Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

6.

0 PENUTUP

Bahagian ini merumuskan amalan pengambilan sumber manusia bagi dua peringkat
pengurusan yang berlainan, iaitu peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat
pengurusan bawahan. Bagi peringkat pengurusan pertengahan, pengkaji telah memilih
syarikat penerbitan Pelangi Sdn Bhd dengan syarikat HN Builders sementara peringkat
pengurusan bawahan pengkaji telah menggunakan iklan bagi syarikat Kusowa Enterprise
Sdn Bhd dengan ELREKA Sdn Bhd.

Bagi jawatan peringkat pengurus pertengahan dan bawahan yang diiklankan,


kedua-duanya menggunakan sumber iklan yang sama iaitu dari laman sesawang. Bagi
peringkat pengurusan pertengahan, syarikat penerbitan Pelangi Sdn Bhd adalah
mengiklankan jawatan pengurus gudang melalui JobStreet.com manakala syarikat HN
Builders adalah mengiklankan jawatan pengurus projek melalui jawatan.me. Bagi
peringkat pengurusan bawahan, jawatan penyelia tapak adalah diiklankan oleh syarikat
Kusowa Enterprise Sdn Bhd melalui Malaysia.indeed.com manakala jawatan penyelia
biasa pula adalah diiklankan oleh syarikat ELREKA Sdn Bhd melalui mudah.my.

Bagi aspek spesifikasi kerja, hasil kajian mendapati bahawa jawatan untuk
syarikat penerbitan Pelangi Sdn Bhd perlu memiliki pengalaman kerja sekurang-kurang
lima tahun manakala pemohon bagi syarikat yang menawarkan jawatan pengurus
bawahan iaitu Kusowa Enterprisse Sdn Bhd dan HN Builders pemohon perlu
mempunyai pengalaman kerja tetapi tidak dibataskan tahun pengalaman yang dimiliki.
Seterusnya, pemohon bagi keempat-empat syarikat yang dikaji juga perlu memiliki sijil
kelayakan professional yang berkaitan dengan bidang pekerjaan masing-masing.
Akhirnya, hanya pemohon syarikat HN Builders perlu mempunyai kenderaan sendiri dan
pemohon ELREKA Sdn Bhd perlu mempunyai lesen memandu.

Bagi aspek huraian kerja pula, huraian kerja bagi syarikat penerbitan Pelangi Sdn
Bhd yang menawarkan jawatan pengurus pertengahan iaitu pengurus gudang telah
memperincikan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pemohon kepada dua

17
bahagian iaitu gudang dan operasi. Tanggungjawab telah dijelaskan dengan sangat teliti
dalam dua bahagian tersebut. Bagi syarikat HN Budilers pula, huraian kerja hanya
menerangkan dengan umum bahawa pemohon jawatan pengurus projek perlu
berkebolehan untuk merancang dan mengurus aktiviti perniagaan syarikat,
menyelesaikan semua permasalahan dengan kreatif, melakukan kerja pengurusan
kakitangan dan melibatkan diri dalam projek-projek syarikat.

Bagi peringkat pengurusan bawahan pula, huraian kerja bagi syarikat Kusowa
Enterprise Sdn Bhd pula juga menerangkan tannggungjawab pemohon dengan umum
seperti melakukan kerja pemantauan, pelaporan, perhubungan dengan pihak
berkepentingan, pengemaskinian rekod kehadiran dan sebagainya. Sebaliknya, huraian
kerja bagi syarikat ELREKA Sdn Bhd pula adalah lebih berlainan dan terperinci kerana
syarikat tersebut telah menjelaskan hari bekerja dan masa bekerja di samping
menerangkan tanggungjawab kerja. Namun demikian, tanggungjawab kerja dalam
huraian kerja bagi syarikat ELREKA Sdn Bhd masih dikira ringkas kerana hanya
menerangkan pemohon perlu melakukan kerja pemantauan kerja, pelaporan, berurusan
dengan pelanggan, perekodan dan pemantauan stok keluar massuk inventori dan
sebagainya.

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mencadangkan agar syarikat-syarikat yang ingin
mengambil pekerja baharu haruslah memberi iklan jawatan yang jelas dan mudah
didapati oleh pemohon. Sekiranya maklumat iklan yang disediakan adalah tidak jelas,
kabur dan sukar diperolehi oleh pemohon, sudah pasti pemohon akan hilang minat
mereka untuk memohon jawatan tersebut. Satu platform yang baik juga perlu disediakan
oleh syarikat yang mengiklankan jawatan kepada pemohon untuk mengisi maklumat-
maklumat mereka atau menghubungi syarikat tersebut. Hal ini dapat memudahkan
pemohon untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya sekiranya terdapat kerja yang
mereka minati. Selain itu, iklan yang disediakan juga perlu memaparkan faedah dan
ganjaran supaya dapat menarik minat pemohon yang lebih banyak untuk memohon kerja
tersebut.

18
Kesimpulannya, amalan pengambilan sumber manusia adalah kunci kepada
kejayaan sesebuah syarikat. Tanpa amalan pengambilan sumber manusia yang baik,
sudah pastinya sesebuah syarikat tidak dapat berfungsi dengan baik. Dalam hal ini, iklan
memainkan peranan yang amat penting untuk mengambil sumber manusia baharu bagi
setiap syarikat. Oleh hal yang demikian, setiap syarikat perlu merangka strategi yang
kreatif untuk menyediakan iklan yang dapat menarik minat orang ramai untuk bekerja di
syarikat sendiri supaya dapat bersaing dengan syarikat lain yang menawarkan kerja yang
sama.

19

You might also like