Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN

TEL : 06-685 1218


FAX : 06-685 8178

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
(AF-031-4)
PROGRAM /
EKSEKUTIF AKUAKULTUR
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL EMPAT (4)

NO. DAN TAJUK UNIT M 05 URUS PENGENDALIAN HASIL TUAIAN


KOMPETENSI / AKUAKULTUR
COMPETENCY UNIT NO. M 06 URUS PEMASARAN HASIL TUAIAN
AND TITLE AKUAKULTUR

NO. DAN PENYATAAN 05.01 MENYEDIAKAN JADUAL TUAIAN


AKTIVITI KERJA / 05.02 TADBIR AKTIVITI TUAIAN
WORK ACTIVITIES NO. 06.01 TADBIR PEMASARAN HASIL TUAIAN
AND STATEMENT 06.02 TADBIR REKOD URUSAN JUALAN

Muka Surat / Page : 01


NO. KOD / CODE NO. AF-031-4/ GAK 801/ P(4/4)
Drp / of : 05

TUJUAN:

Tujuan penerangan ini adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar bagi mentadbir
rekod urusan jualan sesuai dengan ketrampilan yang dinyatakan. Pelajar dikehendaki
memahami penerangan yang diberikan dengan sempurna.

OBJEKTIF:

1. Mendapatkan rekod urusan jualan.


2. Menyemak rekod urusan pemasaran
3. Menyediakan laporan urusan pemasaran
4. Menghantar laporan hasil jualan untuk pengesahan.
NO. KOD AF-031-4/ GAK 801/ P(4/4) Muka : 2 Drpd : 5

PENGENALAN

Pengurusan kolam yang baik adalah faktor penting dalam mencapai kejayaan dalam bidang
akuakultur. Pengurusan yang lemah kan menyebabkan projek akuakultur menemui kegagalan.
Pengalaman masa lepas sangat berguna dan berharga dalam merancang projek yang akan
datang. Oleh itu, untuk menggunakan sepenuhnya pengalaman yang diperolehi, penternak
perlu membuat rujukan.

Oleh itu demi masa depan penternak perlu menyediakan rekod yang berkaitan dengan aktiviti
pengurusan kolam. Rekod yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

REKOD PENGURUSAN KOLAM

Di antara rekod pengurusan kolam yang perlu disediakan ialah

a. Rekod perlepasan benih ikan.

Rekod ini mestilah mengandungi perkara-perkara berikut

 No. Kolam.
 Saiz kolam.
 Jenis benih yang diternak.
 Kadar perlepasan.
 Jumlah ikan yang dilepaskan.
 Tarikh benih dilepaskan.
 Jangka masa ternakan.
 Tarikh ikan dihasilkan.

KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA 2


NO. KOD AF-031-4/ GAK 801/ P(4/4) Muka : 3 Drpd : 5

b. Rekod makanan ikan

Dua jenis rekod yang berkaitan dengan makanan perlu diadakan seperti berikut:

i. Rekod Stok Makanan

 Tarikh pembelian.
 Nama pembekal.
 Jumlah beg makanan.
 Rekod masuk
 Rekod keluar
 Rekod baki
 Tandatangan pegawai berkaitan

ii.Rekod pemberian makanan harian.

Rekod ini perlu disediakan bagi setiap kolam ternakan. Rekodkan jumlah makanan harian yang
diberi kepada ikan bermula dari benih dilepaskan sehinggalah dua hari sebelum kutipan hasil
dijalankan. Rekodkan juga data-data sampling untuk menentukan jumlah makanan yang perlu
diberi untuk tempoh dua minggu selepas sesuatu sampling dijalankan.

REKOD PENYAMPELAN

Rekod penyampelan perlu disediakan dan simpan dengan rapi untuk rujukan di amsa hadapan.
Rekod penyempelan ini meliputi perkara berikut :

a. Tarikh dan masa penyempelan dilakukan


b. Bilangan ikan yang disampel
c. Bacaan berat ikan.
d. Bacaan panjang ikan.
e. Jantina ikan.

KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA 3


NO. KOD AF-031-4/ GAK 801/ P(4/4) Muka : 4 Drpd : 5

f. Umur ikan.

REKOD PEMBELIAN INPUT/STOK

Pembelian input untuk operasi ternakan perlu direkodkan supaya input yang diperlukan
sentiasa mencukupi untuk menjalankan ternakan. Rekodkan jenis input, tarikh dibeli, harga,
nama pembekal dan bilangan di dalam buku stok. Urusan keluar masuk input mestilah
direkodkan untuk memudahkan semakan dan verikasi stok. Stok yang berkurangan boleh
dirancang untuk pembelian input baru.

Peralatan/ Mesin

Jenis Bil. Unit Harga ( RM ) Pembekal

Centrifugal Pump-2 HP 2 RM 2,400.00

Pam Angin ( Blower )- 3 HP 1 RM 1,850.00

Karccher High Water Pressure Jet 1 set RM 1,650.00

Jaring/Tangguk/Grading Mess 3 RM 3,300.00

Peralatan Sistem Kualiti Air 1 set RM 2,680.00

Tangki Oksigen 1 RM 350.00

Peralatan Pembungkusan Benih 10 pack RM 750.00

Timbang-200 kg 1 RM 340.00

Peralatan Proses Pembenihan 8 RM 2,650.00

Bakul Pengumpulan Hasil 10 RM 1,500.00

Peralatan Pejabat 8 RM 3,600.00

JUMALH ( RM ) RM 21,070.00

REKOD JUALAN

KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA 4


NO. KOD AF-031-4/ GAK 801/ P(4/4) Muka : 5 Drpd : 5

Rekod jualan perlu diadakan agar penternak tahu dimana hasil musim lalu dipasarkan. Rekod ini
meliputi tarikh kutipan hasil dijalankan, kepada siapa ikan dijual, harga jualan dan kuantiti hasil
yang telah dijual. Rekod ini penting untuk membuat akaun untung rugi dan perancangan masa
hadapan.

REKOD PENGELUARAN

Rekod pengeluaran bagi setiap kolam perlu disediakan. Ia meliputi jenis ikan yang diternak,
tarikh perlepasan benih, kadar perlepasan, jumlah benih, tempoh ternakan, kadar hidup dan
jumlah pengeluaran.

Rekod pengeluaran keseluruhan ladang setiap tahun juga direkodkan dan bandingkan dengan
pengeluaran keseluruhan tahun-tahun sebelumnya untuk mengetahui samada pengeluaran
tahun semasa meningkat atau sebaliknya.

PENUTUP

Amalan pengurusan kolam yang baik disamping mengamalkan Kod Amalan Baik Akuakultur
boleh menjamin kejayaan seseorang penternak dalam bidang akuakultur. Berdasarkan kepada
rekod-rekod yang disediakan seseorang penternak mampu membuat analisa keatas ladangnya
dan mampu membuat perancangan yang lebih rapi dan teliti. Melalui data dan pengalaman
yang diperolehi pada musim-musim ternakan terdahulu memberi pengajaran dan pengalaman
yang berguna kepada penternak untuk berjaya di masa hadapan.

KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA 5

You might also like