Hubugan Etnik Final Report

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Tarikh:

6/2/2017

Subjek:

Hubungan Etnik

Tajuk tugasan:

Konsep Kesepaduan Nasional

Kumpulan tugasan:

Nama pelajar:

1. Lit Yuen May, Amanda 14093363


2. Woon Xin Wey 15033285
3. Chung PeiXin Esther 15012925
4. Suaw Xiang Jin 15033319
5. Ang Yuh Jen 16067290
6. Lee Tzu Jian 15064884
7. Choot Chin Shen, Jason 15071128
8. Lim Hui Rou 14088744
9. Chan Chee Ying 12023461
10. Jonathan Yeo 16027930
11. Daniel Barker 13052428
12. Ho Chooi Jia 14098560

Nama pensyarah:

Mr Chen
Kandungan

Kandungan isi- isi Muka surat

Muka hadapan 1

Kandungan 2

Amalgamasi 3-5

Asimilasi 6-7

Akulturasi 8 - 10

Akomodasi 11- 12

Penghargaan 12- 13

Rujukan/ Bibliografi 14
Amalgamasi
Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau kumpulan etnik

telah dicampurkan sehingga membentuklah jenis- jenis budaya dan kumpulan etnik yang

baharu. Cara utama dalam pembentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya

perkahwinan campur antara bangsa bangsa and kumpulan etnik yang berlainan. Formulasi

amalgamasi boleh dinyatakan dalam formula ini iaitu A+B+C=D. Ertinya, A, B dan C

masing masing mewakili budaya atau kumpulan etnik yang berlainan manakala D mewakili

amalgam yang dibentuk daripada penyatuan A, B dan C. Sebagai ilustrasi, kumpulan

kumpulan etnik yang sedia wujud telah mengamalkan parkahwinan campur. Perkahwinan

campur ini akan membentuk satu genarasi atau budaya baru tanpa perlu wajib daripada

keturunan budaya asal mereka.

Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua parti yang berlainan agama,

bangsa, kumpulan etnik atau kewarganegaraan. Konsep amalgamasi ini merupakan

perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari golongan berbeza sama ada

agama atau bangsa yang juga dipanggil Epistonolgical. Perkahwinan campur telah lama

dipraktikkan dalam sejarah terutamanya untuk mengeratkan hubungan antara negara. Sebagai

contohnya, perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah untuk mengeratkan

hubungan diplomatik antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming di China. Oleh itu,

perkataan kahwin campur adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia. Masyarakat majmuk di

Malaysia adalah kesan daripada perkahwinan campur di Malaysia sejak dulu hingga kini.

Islam juga tidak melarang sebarang bentuk perkahwinan termasuklah perkahwinan campur

asalkan ianya menurut kehendak syarak, seperti dinyatakan dalam ayat al Quran. Kahwin

campur di Malaysia dipraktikkan lama lagi sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Pada
masa itu, Malaysia masih dikenali sebagai Tanah Melayu. Kesultanan Melaka, Sultan Mansur

Shah telah menjalin hubungan diplomatik dengan China. Maka, kaum atau kumpulan etnik

yang baru yang dikenali sebagai baba- nyonya telah terjadi hasil daripada perkahwinan

campur antara kaum Melayu and Kaum Cina pada masa itu.

Selain itu, amalgamasi juga dapat disaksikan melalui penghijrahan kaum India dalam

jumlah yang besar ke Tanah Melayu pada waktu penjajahan Portugal dan Belanda atas Tanah

Melayu semasa abad kurun-19. Disebabkan oleh kaum Sikh yang amat berpegang kuat

kepada agama, maka pihak yang ingin berkahwin dengan kaum Sikh mestilah memeluki dan

memahami agama dan budaya Sikh terlebih dahulu. Perkahwinan campur antara orang Sikh

dengan orang Cina dan Kadazan telah mewujudkan sebuah kumpulan etnik yang baru yang

dikenali sebagai komuniti peranakan Punjabi. Bukan itu sahaja, juga terdapatnya komuniti

Jawi Peranakan yang terhasil daripada perkahwinan antara lelaki India Muslim dari Selatan

India dan perempuan Melayu di Pulau Pinang. Contoh yang seterusnya ialah komuniti Ceti

yang menganut agama Hindu di Melaka yang dibentuk hasil daripada perkahwinan pedagang

India Selatan dengan wanita pribumi.

Terdapat pelbagai kesan positif yang dapat diperolehi daripada perkahwinan campur.

Pertama sekali, terdapatnya manfaat secara individu melalui perkahwinan campur atau

amalgamasi. Pasangan kaum tersebut dan ahli keluarganya yang terlibat dapat mengetahui

dan mempelajari bangsa dan budaya lain. Selain itu, kadar maksiat seperti bersekedudukan

iaitu konsep perzinaan dalan konteks agama Islam juga dapat dikurangkan. Seterusnya, dari

aspek masyarakat pula, perkahwinan campur juga dapat menyebarkan dakwah keagamaan,

misalnya agama Islam. Hal ini kerana apabila seseorang yang bukan Muslim ingin berkahwin

dengan seorang Muslim, beliau mesti menukar agamanya kepada agama Islam. Dengan itu,

ajaran Islam yang murni dapat diajarkan kepada bukan Muslim tersebut dengan harapan

beliau akan mendapat hidayah daripada Allah swt. Secara tidak langsung generasi baru yang
dilahirkan dari hasil perkahwinan itu juga beragama Islam. Tambahan lagi, generasi baru

yang lahir dari perkahwinan campur juga akan berfikiran terbuka terhadap budaya lain

disebabkan oleh variasi atau konsep amalgamasi yang dipratikkan dalam keluarganya, baka

yang dihasilkan akan lebih berkualiti dari segi fizikal dan mental. Akhir sekali, dari aspek

negara, perkahwinan campur dapat memupuk sikap perpaduan dan keharmonian antara

pelbagai dan bangsa di negara kita. Di samping itu, ekonomi juga dapat dijana melalui

pelbagai upacara perkahwinan yang dijalankan.


Asimilasi
Asimilasi merupakan salah konteks kesepaduan nasional yang melibatkan satu proses

pencamtuman dan penyatuan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok beridentiti dan

mempunyai kebudayaan yang sama di kalangan kelompok atau individu dari berlainan

budaya dan identiti tetapi ia tidak semestinya memerlukan penyatuan biologi. Menurut

Vander Zanden, asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir,

berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya

yang sama. Konsep ini dapat diformulakan sebagai “A+B+C=A”, di mana A mewakili

golongan dominan (majoriti); B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Secara umumnya,

kumpulan minoriti yang mempunyai bilangan anggota yang kecil lebih mudah diasimilasikan

jika berbanding dengan anggota kumpulan minoriti yang berbilangan besar.

Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh

perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Sebagai contohnya, orang melayu-pettani di

Thailand telah diasimilasikan dari aspek budaya orang Thai kecuali keagamaan. Penggunaan

nama, bahasa dan cara hidup masyarakat Thai telah mengasimilasikan masyarakat Melayu

Pettani tetapi orang Melayu Pettani menganut agama Islam. Dalam konteks Malaysia, proses

asimilasi dapat dilihat dalam perkahwinan campur antara perantau-perantau cina dengan

wanita-wanita tempatan yang menghasilkan masyarakat dan generasi baba dan nyonya dari

aspek kebudayaan dan tidak termasuk anutan kepercayaan atau keagamaan. Menurut Dr. Lee

Su Kim, Professor Madya dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sosial Sains

dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, hampir 700 tahun dahulu, perkahwinan

dalam kalangan pedagang dari wilayah Fujian, Tenggara China dengan masyarakat tempatan
di Melaka telah menghasilkan masyarakat Baba Nyonya yang mempunyai adat budaya unik.

percakapan , pakaian dan juga makanan merupakan cara hidup orang Melayu yang diamalkan

oleh mereka. Kaum ini berhijrah dari Melaka ke Pulau Pinang dan Singapura dan mereka

bertutur dengan campuran bahasa mengikut lokasi, iaitu campuran Melayu dialek Baba

ditutur oleh masyarakat Baba Nyonya di Melaka dan dialek Hokkien ditutur oleh masyarakat

Baba Nyonya di Pulau Pinang. Selain bahasa, pengamalan sifat-sifat dan tingkah laku wanita

Melayu juga dipraktikkan antara kalangan masyarakat Baba Nyonya. Antara sifat-sifat dan

tingkah laku wanita Melayu termasuk peramah, suka melatah dan berbual-bual di kaki lima

pada waktu petang. Kebudayaan masyarakat Baba Nyonya dapat dikekalkan sehingga kini

kerana keteguhan mereka dalam mempraktikkan cara hidup kemalayuan dan kesanggupan

mereka untuk mempertahankan budaya masyarakat Baba Nyonya. Kesimpulannya, proses

asimilasi dapat dijayakan kerana beberapa faktor yang amat penting. Antara faktornya ialah

etinik minoriti sanggup menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik

majoriti. Selain itu, kumpulan etnik majoriti sanggup menerima kumpulan etnik minoriti

merupakan salah satu faktor yang membawa kejayaan proses asimilasi. Seterusnya, kejayaan

proses asimilasi bergantung kepada faktor terdapat banyak persamaan budaya antara

kumpulan etnik.
Akulturasi
Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan

individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Konsep akulturasi boleh

diteranglan dalam bentuk A+B+C= ABC. Akulturasi dibentuk apabila satu kelompok

manusia dengan budaya tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang

berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan

sendiri. Proses akulturasi ialah berbeza daripada proses asimilasi. Hal in kerana proses

akulturasi tidak akan menyebabkan masyarakat kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Dalam sejarah tamadun manusia, pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih

kebudayaan sering berlaku. Proses ini telah menyumbang kepada berlakunya proses pinjam

meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian

diolah untuk menjadikan sebagai usur kebudayaan sendiri. Walaubagaimanapun, jikalau

unsur-unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan

memberi kesan yang negatif kepada sesuatu masyarakat. Oleh itu, proses akulturasi ini

memang susah dicapai apabila membentuk sesebuah masyarakat.

Akulturasi akan dicapai dengan lebih mudah apabila kita melibatkan budaya bersifat

kebendaan seperti pakaian atau makanan. Unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan

seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima. Perkembangan kebudayaan India

ke Tanah Melayu berlaku hasil daripada aktiviti perdagangan India dengan Asia Tenggara

pada permulaan tahun Masihi. Salah satu akulturasi dari budaya India ini adalah konsep

diraja. Pengasas Melaka iaitu Parameswara sendiri merupakan seorang yang beragama

Hindu. Buktinya, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, sistem diraja adalah bersifat
Hindu-Budha. Keadaan ini adalah berdasarkan konsep ”Dewaraja”. Warisan yang masih

dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah membesarkan keagungan dan kedudukan Raja dalam

upacara pertabalan baginda. Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut menerima

pengaruh daripada agama Hindu iaitu amalan jampi dan mantera. Ini dapat dilihat daripada

golongan bomoh atau dukun ketika melakukan upacara yang berkenaan.

Amalan seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai serta

mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam masyarakat Melayu juga

dipengaruhi oleh amalan masyarakat India. Mengikut kebudayaan Hindu terdapat perbezaan

antara lapisan masyarakat bangsawan dengan masyarkat bawahan. Oleh itu, wujudnya sistem

kasta. Pengaruh ini dapat dilihat dalam sruktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga

dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini ialah susun lapis dalam masyarakat di mana

terdapat pemisahan yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan dengan rakyat biasa.

Keadaan ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat

Melayu. Kesan hubungan masyarakat India dengan Alam Melayu juga dapat dilihat dalam

bidang kesusasteraan. Misalnya epik dan mitos India digunakan dalam kesusasteraan Melayu

Lama, seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima

(berasaskan Ramayana dan Mahabrata), Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayah Nakhkoda

Muda, Hikayat Maharaja Pikrama Sakti (daripada Kathasaritsagara). Beberapa tema dan

motif kesusasteraan India tertentu diserapkan ke dalam beberapa karya tradisi historiografi

Melayu sebagai contoh lagenda Raja Suran yang mengembara ke negara dasar laut dan

perkahwinannya dengan puteri raja kerajaan tersebut tercatat dalam Sejarah Melayu

manakala jelmaan anak raja daripada buih terdapat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang

Tuah dikaitkan dengan sumber kesusasteraan India tertentu. Semasa Zaman Kesultanan

Melayu Melaka ini juga, kita dapat melihat akulturasi dari segi bahasa. Buktinya terdapat

lebih 30% kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit diserapkan ke dalam Bahasa Melayu.
Contohnya, pada batu Bersurat Kedukan Bukit (683M) terdapat kosa-kosa kata seperti

sapuluh , datang, jalan, laksa dan banyak lagi. Kemasukan unsur-unsur daripada epik

Ramayana dan Mahabrata juga terdapat dalam seni lakon dan wayang kulit di Nusantara.

Walau bagaimanapun, proses penyerapan budaya tersebut turut mengambil kira penyesuaian

dan penyelarasan oleh unsur-unsur kebijaksanaan tempatan. Sikap golongan agama yang

berakhlak seperti yang dipamerkan oleh ulama-ulama Islam di Alam Melayu memudahkan

proses interaksi dan Islamisasi berlaku. Mereka berjaya memberikan tasawwur Islam yang

sebenar sehingga terbentuknya pendidikan formal melalui institusi seperti pondok, pesantren,

madrasah dan dayah. Kesannya, budaya Islam telah dibawa masuk ke Tanah Melyu seperti

adat memberi salam, memakai pakaian menutup aurat seperti baju kurung, meletakkan nama-

nama berasal dari perkataan Arab dan sebagainya.


Akomodasi
Akomodasi merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihak

yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat yang dapat

memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut. Dalam perkataan lain, akomodasi juga dikenali

sebagai situasi menang-menang (win-win situation) di mana kedua-dua pihak yang

bertentangan pendapat atau matlamat akan memperoleh faedah daripada satu matlamt baru

yang telah dibina secara bersama dan kolektif. Sebagai contoh, di Malaysia, meskipun

Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikian bahasa-bahasa lain

seperti Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Dialek dari sebuah bahasa masih boleh

digunapakai selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip perlembagaan.

Konsep Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik

menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain dan tetap

mempertahankan budaya hidup masing-masing. Menurut Ting Chew Peh (1987), konsep ini

diwakili oleh formula A+B+C=A+B+C, disini A,B, dan C merujuk kepada budaya. Selain

Malaysia, negara Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik yang bersifat

akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara

mereka.

Mereka saling menyesuaikan satu sama lain. Akhirnya, masing-masing dapat hidup

harmoni, saling menghormati dan bebas mempertahandan mengamalkan budaya masing-

masing. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam

bidang ekonomi dan pendidikan serta saling bergantung antara satu sama lain. Mereka

bersetuju untuk menghentikan atau mengelakkan konflik (sekiranya ada) dengan mengadakan
interaksi secara aman dan damai sama ada untuk sementara atau kekal. Suasana kompromi ini

seterusnya membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap

mereka yang berasingan. Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan

masalah dalam hubungan etnik. Kejayaan atau berkesannya ‘penyesuaian’ sebagai satu dasar

amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik

berkenaan.

Aplikasi proses akomodasi adalah amat penting dalam perpaduan dan integrasi

kelompok etnik di Malaysia. Malah ia dianggap sebagai proses yang paling utama lagi

kritikal yang sudah diterima dan hayati oleh semua kelompok etnik di Malaysia, samada

secara pribadi atau kolektif. Ini terjadi kerana sikap positif saling hormat-menghormati antara

kelompok etnik terhadap nilai dan norma masing-masing, yang kita boleh ungkapkan ‘sama

tapi tak serupa’.


Penghargaan
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Mr Chen, iaitu pembimbing

dan pensyarah untuk subjek Mata pelajaran Umum- Hubungan Etnik. Beliau telah memberi

sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini. Dalam usaha

menjayakan kerja kursus ini, beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk

ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga

berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya

sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Khas untuk ibu bapa semua ahli kumpulan 4 yang tercinta. Jutaan terima kasih

dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah

membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
Rujukan/ Bibliografi
1. S., & H. (2009, October 3). KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK.
Retrieved February 18, 2017, from
http://eprints.utm.my/14559/1/HamidahAbdulRahman2009_Konsep-
konsepAsasHubunganEtnik.pdf

2. S. (2012). Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Retrieved February 18, 2017, from
http://www.ads.pja.my/cs251/ModulHubunganEtnikEdisiKedua.pdf

3. H. (2016, August 25). Pengertian Akulturasi, Asimilasi, Akomodasi, Asosiatif,


Pertentangan, Persaingan, Pertikaian, dan Disosiasi beserta Contohnya. Retrieved February 18,
2017, from http://www.bukupedia.net/2016/08/pengertian-akulturasi-asimilasi-akomodasi-
asosiatif-pertentangan-persaingan-pertikaian-dan-disosiasi-beserta-contohnya.html

4. P. (2010, November 29). Galakkan Perkahwinan Campur Untuk Keharmonian Kaum .


Retrieved February 18, 2017, from http://drmaza.com/home/?p=1294

You might also like