Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

SULIT

NAMA CALON

NO. KAD
PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

SMK __________________________

GERAK GEMPUR SPM 2019


PRINSIP PERAKAUNAN 3756/1
Kertas 1
Ogos
1 ¼ jam Satu Jam Lima Belas Minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C, dan D Bagi
tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.

4. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak

1 Rajah di bawah berkaitan sub bidang perakaunan


1
3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT

Sub bidang Perakaunan

Perakaunan
Pencukaian Pengauditan X
kewangan

Apakah X ?

A Perakaunan
B Simpan kira
C Perakaunan pengurusan
D Sistem maklumat pengurusan

2 Manakah yang berikut merupakan Penyata Kewangan perniagaan?

I Buku Tunai
II Buku Catatan Pertama
III Penyata Kedudukan Kewangan
IV Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 Maklumat berikut merujuk kepada Perniagaan Bakeri Ina

 Memulakan perniagaan menjual barang kuih-muih pada 1 Julai 2019


 Tempoh perakaunan berakhir setiap enam bulan

Manakah benar tentang tempoh perakaunan perniagaan Ina?

A 1 Julai 2019 hingga 1 Jun 2020


B 1 Julai 2019 hingga 31 Januari 2020
C 1 Julai 2019 hingga 1 Disember 2019
D 1 Julai 2019 hingga 31 Disember 2019

4 Apakah pengkelasan akaun bagi gadai janji?

2
3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT

A Aset
B Hasil
C Liabiliti
D Belanja

5 Berikut merupakan kesan satu urus niaga terhadap persamaan perakaunan yang
diperoleh daripada Gading Homestay.

Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik


Berkurang Berkurang Tiada Kesan

Pernyataan manakah yang menunjukkan kesan urus niaga di atas?

A Menerima sewa belum terima RM1 000 daripada penyewa


B Menjelaskan sewa belum bayar RM1 000 dengan tunai
C Menerima sewa RM1 000 daripada penyewa
D Menjelaskan sewa RM1 000 dengan tunai

6 Puteri Trading menggunakan sistem kod yang berikut untuk membina carta akaun
dalam perakaunan berkomputer

Kod Item Jenis akaun


1000-1999 Aset
2000-2999 Liabiliti
3000-3999 Hasil
4000-4999 Belanja

Nombor kod yang betul bagi Akaun Alat Tulis ialah

A 1002
B 2020
C 3003
D 4010

7 Aliran dokumen berikut berlaku dalam urus niaga tunai.

Pesanan Belian Tunai A

Apakah A?

A Bil Tunai
B Nota Kredit
C Keratan Cek
D Makluman Debit
8 Maklumat berikut diambil dari buku Perniagaan Anuar.

Pada 6 Julai 2019, peniaga membeli barang niaga dengan harga senarai RM8 000.
3
3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT

Syarat dan diskaun niaga dan diskaun tunai adalah seperti berikut:

Diskaun Niaga 20%


Diskaun Tunai 10% 10 hari; 5 @ 15 hari

Berapakah jumlah yang perlu dibayar jika hutang dijelaskan pada 14 Julai 2019?

A RM4 800
B RM5 760
C RM6 400
D RM6 080

9 Urus niaga manakah yang direkodkan dalam Jurnal Am?

I Ambilan barang niaga


II Ambilan tunai untuk derma
III Belian barang niaga secara kredit
IV Jualan aset bukan semasa secara kredit

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Urus niaga manakah direkodkan dalam Jurnal Pulangan Belian?

A Memulangkan alatan pejabat yang baharu dibeli kerana rosak


B Perabot kedai dipulangkan kerana tidak menepati spesifikasi
C Barang niaga dipulangkan oleh pelanggan kerana rosak
D Memulangkan barang niaga kerana salah jenama

11 Perniagaan Bestari memberikan maklumat seperti berikut:

2019 RM
Jan 15 Membeli barang niaga daripada Zaza secara kredit 9 500
31 Menjelaskan hutang kepada Zaza dengan cek 9 250
Menerima diskaun 250

Bagaimanakah urus niaga pada 31 Januari 2019 dicatat dalam Buku Tunai?

4
3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT

A Buku Tunai
Tarik Butir Disk Tunai Bank Tarikh Butir Disk Tunai Bank
h
2019 RM RM RM RM RM RM
Jan 31 Zaza 250 9 250

B Buku Tunai
Tarik Butir Disk Tunai Bank Tarikh Butir Disk Tunai Bank
h
2019 RM RM RM RM RM RM
Jan 31 Zaza 250 9 000

C Buku Tunai
Tarik Butir Disk Tunai Bank Tarikh Butir Disk Tunai Bank
h
RM RM RM 2019 RM RM RM
Jan 31 Zaza 250 9 250

D Buku Tunai
Tarik Butir Disk Tunai Bank Tarikh Butir Disk Tunai Bank
h
RM RM RM 2019 RM RM RM
Jan 31 Zaza 250 9 000

12 Pernyataan manakah benar tentang lejar?

A Merekodkan semua pendapatan dan perbelanjaan dalam tempoh perakaunan


B Mengandungi pelbagai jenis akaun yang akan digunakan untuk merekodkan
urus niaga
C Menyenaraikan kos jualan dan kos belian untuk mengira keuntungan
perniagaan
D Merekodkan hasil kendalian dan belanja kendalian untuk mengira keuntungan
perniagaan

13 Kedai Rina telah menjual inventori bernilai RM1 600 secara kredit kepada Encik
Razali.

Apakah akaun yang didebitkan dalam urus niaga tersebut?

A Akaun Jualan
B Akaun Belian
C Encik Razali
D Kedai Rina

5
3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT

14 Maklumat yang berikut diperoleh daripada Buku Perniagaan Ishak.

2019 RM
Jan 1 Baki debit Lejar Jualan 2 200
Dis 31 Pulangan Jualan 1 050
Bayaran oleh pelanggan 9 360
Hutang Lapuk 360
Faedah 840
Diskaun Diberi 690
Cek Tak Layan 1 830
Baki debit Lejar Jualan 3 270

Berapakah jualan kredit Perniagaan Ishak?

A RM 3 320
B RM 7 260
C RM 9 860
D RM 11 540

15 Petikan Imbangan Duga di bawah ini berkaitan dengan Perniagaan Farhan.

Imbangan Duga pada 30 Jun 2019


Debit (RM) Kredit (RM)
Komisen 450
Pulangan 780
Diskaun 525
Sewa 1 200

Maklumat yang manakah tepat tentang Imbangan Duga di atas?

I Komisen diterima RM450 Diskaun diberi RM525


II Pulangan masuk RM780 Sewa diterima RM1 200
III Pulangan keluar RM780 Sewa dibayar RM1 200
IV Komisen dibayar RM450 Diskaun diterima RM525

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6
3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT

16 Antara berikut, butiran manakah yang direkodkan dalam Penyata Kedudukan


Kewangan?

I Bank
II Insurans
III Angkutan Masuk
IV Akaun Belum Terima

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17 Pernyataan manakah yang menunjukkan fungsi Imbangan Duga?

A Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan


B Mengira untung kasar dan untung bersih
C Menyemak ketepatan catatan bergu
D Menghitung jumlah modal

18 Akaun manakah yang ditutup dengan memindahkan jumlahnya ke Akaun Untung


Rugi?

I Akaun Belian
II Akaun Promosi
III Akaun Faedah Simpanan
IV Akaun Insurans Atas Belian

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

19 Antara yang berikut, padanan manakah yang betul untuk merekod hutang lapuk
terpulih?

Debit Kredit
A Bank Hutang Lapuk Terpulih
B Hutang Lapuk Terpulih Akaun Belum Terima
C Bank Akaun Belum Terima
D Akaun Belum Terima Hutang Lapuk Terpulih

7
3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT

20 Pada 1 Januari 2015, Hashim Berhad telah membeli sebuah mesin pencetak bernilai
RM 3 500. Nilai buku mesin pencetak tersebut pada 31 Disember 2018 ialah
RM 2 100. Mesin pencetak tersebut disusut nilai menggunakan kaedah garis lurus.
Hitung susut nilai bagi tahun 2018?

A RM 350
B RM 525
C RM 875
D RM 1 400

21 Maklumat yang berikut dipetik daripada buku Kedai Saujana pada 31 Disember
2018.

Akaun Mesin
2018 RM
Jan 1 Baki b/b 60 000

Akaun Susut Nilai Terkumpul Mesin


2018 RM
Jan 1 Baki b/b 12 200

Mesin disusut nilaikan pada kadar 10% mengikut garis lurus. Pada 31 Disember
2018, mesin tersebut dijual pada harga RM 32 800 secara tunai.

Berapakah untung atau rugi pelupusan mesin tersebut ?

A Rugi pelupusan RM 3 000


B Rugi pelupusan RM 9 000
C Untung pelupusan RM 3 000
D Untung pelupusan RM 9 000

22 Belanja membaiki kenderaan sebanyak RM 2 000 telah dicatat ke dalam Akaun


Kenderaan. Apakah jenis kesilapan ini?

A Kesilapan terbalik
B Kesilapan prinsip
C Kesilapan komisen
D Kesilapan keseimbangan

23 Bagi tahun berakhir 31 Mei 2019, Perniagaan Yusri memperoleh untung bersih
berjumlah RM 17 800. Selepas pengiraan untung bersih , kerani akaun perniagaan
tersebut telah menemui kesilapan-kesilapan yang berikut:

i. Belian kipas angin bernilai RM325 tersilap catat dalam Akaun


Belian
ii. Jualan terlebih catat RM600
8
3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT

Berapakah untung bersih yang baharu selepas pembetulan kesilapan tersebut


dilakukan ?

A RM 16 875
B RM 17 525
C RM 18 075
D RM 18 725

24 Maklumat berikut diambil daripada Perniagaan Mariam dan Perniagaan Aminah yang
terlibat dalam penjualan kosmetik

Kadar Pusing Ganti Perniagaan Mariam Perniagaan Aminah


Inventori 7 kali 4 kali

Antara berikut, manakah benar tentang pengurusan inventori kedua-dua perniagaan


tersebut?

A Jualan inventori Perniagaan Mariam kurang laris berbanding Perniagaan


Aminah
B Pengurusan inventori Perniagaan Aminah lebih efisien berbanding Perniagaan
Mariam
C Perniagaan Aminah menanggung kos penyimpanan inventori lebih tinggi
daripada Perniagaan Mariam
D Perniagaan Mariam mengganti inventori setiap 7 bulan sekali manakala
Perniagaan Aminah mengganti inventori setiap 4 bulan sekali

25 Berikut adalah petikan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi Perniagaan Berjaya
bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

RM
Jualan 180 000
Tolak : Kos Jualan X
Untung Kasar Y

Apakah nilai Y bagi tahun 2018 jika margin untung kasar ialah 20%?

A RM 30 000
B RM 36 000
C RM 144 000
D RM 150 000

26 Cik Sumayyah, seorang peniaga mempunyai rekod perniagaan yang tidak lengkap.
Beliau membuat analisis berkaitan dengan perabot perniagaannya seperti yang
berikut.

RM
Baki perabot pada 1 Julai 2018 9 22 400
Tambah : Belian perabot baru 3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
12 800
35 200 SULIT
Tolak : Baki perabot pada 30 Jun 2019 (32 444)
S 2 756
SULIT

Apakah S?

A Susut nilai perabot


B Rugi pelupusan perabot
C Untung pelupusan perabot
D Baki perabot pada 1 Januari 20X9

27 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kedai Runcit Sentosa, sebuah perniagaan
yang tidak mengamalkan Sistem Catatan Bergu.

1 Jun 2019
RM
Inventori 11 800
Perabot 3 800
Bank 4 200
Akaun Belum Bayar 7 110
Akaun Belum Terima 1 100
Sewa Belum Terperoleh 600

Berapakah modal awal kedai tersebut?

A RM 9 790
B RM 13 190
C RM 13 410
D RM 14 390

28. Maklumat yang berikut diperoleh daripada Perniagaan Rizal yang mengamalkan
Sistem Catatan Tunggal. Tempoh perakaunan berakhir pada 31 Julai setiap tahun.

1 Ogos 2018 31 Julai 2019


RM RM
Kadar bayaran belum bayar 10 800 28 800

Pada 31 Julai 2019, kadar bayaran berjumlah RM 56 400 dibayar dengan cek.
Berapakah jumlah kadar bayaran bagi tahun kewangan tersebut?

10
3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT

A RM 38 400
B RM 56 400
C RM 74 400
D RM 96 000

29. Puan Izyan mendapati baki di Buku Tunai berbeza dengan baki di Penyata Bank.
Apakah yang menyebabkan perbezaan baki tersebut?

I Buku cek
II Cek yang belum terima
III Cek yang telah dikemukakan untuk pembayaran
IV Faedah simpanan yang dikreditkan terus ke dalam bank

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

30 Belanjawan Tunai berikut diambil daripada sebuah perniagaan.

Belanjawan Tunai bagi dua bulan berakhir 30 Jun 2019


Butiran Mei Jun
  RM RM
Baki b/b 6 000 P
Penerimaan:    
Jualan 12 000 Q
Komisen Jualan   3 000
Jumlah Penerimaan 12 000 R
Pembayaran:    
Belian 8 000 9 000
Gaji 900 900
Jumlah Pembayaran 8 900 9 900
Lebihan/(Kurangan) 3 100 S
Baki h/b T

Jualan bulan Jun dijangka meningkat 20 % daripada bulan sebelumnya.

Berapakah nilai T?

A RM 4 680
B RM 7 500
11
3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT

C RM 16 400
D RM 16 600

31 Antara berikut, yang manakah ciri-ciri perniagaan perkongsian?

I Liabiliti adalah terhad


II Modal disumbangkan oleh pemegang syer
III Untung atau rugi diagihkan antara pekongsi mengikut perjanjian
IV Perkongsian akan dibubarkan jika salah seorang pekongsi meninggal dunia

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

32 Adam dan Chempaka ialah pekongsi – pekongsi dalam sebuah perkongsian. Pada 31
Disember 2018, mereka bersetuju untuk membubarkan perkongsian itu. Pada tarikh
tersebut, jumlah aset ialah RM 25 000 dan jumlah liabiliti ialah RM 1 000. Semua
aset telah direalisasi dengan RM 27 000 dan liabiliti telah dijelaskan sepenuhnya.
Belanja realisasi ialah RM 600. Untung Rugi dibahagi mengikut nisbah 3:1.

Hitungkan untung realisasi bagi pekongsi Adam.

A RM 350
B RM 400
C RM 1 050
D RM 1 400

33 Pada 5 Ogos 2019, Syarikat Lekor Berhad telah menerbitkan 40 000 syer biasa pada
RM3 sesyer kepada orang awam. Semua syer yang diterbitkan telah dilanggan dan
dibayar penuh pada tarikh tutup permohonan iaitu pada 20 Ogos 2019.

Catatan lejar yang manakah betul untuk merekod urus niaga tersebut?

Debit Kredit
A Akaun Bank Akaun Permohonan Syer Biasa
B Akaun Modal Syer Biasa Akaun Bank
C Akaun Bank Akaun Modal Syer Biasa
D Akaun Permohonan Syer Biasa Akaun Bank

34 Pada 1 Jan 2019 , modal diterbitkan dan berbayar penuh bagi Syarikat Husna Sawah
Berhad ialah RM 1 000 000 yang terdiri daripada 550 000 unit syer biasa RM 550
000 dan 300 000 unit 8% syer keutamaan.

12
3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT

Pada 31 Julai 2019, syarikat telah mengisytiharkan pembayaran dividen interim 8%


kepada kepada pemegang syer keutamaan dan 5% kepada pemegang syer biasa.

Berapakan dividen interim syer keutamaan.

A RM 14 000
B RM 21 000
C RM 24 000
D RM 36 000

35 Urus niaga yang manakah merupakan pendapatan modal bagi kelab dan persatuan?

A Faedah simpanan tetap


B Menerima yuran pertandingan
C Menerima komputer sebagai derma
D Keuntungan daripada aktiviti perniagaan kelab

36 Maklumat berikut diperoleh daripada Akaun Penerimaan dan Pembayaran Kelab


Bahasa Cina SMK Seri Perpatih pada 30 Jun 2019.

Yuran Ahli RM 6 400


Kadar bayaran RM 1 400
Gaji RM 2 000
Bayaran Masuk RM 300

Berapakah baki akhir Akaun Penerimaan dan Pembayaran ?

A RM 2 700
B RM 3 300
C RM 5 500
D RM 6 100

37 Maklumat di bawah ini diperoleh daripada Kelab Keusahawanan Jempol pada 31


Disember 2018.

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2018


Penerimaan RM
Yuran Ahli 16 460

Maklumat Tambahan :
i. Yuran belum terima pada 31 Disember 2018 ialah RM360
ii. Yuran diterima termasuk RM760 untuk tahun 2019

Hitung jumlah yuran bagi tahun 2018

A RM 15 340
13
3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT

B RM 16 860
C RM 16 060
D RM 17 580

38 Rajah di bawah berkaitan dengan komponen kos pengeluaran.

Kos Pengeluaran

Kos Bahan Langsung Kos Buruh Langsung

P Q

Apakah P dan Q

P Q
A Belanja Langsung Kerja Dalam Proses
B Kos Prima Belanja Langsung
C Belanja Langsung Kos Overhed
D Kos Overhed Kerja Dalam Proses

39 Baki-baki berikut dipetik daripada buku perniagaan Kilang Kerepek Azhar:


Insurans RM 800
Sewa Bangunan RM 7 000

Maklumat tambahan:
i) Insurans dibahagikan antara kilang dan pejabat dengan nisbah 4 : 1
ii) 70% daripada bangunan digunakan sebagai kilang
Hitungkan insurans kilang dan sewa kilang

Insurans Kilang Sewa Kilang


A RM 160 RM 2 100
B RM 560 RM 2 100
C RM 600 RM 4 900
D RM 640 RM 4 900

40 Data-data di bawah diambil daripada Kilang Bakul Amin.

RM
14
3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT

Jumlah Kos Tetap 5000


Kos Berubah Seunit 3
Harga Jualan Seunit 5

Berapakah untung yang akan diperoleh Kilang Bakul Amin jika 3000 unit bakul
dikeluarkan?

A RM 1 000
B RM 2 000
C RM 3 000
D RM 4 000

KERTAS SOALAN TAMAT

15
3756/1©2019 [Lihat halaman sebelah
SULIT

You might also like