Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LATAR BELAKANG POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

Polis Diraja Malaysia yang lebih dikenali sebagai PDRM ialah sebuah pasukan
polis Malaysia yang terdiri daripada 111,450 orang pegawai dan anggota serta
beribu pejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Polis Diraja Malaysia
telah ditubuhkan pada 25 Mac 1807 sehingga detik ini yang berkuatkuasanya
‘Charter Of Justice’. Pada tahun 1946, penggabungan pasukan polis telah
diwujudkan tetapi secara berasingan iaitu Pasukan Polis Negeri-negeri Selat,
Pasukan Polis Negeri-negeri Bersatu dan Pasukan Polis Negeri-negeri tidak
Bersekutu. Polis Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 menjadi nama rasmi
di Tanah Melayu seterusnya ditukar kepada Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu
selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan sewaktu pembentukkan
Malaysia pada tahun 1963, Polis Diraja Malaysia menjadi nama rasmi sehinggalah
sekarang. Pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisian dari polis
tugas am (General Duties) ke perisikan adalah dibawah bidang kuasanya. Kini,
Ketua Polis Negara iaitu jawatan tertinggi di Polis Diraja Malaysia disandang oleh
Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh
Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor. Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu
oleh kumpulan sokongan yang terdiri daripada Polis Tambahan, Sukarelawan
Simpanan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. PDRM turut
mengadakan kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara termasuk negara
jiran yang terdekat iaitu Kepolisian Republik Negara Indonesia, Polis Diraja Thailand,
Polis Diraja Brunei, Polis Diraja Singapore, Polis Kebangsaan Filipina dan
Keselamatan Awam Polis Vietnam.

Lambang Polis Diraja Malaysia


OBJEKTIF
Polis Diraja Malaysia akan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-
undang, ketenteraman awam dan keselamatan negara. Selain itu, PDRM juga akan
mengawal dan membanteras jenayah dan ancaman dadah/bahan bagi
mengurangkan kegusaran masyarakat. Di samping itu, Polis Diraja Malaysia
mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengumpulan risikan keselamatan
serta penyampaian perkhidmatan awam. Mereka juga akan melaksanakan konsep
“total policing” yang melibatkan penyertaan masyarakat dan lain-lain stakeholders
justeru mengotimumkan pengguna sumber manusia dan aset dalam pelaksanaan
tugas-tugas kepolisian.

STRUKTUR ORGANISASI
Struktur organisasi yang paling tertinggi ialah Pusat Bukit Aman yang dikenali
sebagai Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman merupakan Pusat Pentadbiran
PDRM seluruh negara. Seterusnya diikuti dengan Negeri Kontijen sebagai Ibu
Pejabat Negeri Kontijen (IPK) bagi 14 Kontinjen yang diketuai oleh Peseruhanjaya
Polis bagi Sabah dan Sarawak. Selepas itu, Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah
dikenali sebagai IPD dan sebanyak 157 Daerah Pentadbiran Polis di seluruh negara
serta diketuai oleh Ketua Polis Daerah (KPD). Akhir sekali ialah Balai yang dikenali
sebagai Balai Polis dan diketuai oleh Ketua Polis (KPB) yang bertaraf Koperal.

VISI
Meneraju bagi mengekalkan Malaysia selamat, aman dan sejahtera.

MISI
Memberi perkhidmatan professional dan berkualiti dalam melindungi negara bagi
menjamin negara masyarakat selamat, aman dan sejahtera.
PENUTUP
Latihan dan pembangunan merupakan elemen yang penting untuk meningkatkan
prestasi kerja. Hal ini demikian kerana, sekiranya prestasi kerja dapat ditingkatkan,
maka akan berlaku peningkatan di dalam kualiti dan kuantiti kerja. Selain itu, ia juga
mempunyai banyak manfaat kepada organisasi, masyarakat dan juga individu.
Menurut Lyton & Pareek (1990), latihan dapat membantu individu atau pekerja
untuk meningkatkan prestasi mereka. Manakala pembangunan pula melibatkan
pemahaman, kemahiran, dan tindakan individu. Fatid (1995), latihan dan
pembangunan dapat membantu individu meningkatkan pengetahuan, dan
menjadikan mereka seorang yang peka dengan situasi semasa dan situasi
sekelilingnya. Sebagai seorang masyarakat yang berakauntabiliti, kumpulan kami ini
mengharapkan industri latihan dan pembangunan dapat berkembang maju
terutamanya untuk golongan muda yang baru saja menamatkan institusi pengajian
mereka agar mereka dapat dilatih dengan lebih awal justeru akan meningkatkan dari
segi kualiti pekerja dan sebagainya.

You might also like