Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jawantankuasa Anugerah Pelajar Cemerlang

SMK Durin, P.O. Box 190


96007 Sibu
Sarawak

Ruj. Kita : SMKD/APC/2015/PP (01)


Tarikh : Oktober 2015
Pengurus
……………..
96000 Sibu
Sarawak

Melalui
…………………………
Pengetua SMK Durin

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN MAKANAN UNTUK ANUGERAH PELAJAR


CEMERLANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DURIN 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Anugerah Pelajar Cemerlang (APC)


SMK Durin 2015 ingin memohon sumbangan makanan bagi majlis Anugerah Pelajar
Cemerlang SMK Durin 2015. Maklumat majlis adalah seperti berikut:

Hari : Khamis
Tarikh : 29 Oktober 2015
Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Dewan Adiwarna, SMK Durin

3. Untuk makluman pihak tuan, sumbangan makanan ini diperlukan untuk sajian
tetamu kehormat, guru dan ibu bapa.

4. Kami amat berharap agar permohonan ini mendapat sokongan dan perhatian
daripada pihak tuan. Bersama-sama ini kami lampirkan bersama Lampiran A untuk rujukan
tuan. Sebarang pertanyaan atau masalah sila berhubung terus melalui ………………………..
di talian ……………………. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami
dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………….
(………………………………………)
Penyelaras Program
Anugerah Kecermelangan Pelajar 2015
SMK Durin, Sibu

s/k Fail APC 2015

You might also like