Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 TUJUAN
1.1 Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
Timbalan Pengarah, IPG Kampus Ipoh berhubung dengan cadangan untuk menaik taraf bilik rehat
di setiap Blok Kolej Kediaman Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI).

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) adalah antara institusi pendidikan guru terbaik yang
terdapat di negara ini. IPGKI banyak menyediakan kemudahan untuk membantu para pelajar
menjalankan aktiviti akademik dan bukan akademik. Misi utama IPGKI ialah untuk menerajui
pembangunan guru yang kreatif sejajar dengan visi IPGKI iaitu “Leading Future Model Teacher”.
IPGKI juga merupakan sebuah institusi pendidikan guru yang menyediakan pelbagai kemudahan
dan perkhidmatan yang terbaik untuk kegunaan pelajar bagi meningkat pembangunan akademik
dalam aktiviti pembelajaran pelajar. Pelbagai program pembangunan pelajar telah diatur dan
dirancang di semua peringkat sama ada di kolej-kolej kediaman, jabatan dan institut bertujuan
untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kemahiran generik.

2.2 Kolej kediaman adalah merupakan suatu tempat yang sempurna untuk membentuk perkembangan
pelajar ke arah mencapai matlamat pendidikan di IPGKI khasnya dan negara amnya. Dapatlah
dirumuskan disini bahawa peranan pihak pentadbiran kolej amat penting di dalam melaksanakan
serta merealisasikan cita-cita murni kepada pelajar mahupun pihak institut. Organisasi kolej
kediaman pelajar telah dibentuk sesuai dengan fungsi kolej kediaman iaitu menyediakan
kemudahan yang selesa kepada pelajar supaya pembangunan pelajar terlaksana dengan jayanya.

3.3 Justeru itu, menaiktaraf bilik rehat di setiap blok kolej kediaman adalah merupakan salah satu
inisiatif Jawatankuasa Kolej Kediaman IPGKI untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan
lestari kepada siswa guru sepanjang tempoh pengajian mereka di institut ini.
3.0 ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Rasional bagi tujuan menaiktaraf bilik rehat ini adalah penting dalam memberikan suatu imej positif
kepada kolej kediaman dalam menyediakan ruang yang kondusif kepada siswa guru dan pelawat
3.2 Matlamat utama tujuan ini adalah bagi mewujudkan satu bilik yang lebih selesa untuk penghuni
kolej kediaman untuk menggunakan masa rehat yang seoptimum mungkin dan menjadi tempat
yang kondusif untuk bertemu pelawat yang melawat mereka.

4.0 PERINCIAN CADANGAN

4.1 Tempat :
Cadangan Bilik Rehat di setiap Blok Kolej Kediaman IPGKI.

4.2 Objektif menaik taraf bilik rehat yang sedia ada adalah seperti yang berikut:
4.3.1 Memberi keselesaan kepada siswa guru untuk berkomunikasi dan merehatkan minda
setelah penat menimba ilmu.
4.3.2 Mempunyai bilik rehat yang boleh digunakan untuk menimba ilmu selain dari bilik
kediaman mereka.
4.3.3 Membolehkan siswa guru menikmati kehidupan yang lebih selesa seperti berada di rumah
sendiri.
4.3.4 Menyimpan stok makanan yang tidak memerlukan peti sejuk yang boleh digunakan ketika
situasi kecemasan dengan adanya sudut pantry di bilik rehat tersebut.
4.3.5 Menyimpan peralatan memasak yang ringkas dan boleh digunakan untuk penyediaan
makanan ringan di sudut pantry yang disediakan.
4.3.6 Ruang rehat yang sesuai untuk berkomunikasi dalam suasana yang lebih santai.

5.0 KEWANGAN
6.1 Kos menaik taraf bilik rehat di Kolej Kediaman akan dipohon dari Peruntukan Kewangan OS42000
untuk kegunaan para pelajar. Kos Pembinaan dan Reka bentuk bilik rehat yang dicadangkan boleh
dirujuk di Lampiran A.
7.0 KESIMPULAN
7.1 Proses menaik taraf bilik rehat di kolej kediaman siswa guru ini adalah relevan pada masa kini
kerana setiap bilik rehat yang ada ketika ini agak usang dan tidak sesuai untuk digunakan oleh
serta kebanyakan peralatan yang ada tidak boleh digunakan lagi. Zaman telah berubah dan
diharapkan usaha menaik taraf bilik tersebut akan turut mengubah persepsi dan paradigma para
pelajar terhadap kolej kediaman di IPGKI.

Disediakan oleh :

...............................................................
(Dr. Abdul Razak bin Noruzzaman)

Ketua Kolej Kediaman ,


Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Disemak oleh :

..............................................................
(Badrul Hisham bin Jaafar)

Ketua Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Disokong oleh :

..............................................................
(Mohd Khadri Bin Fazil Rahman)
Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
LAMPIRAN A

ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA JUMLAH
Televisyen Samsung 49" Dvb-T2 Full Hd Led Tv x 6 RM12000.00

2 seat Sofa x 8 RM1600.00

Bean Bag Chairs Couch Sofa Lazy x 16 RM1000.00

Cento 40"-60" Tilt Mount CT- TV Wall Rack x 6 RM600.00

Kabinet Pantry termasuk Sinki Air x 8 RM16,000.00


JUMLAH PERBELANJAAN RM31,200.00
LAKARAN REKA BENTUK BILIK REHAT BLOK KOLEJ KEDIAMAN IPGKI

TV SET

BEAN BAG BEAN BAG BEAN BAG BEAN BAG

2 SEAT
SOFA SET

KABINET SINKI AIR

PANTRY

You might also like