Pep. Percubaan SUEC 2020 - Bahasa Malaysia - Kertas 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SUEC TAHUN 2020

SEKOLAH MENENGAH KUEN CHENG


Bahagian Menengah Tinggi

BAHASA MALAYSIA
(SY02)

KERTAS 1 KARANGAN & PENTERJEMAHAN


________________________

Tarikh : 19 November 2020


Masa : 8.00 – 9.50 pagi
(1 jam 50 minit)
________________________

ARAHAN KEPADA CALON

1. Mata pelajaran ini mengandungi dua kertas:


Kertas 1 : Karangan dan Penterjemahan (100%)
Kertas 2 : Ujian Kemahiran Bahasa (100%)

2. Jawab Kertas 1 dalam masa 1 jam 50 minit sebagai peringkat pertama, kemudian
serahkan kertas jawapan anda apabila sampai masanya. Selepas berehat selama 15
minit, jawablah Kertas 2 dalam masa 1 jam 50 minit bagi peringkat kedua.

3. Tulis tajuk karangan atau nombor soalan yang telah anda pilih sebelum anda mula
mengarang.

4. Tulis jawapan anda dengan pen atau pen mata bulat yang berdakwat biru atau hitam.

5. Sebelum menjawab soalan, isikan angka giliran dalam ruangan yang disediakan.
Setelah selesai menjawab semua soalan, pastikan anda menulis nombor soalan yang
telah dijawab.

6. Kertas 1 ini mengandungi dua halaman bercetak.

Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Diberitahu

Nama Calon: ______________________ Angka Giliran: ____________________

1
BAHAGIAN A KARANGAN (80%)

Tulis sebuah karangan tentang salah satu daripada tajuk di bawah ini. Panjangnya hendaklah
melebihi 350 patah perkataan. Markah akan dipertimbangkan berdasarkan isi, penyampaian,
gaya bahasa, tatabahasa, ejaan dan pemerengganan.

1. Rakyat Malaysia digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa.


Berikan pendapat anda tentang kelebihan seseorang yang menguasai lebih daripada satu
bahasa.

2. Anda akan menyertai pertandingan perbahasan bersama-sama dengan beberapa orang


rakan sekelas anda yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda. Tajuk
pertandingan perbahasan itu ialah “Internet Banyak Membawa Kebaikan kepada
Masyarakat”.
Sediakan hujah-hujah anda selengkapnya sebagai pencadang.

3. Sebuah pasar raya baru dibuka di kawasan perumahan anda. Oleh sebab tertarik dengan
promosinya, anda dan kakak anda berhasrat untuk mengunjungi pasar raya tersebut.
Gambarkan suasana di sana ketika kunjungan anda itu.

4. Keadaan ekonomi negara yang tidak menentu menyebabkan kerajaan menggalakkan


masyarakat berjimat cermat.
Bincangkan langkah untuk melahirkan masyarakat yang berjimat cermat.

5. Masalah penyakit berjangkit Coronavirus (Covid-19) terus menular dan telah menjadi
isu nasional. Anda bercadang menulis surat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia
untuk mengutarakan cadangan anda bagi membendung penyakit tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

BAHAGIAN B PENTERJEMAHAN (20%)

Terjemahkan petikan bahasa Cina di bawah ini ke dalam bahasa Malaysia moden. Markah
akan diberikan berdasarkan ketepatan isi, gaya dan kelancaran bahasa.

去年,我到泰国时,让我真正感受到贫穷的问题。泰国给大部分人的印象
是普及岛很漂亮,我却发现这里雏妓及爱滋病问题非常严重。回到马来西亚后便
呼吁朋友关注这问题。我们当时的口号是,把每天到知名咖啡厅喝咖啡的钱省下
来,就可以帮助那些孩子了。

You might also like