Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA TAHUN 2021

Tarikh : 13 Januari 2021


Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi
Medium : Google Meet
Tempat : Lokasi masing-masing
Pengerusi : Tn. Hj. Mohd Fadhlee Bin Abdullah (Pengetua)

Kehadiran :

1. Tn. Hj Mohd Fadhlee Bin Abdullah Pengetua


2. Cik Mariyam Binti Ali PK Pentadbiran
3. En. Abdul Baser Bin Shiewthi PK Hal Ehwal Murid
4. Pn. Hjh. Che Hasni Binti Abdul Ghani PK Kokurikulum
5. En. Abdul Bashir Bin Che Senik PK Tingkatan 6
6. Pn. Hjh Ratna Suparmin Binti Abdul Hamid GK Bahasa
7. En. Mohd Nazri Bin Ismail GK Kemanusiaan
8. Tn Hj. Jamaludin Bin Yusof GK Sains & Matematik
9. En. Ahmad Shanusey Bin Sulaiman GK Teknik & Vokasional
10. Pn. Siti Adhiah Binti Ibrahim SU Kurikulum
11. Cik Rohana Binti Mustafa Pen. SU Kurikulum
12. Nur Amalina Bt Mohd Ghazali Kaunselor
13. Pn. Solehah Binti Saari Kaunselor
14. En. Mohamad Bin Tajudin Guru Data/KP Fizik
15. Cik Leong Qing Yi SU Peperiksaan Dalaman (Men. Ren)
16. Tn. Hj. Zulkefli Bin Abdul Rahman SU Peperiksaan Dalaman (Men.atas)
17. Pn. Siti Nor Atiqah Binti Abdul Padzil SU PBS/Penyelaras KSSM
18. Pn. Zubirroh Binti Zulkofli SU Pep. SPM
19. Pn. Noor Hazeanti Binti Awang SU PT3
20. Pn. NurAzzah Bt Mohammad Noor Penyelaras Jadual Waktu
21. Pn. Rahimah Bt Isa Penyelaras SPBT
22. Pn. Farihah Binti Othman KP Bahasa Melayu
23. Pn. Hjh. Norison Binti Md. Noor KP RBT
24. Pn. Ruslita Binti Mohd Ghazali KP Sejarah
25. Pn. Roshimah Binti Ismail KP Geografi
26. En. Hifzulamin Bin Zakaria KP Pendidikan Islam
27. Pn. Maznah Binti Salleh KP Pendidikan Seni Visual
28. Pn. Hjh. Murni Shah Binti Mohamad KP Pendidikan Moral
29. Pn. Nur Azilah Binti Yahaya KP Pendidikan Sivik
30. Pn. Noraini Binti M. Nasar KP Matematik
31. Pn. Hjh. Rosilawati Binti Ab Raman KP Mat. Tambahan
32. En. Badrul Nizam Bin Ahmad @ Nayan KP Perniagaan
33. Pn. Hassyafiroh Binti Shafie KP Prinsip Perakaunan
34. Tn.Hj. Salahuddin Bin Abdul Aziz KP Grafik Komunikasi Teknikal
35. Tn.Hj. Ramzi Bin Rahim KP Kimia
36. Cik Ong Yee Phing KP Biologi
37. Pn. Maudah Binti Ali KP Pendidikan Syariah Islamiah
38. Pn. Zunirah Binti Saad KP Bahasa Arab
39. Pn. Suraiza Binti Ahmad KP Sains

1
40. Cik Lim Chiew Ting KP Bahasa Inggeris
41. En. Ahmad Shahuddin Bin Che Hin KP Al-Quran Sunnah
42. Pn. Khoo Sook Lim KP PJK/PK
43. Pn. Nashiela Bt Rohani @ Abdul Gani KP ASK/SK
44. Pn. Aiza Mazura Bt Mahlid Sipu Zalazan KP BM Ting. 6
45. En. Hishamuddin Bin Abdul Hamid KP Kesusasteraan Melayu Ting. 6
46. Pn. Ismilia Bt Ismail KP Ekonomi Ting. 6
47. Pn. Khairul Bariyah Binti Badrudin KP Seni Visual Ting. 6
48. Pn. Maraziah Bt. Abu Bakar KP ICT Ting. 6
49. En. Mohamad Bin Saleh KP MUET
50. Pn. Hjh. Noraini Bt Ali KP Geografi Ting. 6
51. En. Shafie Bin Ramli KP Peng. Perniagaan Ting. 6
52. Pn. Siti Noor Aishah Binti Hashim KP Pengajian AM
53. Pn. Wan Asma bt Wan Abdul Azizi KP Syariah Ting. 6
54. Pn. Wan Maheran bt Wan Husain KP Sejarah Ting. 6
55. En. Ahmad Kamil Bin Yusoff 78. En. Mustaza Bin Shiewthi
56. En. Zamri Bin Zainal Abidin 79. Pn. Noor Azah Bt Shaari
57. En. Anuar Bin Abdul 80. Pn. Norazlifah Binti Mohd Nor
58. Pn. Azrina Hanim Bt. Amir 81. Pn. Norlida Bt. Yaakob @ Husin
59. Pn. Fatimah Malini Bt Yahya 82. Pn. Norzaini Binti Abdul Rahim
60. Pn. Fitriyah Bt Mat Rejab 83. Pn. Nur Saleena Fazal Binti M. Anwar
61. En. Hizam Azli Bin Harun 84. Pn. Nurul Badri Bt Abdul Wahab
62. Pn. Inthumathy A/P Subramaniam 85. Cik Pauline G. Nathanael
63. Pn. Hjh. Mahiran Binti Yaacob 86. Pn. Noor Islah Bt Ibrahim
64. Pn. Khairul Nisak Bt Abd Majid 87. Pn. Hjh.Rohani Binti Salleh
65. Pn. Mariah Binti Hj. Muhammad Zain 88. Pn. Hj Romlah Binti Hj. Saleh
66. En. Mohamad Redzuan Bin Abd Latiff 89. En. Rosaimi Bin Abd Wahab
67. En. Mohamad Zain Bin Mohamad Noor 90. En. Rossuhardi Bin Md Zain
68. Tn Hj. Mohamad Asri Bin Haji Ahmad 91. En. Rozman Bin Mahat
69. En. Mohd Firdaus Bin Ibrahim 92. Pn. Rusnah Binti Zakaria
70. En. Mohd Hafizolah Bin Mat Hasan 93. Cik Rih Ta A/P Fan Chong
71. En. Mohd Khairul Faez Bin Ismail 94. En. Yusoff Bin Yaakob
72. En. Mohd Muzhar Bin Mohd Yusoff 95. Pn. Syazwani Bt Abu Bakar
73. En. Mohd Nazri Bin Abas 96. Pn. Siti Zalihah Binti Mahasan
74. Tn. Hj. Mohd Sobri Bin Mahmood 97. YM. TG Daniyah Bt Tengku Ismail
75. Tn. Hj. Muhamad Puad B. Ilias@Yahaya 98. Pn. Yuhana Binti Awang
76. En. Mohd Shukri B. Mohd Rejab 99. Pn. Zuzaidah Binti Md Zurki
77. En. Muhamad Zulfadli Bin Omar

MINIT MESYUARAT

I. ALUAN PENGERUSI

1. Tuan Pengetua mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Kurikulum kali


pertama bagi tahun 2021.
2. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
3. Sesi persekolahan 2021 akan dibuka pada 20/01/2021 melibatkan pelajar
tingkatan 1,tingkatan 4, tingkatan 5, tingkatan 5 (2020), tingkatan 6 atas dan
tingkatan 6 atas (penggal 3 2020).
4. Makluman daripada Tuan Pengetua tentang pertukaran staf iaitu kemasukan KPT
baharu, Puan Rafiah bt Lebai Husain dari SK Pulai dan pertukaran En. Nunung bin
Apung ke Institut Perguruan (IPG) Kent, Sabah berkuatkuasa pada 21/01/2021.

2
II. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

5. Tuan Pengetua membentangkan Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Ketiga 2020,


disahkan oleh Tn. Hj. Mohd Sobri Bin Mahmood dan disokong oleh Pn. Hjh Murni
Shah Bt Mohamad.

III. PERKARA BERBANGKIT

6. Merujuk kepada perkara 8, minit mesyuarat kurikulum kali ketiga 2020, pelajar
tingkatan 4 akan menduduki peperiksaan akhir tahun 2020 untuk ‘streaming class’
manakala pelajar tingkatan 5 juga akan menduduki peperiksaan tersebut bagi
penyediaan Headcount 2021 sejurus sahaja sekolah dibuka pada 20 Januari nanti.
Guru-guru penyedia soalan diminta untuk bersedia dengan soalan masing-masing.
7. Merujuk kepada perkara 12, Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada
semua guru kerana tiada masalah atau tunggakan bayaran pada tahun 2020.
8. Merujuk kepada perkara 20, makluman daripada Tuan Pengetua pemantauan
PDPC tetap akan dilaksanakan pada tahun ini. Guru-guru disaran melaksanakan
PDPC PAK 21 dengan menitikberatkan elemen 4K 1N.

IV. PENETAPAN HEADCOUNT PANITIA DAN SEKOLAH

9. Penyediaan Headcount sangat penting dalam membantu pencapaian akademik


pelajar. Justeru peperiksaan akhir tahun 2020 bagi pelajar tingkatan 5 akan
diadakan sejurus sekolah dibuka pada 20 Januari nanti. Keputusan peperiksaan
tersebut akan digunakan untuk penyediaan Headcount 2021.

Makluman dan tindakan: semua guru mata pelajaran

V. PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK

10. Pelajar tingkatan 5 agak ketinggalan kerana guru-guru tidak dapat menghabiskan
sukatan pelajaran tingkatan 4 pada tahun lepas. Justeru guru-guru boleh
memulakan PDPC untuk tahun 2021 dengan menyambung sukatan tingkatan 4
yang tidak sempat diselesaikan untuk 3 bulan pertama (Januari- Mac) tahun ini
kemudian diteruskan dengan sukatan tingkatan 5 atau guru-guru juga boleh
meneruskan dengan sukatan tingkatan 5 hingga selesai kemudian menyelesaikan
sukatan tingkatan 4 kemudiannya.
11. Manakala bagi pelajar tingkatan 5(2020) dan pelajar tingkatan 6 Atas (penggal 3
2020) pula perlu diberi ulangkaji yang lebih intensif. Justeru guru mata pelajaran
dialu-alukan membuat kelas tambahan selepas waktu persekolahan sesi pagi.

Makluman dan tindakan: semua guru mata pelajaran

VI. STATUS PERBELANJAAN PCG


12. Makluman daripada Tuan Pengetua, peruntukan kewangan bagi tahun 2021
mungkin mengambil masa yang lama untuk diperolehi, dijangka akan dapat sekitar
April atau Mei.
13. Namun begitu, perbelanjaan tahun lepas masih berbaki 5 hingga 10 peratus.
Guru-guru yang memerlukan peruntukan kewangan tersebut boleh berhubung
dengan Pn. Azura Halim.
Makluman dan tindakan: semua guru
3
VII. PELAKSANAAN LDP / PLC

14. Pengerusi memaklumkan pelaksanaan LDP adalah minimum sebanyak 5 hari


setahun dan seelok-eleoknya diselesaikan lebih awal sebelum bulan Oktober.
Perbincangan antara guru juga boleh diterima sebagai LDP.
15. Saranan LDP tahun ini dengan memberi keutamaan kepada PLC, Lesson Study,
Learning Walk dan perbincangan antara guru.
Makluman dan tindakan: semua guru

VIII. SEMAKAN BUKU NOTA DAN BUKU LATIHAN

16. Semakan buku nota dan buku latihan murid melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga
5(2021). Kontrak latihan juga perlu disediakan. Guru perlu mengarahkan pelajar
untuk membuat pembetulan bagi kesalahan yang dibuat dalam latihan yang
diberikan.
Makluman dan tindakan: semua guru

IX. PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

17. Pencerapan PDPC guru akan dibuat 3 kali setahun seperti berikut:

Pencerapan kali pertama – sehingga Mac (Kendiri)


Pencerapan kali kedua – sebelum Julai
Pencerapan kali ketiga – sebelum November

18. Guru-guru perlu mengingatkan pencerap masing-masing sekiranya telah terlepas


tarikh pencerapan seperti mana jadual yang telah ditetapkan.
19. Setiap kali dicerap guru-guru diingatkan untuk melaksanakan PDPC Pak 21
dengan memenuhi elemen 4K 1N (Komunikasi, Kolaboratif, Kreatif, Kritis dan
Nilai).
Makluman dan tindakan: semua guru

X. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

20. Guru-guru diberi kebebasan untuk menggunakan medium penulisan Rancangan


Pengajaran Harian (RPH) sama ada menggunakan eRPH, File atau Buku Rekod
Mengajar. RPH tersebut perlu dihantar setiap hujung minggu.
21. Guru-guru juga diingatkan untuk menulis kriteria kejayaan dalam RPH masing-
masing.
Makluman dan tindakan: Semua guru

XI. JADUAL WAKTU GURU

22. Jadual waktu bagi sesi persekolahan 2021 perlu disiapkan segera dan akan mula
digunakan pada 20 Januari nanti.
23. Pelajar Tingkatan 5(2020) akan menggunakan jadual waktu anjal.

Makluman dan tindakan: Guru Penyelaras Jadual Waktu

4
XII. PENGGUNAAN BILIK KHAS DAN MAKMAL

24. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa semua bilik khas mestilah mempunyai
jadual penggunaannya.
25. Kekemasan bilik khas perlu sentiasa dijaga terutama dalam penyusunan dan
penyimpanan barangan dan alatan.

Makluman dan tindakan: Penyelaras Bilik Khas dan semua guru

XIII. UJIAN, PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

26. Peperiksaan perlu dijalankan 3 kali setahun melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga
tingkatan 5.
27. Penyedia soalan perlu mengambilkira Jadual Spesifikasi Item (JSI) dengan nisbah
5 (mudah) : 3 (sederhana) : 2 (sukar).
28. Guru-guru juga diminta untuk membuat analisis item setelah selesai pemeriksaan
dan dibincangkan dengan pelajar.
Makluman dan tindakan: Semua guru

XIV. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

29. Pemungutan buku teks sedang dijalankan kecuali pelajar tingkatan 5 (2020).
Pemungutan buku teks untuk pelajar tingkatan 5 (2020) akan dibuat setelah
peperiksaan SPM berakhir.
30. Pelajar tingkatan 1 hingga 4 akan mendapat buku teks pada hari pertama
persekolahan.
31. Dimaklumkan buku teks yang belum sampai adalah Geografi tingkatan 5, Kimia
dan Kimia DLP tingkatan 5. Guru-guru juga boleh mendapatkan naskah masing-
masing.
32. Guru Mata Pelajaran perlu memastikan buku teks tersebut dibalut dengan kemas.

Makluman dan tindakan: Guru Penyelaras SPBT dan semua guru

XV. PUSAT SUMBER SEKOLAH

33. Tuan Pengetua memaklumkan pada tahun ini berlaku pertukaran guru penyelaras
pusat sumber iaitu Pn. Ruslita Ghazali kepada Pn Noor Islah Ibrahim.
34. Progran NILAM perlu diteruskan dan data NILAM juga perlu sentiasa dikemaskini
kerana data tersebut diperlukan untuk pemantauan dan pertandingan NILAM.

Makluman dan tindakan: SU Nilam dan Penyelaras Pusat Sumber

XVI. KELAS TAMBAHAN / PEMULIHAN / INTERVENSI

35. Tuan Pengetua berharap guru-guru mata pelajaran tingkatan 5(2020) dan 6 Atas
(penggal 3 2020) akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajar
yang akan menduduki peperiksaam awam tersebut.
36. Tuan Pengetua mengalu-alukan guru yang ingin membuat kelas tambahan namun
perlu diteruskan sejurus selepas kelas sesi pagi berakhir. Pelajar tidak dibenarkan
untuk balik kemudian menghadiri kelas tambahan.

5
37. Tuan Pengetua menyampaikan amanat Tuan Pegawai Pendidikan Daerah agar
memastikan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam tersebut untuk hadir
ke sekolah selepas sekolah dibuka pada 20 Januari ini. Sekiranya pelajar tidak
hadir pemantauan harus dilakukan.
38. Guru-guru juga digalakkan untuk meneruskan program intervensi yang tergendala
pada tahun lepas.
Makluman dan tindakan: Semua guru

XVII. MEMELIHARA MASA INSTRUKSIONAL

39. Guru-guru yang perlu bertugas di luar atas permintaan KPM, JPN atau PPD perlu
meninggalkan tugasan kepada pelajar atau berjual beli jadual waktu dengan rakan-
rakan.

XVIII. SUKATAN PELAJARAN / DSKP

40. Guru-guru dibenarkan menjalankan PDPC dengan menyambung sukatan yang


tidak dapat diselesaikan pada tahun lepas sehingga bulan Mac kemudiannya
disambung dengan sukatan semasa terutamanya melibatkan pelajar tingkatan 5
(2021).
Makluman dan tindakan: Semua guru

XIX. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN KONTRAK LATIHAN


41. Tuan Pengetua mengingatkan semua guru bahawa rancangan pengajaran
tahunan (RPT) adalah sangat penting dalam penyediaan RPH dan perlu
disediakan.
42. Guru-guru juga hendaklah menyediakan kontrak latihan dan ditampal pada buku
latihan pelajar. Latihan yang diberikan kepada pelajar hendaklah berdasarkan
kontrak tersebut.
Makluman dan tindakan: Semua guru

XX. HAL-HAL LAIN

43. Cadangan untuk mengecat bangunan sekolah melibatkan bilik guru atas, blok
tingkatan 3 dan blok tingkatan 5.
44. Kerja-kerja pembinaan padang sekolah akan dilakukan pada bulan Januari 2021.
45. Tuan Pengetua memohon wakil guru yang terlibat dengan program menternak
kelulut menyediakan kertas kerja untuk program berkenaan yang akan dihantar
kepada Pejabat Peladang Daerah.
46. Makluman dari Tuan Pengetua, guru ganti Bahasa Inggeris diperlukan namun
hanya ada guru ganti RBT disediakan. Khidmat guru ganti RBT tersebut akan cuba
diperolehi bagi menggantikan guru yang akan bersara.
47. Setiausaha LDP sekolah, En. Ahmad Kamil bin Yusof menjelaskan keperluan guru
untuk mengikuti LDP minimum 42 jam kredit walau pun setakat ini tiada arahan
rasmi diterima. Guru-guru juga boleh mengisi sendiri kursus yang dihadiri dalam
sistem SPLKPM masing-masing yang melibatkan PLC, pembacaan buku dan
pementoring. SU LDP hanya akan mengisi kursus yang dianjurkan di peringkat
sekolah.

6
48. SU LDP juga mencadangkan guru-guru agar menghadiri kursus melibatkan
pelbagai item (rujuk sistem SPLKPM).
49. Penolong Kanan Tingkatan 6, En. Abdul Basir bin Che Senik mohon kekosongan
guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 6 diisi segera kerana pelajar-pelajar
akan menduduki peperiksaan dalam masa terdekat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 tengah hari.

DICATAT OLEH, DISEMAK OLEH,

Siti Adhiah Mohd Fadhlee bin Abdullah


........................................ .........................................................
(SITI ADHIAH BINTI IBRAHIM) (MOHD FADHLEE BIN ABDULLAH)
Setiausaha Kurikulum, Pengetua
SMK Baling SMK. Baling

You might also like