Notis Berhenti Bekerja

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MUHAMMAD FARIQUE AZIM SHAH B.

ABDUL RAHMAN
M2-1-87, Blok 2, Pangsapuri Baiduri,
Persiaran Institut, Seksyen 7,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 20 November 2010
No. Tel : 013-4035837

NAMA BOS
Nama Jawatan
Nama Syarikat

Tuan,

Per: Notis Berhenti Kerja

Merujuk kepada perkara di atas, saya Muhammad Farique Azim Shah B. Abdul Rahman (No. Pekerja:
****), ingin memaklumkan kepada pihak Tuan bahawa saya akan berhenti kerja mulai 22hb November
2010.

2. Saya berbuat demikian adalah kerana saya telah mendapat tawaran untuk menyambung semula
pelajaran. Untuk makluman pihak Tuan, tarikh kemasukan dan pendaftaran saya ke pusat pengajian
yang dtawarkan telah dijadualkan pada 29 November 2010. Oleh yang demikian, saya harus berhenti
bekerja lebih awal bagi menguruskan beberapa perkara penting.

3. Saya ingin memohon seribu kemaafan kerana notis ini saya berikan dalam masa yang amat suntuk
dan mungkin menyukarkan pihak Tuan dalam mencari pekerja yang baru bagi menggantikan tempat
saya. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Tuan kerana telah memberikan
peluang serta kepercayaan kepada saya untuk bekerja di syarikat ini. Saya telah menimba pelbagai
pengalaman yang berharga sepanjang tempoh bekerja.

4. Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama
dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

…………………………………………………………………….
MUHAMMAD FARIQUE AZIM SHAH B. ABDUL RAHMAN
(No. KP : ************ )

You might also like