Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

LAPORAN MAJLIS

KHATAM AL- QURAN


DAN ANUGERAH
CEMERLANG SK ORANG
KAYA SERGUNIM
(SKOKS), 2019

Oleh: LINDA EU HAI LUN


LAPORAN MAJLIS KHATAM AL- QURAN DAN ANUGERAH CEMERLANG SK
ORANG KAYA SERGUNIM (SKOKS), 2019

Pada 19 November 2019, Selasa yang lalu, sekolah kita telah mengadakan Majlis Khatam
Al-Quran dan Anugerah Cemerlang di dewan sekolah. Tujuan mengadakan Majlis Khatam
Al-Quran adalah untuk melahirkan insan yang mencintai al-Quran dan memartabatkan
bacaan al-Quran dalam kehidupan serta meraikan pelajat yang telah berjaya mengkhatamkan
sebanyak 30 juzuk al-Quran. Tujuan majlis anugerah cemerlang adalah untuk memberi
penghargaan kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga bidang
kokurikulum.

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan ketibaan tetamu kehormat,
iaitu Encik Junaidi bin Mohamad, Yang di-Pertua PIBG SKOKS Encik Baharuddin bin
Ibrahim, Encik Jaafar bin Aman (Ketua Kaum Kampung Jemoreng Hilir), Encik Tahir bin
Taib (Ketua Kaum Kampung Jemoreng Hulu) serta Tuan Haji Che Dom bin Mahmud (Imam
1 Kampung Jemoreng) dan diikuti dengan perarakan murid Tahun 6 ke dewan dengan
iringan hadrah. Selepas itu, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Ibu
Pertiwiku’, diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Faiza bin Ismail.

Gambar 1: Perarakan murid Tahun 6 ke dewan dengan iringan hadrah


Gambar 2: Hadirin menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan ‘Ibu Pertiwiku’

Gambar 3: Bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Faiza bin Ismail

Selepas bacaan doa, majlis telah diteruskan dengan ucapan wakil murid Tahun 6, iaitu adik
Hafimuddin bin Amin, diikuti dengan ucapan aluan oleh Encik Johari bin Jabok selaku Guru
Besar SKOKS dan juga ucapan aluan daripada Encik Baharuddin bin Ibrahim. Majlis ini
telah dirasmikan oleh Encik Junaidi bin Mohamad, selaku wakil Pejabat Daerah Daro.
Gambar 4: Ucapan daripada wakil murid Tahun 6, adik Hafimuddin bin Amin

Gambar 5: Ucapan alu-aluan guru besar SKOKS, Encik Johari bin Jabok

Gambar 6: Ucapan alu-aluan dari Encik Baharuddin, YDP PIBG SKOKS


Gambar 7: Ucapan perasmian dari wakil PPD Daro, Encik Junaidi bin Mohamad

Selepas majlis dirasmikan, murid Tahun 6 telah majlis khatam al-Quran dimulakan
oleh murid-murid Tahun 6 dan dibimbing oleh Tn. Hj. Kana bin Ragon. Selesai majlis
khatam al-Quran, upacara potong bunga duit telah dijalankan oleh Tuan Haji Che Dom
diiring oleh Encik Johari. Cenderahati juga telah diberikan kepada peserta khatam oleh
Encik Junaidi dan diiringi oleh Encik Johari.

Gambar 8: Murid Tahun 6 sedang mengkhatamkan al-Quran


Gambar 9: Upacara potong bunga duit dijalankan oleh Tuan Haji Che Dom diiringi oleh Encik Johari

Gambar 10: Cenderahati telah diberikan kepada peserta khatam

Selepas rehat, Majlis Anugerah Cemerlang telah dijalankan. Majlis dimulakan dengan
persembahan ‘action song’ daripada murid Prasekolah SKOKS yang bertajuk ‘Anta
Permana’.

Gambar 11: Persembahan ‘action song’ daripada pelajar Prasekolah


Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kecemerlangan untuk murid
Tahun 6, diikuti dengan penyampaian sijil kepada pengawas sekolah, pengawas pusat
sumber sekolah, serta ketua dan penolong kelas bagi setiap kelas. Setelah penyampaian sijil
penghargaan, majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian anugerah nilam bagi Tahun 1
(Adik Nurhani Najihah), Tahun 2 (Adik Muhammad Arif Nasri), Tahun 3 (Adik Alisa
Nasuha), Tahun 4 (Adik Nuur Shahzuwani), Tahun 5 (Adik Khairil Hakimi) dan Tahun 6
(Adik Nur Alia Lyana). Untuk Anugerah Sahsiah yang terbaik pula bagi Tahun 1 sehingga
Tahun Enam dimenangi oleh Adik Aula Faqihah (Tahun 1), Adik Muhammad Mikail Aiman
(Tahun 2), Adik Alisa Nasuha (Tahun 3), Adik Nuur Shahzuwani (Tahun 4), Adik
Alesyahana (Tahun 5), dan Adik Nur Eliana (Tahun 6).

Gambar 12: Penyampaian sijil kecemerlangan untuk murid Tahun 6- Aidilfiqri

Gambar 13: Penyampaian anugerah nilam Tahun 6 – Nur Alia Lyana


Gambar 14: Penyampaian Anugerah Sahsiah Terbaik Tahun 6- Nur Eliana

Majlis diteruskan lagi dalam anugerah cemerlang dalam bidang akademik iaitu mengikut
kedudukan kelas bagi tahap 2. Bagi Tahun 4, adik Aqilah Amni telah mendapat tempat
pertama, diikuti dengan adik Ainur Khairuniesya yang mendapat tempat kedua manakala
tempat ketiga telah dirangkul oleh adik Qhaibil. Bagi Tahun 5 pula, tempat pertama
disandang oleh adik Adlyn Balqis, diikuti dengan adik Qhairil, manakala adik Arif Azhar
telah mendapat tempat ketiga. Bagi kelas Tahun 6, tempat pertama telah dirangkul oleh adik
Muhammad Hafimuddin, adik Khawarizmi Halimi telah mendapat tempat kedua manakala
adik Alia Lyna telah mendapat tempat ketiga.

Bukan sahaja dalam bidang akademik, anugerah juga telah diberikan kepada pelajar yang
cemerlang dalam kelas kafa mengikut kelas dari tahun 1 sehingga tahun 5. Selepas
persembahan daripada murid Tahun 6 iaitu lakonan yang bertajuk ‘Mahkamah Sesat’, majlis
dimeriahkan lagi dengan anugerah mata pelajaran yang terbaik bagi setiap tahun sepanjang
tahun 2019.

Gambar 15: Anugerah pelajar cemerlang dalam kelas kafa- Alya Qalesya
Bagi Tahun 1, adik Aula Faqihah telah mendapat tujuh anugerah mata pelajaran terbaik
(Bahasa Melayu(BM), Matematik(MT), Sains(SN), Pendidikan Agama Islam(PAI),
Pendidikan Kesihatan(PK), Pendidikan Kesenian- Muzik dan Bahasa Arab(BA)). Adik
Nurhani Najihah (BM, BI, SN, PAI, Pendidikan Kesenian- Seni Visual(PSV), BA) dan adik
Syahrul Aiman (SN, PAI, PSV, BA, PK, Pendidikan Jasmani(PJ)) masing- masing telah
mendapat enam anugerah mata pelajaran yang terbaik. Adik Suci Zahra Abady (BI, MT,
PSV, PK) telah mendapat empat anugerah mata pelajaran terbaik, diikuti dengan adik Qaseh
Zakiah (BM, BI, MT) yang mendapat tiga anugerah mata pelajaran terbaik. Adik
Muhammad Samir (MZ), adik Muhamad Akmal(MZ), adik Muhammad Hairul Rizwan(PJ)
dan adik Nur Iman(PJ) masing-masing mendapat satu anugerah mata pelajaran terbaik.

Gambar 16: Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 1 - Aula Faqihah

Gambar 17: Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 1 – Syahrul Aiman


Bagi Tahun 2 pula, adik Anisa Hammanie telah mendapat sembilan anugerah mata pelajaran
terbaik (BM, BI, MT, SN, PAI, PK, MZ, PSV, BA), diikuti dengan adik Zul Imran
Hamsyarie(BM, BI, SN, PAI), adik Muhammad Abrisham(MT, PK, PJ, PSV) dan adik Afiq
Haiqal (BA, PSV, PAI, MT) yang telah masing-masing mendapat empat anugerah mata
pelajaran terbaik. Adik Muhammad Nur Hamizan telah mendapat tiga anugerah mata
pelajaran terbaik (BM, PK, BA). Manakala adik Khairul Aysar Wafiq (BI, SN) dan adik
Khaliefa Laila (PJ, MZ) telah mendapat dua anugerah mata pelajaran terbaik. Begitu juga
dengan adik Syariezat yang telah mendapat anugerah mata pelajaran terbaik untuk
Pendidikan Kesenian (Muzik)

Gambar 18: Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 2: Anisa Hammanie

Bagi Tahun 3 pula, adik Alya Qalesya binti Hassan telah mendapat sembilan mata pelajaran
terbaik (BM, BI, MT, SN, PAI, PK, MZ, PJ, BA), diikuti dengan adik Aisyah yang telah
mendapat lima anugerah mata pelajaran terbaik (BM, BI, MT, PAI, BA). Nurdiyana
Syafinna telah mendapat empat anugerah mata pelajaran terbaik (BI, PSV, PAI, BA)
manakala adik Khairul Ikhwan telah mendapat anugerah mata pelajaran terbaik dalam subjek
BM, SN dan MT. Adik Ainnur Imaniesya (PK, PJ), adik Alisa Nasuha (PSV, PK) dan adik
Ahza (PSV, SN) masing-masing telah mendapat dua anugerah mata pelajaran terbaik bagi
sesi 2019.
Gambar 19: Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 3: Alya Qalesya

Bagi Tahun 4 pula, adik Aqilah Amni telah mendapat enam anugerah mata pelajaran terbaik
iaitu dalam subjek BM(Penulisan), MT, SN, PSV, PK, dan TMK manakala adik Ainur
Khairuniesya telah mendapat empat anugerah mata pelajaran terbaik (BI (Pemahaman), BI
(Penulisan), MZ, BA). Adik Nur Khairunnisa Ali Basah pula telah mendapat dua anugerah
mata pelajaran terbaik, iaitu dalam subjek BM(Pemahaman) dan PAI.

Gambar 20: Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 4: Aqilah Amni

Bagi kelas Tahun 5 pula, adik Nurul Alliah Ezzati telah mendapat enam anugerah mata
pelajaran terbaik iaitu dalam subjek BM (Pemahaman), BI (Pemahaman), BI (Penulisan),
PAI, SEJ dan juga BA diikuti dengan adik Aisyah Humaira yang telah mendapat anugerah
mata pelajaran terbaik dalam subjek PK, SN dan RBT. Adik Nur Fatihah telah mendapat dua
anugerah mata pelajaran terbaik, iaitu dalam subjek BM (Penulisan) dan TMK.
Gambar 21: Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 5: Nur Fatihah

Adik Khawarizmi Halimi (SN, MZ, SEJ, TMK) dan adik Alia Lyana (BM (Penulisan), MT,
PAI, BA) telah mendapat empat anugerah bagi mata pelajaran terbaik sesi 2019. Adik Adib
Haizad (BI (Penulisan), BI (Pemahaman)) dan Adik Muhammad Hafimuddin (RBT, PSV)
masing-masing telah mendapat dua anugerah mata pelajaran terbaik.

Gambar 22: Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 6: Adib Haizad

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kecemerlangan dan hadiah bagi pelajar
prasekolah. Anugerah murid terbaik Prasekolah disandang oleh adik Aula Fathonah binti
Ismail.
Gambar 23: Anugerah pelajar prasekolah terbaik

Begitu juga dengan anugerah penyertaan kokurikulum pada peringkat luar terutamanya bagi
peringkat negeri. Antara pelajar yang mendapat anugerah ini adalah adik Muhammad
Hafimuddin bagi pertandingan bercerita tahap dua, adik Mohamad Halifi bagi perlawanan
bola sepak Yayasan Sarawak serta adik Alliah Ezati dan adik Nur Khairunnisa untuk
pertandingan ‘poetry recitation’.

Gambar 24: Anugerah penyertaan kokurikulum peringkat negeri: Nur Khairunnisa (poetry recitation)
Gambar 25: Anugerah penyertaan kokurikulum peringkat negeri – Mohamad Halifi (perlawanan bola
sepak Yayasan Sarawak)

Kemuncak majlis penyampaian anugerah cemerlang telah pun tiba dengan penyampaian
anugerah olahragawan, olahragawati, murid contoh dan juga murid harapan. Anugerah
olahragawan disandang oleh adik Mohamad Halifi bin Pethe dari kelas Tahun 4 manakala
anugerah olahragawati disandang oleh adik Alia Lyana dari kelas Tahun 6. Bukan itu sahaja,
adik Alia Lyana juga telah mendapat anugerah murid contoh SK Orang Kaya Sergunim.
Bagi anugerah murid harapan pula telah disandang oleh adik Aisyah Humaira dari kelas
Tahun 5.

Gambar 26: Anugerah olahragawan- Mohammad Halifi


Gambar 27: Anugerah Murid Contoh 2019

Gambar 28: Anugerah Murid Harapan 2019

Setiap aktiviti sekolah yang telah dijalankan di sekolah hanya akan berjaya dengan bantuan
dari segi tenaga dan ilmu daripada sukarelawan iaitu daripada pihak luar. Oleh itu, pihak
sekolah telah memberi sumbangan khas untuk mereka. Antaranya adalah Encik Roslan bin
Chi Bong, Encik Haidy bin Jaafar, Encik Jasman bin Ibrahim dan juga kumpulan senaman.
Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan yang telah banyak menghulurkan
bantuan kepada pihak sekolah.
Gambar 29: Penerima Sumbangan Khas 2019 (Kumpulan Senamrobik)

Majlis penyampaian anugerah cemerlang diakhiri dengan persembahan daripada murid


Tahun 6 iaitu memainkan alat muzik. Walaupun terdapat sedikit rintangan dalam
persembahan tersebut iaitu pemutusan elektrik, namun murid Tahun 6 telah meneruskan
persembahan mereka dengan jayanya. Persembahan ini telah dilatih oleh Cikgu Winnie
sepanjang sebulan.

Gambar 10: Persembahan memainkan alat muzik daripd murid Tahun 6

Majlis bersurai pada pukul 13.20 petang. Penyerahan bunga telur kepada guru daripada ibu
bapa pelajar Tahun 6 telah dijalankan.

Laporan disediakan oleh,


____________________

(LINDA EU HAI LUN)


AJK Dokumentasi,
Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Cemerlang 2019,
SK Orang Kaya Sergunim

You might also like