Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Elliot 

(1981) - Elliot menyifatkan kajian tindakan sebagai suatu kerangka penilaian


kendiri (framework for self evaluation) dan pendekatan yang digunakan,
mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau
mengubah amalan kendiri dalam lingkungan situasi sosial yang terdiri daripada guru,
pelajar, pentadbir, ibu bapa dan individu-individu lain yang berkepentingan.
Menurutnya, kajian tindakan juga merupakan penyelidikan situasi sosial yang
bertujuan untuk memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri. Definisi yang
selalu dijadikan rujukan, khususnya di Malaysia, ialah kajian tindakan guru berkaitan
dengan permasalahan harian yang dilalui oleh guru, bukannya masalah teoritikal
seperti mana yang dikemukakan oleh penyelidik akademik.

Ebbut (1985) - Ebbut mendefinisikan kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan


yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah
dan memperbaiki amalan pendidikan  melalui tindakan praktis mereka sendiri serta
refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

McNiff (1988) - McNiff mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan


untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan
menggalakkan guru-guru menyedari amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap
amalan-amalan tersebut, dan bersedia untuk mengubahnya. Kajian ini melibatkan
guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka, di samping melibatkan guru-guru
lain.

Cochran & Lytle (1990) -  Cochran & Lytle mentakrifkan kajian tindakan sebagai
penyelidikan berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif guru dan dilaksanakan
oleh guru. Penyelidikan yang dijalankan membolehkan guru meneroka isu-isu yang
menarik perhatian mereka. Pendekatan ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan
sebahagian daripada literatur pendidikan dan seterusnya, secara tidak langsung,
menyumbang ke arah pembinaan struktur pendidikan.

Kember & Gow (1992) - Kember & Gow menyatakan kajian tindakan melibatkan
pengamal (guru) yang cuba membaiki pengajaran mereka melalui lingkaran yang
melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan refleksi.

Calhoun (1993) - Calhoun menyatakan bahawa kajian tindakan boleh dibahagikan


kepada tiga kategori, iaitu kajian tindakan individu (individual action research), di
mana kajian tindakan dilaksanakan oleh guru secara bersendirian; kajian tindakan
kolaboratif (collaborative action research), iaitu penyelidikan yang dilaksanakan oleh
sekumpulan guru dengan individu di institusi pengajian tinggi atau yang setaraf
dengannya; school wide action research, iaitu penyelidikan yang melibatkan seluruh
staf atau guru bersama konsortium sekolah.

McBride & Schostak (1994) - kajian tindakan merupakan refleksi tentang


pengajaran sendiri yang dilakukan dalam satu putaran perubahan, di mana fokus
utama adalah untuk memperbaiki amalan  kendiri.

JENIS KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kajian tindakan


teknikal (technical action research), kajian tindakan praktikal (practical action
research) dan kajian tindakan bebas (emancipatory action research) (Carr & Kemmis
1986; Grundy 1982). Menurut pengkaji-pengkaji ini, tujuan kajian tindakan teknikal
adalah lebih kepada keberkesanan dan kecekapan pendidikan atau lebih tertumpu
kepada produk. Projek di bawah jenis ini (kajian tindakan jenis teknikal) dimulakan
oleh pakar dari luar sebagai fasilitator dan pengamal-pengamal banyak bergantung
pada fasilitator tersebut.

Kajian tindakan praktikal pula adalah melibatkan fasilitator dan pengamal menyelidik
secara bersama dan mengalakkan penglibatan serta refleksi kendiri pengamal-
pengamalnya. Sementara kajian tindakan bebas adalah masih melibatkan fasilitator
dan pengamal penyelidik bersama secara kolaboratif. Kajian tindakan bebas
menggalakkan  tanggungjawab dikongsi sama rata oleh pengamal  dan pengamal
bebas daripada mengikut cara tradisi dan membuat keputusan demokrasi.

Bagi Calhoun (1993) pula, beliau membahagikan kajian tindakan kepada tiga
senario iaitu kajian tindakan individu (individual action research), kajian tindakan
kolaboratif (collaborative action research) dan kajian tindakan seluruh sekolah
(school wide action research). Kajian tindakan individu adalah kajian yang
dilaksanakan secara individu manakala kajian tindakan kolaboratif pula dilaksanakan
oleh kumpulan guru secara sukarela dengan pensyarah universiti. Kajian tindakan
seluruh sekolah adalah kajian yang melibatkan seluruh kakitangan dan guru sekolah
secara bersama melaksanakan kajian.

McNiff et al (2002) membahagikan kajian tindakan kepada tiga pendekatan iaitu,


pertama, pendekatan interpretif (interpretive approaches) iaitu pendekatan yang
mengakui kewujudan pengamal sebagai peserta kajian yang sebenar di dalam
kajian; kedua, pendekatan teoritik kritikal (critical theoritic approaches) iaitu
pendekatan yang membolehkan orang menjadi sedar tentang kekuatan sejarah dan
budaya yang telah mempengaruhi mereka dan situasi serta proses membuat teori
adalah terhad pada kenyataan secara retorik daripada wujud dalam amalan mereka
sendiri; dan ketiga, pendekatan teori hidup (living theory approaches) iaitu
pendekatan yang menggalakkan pengamal sendiri yang mengemukakan
penghuraian dan penjelasan mereka bagi pembelajaran mereka sendiri.

Walau apapun jenis atau senario ataupun pendekatan kajian tindakan yang dikemukakan, tujuan utama
seharusnya adalah untuk menambahbaikkan amalan secara sistematik. Malahan tiga jenis kajian tindakan yang
diutarakan boleh dilihat sebagai peringkat-peringakat perkembangan dalam amalan kajian tindakan . Kajian
tindakan boleh dimulakan dengan kajian tindakan teknikal, perlahan-perlahan berkembang kepada kajian
tindakan praktikal dan seterusnya  kepada kajian tindakan bebas.

You might also like