Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK PENGALAT PAPAR

PROGRAM PECUTAN AKHIR


SPM FIZIK

RACHEL JOLEN DE GUZMAN

TAHUN 2020
PROGRAM PECUTAN AKHIR FIZIK SPM 2020

1.0 PENDAHULUAN

Program Pecutan Akhir SPM Fizik merupakan salah satu program bagi memberi
pendedahan kepada murid untuk dengan keperluan soalan peperiksaan yang sebenar dalam
matapelajaran Fizik. Program ini turut dirancang untuk memantapkan lagi persediaan akhir
murid bagi menghadapi SPM. Melalui program ini diharapkan dapat membantu murid 5 UM
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam sesi 2020.

2.0 RASIONAL

Program Intervensi Murid SPM 2020 satu program yang dilaksanakan untuk
meningkatkan pencapaian akademik murid-murid SMK PENGALAT. Program ini akan
memastikan peningkatan pencapaian murid-murid dalam matapelajaran Fizik melalui
penyediaan bahan bantuan pembelajaran.

3.0 OBJEKTIF

Objektif Program Pecutan Akhir Fizik ini adalah untuk:

3.1 Meningkatkan kualiti dan pencapaian akademik 5 UM dalam subjek Fizik melalui
penggunaan sumber-sumber pembelajaran yang berkesan

3.2 Memastikan peratus lulus Sains Tulen SPM 100% atau sekurang kurangnya
mengurangkan bilangan murid mendapat gred D,E dan G.

3.3 Memberikan keyakinan dan motivasi murid menjawab soalan Fizik SPM

3.4 Membantu murid berhadapan dengan peperiksaan dengan tabah dan membolehkan
mereka menjulang keputusan yang lebih cemerlang

4.0 JAWATANKUASA PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SAINS TULEN 2020.

Pengerusi : Pn. Zarida Hj Mohd Junaidi (Pengetua SMK Pengalat)

Naib Pengerusi 1 : En. Razali bin Mathali (Penolong Kanan Pentadbiran)

Pengurus Program : Pn. Rachel Jolen de Guzman (Ketua Panitia Sains Tulen & Guru
Fizik Tingkatan 5)

5.0 MASA & TARIKH PROGRAM

Tarikh : 10 dan 12 Febuari 2021

Masa: 10.00 – 12.00 p.m

Medium : Google Meet (Lokasi masing-masing)

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tingkatan 5 UM SMK Pengalat

7.0 PENUTUP

Diharapkan dengan pelaksanaan program ini, pencapaian semua murid-murid akan dapat
ditingkatkan. Sekaligus, meningkatkan prestasi sekolah di tahap yang membanggakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

RACHEL JOLEN DE GUZMAN Mariani Binti Mansor


Guru Fizik T5 Ketua Bidang Sains dan
Ketua Panitia Sains Tulen Matematik
SMK Pengalat Papar SMK Pengalat Papar

Disahkan oleh:

ZARIDA BT. HJ. MOHD. JUNAIDI


Pengetua

SMK Pengalat Papar

You might also like