Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Appendix 1

Lampiran 1

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

BDAP 2203
ASAS PERAKAUNAN PENGURUSAN

Nama : Ganesh A/L Munisamy

No. Matric : RF150331002

No. Polis (K/P) : RF/150331

No. Tel. Bimbit : 012-2765070

E-mail Address : ganesh_munisamy@oum.edu.my

ganesh_munisamy@yahoo.com

Nama Tutor: Pn. Hasmaryanti Bt. Kamaruzzaman

Pusat Pembelajaran : PPT (Bangi)

SEMESTER JANUARI 2010


ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M.S

1. SOALAN 1 (a) 4-7


Bincangkan pusat kos yang wujud dalam hotel. Tentukan unit kos yang
bersesuaian bagi pusat kos berkenaan.

2. SOALAN 1 (b) 8-9


(i) Tuliskan pengenalan ringkas mengenai syarikat termasuk latar belakang ,
aktiviti perniagaan, prospek dan latar belakang industri.

(ii) Berdasarkan kos pengeluaran dan unit pengeluaran yang anda telah
dapatkan daripada syarikat, aplikasikan kaedah tinggi – rendah dan
tentukan kos berubah seunit , kos tetap dan fungsi kos bagi syarikat
berkenaan.

3. SOALAN 2 (a)
Secara umum , kos tetap adalah sebenarnya berubah kerana peningkatan
dalam tahap aktiviti (pengeluaran) menyebabkan jumlah kos berkurang.

SOALAN 2 (b)
Pendekatan pengekosan berubah mestilah sesuai bagi syarikat kerana apa
yang mesti dibimbangkan adalah kos berubah manakala kos tetap boleh
menjaga kos sendiri.

4. RUJUKKAN
S O A L A N 1 ( a)
Bincangkan pusat kos yang wujud dalam hotel. Tentukan unit kos yang bersesuaian bagi

pusat kos berkenaan.

Terdapat empat pusat kos yang utama wujud dalam hotel.

 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Pusat kos yang dimaksudkan sebagai pengurusan sumber manusia ialah, kos yang melibatkan

pembayaran gaji pekerja, pengambilan pekerja, insurans, perubatan , dan sebagainya. Dimana

pihak pengurusan hotel memerlukan kos yang agak tinggi bagi menguruskan perbelanjaan

bahagian ini.

 BAHAGIAN PEMASARAN

Kos pemasaran dalam pengurusan hotel juga memainkan peranan yang penting bagi

memasarkan tentang hotel tersebut kepada awam. Contoh kos pemasaran ialah , kos

pengiklanan. Ia membantu mempromosikan tentang kelebihan dan keistimewaan hotel

berkenaan. Oleh itu, ia juga diklasifikasikan sebagai pusat kos yang wujud dalam pengurusan

hotel.

 BAHAGIAN PEMBAIKKAN DAN PENYELENGARAAN

Pihak pengurusan hotel juga membelanjakan wang yang banyak untuk pembaikkan dan

penyelengaraan hotel bagi menjaga tahap kualiti dan nama hotel tertentu. Kos penyelengaraan

dan pembaikkan adalah seperti, servis penghawa dingin, tukar katil yang rosak, tukar paip yang

rosak atau sumbat, dan lain-lain lagi. Ia juag menjadi salah satu pusat kos yang wujud di hotel.
S O A L A N 1 ( b)(i)
Syarikat yang dipilih untuk kertas tugasa ini ialah syarikat daripada bidang industri

berat/pembuatan. Syarikat ini ialah syarikat pembuatan kereta nasional Malaysia yang lebih

terkenal sebagai Proton Holding. PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional

Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit,

merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr.

Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke

arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad

(HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Proton Holding ini beoperasi mengeluarkan pelbagai jenis kereta bagi kegunaan

masyarakat tempatan dan juga dieksport ke luar Negara. Sebanyak 10 jenis kereta telah

dikeluarkan oleh syarikat ini. Mempunyai prospektik sendiri dalam industry pembuatan kereta.

Mitshubishi Dan Lotus Coperation juga mempunyai saham dalam proton holding menyebabkan

syarikat ini terus mengekal dalam industry pembuatan kereta yang paling lama di

Malaysia.Syarikat ini bukan sahaja setakan membuat kereta malah mereka juga membuat

peralatan dan alat ganti kereta proton. Juga mempunyai anak syarikatnya sendiri iaitu Proton

Edar untuk memasarkan kereta keluarnya. Syarikat ini juga mempunyai pusat servis diseluruh

Malaysia dan member perkhidmatan yang amat baik kepada pelanggannya. Proton holdings

adalah salah satu syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia mulai tahun 1992.

Oleh yang demikian, syarikat Proton Holding ini mempunyai latar belakang dan

kedudukan yang baik dipasaran menyebabkan ia terus kekal dalam industry pembuatan kereta

sehingga hari ini iaitu selama 27 tahun.


S O A L A N 1 ( b)(ii)
Berdasarkan kos pengeluaran dan unit pengeluaran yang anda telah dapatkan daripada

syarikat, aplikasikan kaedah tinggi – rendah dan tentukan kos berubah seunit , kos tetap

dan fungsi kos bagi syarikat berkenaan.

Syarikat Proton holdings ialah Pengeluar kereta nasional Malaysia. Syarikat ini sentiasa

membuat pengeluaran kereta-kereta yang pelbagai jenis dengan harga tertentu. Berikut adalah

jumlah penjualan kereta dan anggaran pengeluaran unit kereta oleh syarikat Proton Holdings

dari tahun 2004 hingga tahun 2005.

Tahun Pengeluaran Kereta (Unit) Jumlah Jualan (RM)

2004 151758 6,470,347,000

2005 199526 8,141,045,000

2006 179923 7,796,932,000

2007 117796 4,911,841,000

2008 126539 5,621,594,000

Langkah Pertama : Kenal Pasti tempoh yang mempunyai tahap aktiviti yang paling tinggi

dan paling rendah.

Berdasarkan maklumat diatas , tahap aktiviti yang paling tinggi ialah pada tahun 2005 iaitu

mempunyai pengeluaran kereta sebanyak 199526 unit dan jumlah jualannya mencapai

8,141,045,000. Tahap aktiviti yang paling rendah ialah pada tahun 2007 iaitu pengeluaran

kereta sebanyak 117796 unit dan jumlah jualannya pula sebanyak RM 4,911,841,000.
Langkah 2: Analisis perubahan dalam kedua – dua aktiviti ini untuk menganggarkan kos

berubahnya.

Perubahan dalam kos ( RM)


Kos Berubah =
Perubahan dalam aktiviti ( Unit)

RM 8,141,045,000 – RM 4,911,841,000
=
199526 – 117796

RM 3229204000
=
81730

= RM 39,511 seunit.

Anggaran pengeluaran unit kereta dikira seunit RM 39,511.

Langkah 3: Tentukan kos tetap.

Kos tetap boleh dikira dengan memilih titik yang paling tinggi atau paling rendah dan tolak kos

berubahnya daripada jumlah kos.

Titik yang paling tinggi RM 8,141,045,000

Jumlah kos = Kos tetap + kos berubah

RM 8,141,045,000 = Kos tetap + (199526 unit X RM 39,511)

Kos tetap = RM 8,141,045,000 – 7,883,471,786

= RM 257,573,214
Langkah 4: Tentukan fungsi kos

Fungsi kos Y= a + bx

Y = RM 257,573,214 + RM 39,511

Jumlah Kos Jumlah kos


Penjualan kereta kereta seunit
SOALAN 2(a)

Kepada ,

En. Marimuthu

Pengarah Urusan AIM Joo Steel Berhad.

Per: LAPORAN PEMERHATIAN GELAGAT KOS

Laporan ini adalah disediakan berikutan perbincangan tuan bersama saya pada 07 March

dimana tuan telah meminta saya mengkaji dua perkara penting mengenai gelagat kos. Terdapat

dua isu penting yang dikaji iaitu berkaitan “Kos Tetap adalah berubah kerana peningkatan

dalam tahap aktiviti(pengeluaran) menyebabkan jumlah kos berkurangan” dan

“Pengekosan berubah sesuai bagi syarikat dan kos tetap boleh menjaga sendiri”

ISU PERTAMA

KOS TETAP ADALAH BERUBAH KERANA PENINGKATAN DALAM TAHAP

AKTIVITI(PENGELUARAN) MENYEBABKAN JUMLAH KOS BERKURANGAN.

Setelah menganalis isu yang dikemukakan oleh tuan , saya dapati konsep adalah tidak tepat

dan berbeza dengan keadaan sebenar. Kos tetap adalah kos yang malar dan tidak dipengaruhi

oleh perubahan dalam tingkat aktiviti dalam satu jangka masa tertentu. Contoh kos tetap adalah

seperti, gaji penyelia dan pengurus pengeluaran, susut nilai jentera diguna dalam aktiviti
pengeluaran, iklan dalam akhbar atau media lain , insurans kilang dan lain lagi. Kos tetap juga

tidak mempengaruhi berkurangnya jumlah kos walaupun aktiviti meningkat.

Kos Tetap

Aktiviti ( Unit)

Graf Diatas Menunjukkan Perkaitan Diantara Aktiviti Dengan Kos Tetap

Kos berubah pula ialah kos yang berubah dengan kadar langsung dengan tingkat aktiviti. Kos

berubah yang akan mempengaruhi jumlah kos kurang atau meningkat mengikut tahap

pengeluaran (aktiviti) syarikat pada suatu masa. Contoh kos berubah adalah seperti bahan

langsung yang digunakan untuk mengeluarkan seunit keluaran , Kos buruh langsung untuk

mengeluarkan seunit keluaran , dan komisen yang dibayar kepada jurujual ( berdasarkan

jualannya pada suatu masa). Perkaitan mengenai Kos berubah dengan Aktiviti ditunjukkan

dalam graf dibawah.

Kos Berubah

Aktiviti ( Unit)

Graf Menunjukkan Perkaitan Antara Kos Berubah Dengan Aktiviti .


Dalam hal menganggarkan Fungsi kos , Kaedah Tinggi Rendah digunakan untuk

mengasingkan kos kepada kos berubah dan kos tetap dengan menganalisis perubahan antara

kos yang paling tinggi dan paling rendah.

Kos berubah dikira dengan formula ,

Perubahan dalam Kos (RM)


Kos Berubah =
Perubahan dalam aktiviti ( unit)

Kos tetap pula ialah dikira dengan formula,

Kos Tetap = Jumlah Kos – Kos Berubah

Jumlah Kos pula ialah,

Jumlah Kos = Kos Tetap + Kos Berubah

Setelah menganalisis dan memerhati aktiviti dan kos yang terlibat dalam pengeluaran syarikat ,

saya dapati Kos tetap adalah sama dan ia tidak pengaruh pada aktiviti pengeluaran. Jumlah kos

adalah berubah mengikut pengeluaran dan aktiviti syarikat pada suatu masa tertentu. Ia akan

berkurang jika jumlah aktiviti dan pengeluaran syarikat kurang dan ia akan mencatat jumlah kos

yang tinggi jika aktiviti dan pengeluaran ditingkatkan daripada yang biasa. Dalam isu ini saya

berpendapat konsep pihak tuan adalah tidak tepat dan ia sebenarnya apa yang saya terangkan

diatas.
ISU KEDUA

PENDEKATAN PENGEKOSAN BERUBAH MESTILAH SESUAI BAGI SYARIKAT KERANA

APA YANG MESTI DIBIMBANGKAN ADALAH KOS TETAP BOLEH MENJAGA KOS

SENDIRI.

Setelah mengkaji dan memerhati isu yang dibincangkan oleh tuan bersama saya, saya

setuju dengan pendapat tuan terhadap isu diatas. Pengekosan berubah adalah penting dan

sesuai untuk syarikat ini sebab konsep pengekosan berubah adalah untuk membantu pihak

pengurusan dalam hal membuat perancangan dan pembuatan keputusan. Laporan pengekosan

berubah adalah untuk pengunaan dalaman syarikat sahaja dan tidak boleh digunakan untuk

tujuan pelapor luar.

Pengekosan Berubah menerangkan bahawa, hanya kos pengilangan berubah sahaja

yang diperuntukan kepada pengeluaran. Kos keluaran yang dimaksudkan ialah Kos buruh

langsung ,buruh langsung dan overhed kilang berubah. Dalam hal mengunakan pengekosan

berubah , kos tetap dan kos berubah perlu diambil kira. Kos berubah dalam pegekosan adalah

patut diberi perhatian kerana ia akan mempengaruhi kos pengeluaran sepenuhnya dan kos

tetap masih kekal walaupun ada perubahan dalam aktiviti & pengeluaran syarikat.

Contoh penyediaan pernyata pendapatan dengan mengikut pengekosan berubah:-

Firma mengeluarkan 10,000 unit keluaran yang dijual pada harga RM 45 seunit. Kos yang

berkaitan dengan aktiviti pengilangan , penjualan dan pentadbiran adalah seperti berikut:-

Jumlah Kos Bil.Unit Kos Seunit


Kos pengilangan
Berubah RM200,000 10,000 RM 20
Tetap RM100,000 10,000 RM 10
Jumlah kos RM300,000 RM 30
Jumlah Kos Bil.Unit Kos Seunit
Belanja menjual dan mentadbir
Berubah RM 50,000
(RM 5 setiap unit dijual)
Tetap RM 30,000
Jumlah RM 80,000

Berdasarkan jadual diatas,

PENGEKOSAN BERUBAH PENGEKOSAN SERAPAN

Keluaran RM 20 ( Kos berubah) RM 30 ( Kos berubah + Kos tetap)

Contoh penyata pendapatan pengekosan berubah berubah adalah seperti berikut,

(RM) (RM)

Jumlah (10,000 x RM45) 450,000


Kos barang dijual berubah ( 10,000 x RM20) 200,000
Margin Pengilangan 250,000
Belanja menjual dan mentadbir berubah 50,000
Margin Caruman 200,000
Kos Tetap:
Kos Pengilangan 100,000
Belanja menjual dan mentadbir 30,000 130,000
Pendapatan Operasi 70,000

Dengan contoh yang diberikan diatas mengenai kaedah pengekosan berubah, kita dapat

membezakan kos tetap dan kos berubah aktiviti pengeluaran firma pengilangan. Dalam kaedah

ini juga Margin Caruman ditunjukan dimana adalah untuk membezakan jumlah jualan dengan

jumlah kos berubah dalam aktiviti pengeluaran firma. Margin caruman yang dinyatakan dalam

pernyata pendapatan diatas adalah mempengaruhi keuntungan dan kerugian pada kos

pengeluaran firma. Margin Caruman yang melebihi kos tetap akan menyumbangkan

keuntungan kepada firma dan margin caruman yang rendah daripada kos tetap akan

menyebabkan firma mengalami kerugian.


Terdapat satu lagi cara untuk menyediakan pernyata pendapatan sesuatu firma iaitu dengan

kaedah Pengekosan Serapan. Kaedah Pengekosan Serapan adalah sebenarnya mengandungi

maklumat mengenai semua kos pengeluaran yang diperuntukkan kepada keluaran bagi tujuan

penyediaan pernyata kewangan untuk pihak luar. Kaedah ini adalah penting untuk pengguna

luar atau pelabur yang ingin melabur dalam firma pengeluaran ini.

Oleh yang demikian, saya dapat simpulkan bahawa , Kaedah pengekosan berubah adalah

amat membantu pihak pengurusan syarikat kita supaya dapat menilai corak gelagat kos untuk

setiap unit kos . Membantu dalam penyediaan belanjawan berubah. Disamping itu juga pihak

pengurusan syarikat dapat mempelajari pembuatan keputusan dalam urusan merancang

untung dan pengagihan sumber – sumber . Ia juga mendedahkan maklumat untuk menganalisis

kos volum untung dimana ia adalah satu teknik yang mengkaji secara sistematik hubungkait

antara harga jualan, volum jualan dan kos supaya dapat dirancang.

Setelah mengkaji dan menganalisis isu kedua yang dikemukakan oleh pihak tuan, saya dapati

kaedah pengekosan berubah adalah amat sesuai bagi pihak pengurusan syarikat dalam hal

menjalankan aktiviti pengeluaran yang menguntungkan pada setiap masa disamping

mengetahui gelagat kos bahawa , kos berubah yang mempengaruhi dan kos tetap yang tidak

mempengaruhi kos pengeluaran syarikat seperti yang dinyatakan oleh tuan sebelumnya.
1) Badriyah Minai; Mazlina mustafa.(2007).BDAP 2203 Asas Perakaunan Pengurusan.

(Edisi Keempat).Kuala Lumpur.Open Universiti Malaysia.

( Versi Bahasa Malaysia )

2) Badriyah Minai; Mazlina mustafa.(2007).BDAP 2203 Asas Perakaunan Pengurusan.

(Edisi Keempat).Kuala Lumpur.Open Universiti Malaysia.

( Versi Bahasa Inggeris )

3) Prof.Dr. Arfah Salleh; Badriyah Minai.(2006).BDPK 3103 Asas Perakaunan

Kewangan.(Edisi Kedua).Kuala Lumpur.Open Universiti Malaysia.

( Malay Version )

4) Konsep Perakaunan.[Online].Available :

http://res.hkedcity.net/general/0003/95/55/Accounting_Concept.ppt

5) Asas Konsep Perakaunan.[Online].Available :

http://tutor2u.net/business/accounts/accounting_conventions_concepts.htm

You might also like