Teks Majlis Penutupan Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda 2016

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

TEKS MAJLIS PENUTUPAN

JAMBORI LENCANA JAYA PENGAKAP MUDA


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI JOHOR 2016.

Peringatan sebelum majlis


Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan
serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan


supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod
senyap. Hadirin juga diingatkan untuk berdiri ketika ketibaan tetamu
tetamu kehormat dan ketika nyanyian lagu serta bacaan persetiaan.

Ketibaan Perasmi
Mengumumkan ketibaan

Yang Berhormat,
Hajah Hamimah Binti Manson,
ADUN Penawar, wakil rasmi Ahli Parlimen Pengerang

Dan dif-dif jemputan

DRAF 1 Emir Nashriq Bin Kassim


Alu-aluan pengerusi

 Yang Berhormat,
Hajah Hamimah Binti Manson,
ADUN Penawar, wakil rasmi Ahli Parlimen Pengerang

 Yang Berbahagia,
Tn. Haji Yaacob Bin Abdul Karim,
Ketua Pesuruhjaya Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri
Johor.

 Yang dihormati,
Tn Mohd Asik Bin Saim
Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri, unit pengakap muda.

 Pegawai-Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah,


 Pengetua-Pengetua,
 Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah Dan Penolong-Penolong
Pesuruhjaya Daerah,
 Pemimpin-pemimpin pengakap
 Peserta Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda 2018,
 Tuan-Tuan, Puan-Puan,
 Serta Sidang Hadirin Hadirat Yang Dihormati Sekalian.

Asalamualaikum wkt…..
Salam Muafakat Johor, Salam Sehati Sejiwa Persekutuan Pengakap
Malaysia Negeri Johor dan SALAM PENGAKAP.

DRAF 1 Emir Nashriq Bin Kassim


Selamat datang ke Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda Persekutuan
Pengakap Malaysia Negeri Johor 2018.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke


hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya maka dapat kita
bersama-sama meluangkan masa, berhimpun pada pagi ini. Ucapan
selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada
Yang Berhormat, Hajah Hamimah Binti Manson, ADUN Penawar, wakil
rasmi Ahli Parlimen Pengerang, kerana sudi menghadirkan diri ke majlis
kami ini. Semoga segala usaha kita yang murni ini diberkati Allah swt.
Insya Allah.

Untuk pengetahuan hadirin sekali, pembaharuan persetiaan pengakap


sebentar tadi telah diketuai oleh Muhd Farid Bin Hamzah.
Persembahan sambutan yell selamat datang sebentar tadi merupakan
daripada ahli-ahli pengakap muda Persekutuan Pengakap Malaysia
Negeri Johor. Sekali lagi, berikan tepukan gemuruh kepada mereka.

DRAF 1 Emir Nashriq Bin Kassim


Bacaan doa
Hadirin yang dimuliakan,

Untuk memberkati majlis kita ini, pihak majlis mempersilakan Saifudin


Bin Mohd Salleh untuk memimpin bacaan doa.

………………………………………………………………………………………………………………………………..
Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Saifudin Bin Mohd
Salleh di atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita ini beroleh
rahmat dan direstui oleh Allah swt.

Ucapan alu-aluan
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan

Pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tuan Mohd Izranuddin


Bin Jelani, Pengarah Program Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda
Negeri Johor 2018 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan, Tuan.

………………………………………………………ucapan……………………………………..

DRAF 1 Emir Nashriq Bin Kassim


Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alu-aluan yang
telah disampaikan oleh Tuan Mohd Izranuddin Bin Jelani, Pengarah
Program Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda Negeri Johor 2018.

Ucapan SC

Hadirin yang dihormati sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan


ucapan daripada Tn. Hj. Yaacob Bin Abdul Karim, Ketua Pesuruhjaya
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala takzimnya menjemput dan mempersilakan
tuan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Yaacob Bin Abdul Karim,
Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.
Semoga dengan kata-kata itu dapat meningkatkan lagi semangat
berpengakap dalam diri kita yang senantiasa membara.

DRAF 1 Emir Nashriq Bin Kassim


Ucaptama
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan barang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat,


Hajah Hamimah Binti Manson, ADUN Penawar, wakil rasmi Ahli
Parlimen Pengerang untuk menyampaikan ucapan sekaligus menutup
rasmi Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda Negeri Johor 2018.
Dengan segala hormatnya dipersilakan , Tuan.

………………………………………………………ucapan……………………………………..

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Yang


Berhormat, Hajah Hamimah Binti Manson, ADUN Penawar, wakil rasmi
Ahli Parlimen Pengerang menyampaikan ucapan yang sangat bersemangat
itu tadi.

Penyampaian hadiah

Hadirin sekalian. Sampai kita ke acara yang ditunggu iaitu acara


penyampaian hadiah. Untuk menghangatkan lagi debaran pada hari ini,
majlis sekali lagi mempersilakan Tuan Mohd Izranuddin Bin Jelani,
Pengarah Program Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda Negeri Johor
2018 untuk mengumumkan senarai pemenang. Dipersilakan tuan.

-----------------------------Bagi hadiah-------------------------------------

DRAF 1 Emir Nashriq Bin Kassim


Penyampaian cenderamata perasmi

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengarah program atas


pengumuman sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat, Hajah
Hamimah Binti Manson, ADUN Penawar, majlis menjemput Tn Hj.
Yaacob Bin Abdul Karim bagi menyampaikan cederamata.

……………………………………………..sampai cenderamata………………………………

Terima kasih Tn Hj. Yaacob Bin Abdul Karim yang sudi menyampaikan
cenderamata.

DRAF 1 Emir Nashriq Bin Kassim


Penutup
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Majlis kita diteruskan lagi
dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Semua hadirin dan hadirat
dipersilakan berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi

Sekian sahaja dari semua warga kerja Jambori Lencana Jaya Pengakap
muda Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor tahun 2018. Yang
baik jadikan teladan, maka sebar-sebarkanlah ceritanya. Yang tidak
baik jadikanlah sempadan dan tinggalkanlah ianya sebagai kenangan yang
perlu ditanam sedalam-dalamnya.

Sekali lagi, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang untuk
semua kategori bagi Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda Negeri
Johor 2018. Anda semua bukti keunggulan Pengakap Negeri Johor.

Semoga kita semua berjumpa lagi. Salam Muafakat Johor, salam Sehati
Sejiwa dan SALAM PENGAKAP.

Sekian, wabillahhitaufikwalhidayah,
Assalammualaikum, salam sejahtera, dan jumpa lagi. SALAM PENGAKAP

DRAF 1 Emir Nashriq Bin Kassim


Majlis mengumumkan perarakan keluar Yang Berhormat, Hajah
Hamimah Binti Manson, ADUN Penawar, wakil rasmi Ahli Parlimen
Pengerang dan tetamu kehormat.

DRAF 1 Emir Nashriq Bin Kassim

You might also like