Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Nurul Khairun Hafizah bte Azhar

Batu 18 ½, Warisan Hj Said,


Lendu Dalam, Kampung Lendu,
78000, Alor Gajah,
Melaka.
_________________________________________________________________________________________________________

Pengetua,
SMK Dato’ Dol Said,
78000, Alor Gajah,
Melaka. 24 OKTOBER 2019

MEMOHON MENGGUNAKAN DEWAN ALAMANDA UNTUK TUJUAN MAJLIS PERKAHWINAN

Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, saya seperti nama dan alamat di atas ingin memohon
kebenaran untuk mengadakan majlis perkahwinan adik saya di Dewan Alamanda, SMK
Dato’ Dol Said pada 21 Mac 2020. Saya juga ingin mendapatkan kebenaran pihak tuan
untuk membuat persiapan awal untuk majlis tersebut dari 20 Mac 2020 bagi tujuan
menyusun kerusi dan meja serta kelengkapan majlis pada waktu petang selepas tamat sesi
persekolahan.

3. Pihak saya akan mematuhi segala peraturan keselamatan dan kebersihan sekolah
selepas majlis diadakan. Saya juga ingin memohon agar dapat pihak tuan membuat sedikit
pengurangan kos sewaan dewan kerana saya merupakan salah seorang kakitangan dan
adik saya juga merupakan bekas pelajar di sekolah ini.

4. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai dan didahului ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

____________________________________________
(NURUL KHAIRUN HAFIZAH BTE AZHAR)

You might also like