Professional Documents
Culture Documents
07 Kata Majmuk
07 Kata Majmuk
1. MAKSUD:
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk
yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai
satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Dalam
bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata
majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok mengikut jenis di bawah.
b. Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran:
Contohnya:
Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda Setiausaha Politik
Penolong Pendaftar Ketua Menteri Naib Censelor Profesor Madya
Timbalan Ketua Pustakawan Ketua Setiausaha Negara
g. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan bentuk yang
telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
Contohnya:
anak emas-anak emas ayam tambatan-ayam tambatan
kaki bangku-kaki bangku buah hati-buah hati
buah tangan-buah tangan ibu bapa – ibu bapa
pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha
i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja (1
imbuhan), ejaannya tetap terpisah.
Contohnya:
campur aduk → bercampur aduk
litar selari → berlitar selari
ambil alih → mengambil alih
temu bual → ditemu bual
daya serap → daya serapan
senarai hitam -- disenarai hitam
baik pulih -- membaik pulih
ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan (2 imbuhan), ejaannya
menjadi bercantum.
Contohnya:
campur aduk → mencampuradukkan
daya serap → kedayaserapan
garis pusat → mengarispusatkan
satu padu → menyatupadukan
tunjuk ajar → menunjukajarkan
senarai hitam -- disenaraihitamkan
baik pilih -- membaikpulihkan