme sosial. Beliau menyedari
kemusnahan dan kekejaman manusia melalui teknologi seperti Perang Dunia ke II dan
keperluan untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang. Brameld menegaskan,
“Rekonstruksionisme adalah falsafah krisis dan sangat jelas jalan mana yang harus diambil
oleh manusia," . George S. Counts (1889-1974) mengatakan bahawa pendidikan dapat
merubah serta menyusun semula masyarakat dan mewujudkan semula masyarakat dengan
keadaan sosial yang baru.
48

Konsep Yang Di Pegang


Falsafah ini mempunyai kaitan dengan falsafah Progressivisme. Susunan semula
masyarakat merupakan agenda utama dan perlu dilaksanakan dengan segera. Falsafah ini
mempercayai bahawa pendidik seharusnya memulakan inisiatif program dan amalan yang
dapat membawa kepada pembaharuan dalam masyarakat. Antaranya adalah menyusun
semula masyarakat yang tertumpu kepada perbezaan kelas ekonomi seperti kekayaan dan
kemiskinan serta melaksanakan reformasi sosial melalui pendidikan di sekolah. Oleh itu,
peranan sekolah sangat dipentingkan sebagai tempat bermulanya Rekonsruktivisme (Gutek,
1997).

Prinsip Pendidikan

(&


%

1&23



&4





5

&

(&


%

1&23



&4





5

&
49

Terdapat prinsip pendidikan yang dikaitkan dengan falsafah ini seperti berikut:
 Guru dan pelajar harus menjadi agen perubahan yang dapat membaik pulih
masyarakat.
 Guru dan pelajar mempunyai hak untuk bersuara dan mendapat akses komunikasi
dan peperiksaan yang percuma.
 Kurikulum perlu ditransformasikan selaras dengan sosio-ekonomi dan politik dalam
pendidikan yang sering berubah.
 Strategi, kaedah dan teknik pengajaran pendidikan perlu diselaraskan kerana
masyarakat sentiasa berubah.
 Kurikulum berdasarkan isu sosial dan berorientasikan perkhidmatan adalah ideal
dalam pendidikan.

Tujuan Pendidikan
 Tujuan pendidikan adalah untuk membina semula masyarakat. Peranan guru adalah
untuk mengambil peranan kepemimpinan dengan menyediakan persekitaran yang
selamat supaya pelajar dapat mengambil bahagian dalam kelas yang bersifat
demokratik.
 Guru mesti memberitahu, mencabar, dan berusaha untuk memberi inspirasi kepada
pelajarnya. Guru harus mendidik pelajar agar dapat menerima perubahan,
mengaplikasikan dan berfikiran secara demokratik agar pelajaran dan topik dapat
dibincangkan, diperdebatkan dan suara pelajar dapat didengar.
 Sifat kurikulum dan penilaian harus berfungsi memberi kesedaran kepada
ketidaksamaan sosial dan meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar. Kaedah
pengajaran di bawah Falsafah Rekonstruksionisme adalah kaedah pengajaran
berpusatkan pelajar dengan guru dan pelajar bekerjasama membuat keputusan
pendidikan.
 Oleh itu, Rekonstruksionisme adalah Falsafah Pendidikan yang mendorong
pembinaan semula masyarakat dengan menghilangkan ketidakadilan sosial dan
menggalakkan kolaborasi masyarakat.

Kurikulum Pendidikan
Kurikulum pendidikan dan penilaian harus sesuai dengan kriteria tertentu. Kurikulum harus
terdiri daripada bahan yang dapat menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Sifat
kurikulum yang bersesuaian harus digunakan untuk meningkatkan kebolehan pelajar untuk
berfikir secara kritis mengenai masalah dalam masyarakat.
50

Intipati kurikulum perlu mencabar pelajar untuk mengambil tindakan berdasarkan apa yang
telah mereka pelajari. Kurikulum boleh merangkumi tugasan yang perlu diselesaikan oleh
pelajar. Proses tersebut memerlukan pelajar mengambil pelbagai tindakan bersesuaian
untuk menyelesaikannya (praktik).

Sifat kurikulum harus memberi maklumat kepada pelajar, membangkitkan emosi di


dalamnya, menjelaskan ketidaksamaan sosial, meningkatkan kemampuan pelajar untuk
berfikir secara kritis, dan membebankan pelajar untuk bertindak. Penilaian mesti
menghendaki pelajar menyatakan pendapat mereka mengenai masalah tertentu dalam
masyarakat dengan fasih dan tegas. Oleh itu, penilaian mesti dirancang teliti dengan tujuan
untuk meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar.

Rekonstruktivisme mencadangkan supaya guru sentiasa komited melaksanakan reformasi


sosial, melaksanakan kursus untuk reformasi budaya dan bertindak mereformasi dan
menyusun semula plan dan visi pencapaian organisasi. Proses ini dapat dicapai dengan
menggunakan idea pragmatik seperti inkuiri penemuan, penyoalan dan eksperimen untuk
menyelesaikan masalah dan membawa perubahan yang dikehendaki.

Antara pendekatan pengajaran yang dapat dijalankan oleh guru berpandukan falsafah ini
adalah seperti teknik pembelajaran koperatif, penyelesaian masalah serta pemikiran kritikal.
Di samping itu, guru boleh memfokuskan pembelajaran aktif dan aktiviti diluar bilik darjah.
2.9.3 Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme wujud selepas Perang Dunia II. Ia adalah falsafah moden yang
wujud di Eropah semasa mereka menghadapi krisis kematian dan kehancuran akibat
peperangan. Eksistensialisme adalah gerakan falsafah yang asalnya berasal dari ahli
falsafah Denmark, Soren Kierkegaard (1813 - 1855), ahli falsafah Jerman Friedrich
Nietzsche (1844 - 1900) serta ahli falsafah Perancis yang paling terkenal iaitu Jean-Paul
Sartre (1905 - 1980). Tokoh utama lain dalam gerakan itu termasuk: Karl Jaspers (1883 -
1969), Martin Heidegger (1899 - 1976), Albert Camus (1917-1960) dan. Franz Kafka (1883-
1924), Ernest Hemingway (1899-1961). Falsafah ekstentialisme mempunyai kepelbagaian
ahli yang berlatar belakang komunis, sosialis dan atheis. Walaupun terdapat kepelbagaian
ini, hampir semua ahli berkongsi beberapa idea asas.

Konsep Yang Di Pegang


Terdapat konsep asas yang dipegang oleh ahli aliran Falsafah Eksistensialisme seperti
berikut:
51

 Pemikiran absurd (tidak munasabah : tidak masuk akal) (Absurdity): Apa yang
dihadapi manusia di dalam hidup adalah kerana ketidakpastian memandangkan
naluri manusia sentiasa berusaha untuk mencari jalan keluar akibat kecewa kerana
ketidaktentuan dunia yang kusut dan tidak bermakna.

 Kebimbangan (Anxiety): Berdasarkan pandangan falsafah Kierkegaard (1813 -


1855) beliau menyatakan bahawa berkata, "Anxiety is the dizziness of freedom."
Manusia merasa cemas kerana mereka sendiri yang bertanggungjawab ke atas
tindakan mereka. Hal ini telah menghasilkan perasaan takut dan kegembiraan
secara silih berganti dalam diri individu pada masa yang sama.
 Pengasingan (Alienation): Manusia merasa bahawa mereka adalah orang asing di
dunia, atau perasaan terasing dalam diri sendiri. Banyak aspek kewujudan dalam
kehidupan telah memaksa individu untuk mengasingkan diri dengan alasan yang
tidak masuk akal (absurd). Hal ini kerana penceritaan dan sistem yang dibina oleh
agama dan falsafah untuk mengatasi masalah masyarakat dilihat sebagai tidak
praktikal dan tidak masuk akal telah menyebabkan berlakunya pengasingan.

 Sifat (roh) sesuatu benda adalah lebih utama serta tidak berubah daripada
kewujudan sesuatu benda tersebut secara fizikal. (Existence Precedes Essence):
Kata-kata Jean-Paul Sartre (1905 - 1980) yang terkenal ini menunjukkan keadaan
perlakuan manusia. Setiap sikap dan perwatakan manusia yang ditunjukkan kepada
kita sebenarnya dibina berdasarkan interaksi panjang dengan masyarakat sepanjang
tempoh kehidupannya. Kemudiannya baharulah ditonjolkan menjadi sifat sebenar
dirinya. Contohnya: sebelum sesuatu objek dibina ia perlu wujud di dalam akal fikiran
penciptanya dahulu. Ini seperti, jika kita ingin membina rumah, idea bagaimana rupa
rumah itu, ciri dan lokasinya mesti ada dalam fikiran kita dahulu sebelum ia dibina
dalam bentuk fizikal.

 Subjektiviti (subjectivity): Ia menghormati perbezaan pandangan individu yang


merangkumi perspektif kendiri terhadap dunia, termasuk keperluan, keinginan dan
emosi yang berbeza setiap individu dengan yang lain.

Justeru, konsep Falsafah Eksistensialisme ini menekankan kebebasan idea individu yang
mencari kefahaman kendiri dan personal dalam kehidupan di dunia. Oleh yang demikian,
setiap individu mempunyai karakter atau perwatakan yang berbeza berdasarkan pandangan
dan pengalaman peribadi melalui realiti yang dilalui serta proses kehidupan. Maka,
52

kewujudan institusi sekolah berperanan penting membimbing pelajar memahami diri mereka
sendiri dan mengetahui kedudukan mereka di dalam masyarakat.

Prinsip Pendidikan
Falsafah Eksistensialisme mengiktiraf pengalaman individu dan kaitannya dengan
persekitaran mereka. Oleh yang demikian, pengetahuan adalah bersifat relatif dan berubah-
ubah mengikut masa, tempat serta keadaan yang dilalui individu. Justeru, individu
bertanggungjawab serta bebas menentukan matlamat pendidikan mereka sendiri tanpa
terikat kepada autoriti luar.

Tujuan Pendidikan
Tujuan pendidikan Falsafah Eksistensialisme yang paling asas adalah membina perasaan
komited terhadap kebebasan bersuara dan proses memilih dalam pendidikan. Aliran ini
menekankan pendidikan sosial seharusnya mengajar pelajar untuk menghormati kebebasan
pilihan setiap individu. Penghormatan terhadap kebebasan individu adalah mustahak. Hal ini
bagi mengelakkan timbulnya konflik. Di samping itu, pengembangan potensi individu turut
ditekankan bagi membolehkan mereka menyumbang terhadap kesejahteraan diri sendiri,
keuarga dan masyarakat secara harmoni.

Kurikulum Pendidikan
Falsafah ini tidak menganjurkan sebarang matlamat pendidikan yang khusus. Pelajar
bertanggungjawab ke atas pendidikan kendiri kerana kurikulum Ekstentialisme tidak
mempunyai matapelajaran khusus kecuali memfokus kepada estetika dan falsafah seperti
seni, kesussasteraan dan drama yang sesuai. Peranan guru adalah menyediakan
pendidikan yang sesuai supaya pelajar dapat merefleksikan emosi dan perasaan mereka
serta pandangan terhadap sesuatu perkara. Kaedah pengajaran pula berpusatkan aktiviti
dan berpusatkan pelajar melalui kaedah main peranan, simulasi serta kerja berkumpulan.
Pelajar mempunyai peranan mempelajari pendidikan secara aktif mengikut minat dan
keinginan mereka sendiri.

2.10 Pandangan Ahli Falsafah Barat


Pandangan Ahli Falsafah Pendidikan Barat merujuk kepada perbincangan terhadap tiga
tokoh utama yang menyumbang terhadap perbincangan falsafah yang paling penting
merangkumi Socrates,Plato dan Aristotle.
53

2.10.1 Socrates

Deskripsi
Socrates (469SM-399 SM) adalah seorang ahli falsafah Yunani klasik bertanggungjawab
meletakkan asas-asas falsafah Barat moden. Perincian mengenai kehidupan Socrates dapat
diperoleh dari penulisan rakan dan pelajarnya, Plato yang kemudiannya mengajar Aristotle,
Aristophanes dan Xenophon. Tidak ada bukti bahawa Socrates sendiri yang beliau menulis
karyanya. Sebilangan besar yang di ketahui tentang Socrates terutama tentang idea,
kemahiran komunikasi dan ajaran awamnya adalah menerusi karya Plato seperti 'The
Apology'. Dalam Dialog Plato, ayah Socrates adalah Sophroniscus dan ibunya Phaenarete
merupakan seorang bidan. Socrates berkahwin dengan Xanthippe, yang jauh lebih muda
darinya dan dia mempunyai tiga anak lelaki, Lamprocles, Sophroniscus dan Menexenus.

Terdapat banyak versi tentang pekerjaan yang dilakukan Socrates. Dia dikatakan
mengambil alih perdagangan batu, yang merupakan perniagaan keluarganya, walaupun
memoir Xenophon menunjukkan sebaliknya iaitu dia mengabadikan hidupnya dengan
menulis perbincangan falsafah. Tulisan Aristophanes menunjukkan Socrates menjalankan
sekolah yang canggih dan beliau dibayar. Xenophon dan Plato tidak setuju dengan
pernyataan ini. Mereka menyatakan bahawa Socrates tidak menerima pembayaran untuk
pengajarannya kerana dirinya berada dalam keadaan yang miskin sebagai bukti. Dalam
Dialog Plato, Plato menggambarkan Socrates sebagai seorang askar yang bertugas dalam
tentera Athens dan berperang semasa pertempuran Potidaea, Amphipolis, dan Delium.

Pada tahun 399SM, Socrates dituduh merosakkan moral pemuda Athens dan menokok
tambah (bidaah) dalam agama. Walaubagaimanapun, tuduhan dan penangkapannya
berpunca dari pengaruhnya terhadap Alcibiades dan Critias, yang telah mengkhianati
Athens dan bersikap pro-Sparta. Socrates di dihukum namun menentang semua usaha
untuk menyelamatkan nyawanya, Beliau dengan rela telah minum secawan racun.
54

Perbicaraan dan kematian Socrates digambarkan oleh Plato dalam Apology, Crito, dan
Phaedo.

Socrates terkenal kerana mencipta ironi Socratic dan kaedah Socratic (elenchus). Dia paling
dikenali kerana mencipta amalan pengajaran pedagogi, bagaimana guru menyoal pelajar
dengan cara yang dapat memberikan respons yang betul. Dia memiliki pengaruh yang
mendalam terhadap falsafah Barat, bersama dengan muridnya Plato dan Aristole. Walaupun
banyak sumbangan Socrates adalah dalam bidang etika, beliau juga mempunyai
sumbangan terhadap epistemologi dan logik.

Sumbangan
Kaedah Socratic atau elenchos dijelaskan dalam ' Socratic Dialog ' karya Plato. Kaedah
Socratic menjelaskan konsep Kebaikan dan Keadilan terhadap pelajar dalam pembelajaran.
Kaedah ini tidak memerlukan jawapan secara terus daripada pelajar. Sekiranya pelajar
mempunyai masalah, guru perlu memecahkannya kepada beberapa persoalan kecil
masalah tersebut bertujuan membimbing pelajar mendapatkan idea penyelesaian terhadap
soalan tersebut secara berperingkat dan mereka akan mendapat jawapan yang diperlukan.
Pelajar dilibatkan bersama-sama mencari idea terhadap soalan tersebut berasaskan prinsip
pembelajaran aktif, inkuiri penemuan serta prinsip pemikiran kritikal. Falsafah ini
menjadikannya Socrates sebagai bapa falsafah dan politik Barat. Kaedah Socratic dirancang
sedemikian rupa untuk menolong pelajar menilai kepercayaan diri sendiri. Melalui kaedah ini
pelajar dapat berfikir secara kreatif dan kritis dan mengamalkan kaedah penyelesaian
masalah serta penaakulan untuk mendapat jawapan. Socrates percaya bahawa
kebijaksanaan selari dengan kejahilan seseorang. Perbuatan seseorang adalah hasil tahap
kecerdasan dan kebodohan ini. Beliau sentiasa menghubungkan 'cinta kebijaksanaan'
dengan 'seni cinta'. Tetapi beliau membuat pemisahan yang jelas di antara kebijaksanaan
dan kebodohan.
55

2.10.2 Plato

Deskripsi
Plato adalah seorang ahli falsafah Yunani yang lahir pada tahun 428/427 SM dan meninggal
pada tahun 348/347SM pada usia 80-81 tahun. Nama sebenar Plato adalah Aristocles.
Gelaran Plato adalah nama panggilannya yang diberikan kepadanya kerana dahinya yang
lebar. Beliau dilahirkan dalam keluarga kaya. Bapanya bernama Ariston dan ibunya
bernama Perictione. Dia mempunyai dua abang Glaucon dan Adeimantus serta seorang
adik perempuan, Potone. Kehebatan Plato, Socrates (gurunya) dan Aristotle (muridnya)
telah meletakkan asas-asas hebat falsafah Barat. Socrates mempunyai pengaruh besar
terhadap pemikiran dan ajaran Plato.

Plato memulakan pandangan falsafahnya di bawah bimbingan Socrates. Selepas Socrates


meninggal dunia, dia telah mengembara menuntut ilmu sehingga ke Mesir dan Itali. Beliau
belajar tentang idea Pythagoras (SM 570- 495SM) dan kemudian menjadi penasihat
pemerintah di Syracuse, Sicily. Ketika beliau kembali ke Athens sekitar usia empat puluh
tahun. Plato telah menubuhkan akademik pengajaran untuk mengajar gaya pengajaran
Socratic kepada pelajarnya. Akademi ini beroperasi sehingga tahun 529M dan selepas itu
ditutup kerana pemerintah pada masa itu menganggapnya sebagai ancaman kepada agama
Kristian.

Sumbangan
Peringkat Permulaan
Plato telah memberikan sumbangan yang besar dalam kaedah pertanyaan (inquiry) dalam
pembelajaran yang dipelopori oleh Socrates. Kaedah pertanyaan ini dinamakan dialektika
atau merupakan satu cara penyiasatan yang berbentuk positif, epistimologi dan metafizik.
56

Walau bagaimanapun pada masa berkenaan, kaedah ini tidak dapat diterima ramai. Di
samping itu, menerusi penulisan Dialog Plato iaitu Meno, Plato memberikan doktrin baharu
dalam pendidikan dengan merumuskan bahawa semua pembelajaran adalah proses ingatan
kembali (recollection). Kaedah eristika @ dialektika oleh Plato pula digantikan dengan
kaedah hipotesis seperti dalam pembelajaran Matematik. Proses pembelajaran juga
melibatkan pengulangan dan hafalan. Di samping itu, proses penaakulan dititik beratkan
oleh Plato.

Kurikulum
Rancangan pembelajaran dalam Dialog Republic dan Laws bertujuan memberikan latihan
moral kepada warganegara dan pemerintah negeri secara ideal. Menerusi Republic, Plato
membincangkan cara-cara melatih guardians atau penjaga negeri. Penjaga-penjaga
Republic perlu dipilih dengan betul kerana mereka memerlukan kebolehan dan latihan
khusus. Mereka harus bersemangat tetapi berlemah lembut untuk mengelakkan konflik
dalam pentadbiran. Manakala menerusi Laws, Plato menegaskan bahawa orang-orang seni,
tukang, pedagang dan hamba tidak harus diberikan kewarganegaraan dan hanya perlu lebih
menghargai kebaikan (virtue) yang dilakukan mereka.

Pendidikan Moral
Pendidikan Moral bermula dengan latihan muzik, kesusasteraan dan gimnastik.Tiga perkara
penting yang dipentingkan oleh Plato ialah latihan perlu dilakukan secara umum samaada
terhadap pelajar lelaki dan perempuan. Manakala, latihan muzik, kesusasteraan dan
gimnastik perlu dibersihkan daripada unsur yang tidak bermoral. Hal ini kerana tujuan
pendidikan adalah untuk membenbetuk warganegara yang bijak dan setia kepada undang-
undang. Pendidikan perlu diwajibkan kepada semua pelajar yang ingin menjadi
warganegara. Hal ini menunjukkan pandangan Plato kekal relevan sehingga kini.

Pengajian Tinggi
Pengajian tinggi menurut Plato adalah khusus untuk penjaga dan pemerintah Republic.
Pengajian ini bertujuan membentuk pemikir yang dapat berdialektik (berbahas). Di samping
itu, sumber ilmu pengetahuan seperti Matematik merupakan satu-satunya Sains yang paling
sesuai melatih fikiran kerana Matematik tidak berubah dan bersifat objektif. Matematik
adalah mengenai ideal, objek yang tidak berubah serta kebenaran Matematik sentiasa
diketahui samada benar atau salah. Justeru, pelajaran Matematik yang penting adalah
seperti Arithmetik, Geometri, Astronomi, Harmonik serta Geometri Pepejal. Manakala Sains
57

Perubatan dan penyelidikan tidak di masukkan kerana ia banyak bergantung dengan deria
yang sentiasa berubah-ubah dan bersifat subjektif.

Proses pembelajaran tinggi menerusi falsafah Plato ini memakan masa selama lima puluh
tahun. Setelah tamat belajar, dengan pengalaman yng dimiliki baharulah seseorang individu
dibenarkan memegang dua peranan serentak iaitu jawatan sebagai ahli falsafah dan
pemerintah.

2.10.3 Aristotle

Deskripsi
Aristotle dilahirkan pada tahun 384 SM di Stagira, Yunani, di sempadan Macedonia.
Ayahnya, Nichomachus, adalah seorang doktor istana raja Macedonia dan meninggal dunia
ketika Aristotle berumur sepuluh tahun. Bapa saudaranya menjaga beliau dan memberikan
pendidikan kepadanya. Ketika berusia 18 tahun, Aristotle dihantar ke Athens untuk belajar di
akademi Plato di mana dia tinggal selama 20 tahun di sana.

Beliau adalah pelajar yang luar biasa dengan berupaya mendapat kelulusan lebih awal dan
dianugerahkan jawatan di fakulti mengajar retorik dan dialog. Aristotle menyangka beliau
akan mengambil alih Akademi tersebut setelah kematian Plato. Namun jawatan di akademi
tersebut telah diberikan kepada anak saudara Plato bernama Speusippus. Akibat kecewa,
Aristotle telah meninggalkan Athens untuk melakukan eksperimen dan belajar sendiri di
pulau-pulau di Kepulauan Yunani.
58

Pada tahun 343SM, Aristotle dipanggil oleh Raja Philip II dari Macedon (382SM–336SM)
untuk mengajar puteranya, Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) dan memegang
jawatan ini selama tujuh tahun berikutnya, sehingga Iskandar Zulkarnain (Alexander The
Great) menaiki takhta pada tahun 336SM dan memulakan penaklukannya yang terkenal.

Menjelang tahun 335SM, Aristotle telah kembali ke Athens dan mendirikan sekolahnya
sendiri, Lyceum, yang merupakan pesaing Akademi Plato. Namun, pengaruhnya terhadap
Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) menyebabkan mereka saling berhubungan
melalui surat (Syarifah Alawiyah,1992). Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great)
membawa buku bersamanya dalam kempen penaklukannya dan pembacaannya yang luas
tesebut telah dikaitkan dengan pengaruh Aristotle. Setelah Iskandar Zulkarnain meninggal
dunia pada tahun 323SM, Aristotle menjadi takut kepada penentang Macedonia lalu beliau
pergi Chalcis @ Chalkida, sebuah bandar di Greek kini dan dikatakan pada tahun berikutnya
beliau meniggal dunia di sana.

Sumbangan
Aristole meninggalkan sumbangan yang banyak terhadap bidang ilmu. Penulisan beliau
sangat luas. Beliau telah mencipta logik formal @ silogisme (syllogism) atau penaakulan
induktif, menyelidik kaji hayat secara secara sistematik serta memberi kuliah mengenai
psikologi, metafizik, etika dan kritikan kesusasteraan. Harus difahami kebanyakan penulisan
beliau adalah dalam bentuk nota kuliah dan bukan penulisan atau karya lengkap.

Aristotle berpandangan bahawa pendidikan bertujuan mencapai dua perkara iaitu etikal
(etika) dan politikal (politik) supaya warganegara mendapat peluang pendidikan dan
bertingkahlaku baik dan membantu mengekalkan negara. Aristotle menegaskan
kepentingan pengetahuan sedia ada (previous knowledge) dalam proses pendidikan adalah
sangat penting untuk di fahami oleh guru.

Rancangan Pendidikan Aristotle


Pendidikan menurut Aristotle, bermula lebih awal dengan eugenics atau mendapatkan baka
keturunan yang baik, kesihatan sebelum lahir atau prenatal dan perkembangan awal kanak-
kanak. Kurikulum Aristotle di sekolah rendah bermula seawal tujuh sehingga empat belas
tahun merangkumi membaca, menulis, gimnastik, muzik dan lukisan bagi melengkapkan
kehidupan kanak-kanak. Aristotle merancang sistem pendidikan berterusan.
59

Proses pendidikan tidak terhad kepada peringkat umur kerana ia adalah proses yang
menyeluruh mengenai kehidupan manusia seumur hidup. Proses ini disusun dalam jangka
masa tujuh tahun (sama seperti sistem Plato) iaitu pendidikan prasekolah. Pada usia 7
tahun, kanak-kanak mula memasuki sekolah. Persekolahan ini berterusan sehingga usia 21
tahun. Manakala pendidikan tinggi apabila tubuh mencapai kematangan antara usia 30 dan
35 tahun dan kematangan jiwa apabila menjelang usia 49 tahun. Justeru, ini menunjukkan
bahawa proses pendidikan berterusan adalah sistem yang dipelopori oleh Aristotle.

Aristotle mengutamakan pendidikan muzik kerana beliau mempercayai muzik dapat


mempengaruhi moral pelajar dengan lebih berkesan berbanding gerak kerja gimnastik.
Pendidikan muzik juga dapat mengajar pelajar menghargai estetika kecantikan dan
kesenian. Ia turut merangsang pelajar untuk menjadi pendengar yang baik.

Dari sudut pengajian tinggi pula, Aristotle berpendapat bahawa keperluan setiap
warganegara (tidak termasuk tukang, peniaga, buruh atau hamba) untuk melanjutkan
pengalaman dan pengetahuan dengan belajar falsafah moral dan politik supaya menjadi
warganegara yang baik. Pelajaran falsafah dan moral ini tidak diberikan kepada pelajar atau
kanak-kanak yang lebih muda kerana mereka tidak mempunyai pengalaman yang cukup
dan dianggap belum matang.

Aristotle mengenal pasti dua kategori pendidikan pelengkap: pendidikan melalui kebiasaan
(habit) dan pendidikan melalui akal (reasoning). Pendidikan melalui kebiasaan (habit)
merupakan sejenis kaedah pembelajaran aktif' seperti yang dikenali pada masa kini.
Pendidikan ini tidak hanya terhad mempelajari teknik kesenian semata-mata namun juga
berupaya membina sikap dan pendidikan penaakulan saintifik. Pendidikan melalui
kebiasaan (habit) dapat dipelajari berdasarkan peniruan pembelajaran, pengalaman
pembelajaran dan ingatan pembelajaran individu dalam kehidupan mereka.

Pendidikan melalui akal (reasoning) pula merupakan pelengkap terhadap pendidikan


melalui kebiasaan (habit). Terdapat dua kaedah pendidikan ini iaitu induktif logik (epagoge)
dan demonstrasi dalam pembelajaran. Ia sangat sesuai dalam pengajaran Sains yang
berdasarkan inferen dan hipotesis dalam pengkajian makna. Pendidikan bertujuan
menyampaian kefahaman terhadap kesan - akibat sesuatu perkara. Pendidikan melalui akal
(reasoning) adalah lebih menyeluruh tentang kehidupan duniawi dan mengatasi pengalaman
yang dilalui individu dalam kehidupan mereka (Hummel, 1999). Justeru tujuan pendidikan
ialah mencari kebahagiaan dan kebijaksanaan sebagai warganegara.
60

2.11 Cabang-Cabang Falsafah


Terdapat empat cabang falsafah yang terkemuka seperti Ontologi / Metafik yang mengkaji
realiti, Epistimologi ialah mengenai ilmu pengetahuan, Aksiologi ialah mengenai nilai dan
Logik ialah mengenai penaakulan.

2.11.1 Ontologi @ Metafizik


Metafizik adalah cabang falsafah yang bermula sejak zaman Yunani kuno kira-kira 2500
tahun yang lalu. Ia dianggap sebagai salah satu cabang utama falsafah. Metafizik adalah
pembahagian falsafah yang merangkumi ontologi dan kosmologi. Cabang falsafah ini
mengkaji realiti yang muktamad atau yang terakhir. Pada zaman English Renaissance
(zaman gerakan budaya dan artistik), Francis Bacon (1561M-1626M) menyatakan bahawa
metafizik seperti kajian Aristotle adalah mengenai sebab-sebab formal dan akhir sesuatu
perbahasan falsafah.

Secara umumnya perkataan metafizik adalah kombinasi dua perkataan iaitu Meta yang
bermakna lebih atau melampaui sesuatu serta perkataan fizik. Gabungan perkataan ini
bermakna metafizik adalah melangkaui fizik. Metafizik juga dikenali sebagai falsafah
spekulatif (speculative philosophy) yang seringkali mencetuskan perbahasan. Hal ini kerana
Metafizik mempersoalkan soal kewujudan samaada tuhan wujud atau tidak?. Persoalan
seperti ini telah menghasilkan pelbagai variasi jawapan ahli falsafah yang dinyatakan
menurut sudut pandangan mazhab yang berbeza seperti idealisme, realisme, pragmatisme,
Eksistensialisme dan sebagainya. Aliran Metafizik juga seringkali mempersoalkan perkara
seperti berikut:
 Apakah dimaksudkan dengan alam semesta?
 Apakah makna hidup?
 Apakah ilmu pengetahuan?
 Apakah kebebasan manusia?
 Apakah pengakhiran kehidupan wujud?

2.11.2 Epistemologi
Istilah "epistemologi" berasal dari perkataan Yunani "episteme" dan "logo". "Episteme" dapat
diterjemahkan sebagai "pengetahuan" atau "pemahaman" sementara "logos" dapat
diterjemahkan sebagai "hujahan" atau "alasan" dan pelbagai makna lain. Justeru,
epistimologi mengkaji pengetahuan dan perihal mendapatkan makna terhadap sesuatu
61

perkara dengan betul dan benar. Falsafah ini berkait rapat dengan kaedah pendidikan dan
pembelajaran yang dilalui individu.
Epistemologi memfokuskan pada kaedah memperolehi pengetahuan dan bagaimana
pengetahuan tersebut dapat membantu membezakan antara kebenaran dan kepalsuan dari
dunia di sekeliling kita. Hal ini kerana, Epistemologi merupakan pencarian makna melalui
cara fikir tentang sifat pengetahuan itu sendiri. Ia banyak bergantung kepada tahap
kefahaman dan tahap ilmu yang dimiliki. Justeru, epistemologi adalah asas untuk
memahami bagaimana dan mengapa kita berfikir, dengan kata lain, bagaimana kita
memperoleh pengetahuan, bagaimana kita bergantung pada deria kita, dan bagaimana kita
mengembangkan konsep dalam fikiran kita untuk pengembangan pemikiran dan penaakulan
yang baik. Beberapa soalan yang sering dibincangkan oleh ahli epistemologi termasuk:
 Bagaimana kita mendapat pengetahuan?
 Bolehkah kita mempercayai naluri sendiri?
 Apakah sumber-sumber pengetahuan?
 Sejauhmanakah sumber pengetahuan tersebut boleh dipercayai?
 Apakah kebenaran?
 Adakah terdapat sesuatu benda yang kita tidak perlu meraguinya?

2.11.3 Aksiologi
Perkataan aksiologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu axios yang bermakna nilai dan
logos bemakna logik, teori serta pelbagai makna lain. Justeru aksiologi dikenali sebagai teori
nilai. Aksiologi merupakan falsafah yang mengkaji nilai. Cabang falsafah ini terbahagi
kepada dua iaitu etika dan estetika. Bidang etika mengkaji nilai-nilai moral dan kelakuan
yang sesuai, sementara bidang estetika menjurus kepada nilai-nilai kesenian dan
kecantikan. Bidang-bidang aksiologi ini penting dalam pendidikan kerana guru dan
masyarakat sentiasa menggalakan tingkahlaku yang benar dan sifat baik (nilai murni) dan
menghargai kecantikan (estetika).
Terdapat tiga ciri aksiologi seperti:
 Etika iaitu falsafah moral yang secara sistematik menerangkan konsep sikap yang
betul dan salah. Etika merupakan pelengkap kepada estetika dalam bidang aksiologi
ini. Melalui falsafah ini, etika merupakan sikap, moral manusia dan bagaimana
seharusnya setiap individu bertindak dalam kehidupannya berdasarkan norma yang
diterima.
 Estetika merupakan cabang aksiologi yang berhubungan dengan kecantikan,
kesenian dan citarasa dalam menghargai keindahan. Ia juga dikenali sebagai kajian
62

sensori, sentimen dan rasa. Estetika juga dikenali sebagai refleksi kritikal terhadap
seni, budaya dan alam sekitar.
 Nilai dapat dibahagikan kepada dua iaitu nilai material dan nilai spiritual. Nilai
material merupakan nilai keperluan kebendaan harian manusia seperti barangan,
sementara nilai spiritual merangkumi intelektual, emosi dan kejujuran, kebaikan dan
kecantikan dalaman yang lebih subjektif.

Soalan yang sering ditanya berdasarkan falafah ini adalah seperti berikut:
 Apakah kecantikan dalaman?
 Apakah moral individu?
 Apakah sikap yang benar?

2.11.4 Logik
Ilmu logik telah bermula di Yunani dengan melahirkan beberapa tokoh-tokoh pemikir ilmu
logik seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Aristotle digelar sebagai bapa ilmu logik (Hurley,
2001). Aristotle mendefinisikan logik sebagai "penaakulan baru dan perlu", "baru" kerana
membolehkan kita mempelajari apa yang tidak kita ketahui, dan "perlu" kerana
kesimpulannya tidak dapat dihindari. Logik berasal daripada bahasa Yunani "logos", yang
mempunyai berbagai makna termasuk kata, pemikiran, idea, argumen, pertimbangan,
alasan atau prinsip. Falsafah logik adalah kajian penaakulan, atau kajian mengenai prinsip
dan kriteria kesimpulan dan demonstrasi yang sah. Ia berusaha untuk membezakan
penaakulan yang baik dari penaakulan yang buruk.

Falsafah logik ialah tentang pemikiran yang betul dan boleh dipercayai. Logik mengkaji
peraturan dan hujah serta perbincangan dengan cara yang betul.Terdapat dua jenis logik
iaitu logik deduktif dan logik induktif. Pemikiran logik merupakan pemikiran yang digunakan
untuk mencari kaitan, sebab-akibat, membuat kesimpulan atau deduksi untuk
mempertahankan hujah. Pemikiran logik sinonim terhadap fakta yang nyata dan jelas.
Secara khususnya, pemikiran logik ini berkaitan dengan falsafah idealisme dan realisme.
 Logik deduktif ialah cara membuat kesimpulan bermula dari pernyataan am sehingga
kepada perkara yang khusus. Antara contoh hujah seperti: semua mangga adalah
buah, semua buah tumbuh diatas pokok, maka semua mangga tumbuh diatas
pokok.
63

 Logik induktif pula merujuk satu cara membuat kesimpulan dari perkara yang khusus
kepada perkara / generalisasi am. Antara contoh hujah seperti:semua gagak yang
dilihat adalah hitam, oleh itu semua gagak adalah hitam.

2.12 Sumber Ilmu Dan Matlamat Pendidikan Islam, Barat Dan Timur
Keinginan manusia mengetahui sesuatu perkara yang baharu merupakan faktor pencarian
ilmu. Manusia akan berusaha mencari kesimpulan pada setiap keraguan yang timbul dalam
kehidupan mereka. Proses mendapatkan penjelasan memberi keseimbangan (equilibration)
dalam kognitif mereka. Manusia menggunakan kaedah berikut untuk mengumpulkan
pengetahuan baru.
 Sumber wahyu (revelation).
Sumber ini datang dari tuhan dan merupakan sumber ilmu utama daripada falsafah yang
berasaskan kepercayaan teologi. Ia terdiri daripada ilmu pengetahuan, moral dan etika
serta perkara mistik yang tidak dapat disangkal kepentingannya serta di terima
sepenuhnya sebagai sumber ilmu yang benar lagi suci.

 Sumber dari pihak yang berkuasa (autority)


Pengetahuan ini dianggap pengetahuan yang benar kerana datangnya daripada sumber
yang boleh dipercayai. Pihak berkuasa ini terdiri daripada ibu bapa, media rasmi, doktor,
guru agama bertauliah, pihak berkuasa agama, kerajaan dan sebagainya. Semua
maklumat rasmi boleh diistilahkan sebagai pengetahuan yang berwibawa. Individu boleh
mendapatkan maklumat dari pihak berkuasa (autority) tersebut mengenai pelbagai
aspek maklumat yang diperlukan.

 Sumber intuitif @ gerak hati (intuition)


Pengetahuan intuitif dan naluri adalah kaedah pemerolehan pengetahuan yang lain.
Prinsip Archimedes, ajaran Buddha adalah contoh pengetahuan yang diperoleh melalui
intuisi. Dalam Islam intuitif ini juga dikenali sebagai ilham atau "firasat" atau pun
pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para ulama.

 Sumber penaakulan logik (logical reasoning)


Penaakulan logik merupakan satu sumber ilmu yang utama. Ia berkaitan dengan fungsi
otak yang menanggap sesuatu perkara berdasarkan dua kaedah iaitu logik deduktif dan
logik induktif serta pemikiran abstrak. Melalui penaakulan logik, individu dapat
memproses maklumat samaada menolak atau menerima sumber penaakulan ilmu
tersebut.
64

 Sumber persepsi deria (sensory perception)


Lima pancaindera manusia membantu kita untuk mendapatkan maklumat mengenai
objek, individu, peristiwa dan sebagainya. Deria adalah salah satu sumber atau kaedah
penting untuk memperoleh pengetahuan. Hal ini kerana melalui deria dapat membantu
mengumpulkan maklumat dan mengesahkan kesahihan dan keaslian pengetahuan yang
diperolehi individu dalam kehidupannya.

 Sumber tradisi (traditions)


Tradisi masyarakat merupakan sumber ilmu pengetahuan yang penting. Contohnya
kemahiran sosial, nilai sosial, fungsi sosial, pandangan hidup (world view) adalah
merupakan tradisi dalam masyarakat yang membentuk perwatakan dan keintelektualan
individu.

 Sumber pengalaman (experience)


Pengalaman yang dilalui individu menyumbang terhadap pengetahuan yang dimiliki.
Pengalaman peribadi dalam keluarga, masyarakat, dan kejiranan telah mengajar
manusia pelajaran mengenai tingkah laku, penyesuaian diri, hubungan sosial, kesabaran
dan sebagainya. Proses pembelajaran dengan melakukan sesuatu pekerjaan sehingga
memiliki pengalaman juga termasuk dalam kategori ini.

 Sumber ilmu yang dipelajari (learning)


Proses mempelajari ilmu dari sumber yang benar adalah kaedah lain untuk memperoleh
pengetahuan. Individu boleh mempelajari ilmu pengetahuan melalui kelas formal dan
tidak formal. Pelajar dapat mencari sumber primer atau sumber maklumat sekunder
untuk mengumpulkan pengetahuan. Pembelajaran dapat dilakukan secara selektif
mengikut kehendak individu dan ilmu yang ingin dipelajari oleh mereka.

 Sumber pendekatan saintifik (Scientific approach)


Pendekatan saintifik merupakan kaedah mendapatkan ilmu yang penting. Ilmu yang
diperolehi melalui kaedah ini mempunyai kebolehpercayaan dan keesahan yang tinggi.
John Dewey (1938) menyenaraikan langkah-langkah kaedah saintifik yang berlandaskan
logik deduktif dan induktif seperti berikut:
 Pengenalan dan definisi masalah
 Formulasi hipotesis
 Mengumpul, mengorganisasi serta menganalisis data
 Formulasi kesimpulan
65

 Verifikasi,menolak atau mengubahsuai hipotesis

 Melalui espistimologi, sumber ilmu pengetahuan adalah merangkumi persepsi, hujah,


introspection (ilmu penilaian kendiri), ingatan serta testimoni.

2.12.1 Matlamat Pendidikan Islam


Pendidikan Islam mempunyai beberapa pecahan dalam pelbagai bidang imu seperti akidah
atau tauhid, ibadah atau fiqah,tafsir,hadis,akhlak, sejarah atau sirah, falak dan sebagainya.
Pada asasnya pendidikan Islam mempunyai tujuan asas iaitu untuk membentuk akhlak yang
mulia dan terpuji. Matlamat pendidikan Islam selaras dengan tujuan hidup manusia, iaitu
memastikan pengabdian (ubudiyyah) yang tulen hanya kepada Allah S.W.T.

Pendidikan Islam merupakan ad-din iaitu kesempurnaan Islam sebagai satu sistem hidup
yang sempurna dan lengkap (syumul). Pendidikan Islam perlu diamalkan dan dihayati
sepenuhnya oleh setiap muslim yang beriman kepada Allah SWT. Ia juga bermatlamat untuk
melahirkan insan soleh yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak sempurna (insan
kamil). Hal ini kerana sistem pendidikan di dalam Islam menekankan aspek pembangunan
Insan. Pembangunan insan bermaksud manusia dibangunkan dengan sifat-sifat kemanusian
sesuai dengan fitrah kejadiannya. Individu yang cemerlang adalah individu yang dapat
melaksanakan tugasnya seperti yang telah digariskan oleh Islam dan beroleh kebahagiaan
di dunia dan di akhirat.

Setiap manusia diwujudkan dengan komposisi yang sama iaitu jasmani, emosi, rohani
intelek (JERI). Kesepaduan keempat-empat aspek di atas mampu mewujudkan sifat
kebijaksanaan dalam memahami urusan dunia dan akhirat. Di samping itu, matlamat akhir
Pendidikan Islam adalah untuk melengkapkan setiap individu dengan pengetahuan Islam
agar dapat hidup sebagai seorang yang beriman, berakhlak, berpengetahuan dan beramal
soleh, seterusnya pengetahuan itu juga dapat menyedarkan manusia tentang tugas
utamanya sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi.

2.12.2 Matlamat Pendidikan Barat


Pendidikan Barat mempunyai matlamat yang berbeza daripada aspek pendidikan Islam dan
Timur. Antara intipati pendidikan Barat yang merangkumi kepelbagaian falsafah seperti
metafizik, epistimologi dan aksiologi dan lain-lain adalah seperti berikut:
 Pembelajaran aktif berlaku kerana proses pengajaran dan pembelajaran tidak
berfokus pada guru, tetapi lebih mengutamakan pelajar (active learner). Hal ini
66

menjadikan pelajar aktif memberi dan berkongsi idea, yang memaksimumkan


peranan mereka sebagai pelajar dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran yang berkesan.
 Pendidikan mesti berupaya mengembangkan keupayaan dan pengalaman setiap
individu semasa melaksanakan tugasan yang tidak didapati dari budaya dan norma
masyarakat yang biasa.
 Membantu masyarakat memahami peranan pihak berkuasa dan mematuhinya dalam
proses pendidikan supaya kehidupan berjalan dengan lancar.
 Pendidikan harus menjadikan seseorang individu bebas untuk mendapatkan
pengalaman, menganalisis,berfikir dan kemudian bertindak.
 Melengkapkan akal manusia dengan pengetahuan tentang ilmu kehidupan yang
diperoleh melalui proses pendidikan untuk mencapai kesempurnaan.
 Menekankan penghapusan persepsi yang bias tentang kesedaran manusia terhadap
sesuatu benda dan perkara yang subjektif.
 Pendidikan bertujuan mengembangkan kualiti minda intuitif (gerak hati, naluri)
kerana tanpanya objek, fenomena atau peristiwa tidak dapat dikaji.
 Pendidikan mesti berteraskan sifat refleksi untuk memahami sumber pengetahuan
yang objektif, subjektif atau intuitif.

2.12.3 Matlamat Pendidikan Timur


Matlamat pendidikan Timur bertujuan membentuk manusia menjadi individu yang
mempunyai pertimbangan baik dalam tindakan (wisdom), mempunyai nilai yang seimbang
serta kerohanian yang tinggi. Ia merupakan gabungan Falsafah Islam, Konfusianisme,
Toisme serta Buddha. Falsafah Timur menekankan pandangan hidup manusia (world view)
dan maknanya supaya kehidupan dapat diharmonikan dengan alam sekitar.

Matlamat pendidikan adalah untuk semua rakyat, tanpa mengambil kira status sosioekonomi
atau kedudukan sosial dan jantina. Ia bertujuan menghasilkan individu berkebolehan
(ziancai) serta bermoral tinggi. Di samping itu pendidikan juga bermatlamat dapat
membentuk sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat
kepada masyarakat dan negara serta mempunyai sikap internasionalisme yang positif.

2.13 Rumusan
Falsafah merupakan intipati kehidupan kerana ia merupakan satu proses pembentukan
manusia menerusi pendidikan. Falsafah Pendidikan terdiri daripada Falsafah Pendidikan
Barat, Falsafah Timur dan juga Falsafah Islam. Falsafah Pendidikan Barat mementingkan
67

cara untuk mendapatkan ilmu (epistimologi) dan peranan ilmu dalam kehidupan individu
merangkumi pengalaman pada pelajar supaya mereka dapat mengatasi masalah yang
dihadapi dalam kehidupan peribadi dan sosial. Manakala falsafah Timur menekankan
keseimbangan ilmu dengan alam sekitar, mementingkan keharmonian, serta kebijaksanaan
dalam tindakan. Sementara Falsafah Islam mementingkan nilai keugamaan, keharmonian
masyarakat dan alam sekitar serta ketakwaan kepada Allah SWT sebagai tanggungjawab
manusia yang perlu dilunaskan dengan baik dan sempurna.

Rujukan
Ahmad Mohd Saleh (2004).Pendidikan Islam,Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Armstrong, D. G., Henson, K. T., & Savage, T. V. (1995). Education: an introduction.
Macmillan Publishing.
Hassan, A., Suhid, A., Abiddin, N. Z., Ismail, H., & Hussin, H. (2010). The role of Islamic
philosophy of education in aspiring holistic learning. Procedia-Social and Behavioral
Sciences, 5, 2113-2118.
Leaman, O. (2002). Key concepts in Eastern philosophy. Routledge.
Nasr, S. H. (2006). Islamic Philosophy from its Origin to the Present: Philosophy in the Land
of Prophecy. Suny Press.
Noriati,A.R., Lee, K.C., Zulkufli,M., & Zakiah,N. (2016). Falsafah dan pendidikan di Malaysia.
Oxford Fajar.
Omar al-Syaibani (1991).Falsafah Pendidikan Islam (Terjemahan), Shah Alam: Hizbi.
Sadker, D. M., & Zittleman K. R. (2010). Teachers, schools, and society: ninth edition. New
York, NY: McGraw-Hill Companies, Inc.
Suharto, T. (2003). Epistemologi Sejarah Kritis Ibnu Khaldun. Yogyakarta: Fajar Pustaka
Baru.
Tbakhi, A., & Amr, S. S. (2008). Ibnu Rushd (Averroës): prince of science. Annals of Saudi
medicine, 28(2), 145-147.
Watson, Burton (2007). The Analects of Confucius, New York: Columbia University Press
Yasin, F. B. R., & Jani, M. (2013). Islamic education: The philosophy, aim, and main
features. International Journal of Education and Research, 1(10), 1-18.

Ujian Formatif

Soalan Struktur
Jawab soalan berikut.
68

1.Huraikan 4 prinsip utama Falsafah Timur.


(a)._______________________________________________________________________
(b)._______________________________________________________________________
(c)._______________________________________________________________________
(d)._______________________________________________________________________

2.Nyatakan 2 tokoh terkemuka Falsafah Islam yang mengkritik ahli Falsafah beraliran
Yunani.
(a)._______________________________________________________________________
(b)._______________________________________________________________________

3.Jelaskan 3 prinsip pendidikan Nasionalisme dan Internasionalisme Rabindranath Tagore.


(a)._______________________________________________________________________
(b)._______________________________________________________________________
(c)._______________________________________________________________________

4.Siapakah tokoh yang mempelopori kaedah Sokratik.


_________________________________________________________________________

5.Jelaskan secara ringkas Kaedah Sokratik atau elenchos.


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

6.Banding bezakan matlamat pendidikan yang ingin dicapai oleh Tagore dan Confucius.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

7.Apakah nama buku atau kitab karangan Al-Ghazali yang mengkritik aliran Falsafah.
_________________________________________________________________________

8.Terangkan tujuan utama Falsafah Rekonstruktivisme dalam pendidikan.


_________________________________________________________________________
69

9. Ilmu dapat diperolehi melalui pelbagai cara dan kaedah. Huraikan 5 sumber ilmu dalam
pendidikan.
(a)._______________________________________________________________________
(b)._______________________________________________________________________
(c)._______________________________________________________________________
(d)._______________________________________________________________________
(e)._______________________________________________________________________

10.Beliau dikenali sebagai Socrates kedua dalam bidang Falsafah. Bincangkan kenyataan
tersebut.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

11.Perjelaskan 4 ciri utama Falsafah Pendidikan Barat.


(a)._______________________________________________________________________
(b)._______________________________________________________________________
(c)._______________________________________________________________________
(d)._______________________________________________________________________

12.Terangkan secara ringkas 2 cabang falsafah iaitu Logik dan Metafizik.


(a)._______________________________________________________________________
(b)._______________________________________________________________________

Soalan Esei
Jawab soalan berikut.

1.Bincangkan implikasi Falsafah Pendidikan Rekonstruktivisme terhadap proses


pendidikan.

2.Falsafah Pendidikan Islam dan Timur banyak menyumbang terhadap pembentukan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bincangkan kenyataan tersebut.

You might also like