Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PK07-PENGURUSAN MESYUARAT

PK07/3
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TONGKANG
MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH (KURIKULUM)
BIL 3/2019
BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2019

TARIKH : 27 JUN 2019


MASA : 12.40 TENGAH HARI
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
PENGERUSI : PN ZURINA BINTI SALAM
KEHADIRAN : 18/18 ORANG

Bacaan doa oleh Ustaz Salleh bin Maruan

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat
hadir bermesyuarat kurikulum bilangan 3 sesi persekolahan 2019. Mohon
sumbangan idea untuk menjayakan mesyuarat pada kali ini.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa kita adalah kumpulan yang bertindak


menggerakkan kemajuan sekolah.

1.3 Mesyuarat pada kali akan membincangkan beberapa perkara yang


berkaitan dengan peperiksaan pertengahan tahun 2019 dan peperiksaan
percubaan UPSR.

Makluman : Semua guru

1
PK07-PENGURUSAN MESYUARAT

2.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada

3.0 ISU KURIKULUM

3.1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR


3.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Peperiksaan Percubaan (Simulasi 1)
akan diadakan pada 7 hingga 10 Julai 2019.
3.1.2 Guru-guru Tahun 6 diingatkan untuk membuat persiapan supaya murid-
murid dapat menjawab dengan baik sekaligus dapat meningkatkan
prestasi berbanding keputusan yang lepas.
3.1.3 Setiausaha Jadual waktu akan menyediakan Jadual Gerak Gempur
Tahun 6
3.1.4 Persediaan perancangan untuk Tahun 6:

 Latih tubi secara berperingkat


 Kelas tambahan terancang (murid-murid akan dipecahkan kepada
kumpulan kecil mengikut tahap dan penglibatan guru-guru subjek
teras lain juga akan diadakan selepas sesi waktu persekolahan)
 Bengkel-bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan (jemputan
kepada guru-guru pakar)
 Jalinan Ibu Bapa (Program Tautan Kasih)
 Program Solat Hajat Perdana
 Program motivasi

(Tindakan: semua guru Tahun 6 dan guru subjek teras)

3.2 GERAK GEMPUR (SIMULASI 2)


3.2.1 Selepas Peperiksaan Percubaan, akan diadakan Simulasi 2 yang
bertarikh 3 hingga 6 September 2019.
3.2.2 Setiausaha peperiksaan akan menyediakan Jadual dan soalan disediakan
oleh guru-guru Tahun 6.

3.3 HARI BERTEMU PELANGGAN


3.3.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mengadakan Hari Bertemu
Pelanggan bagi tahun 2019 pada 03 Julai 2019. Markah peperiksaan
telah siap diisi dalam SAPS dan akan dicetak untuk edaran kepada
semua ibubapa/penjaga murid.

2
PK07-PENGURUSAN MESYUARAT

3.3.2 Pengerusi mohon pada semua guru supaya dapat menyantuni


ibubapa/penjaga dengan cara yang berhemah dan dapat maklumbalas
yang positif daripada ibubapa/penjaga.

3.4 PENGURUSAN PANITIA


3.4.1 Pengerusi mengingatkan semua KP supaya dapat mengemaskini fail
masing-masing sekurang-kurangnya telah disediakan dua mint mesyuarat
di dalam fail masing-masing.
3.4.2 Panitia juga disarankan untuk merancang dan menjalankan PLC bagi
semua guru

Makluman : Semua Ketua Panitia

4 HAL-HAL
4.1 Pengerusi mencadangkan supaya murid yang menunjukkan peningkatan
prestasi di berikan ganjaran supaya dapat memotivasikan diri dan rakan
yang lain.

PENUTUP
a. Pengerusi mengharapkan semua guru dapat menerima tugasan yang diberi
dengan ikhlas dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan
baik. Semoga Allah memberi ganjaran yang baik kepada guru-guru.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………….................... ………………….................. …………………..................


(NOR AZIAH BINTI MUHAMED) (ZURINA BINTI SALAM) (ISMADI BIN SABAR)
Setiausaha Guru Penolong Kanan 1 Guru Besar
SK Sungai Tongkang SK Sungai Tongkang SK Sungai Tongkang

You might also like