Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH


BLOK A, TINGKAT 8, BANGUNAN KWSP
88746 KOTA KINABALU

GARIS
ARIS PANDUAN MENGGUNAKAN TEMPLATE KPI
JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

ARAHAN UMUM
1. Template telah disediakan menggunakan MS Excel
Excel.
2. Nama fail: KPI PPD 2010-2012
2012
3. Gunakan template yang telah disediakan. Jangan tukar format dan perisian yang
disediakan ke perisian lain seperti MS Word.
4. Jangan jadikan template yang lengkap diisi ke format PDF. Kekalkan seperti dalam bentuk
MS Excel.
5. Template
te MS Excel dibahagikan kepada 12 lembaran (sheet) berikut dalam fail yang
sama:
a. Draf PS_UPSR
b. Draf PS_PMR
c. Draf PS_SPM
d. Perancangan Strategik UPSR
e. Perancangan Strategik PMR
f. Perancangan Strategik SPM
g. Pelan Taktikal UPSR
h. Pelan Taktikal PMR
i. Pelan Taktikal SPM
j. Pelan Operasi
k. PPD_Keseluruhan
l. Rumusan KPI PPD (Untuk Kegunaan SPA sahaja)

1
PAPARAN TEMPLATE
Paparan Template berikut akan kelihatan apabila anda membuka fail MS Excel berjudul
KPI PPD 2010-2012

Isu: Nyatakan isu strategik Strategi: Nyatakan strategi yang


mata pelajaran diambil untuk mencapai matlamat

Masalah: Nyatakan masalah Indikator: Nyatakan indikator


yang terlibat yang ingin dilihat / diukur

Matlamat: Nyatakan matlamat Indikator Prestasi: Nyatakan


yang ingin dicapai sasaran anda (2010-2012)

Paparan 1: Template

Lembaran: Perlu klik untuk mengetahui maklumat yang diperlukan

2
PANDUAN PERANCANGAN STRATEGIK MATA PELAJARAN

1. Untuk memudahkan indikator prestasi atau KPI ditentukan, anda perlu melihat
peringkat peperiksaan (UPSR, PMR, dan SPM) terlebih dahulu kerana masing-
masing berbeza gred pemarkahan yang diperlukan.
2. Gred bagi UPSR dibahagikan kepada Gred A, B, dan C. Manakala bagi PMR
pula, Gred yang terlibat ialah A,B,C,D. Gred peperiksaan SPM pula ialah
A,B,C,D, dan E. Gabungkan mana-mana yang berkaitan.
3. Nyatakan bilangan pelajar dan peratus bagi setiap tahun yang terlibat (2007,
2008, 2009). Demikian juga dengan sasaran yang dikehendaki.
4. Nyatakan Indikator Prestasi yang disasarkan bagi tahun 2010, 2011, dan 2012.
Ia diambil kira berdasarkan prestasi sebenar peperiksaan sebelumnya.
5. AR (Actual Result) tidak perlu diisi kerana keputusan sebenar belum diketahui.
6. Paparan 2 merujuk UPSR, Paparan 3 merujuk PMR, dan paparan 4 merujuk
SPM.

Paparan 2: UPSR

3
Paparan 3: PMR

Paparan 4: SPM

4
PENJELASAN DAN PANDUAN MENGISI:

DRAF PERANCANGAN
1. Template yang dihasilkan adalah janaan pengiraan secara automatik (auto-
generated calculation).
2. Anda perlu terlebih dahulu mengisi panduan perancangan strategik mata
pelajaran (lembaran Draf PS_UPSR, Draf PS_PMR, dan Draf PS_SPM) kerana
dengan sendirinya akan dibuat pengiraan yang lain.
3. Masukkan maklumat yang tepat. Lembaran berikut merupakan paparan template
yang dimaksudkan.

Paparan 5: Draf Perancangan

MATA PELAJARAN
1. Sila tulis nama mata pelajaran yang terlibat.

BIL PEPERIKSAAN MATA PELAJARAN


1 UPSR SK
1. Bahasa Melayu (Kefahaman)
2. Bahasa Melayu (Penulisan)
3. Bahasa Inggeris
4. Matematik
5. Sains

5
SJKC
1. Bahasa Melayu (Kefahaman)
2. Bahasa Melayu (Penulisan)
3. Bahasa Cina (Kefahaman)
4. Bahasa Cina (Penulisan)
5. Bahasa Inggeris
6. Matematik
7. Sains

2 PMR 1. Bahasa Melayu


2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Sejarah
6. Geografi
7. Pendidikan Islam
8. Kemahiran Hidup

3 SPM 1. Bahasa Melayu


2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Matematik Tambahan
5. Sains
6. Sejarah
7. Pendidikan Islam
8. Pendidikan Moral
9. Ekonomi Asas
10. Perdagangan
11. Prinsip Perakaunan
12. EST
13. Biologi
14. Fizik
15. Kimia
16. Kesusasteraan Melayu
17. Tasawwur Islam
18. Pendidikan Seni Visual
19. ICT
20. Pendidikan Sains Sukan
21. Geografi

6
GRED
Sila tulis gred yang dicapai (pada tahun 2006, 2007, 2008, dan 2009) dan gred yang
disasarkan (pada tahun 2010, 2011, dan 2012) dalam bentuk bilangan dan peratus.
Terdapat sedikit perbezaan dengan cara penggredan yang sebenar dalam peperiksaan
awam dengan apa yang diperlukan dalam template.

BIL PEPERIKSAAN KETERANGAN


1 UPSR Gred mata pelajaran yang diambil kira hanya A,B, C.
Masukkan maklumat berkaitan dengan Calon Gagal, Calon
Lulus, dan Bilangan Calon Ambil.

2 PMR Gred mata pelajaran yang diambil kira hanya A,B, C, D.


Masukkan maklumat berkaitan dengan Calon Gagal, Calon
Lulus, dan Bilangan Calon Ambil.

3 SPM Gred mata pelajaran yang diambil kira hanya A,B, C, D, dan
E. Masukkan maklumat berkaitan dengan Calon Gagal, Calon
Lulus, dan Bilangan Calon Ambil.

INDIKATOR PRESTASI
Sebagai panduan untuk menulis Indikator Prestasi, prinsip headcount digunakan. Sila
nyatakan pelunjuran (atau KPI) pada tahun 2010, 2011, dan 2012.

OTI (Operational Targeted Increment)


- merupakan sasaran peningkatan yang merujuk kepada ETR serta menetapkan
jangkaan pemeringkatan dua kali penilaian, iaitu 2010 dan 2011.

AR (Actual Result)
- merupakan keputusan sebenar yang dicapai pada tahun semasa.

ETR (Expected Targeted Result)


- merupakan sasaran keputusan terbaik (iaitu pada tahun 2012).

Untuk memudahkan ETR (Expected Targeted Result) dibuat, sasaran pada 2010
dianggap sebagai OTI1 dan 2011 sebagai OTI2.

7
BAGAIMANA MENETAPKAN TOV?
1. Bagi UPSR dan PMR, TOV yang diambil adalah keputusan peperiksaan pada
tahun 2009.
2. Manakala bagi SPM, TOV adalah keputusan 2008 memandangkan keputusan
SPM 2009 belum diumumkan / diperoleh.

BAGAIMANA MENETAPKAN OTI?


Untuk menetapkan OTI1 dan OTI2 merupakan sasaran peningkatan yang merujuk
kepada ETR serta menetapkan jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian,
iaitu 2010, 2011, 2012.

Cara 1: Menggunakan Formula

Formula OTI1
= TOV + [(ETR-TOV) x 1/3]
Contoh:
= 70 + [(100-70) x 1/3]
= 70 + [(30) x 1/3]
= 70 + 10 = 80

Formula OTI2
= TOV + [(ETR-TOV) X 2/3]
Contoh:
= 70 + [(100-70) x 2/3]
= 70 + [(30) x 2/3]
= 70 + 20 = 90

Cara 2: Peningkatan Berterusan yang Munasabah


Menetapkan sasaran peningkatan berterusan yang munasabah dan boleh dicapai.

Nota: Template yang disediakan adalah menggunakan Cara 1, iaitu Menggunakan


Formula.

BAGAIMANA MENETAPKAN ETR?


1. Untuk menetapkan ETR, keputusan terbaik bagi peperiksaan 3 tahun sebelumnya
perlu diperhatikan.
2. Bagi UPSR dan PMR, sila teliti keputusan terbaik bagi tahun 2007, 2008, dan
2009.

8
3. Sementara bagi SPM pula sila teliti keputusan terbaik pada tahun 2006, 2007,
2008.
4. Pilih keputusan yang terbaik yang pernah dicapai untuk diterima sebagai ETR
(boleh ubah suai, jika perlu). Jadikan keputusan itu sebagai asas untuk
menetapkan ETR (2012).

PANDUAN MENULIS PELAN TAKTIKAL DAN PELAN OPERASI


1. Selepas anda membuat Perancangan Strategik mata pelajaran masing-masing,
anda dikehendaki membuat pelan taktikal dan pelan operasi bagi mata pelajaran
berkenaan (mengikut peringkat peperiksaan, iaitu UPSR, PMR, dan SPM)
2. Paparan 5 berikut merupakan Template Pelan Taktikal; manakala Paparan 6 pula
merupakan Template Pelan Operasi.
3. Anda dikehendaki membuat Pelan Taktikal mata pelajaran mengikut kesesuaian.

Paparan 6: Template Pelan Taktikal

9
Paparan 7: Template Pelan Operasi

Penutup
Semua PPD dikehendaki membuat KPI seperti yang diputuskan dalam JKKN Bil
3/2009. Template yang disediakan perlu digunakan untuk memudahkan perancangan
dibuat dan untuk tujuan keseragaman. PPD dikehendaki mengemukakan maklumat
yang lengkap kepada SPA pada atau sebelum 8 FEBRUARI 2010.

Disediakan oleh
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Tarikh: 22 Januari 2010

DJJ_22.01.10

10

You might also like