Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SOALAN LATIHAN

1. Pengertian riba:
Akad yang terjadi ke atas pertukaran barangan yang tertentu yang tidak
diketahui persamaannya menurut ukuran syarak ketika berakad, atau dengan
menangguhkan tukaran kedua-dua belah pihak atau salah satu daripada
keduanya.

2. Pembahagian Barang-barang ribawi:


 Emas.
 Perak.
 Kurma.
 Gandum.
 Garam.
 Bali.

3. Syarat-syarat urus niaga barang-barang ribawi:


 Kadar yang sama.
 Pembayaran dan penghantaran pada waktu yang sama.

4. Jenis-jenis riba dan contoh dalam kehidupan seharian masa kini:


A) Riba ad-Duyun: Riba jenis ini adalah riba yang muncul dari hutang. Ia
merupakan lebihan yang terhasil disebabkan tempoh. Ia terbahagi kepada
dua iaitu:

 Riba al-Qardh: Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke


atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat ini dibuat pada awal
kontrak pinjaman. Ia dikenakan oleh pemberi pinjam kepada yang
meminjam.

1
Sebagai contoh, Ahmad ingin meminjam RM1,000 daripada Mohd. Tetapi
Mohd menetapkan syarat bahawa Ahmad wajib membayar semula hutang
tersebut sebanyak RM1,200. Lebihan RM200 merupakan riba ad-Duyun jenis
al-Qardh.

 Riba al-Jahiliyyah: Merupakan kadar atau sebarang manfaat


tambahan lebih dari jumlah pokok, yang dikenakan oleh pemberi
pinjam kepada peminjam akibat si peminjam gagal membayar pada
tempoh yang telah dipersetujui.

Sebagai contoh, Mohd bersetuju memberi pinjaman kepada Ahmad sebanyak


RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi
sekiranya Ahmad gagal membayar hutang Mohd sebelum atau pada 1 bulan
yang telah ditetapkan, maka Ahmad dikehendaki membayar pada Mohd
sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100 merupakan riba’ ad_Duyun jenis
al-Jahiliyyah.

B) Riba al-Buyu’: Riba jenis ini pula muncul daripada jual beli barangan ribawi.
Ia merupakan ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 barang
ribawi atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh.

 Riba’ an-Nasi’ah: Ia merupakan jual beli atau pertukaran 2 barangan


riwabi yang sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh
(tidak sempurna dalam 1 masa).

Sebagai contoh, Aminah membeli emas seberat 6 gram dengan harga


RM1,000 secara tangguh (maknanya, ambil emas hari ini, bayarnya bulan
depan). Riba an-Nasa' juga disebut sebagai riba an-Nasiah.

 Riba al-Fadhl: Merupakan jual beli atau pertukaran antara 2 barangan


ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan
timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti).

2
Sebagai contoh, Menukar 10 gram emas (jenis 916) dengan 12 gram emas
(jenis kualiti 750). Pertukaran jenis ini adalah haram kerana sepatutnya
kedua-duanya mesti sama timbangan (contoh: 10 gram atau 12 gram).
Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum.

5. Berikan lima keburukan riba:


 Riba boleh meningkatkan kadar pengganguran dalam kalangan
masyarakat.
 Orang yang memakan atau memberi riba akan diperangi oleh Allah
serta Rasul-Nya.
 Hati seseorang yang memakan riba akan terhalang daripada berbuat
sesuatu kebajikandan pupus sifat kemanusian dalam diri.
 Riba dapat merosakkan masyarakat dan ekonomi masyarakat
sekeliling.
 Riba mengubah cara kita berfikir dan bakal merosakkan akhlak
seseorang Muslim.

6. Pengertian maysir:
Perkataan Maisir bermaksud memperolehi sesuatu dengan mudah atau
memperolehi keuntungan tanpa usaha. Islam melarang semua bentuk
urusniaga di mana keuntungan kewangan diperolehi hanya berdasarkan
nasib atau spekulasi dan bukannya dengan usaha gigih untuk
mendapatkannya (judi).

7. Contoh-contoh maysir dalam kehidupan seharian masa kini:


 Membeli baju berharga RM 90 untuk menyertai pertandingan bagi
memenangi Produa Myvi dan setiap peserta perlu membayar RM 10.
 Mengenakan yuran RM150 untuk majlis makan malam syarikat dan
RM10 digunakan untuk cabutan bertuah.
 Menganjurkan pertandingan memancing di mana sebahagian daripada
yuran digunakan untuk pentadbiran pertandingan dan selebihnya untuk
hadiah.

3
8. Tiga keburukan Maysir:
 Meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyrakat.
 Perkara haram inilah yang menjadi punca penyakit dan perosak fikiran
dan akhlak umat Islam masa kini.
 Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang.

9. Pengertian gharar:
Maksud gharar ialah ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialitu terdapat
sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh
menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain.

10. Contoh-contoh gharar dalam kehidupan masa kini:


A) Ketidakjelasan yang kecil atau ringan (al-gharar yasir): Diberi keringanan
untuk ketidakjelasan yang kecil atau ringan (al-gharar yasir) yang
sememangnya sukar untuk dielakkan dalam beberapa situasi.

Contohnya:
 Membeli buah yang tertutup seperti durian, delima, pala, buah badam
dan sebagainya.
 Membeli rumah bersama dengan perabotnya.
 Membeli radio yang berada di dalam kotak.

B) Ketidakjelasan yang besar (al-gharar fahish): Gharar besar adalah


ketidakpastian yang terlalu nyata sehingga ia tidak boleh diterima atau ia
terlalu kabur sehingga sukar dinilai. Gharar ini boleh menyebabkan kontrak
tidak sah.

Contohnya:
 Menjual anak haiwan yang masih di dalam perut ibunya (habal al-
habalah).
 Menjual buah yang masih di atas pokok dan belum masak.
 Memajak kebuh buah-buahan yang belum masak.

4
11. Tiga keburukan gharar dalam muamalat:
 Menimbulkan perasaan marah, dendam dan dengki terhadap sesame
manusia.
 Wujudnya budaya penipuan.
 Mencuri pelanggan secara tidak sihat.

You might also like