Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

FAKTOR-FAKTOR TERCETUS

DAHAGI INDIA 1857


ISI

1. Campur tangan British dalam adat


resam masyarakat tempatan
2. Pengenalan pendidikan barat
3. Perasaan dendam sepoi-sepoi India
4. Akta pengambilan khidmat awam
5. Isu senapang Riffle Royal Enfield
PENDAHULUAN

• Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi yang


menentang pemerintahan British di India. Orang India menganggap Dahagi sebagai
perjuangan membebaskan negara daripada cengkaman British. Selain sepoi, golongan nawab
dan pembesar uang kehilangan gelaran, kuasa dan tanah turut menyertai pemberontakan
tersebut. (definisi)
• Berikut merupakan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Dahagi India pada tahun
1857. (ayat arah)
C AMPUR TANGAN BRITISH DALAM ADAT
RESAM MASYARAKAT TEMPATAN

• Antara faktor yang mencetuskan Dahagi India adalan campur tangan British dalam adat
resam masyarakat tempatan.
• Campur tangan British jelas ternyata apabila British memperkenalkan undang-undang
melibatkan adat dan kepercayaan masyarakat India. Contohnya, British bertindak
mengharamkan amalan Suttee dan Thugee serta amalan membunuh bayi perempuan.
Pengenalan Akta Kahwin Semula iaitu membenarkan perkahwinan semula balu-balu dalam
masyarakat Hindu mendapat penentangan daripada masyarakat tempatan. Tindakan British
tersebut dianggap sebagai penghinaan amalan tradisi masyarakat di India.
• Jelaslah bahawa tindakan British campur tangan dalam adat resam masyarakat tempatan
membawa kepada tercetusnya Dahagi India. (ayat penegasan)
PENGENALAN PENDIDIKAN B ARAT

• Faktor kedua yang menyebabkan berlakunya Dahagi India adalah pengenalan


pendidikan barat.
• Tindakan British memperkenalkan sistem pendidikan barat menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan masyarakat tempatan. Perubahan ini tidak disenangi penduduk
tempatan kerana jawatan-jawatan penting hanya diberikan kepada penduduk tempatan yang
berpendidikan Inggeris. Masyarakat tempatan menganggap tindakan British sebagai
percubaan untuk menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat.
• Tegasnya, pengenalan pendidikan barat merupakan salah satu faktor yang mencetuskan
Dahagi India. (ayat penegasan)
PERASAAN DENDAM SEPOI-SEPOI INDIA

• Faktor ketiga yang menyebabkan tercetus Dahagi India adalah perasaan dendam sepoi-
sepoi India.
• Tindakan British yang menghantar sepoi-sepoi India berkhidmat di luar negara
menimbulkan kemarahan sepoi-sepoi yang berkasta tinggi. Hal ini disebabkan sepoi-sepoi
india yang berkasta tinggi percaya bahawa kesucian kasta mereka akan hilang apabila
menyeberangi lautan. Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi India yang diarahkan
berkhidmat di Burma enggan mematuhi arahan tersebut.
• Konklusinya, perasaan dendam sepoi-sepoi India terhadap British juga mendorong
kepada berlakunya Dahagi India. (ayat penegasan)
AKTA PENGAMBILAN KHIDMAT AWAM

• Faktor keempat yang mencetuskan Dahagi India adalah Akta Pengambilan Khidmat Awam.
• Akta ini diperkenalkan oleh Lord Canning mendapat bantahan daripada sepoi-sepoi India.
Mengikut akta ini, sepoi-sepoi India yang berkhidmat di luar negara tidak diberikan elaun
tambahan. Dalam pada itu, amalan diskriminasi dalam pemberian gaji dan kenaikan pangkat
dalam tentera menimbulkan penentangan daripasa sepoi-sepoi India.
• Rumusannya, pengenalan Akta Pengambilan Khidmat Awam melahirkan perasaan tidak puas
hati dalam kalangan sepoi-sepoi India terhadap pemerintahan British dan
mencetuskan Dahagi India. (ayat penegasan)
ISU SENAPANG RIFFLE ROYAL ENFIELD

• Faktor kelima yang mencetuskan Dahagi India adalan isu senapang Riffle Royal Enfield.
• Kebanyakan sepoi-sepoi di India menganuti agama Islam atau agama Hindu. Oleh itu, sepoi-
sepoi India marah apabila mendapat tahu minyak untuk membersihkan senapang tersebut
mengandungi lemak babi dan lembu. Hal ini disebabkan sepoi-sepoi yang
menggunakan senapang tersebut perlu menggigit hujung peluru yang disapu dengan lemak
babi dan lembu. Mereka menganggap British sengaja melakukan hal-hal ini untuk menghina
penganut kedua-dua agama tersebut.
• Tegasnya, isu senapang Riffle Royal Enfield merupakan faktor serta-merta yang membawa
kepada peristiwa Dahagi India. (ayat penegasan)
PENUTUP

• Secara kesimpulan, Dahagi India telah dilancarkan pada tahun 1857 atas faktor-faktor yang
telah dinyatakan. Selepas menumbaskan Dahagi, British melakukan rombakan dalam sistem
pentadbiran di India. British membubarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) dan
meletakkan pentadbiran di bawah Mahkota British.

You might also like