Dondang Sayang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Tugasan 2: Penulisan Esei

Secara individu anda dikehendaki menulis sebuah esei mengenai satu persembahan
ensembel muzik tradisional Malaysia atau muzik Malaysia atau muzik barat yang
ditonton dan membuat analisis dari aspek berikut:-
• ciri-ciri muzik
• stail persembahan
• peranan ensembel muzik
Penulisan perlu disokong dengan rujukan pelbagai sumber terkini. Panjang esei
adalah sebanyak 1,000 patah perkataan.

Isi Kandungan
Bil. Perkara m/s

1.0 Pengenalan 1

2.0 Ciri-ciri Muzik 1-2

3.0 Stail Persembahan 2-4

4.0 Peranan Ensembel Muzik 4

5.0 Rumusan 4-5


1.0 Pengenalan

Muzik tradisional Malaysia, Dondang Sayang merupakan sebuah persembahan


berpantun secara spontan. Di Melaka, terdapat pelbagai jenis masyarakat yang
terlibat dalam persembahan Dondang Sayang ini, iaitu terdiri daripada masyarakat
Melayu, Baba Nyonya, Portugis dan Chitti. Dondang Sayang ini turut diiringi oleh
alunan muzik yang dimainkan oleh pemuzik seperti biola, rebana, gong dan tetawak.
Namun pada masa kini, semakin ramai generasi baru yang lupa dan meminggirkan
Dondang Sayang disebabkan oleh arus pembangunan seperti kemasukan muzik
barat (Harian Metro, 2015).

2.0 Ciri-ciri Muzik

Secara amnya, jenis lagu yang didendangkan dalam persembahan Dondang


Sayang adalah bersifat universal. Hal ini bermaksud bahawa jenis lagu yang
didendangkan atau dimainkan oleh kumpulan pemuzik Dondang Sayang tidak terhad
kepada sejenis lagu sahaja, tetapi bergantung kepada pemantun-penyanyi serta
kumpulan pemuzik Dondang Sayang yang mempunyai bakat serta kemahiran untuk
mempersembahkan pelbagai jenis lagu seperti lagu joget, lagu asli dan lagu nasib.
Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa pemantun-penyanyi dan kumpulan pemuzik
merupakan dua gabungan yang unik serta berhubungan erat untuk memenuhi
kehendak dan selera para pendengar yang menggemari seni persembahan Dondang
Sayang. Contohnya, antara lagu yang sering dipersembahkan oleh kumpulan
Dondang Sayang dalam sesuatu majlis ialah Serampang Laut, Serampang Pantai
(yang ada dalam video kajian), Jambu Merah, Bercerai Kasih, Johor Sport Club dan
sebagainya.

Dari aspek peralatan muzik, lazimnya peralatan muzik yang asas yang akan
digunakan untuk mengiringi sebuah persembahan Dondang Sayang hanya terdiri
daripada gendang dan juga rebana berikutan ketiadaan alat-alat melodi pada masa
itu, iaitu zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun begitu, kegemilangan negeri
Melaka dengan fungsinya sebagai pelabuhan entrepot telah menyebabkan orang-
orang Barat mula membawa masuk seterusnya memperkenalkan alat-alat melodi
seperti biola sehingga biola menjadi alat muzik yang paling penting untuk
memelodikan lagu Dondang Sayang tanpa disedari. Oleh hal yang demikian, tidak
mustahillah sekiranya dikatakan bahawa biola merupakan nadi kepada Dondang

1
Sayang memandangkan tanpa biola maka pincanglah persembahan Dondang
Sayang sama sekali.

Muzik Dondang Sayang ini sebenarnya bersifat dinamik dan liberal. Masyarakat
dan para pelaku seni muzik ini telah bersiap menerima segala perubahan selagi tidak
mempengaruhi dan bertentangan dengan bentuk-bentuk lagu-lagu Melayu asli yang
telah mentradisi sebelumnya. Muzik Dondang Sayang tidak sahaja mampu
menerima nyanyian yang berubah dari segi gaya asalnya, malah boleh diubah
sesuai dengan gaya persembahannnya. Ibrahim Ahmad (2004) menerangkan
bahawa Dondang Sayang telah mengalami perubahan dari segi iramanya.
Dahulunya, Dondang Sayang dinyanyikan mengikut irama lama tetapi irama
Dondang Sayang sekarang dinyanyikan dalam rentak yang baru. Contohnya, dalam
video kajian, rentaknya terdiri daripada rentak asli secara lemah gemalai dan rentak
baru iaitu rentak inang, mambo dan joget yang menjadikan persembahan Dondang
Sayang ini menarik. Begitu juga dengan penggunaan alat muzik moden seperti
tamborin yang mampu mengubah suasana persembahan Dondang Sayang
(Madulara, 2004) dalam video kajian. Secara tidak langsung, kepelbagaian rentak
dan alat-alat muzik dalam lagu-lagu Melayu telah memberikan nafas baru kepada
seni Dondang Sayang tanpa disedari.

3.0 Stail Persembahan

Persembahan Dondang Sayang diklasifikasikan sebagai seni persembahan


yang mempunyai keistimewaan serta keunikannya yang tersendiri jika dibandingkan
dengan seni kebudayaan yang lain. Keunikan yang dimiliki oleh seni Dondang
Sayang berbanding dengan seni budaya lain ialah nyayiannya berbentuk pantun dan
wujudnya unsur-unsur tatatertib dalam nyanyian tersebut. Nyanyian Dondang
Sayang berbentuk pantun merupakan seni kata lagu dan alat untuk menyampaikan
maksud di sebalik pantun. Ciri-ciri tatatertib boleh dilihat apabila persembahan
Dondang Sayang dimulakan dengan pantun-pantun bersifat merendah diri dan
ditamatkan dengan pantun bersifat menyerahkan kepada Tuhan. Contoh pantun
yang didendangka sebagai tanda pembuka dalam video kajian ialah:

Kayu sebatang dipotongkan,


Kayu bernama kayu meranti,
Selamat datang jauh dan dekat,
Kami semua sedia menanti.

2
Manakala tiada contoh pantun tanda berakhirnya persembahan dalam bahan video.
Namun, contoh pantun boleh dirujuk melalui buku KEKKWA, iaitu:

Mari direndang lada sulah,


Hendak memasak ikan tenggiri,
Sudah suratan takdirnya Allah,
Susah senang kutanggung sendiri.

(Dipetik daripada buku “1000 Pantun Dondang Sayang”)

Persembahan Dondang Sayang ini sebenarnya bercorak bebas dan sesiapa


sahaja boleh menyanyikannya. Namun kebiasaannya, Dondang Sayang ini
dinyanyikan oleh lelaki dan perempuan yang memberikan kombinasi yang baik
semasa menyanyi. Nyanyian pantun ini berlaku secara dua hala dalam bentuk
berbalas-balas pantun antara satu sama lain. Walaupun mereka sebenarnya tidak
saling mengenali antara satu sama lain, sesi berbalas pantun masih boleh berjalan
rancak hasil daripada kehandalan dan bakat pemantun-penyanyi untuk mencetuskan
idea dan ilham secara serta merta. Kepelbagaian gaya, bentuk dan lenggok nyayian
Dondang Sayang yang berbeza juga boleh dilihat bergantung kepada kebolehan dan
pengetahuan yang luas dan mendalam pemantun-penyanyi dalam bidang seni
muzik. Sebagai contoh, hasil daripada analisis kepada video kajian, pemantun-
penyanyi boleh menyanyi mengikut terus kehendak lagunya seperti alunan melodi,
menggantung lagunya dengan menyingkatkan sebutan perkataan dalam pantun,
perkataan ketiga baris pertama pantun dipanjangkan sebutannya, perkataan
keempat baris pertama dipanjangkan sebutannya, meleret-leretkan nyanyian maksud
pantun dan sebagainya.

Gambar 1 : Pemantun-penyanyi Dondang Sayang

3
Pada hakikatnya, bentuk persembahan Dondang Sayang adalah diiringi oleh
peralatan muzik Melayu asli dan moden (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Malaysia, 2021). Setiap peralatan muzik yang digunakan dalam Dondang Sayang
sama ada biola, rebana (rebana kompang atau rebana keras), tetawak atau gong
adalah saling bergantungan antara satu sama lain. Kesemua alat muzik ini
mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri masing-masing. Dalam video
kajian, persembahan Dondang Sayang dimulakan dengan beberapa irama yang
disajikan melalui gesekan biola dan iringan akordian sebagai pembuka dan pengiring
utama lagu atau nyanyian. Gesekan biola kemudian diikuti dengan paluan rebana
untuk menyusun dan memulakan rentak dan paluan gong atau tetawak untuk
meningkah rentak tersebut. Tingkah pukulan rebana yang diselingi dengan pukulan
gong merupakan variasi muzik iringan dalam menentukan dinamik pelbagai jenis
tempo irama lagu yang akan dimainkan. Alat muzik moden, iaitu tamborin juga
dimainkan sekali sekala untuk menambah bunyi yang ada.

Gambar 2 : Kumpulan pemuzik Dondang Sayang

4.0 Peranan Ensembel Muzik

Ensembel muzik Dondang Sayang berperanan sebagai satu seni muzik hiburan
rakyat. Pada peringkat awal, Dondang Sayang didendangkan secara berseorangan
dan bersahaja dengan tujuan untuk menghibur hati selepas mereka penat bekerja
(Mohd. Yasin Ahmad, 2004). Contohnya, di negeri Melaka, terdapat seseorang atau
kumpulan golongan tua atau muda yang akan duduk bersenang diri untuk bersiul
dan menyanyi bernyanyi kecil lagu Dondang Sayang. Apabila telah diterima pakai
oleh masyarakat umum, Dondang Sayang mula dimasukkan dengan iringan dan alat
muzik dengan tujuan menghiburkan tetamu dan memeriahkan majlis yang diraikan.
Dondang Sayang boleh disajikan dalam acara-acara adat istiadat masyarakat negeri
Melaka seperti majlis-majlis perkahwinan, keramaian dan pesta Mandi Safar
(Jasman Ahmad & Siti Zainon, 1996). Dalam video kajian, Dondang Sayang

4
dipersembahkan untuk memeriahkan majlis Program Kelestarian Pertubuhan 2019
yang turut disertai oleh Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin, iaitu Menteri Dalam Negeri pada
masa itu.

Gambar 3: Majlis Program Kelestarian Pertubuhan 2019, Kuala Lumpur

Di samping itu, ensembel muzik Dondang Sayang juga dipersembahahkan untuk


hiburan istana. Kesultanan Melayu Melaka pada peringkat akhir keagungannya
merupakan sebuah negara yang maju dan telah membuat perhubungan dengan
dunia luar, dari segi diplomatik mahupun perdagangan (Mohd. Yasin Ahmad, 2004).
Lantaran wujudnya perhubungan luar, maka negeri Melaka bukan sahaja selalu
dikunjungi oleh pemerintah dan pedagang dari luar tetapi pada masa yang sama
Sultan Melaka juga sering melakukan kunjungan ke negeri-negeri lain. Perhubungan
luar yang wujud tanpa disedari telah melahirkan unsur-unsur seni bercorak hiburan
iaitu Dondang Sayang yang bertindak sebagai halwa telinga dan santapan mata
yang menyenangkan untuk menjadikan majlis sambutan itu meriah semata-mata.

5.0 Rumusan

Seni persembahan Dondang Sayang merupakan sebahagian acara kesenian


masyarakat Melaka dan dikatakan sebagai salah satu khazanah budaya dan warisan
Melayu yang telah dipersembahkan selama berabad-abad tahun lamanya.
Kelembutan yang telah ditonjolkan dalam nyanyian Dondang Sayang mencerminkan
keperibadian masyarakat melayu yang kaya dengan sifat-sifat ketimuran seperti
sopan santun, lemah lembut dan berbudi bahasa. Namun begitu, asal usul pencipta
Dondang Sayang ini masih tidak diketahui sehingga ke hari ini dan masih menjadi
tanda tanya siapakah penciptanya (Madulara, 2004).

5
Bibliografi

Ibrahim Ahmad. (2004). Muzik Kontemporari sebagai Alat Persembahan Nilai dalam
Komuniti: Ke mana halatuju kita? Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar
Antarabangsa Nilai Dalam Komuniti Pasca Modenisme, 4-6 September 2004 di
Hotel City Bayview Langkawi, Langkawi, Kedah.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia. (2021). Muzik: Dondang Sayang.


Dicapai pada 18 Feb, 2021, daripada http://www.jkkn.gov.my/ms/music

Jasman Ahmad, & Siti Zainon. (1996). Ghazal dan Dondang Sayang. Petaling Jaya,
Selangor: Penerbit Setiamas.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA). (2004).


1000 Pantun Dondang Sayang. Dimuat turun daripada
https://pdfcoffee.com/1000-pantun-pdf-free.html

Livefeed kl. (2020, Oktober 10). Persatuan Dondang Sayang Negeri Melaka (Live)
[Fail Video]. Dimuat turun daripada
https://www.youtube.com/watch?v=U9Tm-TM5HKw

Madulara. (2004). Dondang Sayang Seni Tradisi Melaka. Melaka: Majlis Kebudayaan


Negeri Melaka.

Martarosa. (2017). Musik Bandar dalam Perspektif Seni Budaya Nusantara. Resital,
18(1), 27-42. Dimuat turun daripada
https://www.researchgate.net/publication/330676628_Musik_Bandar_Dalam_Per
spektif_Seni_Budaya_Nusantara

Mohd. Yasin Ahmad. (2004). Dondang Sayang. Dimuat turun daripada


https://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4558/1/M08-09001_DS.p
df

Norhasyimah Kamaroul Zaman. (2017). Satu Kajian ke atas Penerimaan Penonton


terhadap Seni Persembahan Dondang Sayang di Melaka (Tesis Sarjana,
Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak). Dimuat turun daripada

6
https://ir.unimas.my/id/eprint/21290/1/Satu%20kajian%20ke%20atas%20peneri
maan%20penonton...(24%20pgs).pdf

Ridzuan Abdul Rahman. (2015, Mac 27). Dondang Sayang terus berdendang.
Harian Metro. Dicapai daripada https://www.hmetro.com.my/node/39656

You might also like