Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tengku Ampuan Afzan


27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur

LASS3013
PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR

PISMP Ambilan Jun 2016


Semester 2 Tahun 4 (Sesi Jan-Mei 2020)
Kumpulan/Unit: Pengajian Tamil

Tarikh Hantar: 21.03.2020

Nama Pelajar No. Kad Pengenalan Angka Giliran


GOVINTHARAJ A/L S. SIDAMBARAM 971216-04-5155 2016111340060

Nama Pensyarah : PUAN HAPAZA BINTI AWANG


Tarikh Terima : _______________________

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuk dan fahami.

____________________
Nama: GOVINTHARAJ A/L S. SIDAMBARAM
Tarikh: 21.03.2020
PENGHARGAAN

Setinggi - tinggi penghargaan dikalungkan kepada Tuhan atas kehidupan yang penuh
rahmat ini. Tugasan ini dapat disiapkan dengan sempurna atas ilmu yang dikurniakan
olehNya.

Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah saya iaitu Pn. Hapazah atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau sepanjang tugasan
ini. Beliau banyak membantu saya serta memberi dorongan yang baik kepada saya untuk
melakukan kerja kursus ini. Pada masa yang sama, saya ingin kalungkan terima kasih
kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan kerana menyediakan
pelbagai kemudahan untuk melakukan tugasan ini tanpa sebarang gangguan.

Di samping itu, sejutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa saya yang
memberi dorongan dari segi semangat serta memberi modal yang secukupnya untuk
melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan -
kawan saya yang banyak membantu saya sepanjang melaksanakan kerja kursus ini.

Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sejutaan terima kasih kepada
semua pihak.

Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA


. SURAT

1. Tugasan 2 :

“Rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 37,890 tan sisa hari dengan


sekurang-kurangnya 1.17 kilogram (kg) dijana bagi setiap individu.
1
Jumlah itu dianggarkan terus meningkat seiring pertambahan populasi
penduduk dan lebih membimbangkan ia akan menyumbang kepada
ketepuan tapak pelupusan sampah di seluruh negara.

2. Rujukan 8

3. Lampiran 10
TUGASAN 2 : Penulisan laporan

LAPORAN ISU KETEPUAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sampah ditakrifkan sebagai suatu bahan
buangan, termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan buangan terjadual,
atau semua bahan samaada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas atau wap
yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling yang akan
menyebabkan pencemaran (Laws of Malaysia 1998). Sampah boleh diklasifikasikan kepada
dua jenis iaitu, sampah domestik dan sampak pukal. Sampah domestik merupakan sisa
pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti isi rumah dan komersial. Contohnya , plastik,
kertas, tekstil, bekas makanan, kaca, tin logam, tin aluminium, sisa makanan dan sisa
restoran. Manakala, sampah pukal pula, sisa selain domestik seperti ranting-ranting pokok,
perabut, kayu dan sisa binaan.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Penduduk Malaysia pada 2019


diganggarkan 32.6 juta orang, meningkat daripada 32.4 juta orang berbanding 2018. Hal ini
menyebabkan, pertambahan jumlah sisa pepejal yang dianggarkan meningkat kepada
23,000 tan pada tahun 2010 dan terus meningkat kepada 30,000 tan sehari menjelang tahun
2020 (KPKT, 2008) serta kawasan pelupusan yang terhad. Di Kuala Lumpur dan Selangor
sahaja, statistik yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (PPSPPA) pada tahun 2008 menunjukkan jumlah sampah domestik
sebanyak 1.8 juta tan; dan ia meningkat kepada 1.9 juta tan pada tahun 2009 (Laporan Khas,
2011). Daripada keseluruhan sisa pepejal, sisa makanan merupakan komposisi utama yang
menyumbang sehingga 45% selain daripada sisa seperti plastik, kertas, logam, kaca dan
lain-lain (Unit Perancang Ekonomi, 2005).

Perkara tersebut juga boleh dikaitkan dengan kata-kata Mohamad Zain A Hamid
(2018) iaitu, ramai dalam kalangan masyarakat negara kita tidak mengetahui perbezaan
antara jenis sampah sarap. Hal ini menyebabkan rakyat, membuang semua jenis sampah ke
dalam satu tong sampah sahaja. Hasil pembuangan sisa pepejal adalah daripada aktiviti
masyarakat dan ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di kebanyakan
bandar; di negara membangun terutama di Malaysia kerana kebergantungan terhadap tapak
pelupusan tidak lagi efektif. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Teknikal) Jabatan
Pengurusan Sisa Pepejal Negara KPKT, Ir. Abdul Nasir Abdul Aziz, punca utama sisa
pepejal ini terhasil adalah dari pertumbuhan ekonomi negara yang semakin pesat. Hal ini
demikian, semakin lama, semakin meningkat pengeluaran barangan keperluan masyarakat.
Hal ini secara tidak langsung, melibatkan juga barangan import dari negara luar juga. Perkara
ini menyebabkan banyak barang yang dibeli oleh rakyat Malaysia dan buang begitu sahaja
selepas diguanakan. Pembuangan ini dilakukan secara tidak berhemah iaitu, masyarakat
Malaysia buang sampah di merata-rata tempat. Bukan itu sahaja, terdapat juga barangan
keluaran kilang yang tidak elok ataupun boleh dikatakan barangan yang yang telah ditolak
sebab kesilapan yang berlaku. Sisa pepejal ini juga tidak dibuang dengan cara yang teratur.
Walaupun, ada pihak perkilangan yang membuang sisa pepejal tersebut di tapak pelupusan
sampah, tetapi, sisa pepejal yang mereka buang tidak dapat dilupuskan dalam jangka masa
yang pendek. Perkara ini menyebabkan pembukaan tapak pulupusan sampah yang baharu,
untuk menampung bilangan sampah sarap yang perlu dilupuskan. Semakin banyak kilang
dibuka, semakin banyak sampah sarap yang hendak dilipuskan dengan cara yang betul. Hal
ini demikian, sampah yang dikeluarkan oleh pihak perkilangan boleh membawa pencemaran
alam dan memudaratkan kesihatan masyarakat jika tidak ditangani dengan cara yang betul.

Selain itu, pembangunan ekonomi yang pesat juga memberikan kesempatan kepada
segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab untuk mencari nafkah dengan haram.
Antaranya yang sangat berkait dengan sisa pepejal ini ialah, pengimportan sisa plastik
tercemar. Menurut, Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim, Negara di Asia Tenggara menjadi tempat pembuangan sampah global
susulan tindakan China menutup pintu kepada pengimportan plastik ke republik itu dalam
usaha mengurangkan pencemaran. Antara sisa tersebut ialah kabel dari United Kingdom
(UK), bekas susu tercemar dari Australia dan cakera padat dari Bangladesh selain sisa
elektronik serta barangan rumah dari Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Arab Saudi dan
China. Sisa pepejal yang telah dinyatakan diatas telah dijumpai di pelabuhan Klang pada
tahun 2019. Sisa sampah dagangan yang dikatakan sisa kitar semula ini menjadikan
Malaysia terpaksa berdepan kualiti udara rendah kerana pembakaran terbuka plastik
mendatangkan bahaya kepada kesihatan, sungai tercemar, tapak pelupusan sampah haram
dan masalah lain yang berkaitan.

Seterusnya, peningkatan taraf hidup rakyat, pertambahan populasi dan kepesatan


urbanisasi menyumbang kepada peningkatan penjanaan sisa pepejal di Malaysia. Hal ini
meyebabkan ketepuan tapak pelupusan sampah di seluruh negara terutama di Malaysia.
Apabila, jumlah penduduk meningkat, maka pengunaan barang-barang juga meningkat.
Kemudian, setelah selesai menggunakan barang-barang tersebut ia dibuang dengan
bilangan banyak serta bilangan tersebut kian hari kian meningkat. Perkara ini dapat dikaitkan
dengan karenah masyarakat yang tidak bertanggungjawab dalam memisahkan jenis sampah
sebelum buang. Kurangnya minat masyarakat dalam mengasing dan mengitar semula sisa
pepejal ini adalah kerana masyarakat mendapati bahawa harga belian barangan kitar semula
adalah rendah serta tidak kos efektif dan menjadikan ia tidak berbaloi untuk dilaksanakan. Ini
mengambil kira tenaga dan masa yang dihabiskan untuk mengasing sisa serta ruang yang
terpaksa diperuntukkan di rumah masing-masing untuk meletakkan sisa yang diasingkan. 

Selain itu, lokasi pusat pengumpulan barangan kitar semula yang kebanyakannya
jauh dari kawasan tumpuan penduduk juga menjadikan masyarakat tidak berminat untuk
menghantar barangan kitar semula ke pusat terbabit. Tambahan pula, masyarakat kurang
mengetahui bahawa barangan kitar semula ini boleh digunakan semula serta diolah menjadi
satu produk yang boleh dipasarkan. Hal ini menjadikan masyarakat tidak sedar mengenai
nilai tambah ke atas produk tersebut. Selain itu, kurangnya promosi serta platform
bersesuaian bagi memasarkan produk ini menyukarkan masyarakat untuk bergiat aktif dalam
menjadikan barangan kitar semula kepada satu produk yang boleh diguna semula. Di
Malaysia, tahap kesedaran masyarakat terhadap pengurusan sisa pepejal masih berada
pada tahap yang rendah. Masyarakat beranggapan bahawa pengurusan sisa pepejal berada
di bawah tanggungjawab kerajaan sepenuhnya sedangkan yang menghasilkan sisa pepejal
dari kalangan masyarakat itu sendiri. 

Di samping itu, kadar kitar semula yang rendah, kemerosotan alam sekeliling, tadbir
urus yang kurang berkesan, kurangnya penekanan terhadap teknologi yang efisyen, ekonomi
yang kurang berdaya saing merupakan punca bagi ketepuan tapak pelupusan semakin
bertambah. Kerajaan juga mendapati bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang
sepatutnya menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam mendapati PBT kekurangan
dari segi kewangan, kepakaran dan juga sumber manusia untuk memberikan perkhidmatan
pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang berkualiti (KPKT, 2013a). Selain itu,
hasil kajian yang dilakukan oleh KPKT pada 2001 menunjukkan daripada 112 tapak
pelupusan, hanya 6 peratus yang diklasifikasi sebagai mempunyai ciri-ciri pengawalan dan
pemeliharaan alam sekitar (Jabatan Kerajaan Tempatan, 2005).

Peningkatan janaan sisa pepejal ini mendorong kepada pencemaran alam sekitar
sekiranya tidak diuruskan secara holistik dan berkesan. Menurut Pensyarah Program
Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains
Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Hasmah Abdullah, kaedah pelupusan sisa pepejal di
Malaysia adalah secara terbuka sama ada dilupuskan di tapak pelupusan terbuka seperti
‘landfill’ atau dilupuskan di kawasan yang tidak digazetkan. Pada masa kini pula, lebih 90
peratus daripada 176 tapak pelupusan sampah yang beroperasi secara pembuangan
terbuka di negara ini dalam kedudukan kritikal, dengan kebanyakannya mempunyai jangka
hayat tidak melebihi lima tahun, terpaksa ditutup (syed Azwan Syed Ali, 2010). Tapak
pelupusan sampah, yang memerlukan kos pemulihan tinggi mencecah berbilion ringgit, juga
membahayakan nyawa ribuan penduduk sekitarnya, selain membawa kesan negatif kepada
alam sekitar dalam jangka masa panjang.

Antaranya ialah, kehadiran makhluk perosak seperti tikus, lalat yang akan menjadi
agen kepada penularan wabak penyakit seperti taun, cirit birit seterusnya mengakibatkan
kesihatan manusia terjejas. Hal ini demikian ketepuan tapak pelupusan akan menjadi tempat
tinggal makhluk perosak tersebut. Hal ini sangat bahaya kepada penduduk yang tinggal
berhampiran dengan tapak pelupusan sampah tersebut. Antara penyakit yang boleh dibawa
oleh makhuk perosak ini jika kita leka dengan kehadirannya ialah, Hantavirus Pulmonary
Syndrome (HPS) dan leptospirosis. Bukan itu sahaja, ketepuan tapak pelupusan juga
menjadi tempat pembiakan nyamuk. Jika kita leka dengan ketepuan tapak pelupusan
sampah dan kebersihan tapak pelupusan sampah, hal ini akan menjadi serius dengan
merebaknya wab penyakit denggi.

Selain itu, pembuangan pelbagai sisa domestik, termasuklah sisa bahan binaan dan
makanan di kawasan ini yang menyebabkan bau busuk kepada penduduk berhampiran.
Menurut keratan akhbar Berita harian, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)  telah
mengatakan bahawa ada pihak kontraktor tidak bertanggungjawab ini turut membakar
sampah dengan menyalakan bara pada setiap petang sehingga awal pagi yang
menyebabkan udara sekitar berbau dan berjerebu. Hal ini menjejaskan kualiti udara dan
meningkatkan pencemaran udara. Secara tidak langsung, para penduduk sekitar akan
mengalami, kesesakan nafas, dan juga sakit kepala.

Seterusnya, Air limpahan daripada sampah sarap boleh mengalir ke dalam aliran
sungai berdekatan, bau busuk menyelubungi kawasan persekitaran, udara tercemar akibat
pembebasan gas toksik, berlaku pencemaran yang meresap ke dalam tanah. Disamping itu,
kesan yang serius akan dihadapi oleh penduduk yang tinggal berdekatan tapak pelupusan
di mana tindak balas kimia akan menghasilkan pelepasan zarah toksik seperti logam berat
dan bahan pencemar organik (POPs) ke udara.  Perkara ini bertambah teruk apabila, tapak
pelupusan sampah terbuka (aktif dan ditutup) membebaskan gas metana secara pasif
melalui proses pereputan sampah di tapak pelupusan dalam tempoh tertentu.
Gas metana menyebabkan 25 kali risiko pemanasan global berbanding karbon dioksida
(CO2) (Prof Dr P Agumuthu,2010). Mengikut kajian saintifik terdahulu membuktikan populasi
penduduk yang tinggal berdekatan kawasan pelupusan sisa menghadapi masalah kesihatan
seperti kanser, masalah berkaitan saluran penafasan dan ada juga yang mengalami
masalah dengan hasil kelahiran.

Selain itu, persekitaran juga akan menjadi tidak terurus dengan keadaan lanskap
yang menyakitkan mata memandang. Hal ini juga secara tidak langsung menyebabkan
kekurangan pelancong ke nagara kita. Perkara ini menjejaskan sektor pelancongan dan juga
pendapatan negara kita juga secara tidak langsung. Bukan itu sahaja, ketepuan tapak
pelupusan sampah yang tiak diambil tindakan dengan segera boleh menimbulkan perspektif
yang negatif dalam kalangan pelancong terhadap rakyat negara kita terhadap pihak
berkuasa. Ketepuan tapak pelupusan sampah in juga menyebabkan tapak tersebut tidak
boleh digunakan semula untuk kegunaan lain seperti pembinaan akibat daripada limpahan
air sampah dan peresapan air larut resapan (leachate) ke sumber air bawah tanah. Hal ini
juga menyebabkan, nilai harta tanah di sekitarnya menurun.

Pakar pengurusan sisa pepejal tempatan merumuskan pengurusan tapak pelupusan


sampah negara adalah kritikal untuk jangka panjang jika kerajaan gagal mengambil tindakan
segera. Sikap masyarakat yang masih mengharapkan pengurusan sisa pepejal adalah di
bawah tanggungjawab kerajaan ataupun PBT seharusnya diubah menjadi tanggungjawab
bersama dalam memastikan pengurusan sisa pepejal dilaksanakan dengan berkesan.
Sekiranya masyarakat masih kekal dengan sikap yang tidak endah dan masih bergantung
kepada usaha kerajaan sahaja, maka hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat mentaliti
kelas pertama dan negara bersih tidak akan dapat direalisasikan.

Antara, cadangan kaedah penyelesain ialah, pihak pengurusan sisa pepejal perlu ke
setiap sekolah untuk memberi ceramah dan penerangan mengenai pembuangan sampah
sarap yang betul. Hal ini demikian, pendidikan kepada kanak-kanak sejak kecil lagi
membolehkan mereka mengamalkan amalan baik tersebut dalam kehidupan seharian.
Setiap sekolah perlu menyediakan tiga jenis tong sampah seperti yang disarankan oleh,
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Selain itu, pihak sekolah juga boleh
menyediakan tong sampah khas untuk membuang sisa makanan, supaya, sisa tersebut
tidak campur dengan sampah lain. Hal ini memudahkan sistem pelupusan sampah. Selain
itu, untuk menanamkan amalan pembuangan sampah yang betul, boleh juga menubuhkan
kelab alam sekitar dan menganjurkan beberapa program alam sekitar yang seperti
pengumpulan barangan kitar semula, penjualan barangan kitar semula, sisa makanan
dijadikan baja tumbuh-tumbuhan, dan juga kepen amalan kitar semula. Bukan itu sahaja,
pihak sekolah juga, boleh menganjurkan pertandingan inovasi dengan menggunakan
barangan kitar semula. Hal ini membolehkan pemikiran kreativiti dan inovasi mereka
meningkat. Selain itu, para pelajar juga mula melibatkan diri dalam menggunakan semula
barangan kitar semula dengan mencipta barang-barang baharu. Perkara ini secara tidak
langsung, dapat mengurangkan pembuangan sampah dan juga meningkatkan amalan
penggunaan barangan yang boleh dikitar semula dalam kehidupan harian mereka.
Seterusnya, bukan sahaja di sekolah, malah di rumah juga sisa makan perlu
diasingkan supaya, segelintir sisa makanan boleh dijadikan baja kepada tumbuh-tumbuhan
juga. Selain itu, ibubpa sendiri perlu mendidik anak-anak mereka untuk membuang sampah
di tempat yang dengan cara yang betul. Jikalau boleh, di rumah juga ibubapa boleh
menyediakan tong sampah kitar semula yang kecil supaya amalan pembuangan sampah
secara asing dapat dipupuk di rumah juga.

Seterusnya, kita sebagai masyarakat perlu, berhenti membeli item yang dibungkus
dengan bahan yang tidak boleh, dikitar semula. Malah perlu mengamalkan belian secara
pukal. Hal ini demikian, perkara ini dapat menggurangkan penggunaan pembungkusan
malahan dapat menjimatkan wang juga. Selain itu, Amalan hijau semasa membeli belah
adalah sangat penting bagi memastikan sisa buangan dapat dikurangkan  di mana amalan
tersebut termasuklah merancang barangan yang hendak dibeli. Amalan ini penting untuk
memastikan kita sebagai masyarakat sendiri tidak membeli barangan tidak perlu bagi
mengelakkan penambahan bahan buangan  (Buletin Perlindungan Pengguna, 2000). Selain
itu, sebagai pengguna kita perlu mengamalkan amalan membeli barangan yang boleh dicas
semula seperti bateri boleh cas untuk kegunaan lampu suluh dan sebagainya.

Seterusnya, kita hendaklah membawa beg yang mengurangkan penambahan bahan


buangan plastik  (Buletin Perlindungan Pengguna, 2000 ; Uniworld, 2004). Selain itu,
amalan membawa tempat pengisi makanan semasa membeli makanan siap juga dapat
membantu mengurangkan sisa buangan di rumah. Bukan itu sahaja, Amalan membuang
sampah di merata tempat merupakan perbuatan yang harus dielak kerana budaya ini akan
menyebabkan kesukaran pihak berkuasa mengutip semula sampah malahan sampah-sarap
yang tidak dimasukkan ke dalam tong yang disediakan boleh dialihkan oleh aliran air
permukaan seterusnya dipindahkan ke sungai dan laut yang akan membawa kesan negatif
terhadap hidupan akuatik.

Di samping itu, peranan pihak kerajaan sangat penting dalam mengatasi masalah
ketepuan tapak pelupusan sampah ini. Pihak kerajaan melakukan pemantauan ke atas
agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan undang-undang adalah
sangat perlu khasnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya sentiasa peka terhadap
pembuangan sisa pepejal yang boleh menghasilkan toksik. Pemantauan adalah perlu untuk
mengelakkan sikap sambil lewa kakitangan. Seterusnya, pula kerajaan juga hendaklah
menyerahkan semula kuasa mengurus sisa pepejal kepada Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT). Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diwakili oleh Norizan Sharif menyatakan masalah
pengurusan sisa pepejal yang telah diswastakan tidak mengalami perubahan.
Tambahan pula, tong-tong kitar semula perlulah diwujudkan di mana-mana
khususnya bangunan-bangunan pejabat, restoran dan pusat komersil untuk pembuangan
kertas, botol, tin aluminium dan sebagainya supaya bahan-bahan tersebut diproses selain
dikeluarkan semula bagi tujuan penggunaan industri sekaligus merendahkan keperluan
pembersihan dan pelupusan. Dari perspektif lain, ia juga dapat mengurangkan pencemaran
berbahaya terhadap alam sekitar lantaran kemungkinan sampah sarap tersebut
mengandungi bahan-bahan yang berbahaya dan boleh menjejaskan kesihatan. Bukan itu
sahaja, Alam Flora hendak menyediakan tong Sampah percuma di setiap rumah. Hal ini
bukan sahaja, memudahkan pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik malah, dapat
juga memudahkan penduduk mengumpul sisa pepejal sebelum dihantar untuk dilupuskan.

  Selain itu, cadangan pengurangan penggunaan plastik dapat mengurangkan sisa


pepejal yang mana penggunaan plastik sebenarnya boleh diganti dengan bakul kertas.
Bukan itu sahaja, Penggunaan teknologi pelupusan sisa pepejal juga merupakan satu usaha
untuk mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal. Untuk itu, penggunaan teknologi
insinerator untuk mengatasi masalah sisa pepejal serta teknologi gasifikasi dan peleburan
abu dianggap sebagai teknologi terkini dan paling selamat menguruskan sisa pepejal. Selain
itu, pihak kerajaan juga boleh membangunkan loji sisa kepada tenaga (WTE) seperti yang
berada di Singapura. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kadar kitar semula
di negara kita juga.

Akhir kata, demikian adalah langkah-langkah yang wajar dilaksanakan bagi


menjamin pembuangan sampah dalam negara kita diurus dengan baik. Langkah bijak yang
diambil hari ini tidak memberikan manfaat kepada kita secara langsung tetapi memberikan
peluang kepada generasi akan datang menikmati sumber yang kita nikmati selama ini.
Dengan pengurusuan yang betul pasti isu pembuangan sampah yang berisiko tinngi
terutamanya dalam penularan kes denggi dan lain-lain dapat diselesaikan. Pendekatan
dasar-dasar kerajaan yang memastikan alam sekitar terjamin dan masyarakat kita sejajar
dengan kecekapan pengurusan insnfrastruktur negara yang diiktiraf sebagai infrastruktur
kelas pertama.
Laporan Disediakan oleh ,

…………………………….

(GOVINTAHARAJ A/L S.SIDAMBARAM)

Guru Pelatih,
Semester 8,
Pendidikan Lestari,
Institu Pendidikan Guru Kampus,
Tengku Ampuan Afzan.
RUJUKAN

Abdul Aziz Latif(23 Disember 2018). Pelupusan sisa domestic yang tidak terkawal beri
kesan negatif kepada kesihatan. Kampus kesihatan sains university Malaysia. Tarikh
bahan diakses : 19 Mac 2020. Dimuat Turun daripada :
http://www.kk.usm.my/index.php/news-media/981-pelupusan-sisa-pepejal-domestik-
yang-tidak-terkawal-beri-kesan-negatif-kepada-kesihatan

Augustine Towonsing. (15 April 2017). Penjagaan Alam Sekitar. Malaysia Ghost Research.

Tarikh bahan diakses : 18 Mac 2020. Dimuat Turun daripada :


https://www.malaysian-ghost-research.org/pengurusan-sisa-pepejal-domestik/

Azzman Abdul Jaman(23 Mac 2020). Kerajaan cadang bangunkan loji kitar sisa kepada
tenaga. Berita Harian Online. Tarikh bahan diakses : 18 Mac 2020
Dimuat Turun daripada : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-
lain/2018/10/489000/kerajaan-cadang-bangunkan-loji-kitar-sisa-kepada-tenaga

Ipendidikan(10 Mac 2020). Langkah mangatasi masalah pembuangan sampah.


Tarikh bahan diakses : 18 Mac 2020 . Dimuat Turun daripada :
https://www.ipendidikan.my/langkah-menangani-pembuangan-sampah.html

Jabatan Perangkaan Malaysia. (15 julai 2019). Siaran akhbar, anggara penduduk semasa,
Malaysia, 2018-2019. Jabatan perangkaan Malaysia. Tarikh bahan diakses : 15 Mac
2020. Dimuat turun daripada,
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=Vjc3dFd5cXhNYTZtbn
VhS0lEWEpudz09

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara(7 September 2017). 3R. Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan. Tarikh bahan diakses : 19 Mac 2020
Dimuat Turun daripada :https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/134

Nur Ainin Sofia Binti Yahya(28 May 2019). Perbezaan sisa pepejal di Malaysia dan negara
luar. Rencana Penerbitan Antarabangsa. Tarikh bahan diakses : 15 Mac 2020.
Dimuat Turun daripada, https://medium.com/@irywp311/rencana-individu-
perbezaan-sisa-pepejal-di-malaysia-dan-negara-luar-b39b30342b04
Syarif Mawahib(31 Julai 2008). pembahagian sampah sarap.
Tarikh bahan diakses : 15 Mac 2020. Dimuat turun daripada,
http://syarifmawahib.blogspot.com/2008/07/pembahagian-sampah-sarap.html

Seow , Ta Wee (2012), Sumbangan komuniti pengutip sampah dalam pengurusan sisa
pepejal di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tarikh bahan diakses : 19
Mac 2020. Dimuat Turun daripada :http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4493/

Seow Ta Wee (2019), Pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Tarikh bahan diakses : 19 Mac 2020. Dimuat Turun daripada :
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2585/

Vathani Panirchellvum(28 Mei 2019). Malaysia dijangka Hantar Semula 3000tan sisa plastic
tercemar ke negara asal. Benar news online. Tarikh bahan diakses : 15 Mac 2020
Dimuat Turun daripada :
https://www.benarnews.org/malay/berita/plastic-piles-05282019134326.html

Wan Zuhairi Wan Yaacob(25 Oktober 2018). Penyediaan Tapak Pembuangan Sisa.
Tarikh Bahan diakses : 19 Mac 2020
Dimuat Turun daripada :
http://www.ukm.my/geologi/geopena/mag%20bumi_landfill.pdf
LAMPIRAN

You might also like