Pembinaan Negara Bangsa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Pembinaan Negara Bangsa

Pengenalan

- Menurut Kamus Dewan (1994:924), negara-negara bangsa sebagai negara berdaulat yang
didiami oleh satu bangsa.
- Pembinaan negara pula adalah merupakan sastu proses mewujudkan ‘semangat kenegaraan’
atau perasaan ‘kekitaan’ (semangat berkerjasama atau bantu membantu dalam sesuatu
kumpulan @ masyarakat) dikalangan semua penduduk sesebuah negara.
- Ia bererti mewujudkan sentimen satu bangsa dan satu negara serta melahirkan keperibadian
bangsa.
- Setiap negara harus melalui tiga tahap perkembangan dalam proses pembangunan negara
bangsa (Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, 2003:19), iaitu:
1. Pembentukan kuasa pusat (centre of formation) yang merujuk kepada usaha-usaha
menguatkuasakan kewibawaan awam ke seluruh negara.
2. Pembentukan negara (state formation) dengan tujuan memupuk rasa sepunya,
patriotisme dan semangat kesetiaan di kalangan rakyat.
3. Pembangunan negara bangsa (nation building) yang merujuk kepada usaha
menggerakkan seluruh sumber manusia dan material bagi mencapai kemajuan dan
perpaduan.

Negara Bangsa

Elemen-elemen penting kewujudan sesebuah negara:

1. Penduduk – (rakyat @ populasi)


- Setiap negara wujud apabila rakyat ataupun penduduk yang mengakui dan mengiktiraf bumi
yang dipijak ataupun wilayah yang didiami sebagai tanah leluhurnya.
- Menurut AC Kapur (2001), rakyatlah yang membina sebuah negara.
- Tanpa rakyat, negara tidak wujud

2. Wilayah – (sempadan)
- Wilayah sering dirujuk sebagai tanah leluhur ataupun tanah tumpah darah ataupun tempat
kelahiran dan berkembangnya sesebuah bangsa.
- Pembentukan wilayah selalunya berlandaskan kepada keadaan geografi seperti bukit-bukau,
gunung-ganang, sungai, lembah atau laut (AC kapur 2001

3. Kerajaan
- Kerajaan adalah lambang kehidupan kelompok manusia dalam keadaan yang teratur dan
tersusun serta bersistem.
- Tanpa kerajaan, kehidupan adalah sukar kerana berlaku perpecahan dan perebutan kuasa.
- Ia juga boleh menyebabkan berlakunya penindasan daripada bangsa lain dan sekaligus tidak
akan wujud sebuah negara yang baik.

4. Kedaulatan
- Kedaulatan adalah pengiktirafan negara-negara lain di sekelilingnya ataupun pihak
antarabangsa.
- Menerusi kedaulatan kewujudan bangsa dan wilayah serta sempadannya akan dihormati.
- Ia memudahkan kerjasama politik, ekonomi dan sosial yang boleh membawa kepada kemajuan
negara.

Apa Itu Bangsa?

 Maksud bangsa ialah kewujudan kumpulan manusia tertentu dengan diikat oleh beberapa ciri
persamaan berasaskan kelahiran, keturunan @ unsur-unsur jasmani, politik dan sosial.
 Kumpulan manusia dalam satu ikatan tatanegaraan, contohnya bangsa Malaysia.
 Mereka berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.
 Mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan dan undang-
undang negara.
 Kenyataan Tun DR. Mahathir Mohamad
- “Membentuk satu bangsa yang bersatu padu serta mempunyai satu masa depan yang
sama dan dikongsikan bersama. Bangsa ini mestilah sejahtera dan bersepadu, baik dari
segi wilayah atau kumpulan etnik, hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan
cara yang sebenar serta adil. Bangsa ini hendaklah terdiri dari daripada satu ‘Bangsa
Malaysia’ yang kesetiaan politiknya serta kebaktiannya tertumpu kepada bangsa
tersebut.”
Masyarakat
bersatu padu
tanpa faham
perkauman

Asas utama
kewujudan
negara
bangsa
Kepercayaan
pada Ideologi
pemerintahan demokrasi
dan undang- liberal
undang

Faktor Asas Kewujudan Negara Bangsa

Nasionalisme
 Perasaan cinta kepada tanah leluhur
 Dilahirkan menerusi tindakan seperti penentangan terhadap penjajah asia
 Melalui sentimen kebangsaan seperti menyanyikan Lagu Kebangsaan atau menaikkan
bendera negara
 Elemen Penting pemangkin pembentukan negara bangsa
Patriotisme
 Lanjutan daripada perasaan cintakan tanah leluhur @ ‘Motherland’.
 Hadir selepas wujudnya nasionalisme
 Elemen penting berkenaan kasih serta kessedaran seseorang terhadap
kewarganegaraanya dan cintakan tanah air.
 Kemuncak, kesetiaan teragung oleh rakyat yang bersedia berkorban nyawa untuk tanah
air tercinta.
Integrasi
 Proses mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
 Integrasi terdiri daripada integrasi daripada integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan,
sosial, pendidikan dan politik.
 Perkara asas dalam proses pengukuhan perpaduan dan penyatuan masyarakat.
 Bermatlamat menghilangkan perasaan perkauman atau kenegerian atau apa jua
fahaman kebangsaan yang sempit.

Faktor penggalak kewujudan negara bangsa

Nasionaliti
 Kewarganegaraan
 Mewujudkan satu bentuk identiti kepada semua rakyat
 Contoh: Kad Pengenalan
 Konsep: Pemilikan nilai bersama
 Faktor kebersamaan dan perasaan berkongsi milik dalam hal seperti Budaya
Kebangsaan, Sistem Politik dan Bahasa (menjadi asas penyatuan)

Demokrasi
 ‘Daripada rakyat untuk rakyat kepada rakyat’
 Alat mewujudkan keutuhan pentadbiran dan direstui seluruh rakyat
 Kekuatan demokrasi dalam pembentukan negara bangsa – Pemberian hak kepada
semua warganegara berkongsi ideologi yang satu dalam memilih pemerintah.
Faktor Ancaman Kewujudan Negara Bangsa

I. GLOBALISME
 ‘Dunia Tanpa Sempadan’
 Setiap negara terpaut kepada jaringan aliran maklumat secara global yang ditunjangi
kecanggihan teknologi
 Sempadan negara bangsa akan berakhir

II. NEO-FEUDALISME
 Sistem Konservatif berkaitan pemerintahan yang terbentuk dalam cara baru masa kini.
 Sistem Feudalisme – Siste pemerintahan oleh golongan elit yang menguasai segala
aspek ekonomi, politik dab sosial sesebuah negara.

You might also like