Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

0 Pengenalan

Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih, isu-isu kesantunan dalam
masyarakat Malaysia pula semakin berleluasa dan menunjukkan belang. Sifat positif dalam
diri masyarakat Malaysia saban hari semakin luntur, nilai keprihatinan semakin hilang, masyarakat
menjadi lebih biadab kerana kesantunan dalam berbahasa semakin rapuh dan ampuh. Bahkan,
kita sendiri mula merasa bahangnya apabila di persekitaran kita semakin banyak contoh kerapuhan
nilai kesantunan yang terjadi dihadapan mata kita sendiri. Dalam konteks mayarakat Malaysia,
kesantunan amat penting diamalkan demi menjaga perpaduan yang telah lama wujud agar terus
terpelihara dan tidak tergugat. Namun, sejak akhir-akhir ini semakin banyak orang yang
mempunyai bahasa tetapi tidak berbahasa, iaitu tiada kesantunan bahasa, baik orang tua, baik
muda, orang bawahan mahupun atasan. Hal ini banyak berlaku di tempat-tempat kerja seperti
kilang, di firma swasta, di pejabat-pejabat awam, dan turut berlaku di rumah dan di sekolah.

2.0 Kesantunan Bahasa

Kamus Dewan mendefinisikan santun sebagai halus, beradab dan sopan. Justeru, istilah
kesantunan berkait rapat dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.
Pendek kata, kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa yang
digunakan oleh seseorang ketika berkomunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan . Bahasa
yang digunakan perlulah mempunyai adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat
yang tinggi. Umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk
menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan.
Noresh Baharom et al (2000) mendefinisikan kesantunan bahasa sebagai perihal santun,
kesopanan, kehalusan budi pekerti dan budi bahasa. Menurut Abdul Sukor Shaari et al (2003) pula,
kesantunan didefinisikan sebagai cara dan bentuk bahasa yang digunakan. Bahkan,
menitikberatkan cara dan bentuk bahasa yang digunakan dengan penuh sopan. Hal ini demikian
supaya kita tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
Selain itu, Lakoff (1975) menyatakan kesantunan ialah perlakuan yang mengurangkan
pergeseran dalam sesuatu interaksi. Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar
(1968) berpendapat bahawa sesuatu penggunaan bahasa seharusnya tidak menimbulkan
sebarang kegusaran, kemarahan dan
1 rasa tersinggung daripada pihak pendengar.
3.0 Isu Kesantunan Masyarakat

Marcapada ini, tahap kesantunan masyarakat semakin pudar sehingga menyebabkan


berlakunya banyak isu kesantunan. Contohnya, isu vandalisme yang kian meruncing dan
bertambah parah terutama dalam golongan remaja. Isu kesantunan ini perlu diambil berat oleh
setiap lapisan masyarakat dan tindakan perlu diambil untukmenyelesaikannya.

3.1 Isu Vandalisme

Menurut ensiklopedia bebas,vandalisme atau lebih dikenali sebagai laku musnah merujuk


kepada tabiat seseorang tersebut yang suka merosakkan harta benda awam dan juga harta benda
orang lain. Di Malaysia, masalah vandalisme bukan lagi suatu perkara yang asing bagi masyarakat
kita bahkan ianya diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan kerana kes vandalisme
meningkat setiap tahun. Hal ini demikian kerana, kita sendiri mampu melihat papan-papan tanda,
telefon awam, dan dinding bangunan disimbah cat, diconteng dan sebagainya. Siapakah yang aktif
terlibat dalam gejala yang tidak bermoral ini yang sanggup merosakkan harta benda awam demi
memenuhi nafsu diri sendiri. Jawapannnya sama sekali adalah remaja. Remaja pada zaman
globalisasi hari ini kurang diberikan didikan sivik dan juga kurang penerapan nilai-nilai murni dalam
diri mereka telah mendorong kepada berlakunya masalah vandalisme yang berleluasa di negara
kita.
Menurut Presiden Dembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk
Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya dalam laporan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 15
Febuari 2014, kes vandalisme merupakan suatu isu utama yang sering dikaitkan dengan telefon
awam. Menurut beliau lagi walaupun jumlah keseluruhan kes vandalisme yang dicatatkan di
seluruh negara ialah sebanyak 9631 kes dan pada tahun 2007 menunjukkan penurunan sehingga
241 kes namun tidak ada sebarang petunjuk bahawa kesedaran untukmenjaga harta benda
awam yang meningkat.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala vandalisme di negara
kita. Faktor perdana ialah berpunca daripada diri remaja itu sendiri. Remaja melakukan
vandalisme kerana mereka tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.Remaja
tidak pernah memikirkan masalah yang terpaksa dihadapi oleh orang ramai dan juga kerugian yang
terpaksa ditanggung oleh kerajaan
2 kesan daripada perbuatan vandalisme yang telah mereka

lakukan.
Selain itu, sikap negatif keluarga juga merupakan salah satu punca penyebab remaja
melakukan vandalisme. Kebiasaannya ibu bapa zaman sekarang asyik mengejar kemewahan
untuk kelangsungan hidup sehingga mengabai anak-anak mereka. Ibu bapa tidak mempunyai
masa untuk menegur sikap anak-anak mereka yang mungkin selalu merosakkan harta benda
keluarga. Jika ibu bapa tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan sikap negatif
anak-anak mereka, pasti tabiat ini akan terbawa-bawa apabila mereka berada di luar rumah.
Di samping itu, sebahagian daripada permasalahan vandalisme adalah disebabkan oleh
pengaruh rakan sebaya. Remaja pada hari ini acap kali tersalah memilih rakan sehinggakan
mereka terjerumus dalam kegiatan negatif  seperti vandalisme. Tamsilannya, sekumpulan remaja
mencabut gagang telefon serta merosakkan telefon awam setelah digunakan. Sikap masyarakat
awam yang berpeluk tubuh hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

3.2 Langkah Mengatasi Isu Vandalisme

Bagi menyelesaikan masalah vandalisme ini daripada terus berlaku, institusi keluarga iaitu ibu
bapa haruslah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak. Mereka seharusnya
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, ibu bapa juga harus menjadi role model dengan
menunjukkan contoh yang baik ketika dalam rumah ataupun di luar rumah supaya anak-anak
mereka mampu mengikut jejak mereka.
Seterusnya, pihak berkuasa tempatan juga perlu memainkan peranan mereka bagi
membendung masalah ini. Pihak polis perlu sentiasa membuat rondaan di kawasan panas agar
remaja-remaja pada hari ini tidak mempunyaii peluang untuk melakukan aktivitii vandalisme.
Di samping itu, badan-badan NGO dan juga organisasi kerjaan perlu berkolaborasi antara satu
sama lain bagi menyelesaikan masalah ini. Kedua-dua badan tersebut boleh mengadakan kempen
kesedaran kepada masyarakat untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang impak negatif
yang wujud akibat perbuatan vandalisme ini. Hal ini penting kerana masyarakat akan lebih
mengetahui peranan dan tugas mereka masing-masing untuk bersama-sama pihak kerajaan bagi
membendung masalah ini.

4.0 Kesimpulan

Tuntasnya, aspek kesantunan bahasa adalah sangat penting dan wajar diamalkan oleh setiap
lapisan masyarakat tanpa mengira
3 kaum, agama, pangkat mahupun darjat. Sebagai penutup

bicara, guru wajarlah menekankan aspek kesantunan kepada para pelajar dengan menjadi suri
teladan kepada mereka kerana kesantunan bahasa perlu dipupuk dan disemaikan dalam diri
pelajar dari semasa ke semasa bagi melahirakan generasi muda yang bebas daripada isu-isu
kesantunan.

You might also like