Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

4.

Bagi pemula, gunakan kasut biasa, bukan kasut golf: anda tidak perlu
membeli kasut golf sehingga anda betul-betul serius untuk bermain permainan ini.
gunakan sahaja kasut yang anda boleh gunakan di dalam dan di luar padang golf.
Walau bagaimanapun, elakkan daripada menggunakan kasut larian. Hal ini kerana
kasut larian mempunyai terlalu banyak kusyen pada bahagian tumit yang akan
menyukarkan anda berdiri betul-betul selari dengan aras padang.
5. Gunakan krim pelindung matahari: Krim pelindung matahari adalah barang
keperluan bagi semua pemain golf. Anda perlu gunakan krim pelindung matahari 30
minit sebelum memulakan permainan. Anda perlulah sapu semula selepas beberapa
jam kerana SPF krim pelindung matahari ini akan hilang selepas beberapa jam. Jika
boleh, gunakan krim pelindung matahari yang mengandungi sekurang-kurangnya
SPF 30. Selain itu, gunakan krim pelindung matahari jenis semburan semasa
menyapu semula untuk mengelakkan tangan licin semasa permainan. Akhir sekali,
gunakan pelembap bibir yang mempunyai SPF.
Bahagian 9: Bermain
Bobby Jones seorang pemain golf amatur lagenda pernah berkata, ‘ada permainan
golf dan pertandingan golf, dan kedua-dua ini tidak sama antara satu sama lain. jika
anda mendaftarkan diri untuk bermain satu pertandingan atau bermain buat kali
pertama, jangan terlalu fikirkan. Jones menyatakan pengalaman melakukan pukulan
adalah pengalaman yang lebih berharga daripada bersama rakan-rakan. Amat
seronok untuk bermain dan merasakan getaran pada tangan semasa membuat
pukulan. Jika anda melakukan sejuta pukulan sekalipun, lima pukulan sahaja yang
membantu anda kelihatan seperti pernah bermain pertandingan golf – Max Adler,
Staff Writer, Golf Digest.

You might also like