Morfem

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NAMA: 1) NURUL AIN AINA BINTI MOKHTAR

2) NURHAYATI BINTI MOHD SAPERI


UNIT: BAHASA MELAYU 2
SUBJEK: MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TARIKH: 14 JANUARI 2018

TUGASAN 1:
Dengan memberi contoh-contoh yang sesuai, huraikan perbezaan antara
morfem bebas dengan morfem terikat.
Morfem ialah unit tatabahasa yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis.
Morfem terbahagi kepada dua iaitu morfem berbentuk bebas dan morfem berbentuk
tidak bebas atau terikat. Morfem merupakan perkataan yang boleh diperluaskan
fungsinya.
Morfem bebas merupakan morfem atau perkataan yang boleh berdiri dengan
sendiri sebagai kata penuh atau membawa makna keseluruhan kata. Misalnya,
perkataan sekolah, jalan, buku, duduk, tinggal, tanggungjawab, sabar, hidup, dan
kawan. Semua perkataan ini boleh berdiri dengan sendiri tanpa memerlukan imbuhan.
Morfem bebas memiliki jumlah perkataan yang banyak serta sukar untuk disenaraikan.
Sebaliknya, morfem terikat adalah morfem yang wujud bersama-sama dengan
morfem lain iaitu morfem bebas dan morfem jenis ini tidak boleh berdiri dengan sendiri
tetapi perlu didokong dengan morfem bebas. Contohnya, imbuhan mem-, ber-, ter-, di-,
per-, dan sebagainya. Seterusnya, jumlah perkataan terhad dan mudah untuk
disenaraikan. Misalnya, kita boleh mengesan contoh morfem terikat melalui perkataan
bersekolah iaitu imbuhan ‘ber’ sebagai morfem terikat manakala perkataan ‘sekolah’
sebagai morfem bebas yang menyokong morfem terikat. Morfem terikat membawa
makna tatabahasa. Contoh-contoh lain morfem terikat ialah jalanan, lautan, persamaan,
meninggikan, dan lukisan.
TUGASAN 2:
Berdasarkan teks jawapan di atas, kelompokkan perkataan-perkataan tersebut
menggunakan peta grafik mengikut jenis imbuhan.
AWALAN AKHIRAN APITAN SISIPAN
terkecil lautan merupakan -
berfungsi jalanan diperluaskan -
terbahagi lukisan perkataan -
berbentuk keseluruhan -
terikat memiliki -
membawa disenaraikan -
bersama-sama melalui -
didokong persamaan -
terhad meninggikan -
mengesan memerlukan -
bersekolah -
menyokong -
berdiri -

You might also like