Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Bincangkan cara-cara anda menyediakan makanan seimbang kepada

kanak-kanak prasekolah.

Pemakanan adalah komponen penting untuk memastikan pertumbuhan dan


perkembangan yang optimum bagi kanak-kanak. Amalan pemakanan yang
sihat yang diterapkan sejak usia muda akan mempengaruhi corak dan status
pemakanan kanak-kanak apabila dewasa kelak.
Kanak-kanak yang dihantar ke tabika/ prasekolah menghabiskan
sebahagian masa mereka di sini. Oleh itu, tabika/ prasekolah merupakan
institusi penting dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan optimum
kanak-kanak. Selain itu, amalan makan secara sihat yang dipupuk di tabika/
prasekolah sejak kecil dapat membantu kanak-kanak mengamalkannya
sehingga ke peringkat dewasa. Guru dan pengendali makanan tabika/
prasekolah turut memainkan peranan yang penting dalam memastikan
kanak-kanak yang berada di tabika/ prasekolah memperoleh makanan yang
berkhasiat dan memenuhi keperluan mereka.
Perancangan dan penyediaan menu sihat sehari mengikut peringkat umur
kanak-kanak di Pusat Pendidikan Awal kanak-kanak. Perancangan dan
penyediaan menu perlu merangkumi aspek-aspek berikut :

 Keperluan nutrisi

 Perancangan diet dan penyediaan menu (pagi, kudapan dan tengah hari)
mengikut umur

 Kebersihan dan keselamatan

 SOP dalam penyediaan pemakanan sihat kanak-kanak

 Aplikasi panduan penyediaan makanan oleh Jabatan Kebajikan


Masyarakat
Peruntukan yang diberikan bagi pemberian makanan seimbang bagi
kanak-kanak prasekolah adalah sebanyak RM 1.50 seorang bagi setiap
hari persekolahan. Sehubungan itu, jumlah peruntukan berkenaan hendaklah
digunakan oleh guru dan penolong guru bagi pembelian makanan harian
utama di samping pembelian makanan berkhasiat tambahan yang diperlukan
bagi pertumbuhan serta perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.
Aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan
pengendalian pemberian makanan adalah seperti berikut :
 Pilih makanan yang rendah lemak dan kurang manis.
 Elakkan pengambilan kolesterol secara berlebihan dengan cara memberi
kanak-kanak telur tidak lebih satu biji satu hari secara purata dan
memasak makanan laut tidak lebih dua kali dalam seminggu;
 Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana makanan ini
kurang mengandungi lemak, mempunyai serat dan membekalkan vitamin
dan zat-zat yang sangat penting untuk kesihatan dan mencegah penyakit
kanser ataupun penyakit kronik;
 Kanak-kanak perlu digalakkan supaya tidak gemar kepada makanan yang
masin.
 Cara mengurangkan penggunaan garam ialah :
i) Gunakan sedikit sahaja garam di dalam masakan; dan
ii) Elakkan pengunaan MSG (Monosodium Glutamate).
 Minum banyak air kosong.

CARA PENYEDIAAN MAKANAN DAN AGIHANNYA


Semasa hendak menyediakan makanan pastikan :
1. Tangan dibasuh terlebih dahulu;

2. Gunakan apron semasa memasak dan menyediakan makanan;

3. Peralatan yang digunakan berada dalam keadaan bersih;

4. Sayuran dan buahbuahan hendaklah dibasuh sebelum dipotong;


5. Selepas memasak, tempatkan makanan di tempat yang bersih dan tertutup;

6. Bersihkan ruang memasak;

7. Sisa makanan hendaklah dibuang dengan cara yang bersih dan selamat;

8. Semasa memasak, pastikan anda berada dalam keadaan bersih.

CARA MENYEDIAKAN MAKANAN BAGI MENGEKALKAN KHASIATNYA :

1) Jangan potong terlalu kecil;

2) Mesti dipotong sejurus sebelum dimasak;

3) Ayam dan daging dipotong sederhana besar;

4) Makanan yang hendak disimpan di peti sejuk hendaklah diasingkan


mengikut rasanya;

5) Tutup periuk atau kuali semasa memasak;

6) Gunakan air yang sedikit ketika merebus makanan.

PENJAGAAN KEBERSIHAN DAN SUASANA SEMASA MAKAN :

1. Pastikan kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan selepas makan;

2. Peralatan yang digunakan hendaklah bersih;

3. Pastikan kanak-kanak tidak berkongsi peralatan dan makanan;

4. Ruang makanan hendaklah kemas dan bersih;

5. Galakkan kanak-kanak membantu semasa menyedia dan menghidangkan


makanan sebelum dan selepas makan;

6. Semasa makan, Guru hendaklah sentiasa bersama kanak-kanak;

7. Berbual dengan kanak-kanak tentang jenis dan khasiat makanan yang


dimakannya;

8. Selepas makan, galakkan kanak-kanak menggosok gigi.


PANDUAN PEMILIHAN MAKANAN SEIMBANG
1. Makanan berkhasiat yang dipilih perlu berasaskan pemilihan makanan
pelbagai berasaskan piramid makanan iaitu daripada 5 kumpulan utama
makanan :
 Bijirin;
 Sayur-sayuran dan buah-buahan;
 Daging;
 Susu atau hasil tenusu; dan
 Lemak dan gula.
2. Nutrien adalah penting bagi proses dalam badan seperti berikut :
 Metabolisme tenaga;
 Petumbuhan Otot;
 Pembentukan Darah;
 Pembentukan Tulang;
 Perkembangan Otak.

Bayi dan kanak-kanak akan melalui beberapa peringkat perkembangan


ketika membesar. Peringkat ini melibatkan perubahan fizikal, mental dan
sosial. Amalan pemakanan sihat dapat menjamin tahap kesihatan yang optima,
di samping membantu mencegah masalah pemakanan seperti berlebihan dan
kekurangan berat badan. Ianya juga dapat mengurangkan risiko
penyakit-penyakit kronik berkaitan dengan pemakanan seperti penyakit
jantung, darah tinggi, kencing manis dan beberapa jenis kanser.
Penyediaan makanan yang berkhasiat adalah penting bagi membantu
pertumbuhan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak kecil. Makanan
berkhasiat yang terdiri daripada lima kumpulan makanan berasaskan Piramid
Makanan Malaysia serta tesktur makanan yang bersesuaian mengikut
kumpulan umur akan dapat memastikan bayi dan kanak-kanak kecil mencapai
keperluan nutrien harian mereka.

You might also like