Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

EDU 3101

FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA


TAJUK 9

Nordin Tahir, JIP


Perjuangan Insan Pendidik
(Ahli-ahli Falsafah)
• Plato
• Rosseau
• Confucius
• Lao Tze
• Al-Ghazali
Rujuk dan kumpulkan maklumat tentang Ahli-
ahli falsafah tersebut dan bincangkan
peranan /sumbangan mereka dalam
pembinaan modal insan
Nordin Tahir, JIP
Perjuangan Insan Pendidik
(Tokoh –tokoh Pendidik Barat dan Timur)
Tokoh-tokoh Pendidik Barat:
- John Dewey
-Maria Montessori Rujuk dan
-Jean Piaget kumpulkan
-Carl Rogers maklumat tentang
-Albert Bandura
Tokoh-tokoh Pendidik Timur:
tokoh-tokoh
-HAMKA -Confucius pendidik tersebut
-Lao Tze - dan bincangkan
Tokoh-tokoh Pendidik Negara: sumbangan/peranan
-ZA’BA
-Burhanuddin Helmi mereka
-Aminuddin Baki dalam pembinaan
-Awang Had Salleh modal insan
Nordin Tahir, JIP
Ahli Falsafah Pendidikan
Socrates(469 -399 SM)
• Seorang yg cenderung kpd penaakulan
kritikal dan komitmen terhadap ketelusan
• Pernah menjadi askar kemudian sbg
pengukir batu
• Sentiasa berbincang ttg ilmu, nilai, politik
dsb bersama golongan muda
• Sbg Mahaguru Athens kerana keikhlasan
berkongsi ilmu tanpa balasan material.

Nordin Tahir, JIP


Ahli Falsafah Pendidikan
Plato (427 – 347 SM)
• Anak murid Socrates dan guru kpd Aristotle
• Karya (Dialoge dan Republic)berkaitan disiplin iaitu
etika, falsafah politik, psikologi moral, epistemologi dan
metafizik
• Tubuh sek sendiri di Athens sbg academi dan digelar
universiti pertama di Eropah
• Menawarkan satu kurikulum m/p spt astronomi, biologi,
matematik, teori politik dan falsafah
• Berkhidmat di sek tersebut sehingga meninggal dunia
• Pendapat beliau tentang peranan guru, guru mesti
perihatin dan menjaga kebajikan murid, pendidikan sbg
satu entiti moral, maka guru b/tgjwb menyampai ilmu.
Guru juga perlu mengenal pasti tahap dan had ilmu yg
berasaskan kebenaran dan nilai.

Nordin Tahir, JIP


Aristotle (384 – 322 SM)
• Anak murid Plato dan guru kpd Iskandar Dzulkarnain
• Penulisan beliau berkaitan pendidikan, sastera, fizik,
metafizik, puisi, logik, retorik, politik, etika, biologi
dan zoologi.
• Sbg guru di sek Academy , mengajar m/p
retorik(teknik memujuk)
• Mendirikan sek sendiri bertempat di Lyceum
• Amat komited dan tekun mengajar serta mengarang
risalah yg megandungi idea-idea berfalsafah.
• Kuliah beliau dikategorikan perbincangan terperinci
sebelah pagi utk kump. murid di peringkat lanjutan
dan perbincangan umum sebelah ptg utk kump
awam
• Semasa mengajar gemar berjalan ke sana sini, juga
menjalankan kajian terhadap pelbg m/p sterus
berjaya menubuhkan sebuah perpustakaan utk
menyimpan bahan purbakala.

Nordin Tahir, JIP


Al-Ghazali

• Imam Al-Ghazali: Perintis Falsafah Islam:


• DALAM dunia falsafah Islam, Imam Al-Ghazali merupakan
perintis awal yang sangat terkenal. Beliau yang mendapat
gelaran “Hujjatul Islam” adalah ilmuwan ulung yang sangat
berjasa terhadap perkembangan dunia keilmuan Islam. Nama
lengkap beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Lahir di Tus,
Khurrasan pada tahun 450H. Ayahnya merupakan seorang ahli
sufi yang sangat warak dan kerjanya memintal dan menjual
benang yang ditenun daripada bulu biri-biri dan turut
mendedahkan anak-anaknya dengan asas ilmu tasawuf.
Nordin Tahir, JIP
• Pada mulanya beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya
sendiri dalam bidang Fikah dan kemudian meneruskan kembara ilmu
ke Jurjan. Beliau pernah berguru dengan beberapa orang ulama
terkenal pada zamannya, misalnya Imam al-Juwaini di Naisabur dan
Nizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam al-Muluk, al-Ghazali
diterima mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad disokong
kemahiran bermuhadharah sehingga menjadikan dirinya seorang
Ilmuwan yang amat terkenal dalam bidang Fikah, Ilmu Kalam dan
Falsafah pada zaman tersebut.Sebagai seorang ulama yang
cintakan ilmu, beliau juga sering bermusafir dan mengembara dari
sebuah negara ke negara yang lain bagi menambah ilmu dan
menyebarkannya. Tidak hairanlah jika beliau sangat dihormati oleh
pemerintah Bani Saljuk dan Abbasiah kerana ilmunya yang
mendalam dan mempelopori bidang ilmu falsafah.

Nordin Tahir, JIP


• Imam al-Ghazali berpegang pada prinsip bahawa ilmu dan
keistimewaan para sufi tidak dapat dipelajari melalui buku-buku
sahaja kecuali melalui pengalaman atau me rasainya sendiri.
Falsafah beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri
para intelek Islam seperti ar-Rumi, Ibn Rusyd, Syah waliullah dan
ramai lagi.Setelah beberapa lama mengembara dan
mempertajamkan ilmu serta sikapnya sebagai seorang ulama sufi,
al-Ghazali kembali ke Naisabur atas desakan Fakhrul Muluk, anak
kepada Nizam al-Muluk untuk kembali mengajar di Madrasah
Nizamiyah. Namun tidak beberapa lama setelah itu, Fakhrul Muluk
mati terbunuh dan al-Ghazali kembali semula ke Tus dan membuka
sebuah madrasah bagi menyebarkan ilmu dan mendidik orang ramai
dengan kaedah sufi yang menekankan pendidikan hati.

Nordin Tahir, JIP


• Asas-Asas Falsafah Al-Ghazali:
• Menurut Al-Ghazali falsafah secara ringkasnya dikategorikan kepada
enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik (ketuhanan),
politik, logik dan etika (akhlak). Malah menurutnya Islam tidak
melarang mempelajari ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan ia
tidak ber tentangan dengan Islam sebagaimana dibahaskan di dalam
karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah mengenai fizik dan
metafizik yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa
kawalan.Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teori
falsafah yang dipelopori oleh Aristotles dan Plato terhadap nilai
keilmuan, namun tidak semua beliau terima kerana terdapat
bahagian dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah
Islam.

Nordin Tahir, JIP


• Dalam kitab al-Munqidz Min ad-Dhalal, al-Ghazali menyatakan bahawa para
filosuf yang menganut pelbagai mazhab dan yang membawa pemikiran yang
berciri kekufuran dapat dibahagikan kepada tiga golongan:

a. Golongan ad-Dahriyyah (Aties) - Golongan ini mengingkari adanya Tuhan.


Kata mereka, alam ini ada dengan sendirinya. Seperti haiwan yang ada
melalui mani dan mani dari haiwan tanpa kesudahan lingkarannya, demikian
pula halnya dengan alam ini. Golongan ini adalah zindik.
b. Golongan at-Tobi’iyyah (Naturalis) - Golongan ini memusatkan perbahasan
pada alam fizikal, terutama haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keajaiban yang
mereka temui menjadikan mereka mengakui adanya Pencipta yang Maha
Bijaksana. Golongan ini berpendapat setiap jiwa akan fana dan tidak kembali
lagi. Lantaran itu mereka mengingkari adanya hari akhirat, syurga dan
neraka. Golongan ini juga termasuk zindiq.
c. Golongan al-Ilahiyyah (Theis) Golongan ini muncul daripada dua golongan
yang telah dinyatakan.

Nordin Tahir, JIP


• Adapun dalam bidang ketuhanan al-Ghazali berpendapat pandangan
para filsuf banyak bertentangan dengan agama Islam, sehingga ilmu
dan pemikiran mereka wajib ditolak.
• Untuk maksud tersebut karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah
yang mengemukakan 20 masalah yang tidak sesuai dengan Islam
(meliputi hal kufur dan bidaah) perlu diteliti oleh umat Islam hari ini.
• Konklusi yang dibuat oleh al-Ghazali di dalam perbahasan kitab
tersebut meletakkan tiga aspek pertentangan antara filsuf dan Islam
iaitu:
1. Filsuf menganggap qadimnya alam .
2. Tuhan tidak mengetahui peristiwa-peristiwa kecil yang berlaku di
bumi .
3. Mengingkari kebangkitan semula jasad pada hari akhirat.

Nordin Tahir, JIP


• Sebagai usaha untuk menyingkap pemikiran falsafah al-Ghazali,
orang ramai bolehlah membaca karyanya Tahafut al-Falasifah dan
Maqasid al-Falasifah.
• Perspektif Sarjana Islam Terhadap Al-Ghazali Para Ilmuwan Islam
sama ada yang sezaman dengan beliau atau selepasnya amat
tertarik dengan daya pemikiran dan falsafah yang diketengahkan
beliau untuk tatapan umat Islam. Sebagai seorang pengkritik kepada
filsuf beliau juga tidak terlepas daripada dipertikaikan sebagai
seorang ahli falsafah. Contohnya Ibn Rusyd yang menulis sebuah
buku berjudul Tahafut at-Tahafut sebagai jawapan balas terhadap
dakwaan al-Ghazali yang menentang pemikiran falsafahnya. Walau
bagai manapun perkara ini dianggap sebagai suatu kebiasaan para
ilmuwan mendatangkan hujah dan dalil terhadap perselisihan
pendapat di kalangan mereka.Perkara sebegini juga berlaku
terhadap Plato apabila teori falsafahnya diperbetulkan oleh
muridnya, Aristotles.
Nordin Tahir, JIP
• Selain sarjana Islam, orientalis barat dan penulis-penulis barat juga
sering menulis tentang al-Ghazali.
• Antaranya ialah J.Wensik, Obbermana dan Cara De Vaux lantaran
kekaguman terhadap teori falsafah Al-Ghazali.
• Walaupun begitu mereka yang sering mengikuti perkembangan al-
Ghazali sering memberikan pandangan dan penafsiran yang
berbeza-beza antaranya B.B Mc Donald yang menyifatkan al-Ghazali
sebagai seorang tokoh yang terkenal di dunia Islam sebagaimana
Augustinus dalam dunia Kristian.
• Malah Pascal, filsuf terkenal Perancis sering merujuk kepada
pendapat al-Ghazali dalam falsafahnya.

Nordin Tahir, JIP


Karya Al-Ghazali:
• Hujjatul Islam Imam al-Ghazali adalah ulama dan pemikir Islam yang
sangat produktif dalam penulisan. Jumlah hasil tulisannya sehingga
kini masih tidak dapat ditentukan dengan tepat secara definitif oleh
para penulis sejarahnya. Ini kerana ada di antara kitab-kitabnya yang
telah diterbitkan dan masih ada yang tersimpan dalam perpustakaan
makhtutah negara-negara Arab.
• Abdurahman Badawi mengklasifikasikan karya Al-Ghazali kepada
tiga kategori.
1. Kitab yang dikenal pasti dengan tepat sebagai karya al-Ghazali
berjumlah 72 kitab.
2. Kumpulan yang diragui terdiri daripada 22 kitab.
3. kitab yang bukan karya beliau dapat dipastikan berjumlah 31 kitab.
• Kitab-kitab yang beliau tulis meliputi pelbagai bidang ilmu seperti
ilmu al-Quran, akidah, ilmu kalam, usul fikah, fikah, tasawuf, mantiq,
falsafah, kebatinan dan lain-lain.
Nordin Tahir, JIP
• Karya Al-Ghazali yang sangat berpengaruh ialah:
1. Tahafut al-Falasifah
2. Ihya’ Ulumiddin
3. Al-Munqidz Min ad-Dhalal
4. Miskat al-Anwar
5. Maqasid al-Falasifah
6. Majalis Al-Ghazali
7. Al-Mustazhari
• Hasil karya beliau sering menjadi rujukan terutama dalam bidang falsafah
ialah Tahafut al-Falasifah yang banyak membongkar pemikiran dan
pendirian beliau.
• Karyanya ini merupakan jawapan dan pendirian terhadap falsafah yang
bertentangan dengan akidah Islam. Inilah bukti yang menjadikan beliau ahli
falsafah yang mempunyai keistimewaan. Dalam pencarian hakikat dan
kebenaran yang sering mendorong dirinya menjadi seorang pengkaji yang
bukan hanya mendalami ilmu malah mengamalkan keilmuan dan merasai
dzuq seorang Muslim sejati.
• Imam al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada tahun 505H dalam usia 55
tahun.
Nordin Tahir, JIP
Jean Jacques
Rousseau
(1712-1778)
• Rousseau seorang berbangsa Swiss berasal dari Geneva.
• Karyanya A Discourse on the Moral Effects of the Arts and
Sciences (1754) dan Social Contract (1762).
• Dalam Social Contract beliau telah menghuraikan
pandangannya yang berkaitan dengan falsafahnya. Bagi beliau
manusia perlu menyerahkan hak dan kebebasan peribadi
masing-masing kepada satu badan berdaulat (sovereign body)
yang menentukan bentuk undang-undang yang akan
melindungi mereka sebagai ahli masyarakat yang mempunyai
hak asasi yang sama.
• Ketaatan setiap ahli adalah kepada undang-undang umum
yang telah dipersetujui secara kolektif.

Nordin Tahir, JIP


• Terdapat beberapa implikasi penting yang wujud dalam
pemikiran pendidikan pada Zaman Pencerahan di Barat

i. Kesedaran tentang proses penaakulan manusia sebagai


satu kuasa intelektual yang penting dalam menjana ilmu
pegetahuan yang baru.
ii. Ahli sains dan juga ahli sains sosial mempunyai
tanggungjawab penting untuk membantu dalam usaha
membina masyarakat sebagai intelektual baru atau intelektual
awam (public intellectuals).
iii. Mereka semua berpendapat betapa pentingnya
diwujudkan ruang dalam sistem pendidikan untuk pengajaran
ilmu kemasyarakatan yang merangkumi pelbagai bidang
dalam disiplin sains sosial.

Nordin Tahir, JIP


Para pemikir Zaman Pencerahan telah membuat
beberapa sumbangan penting kepada pertumbuhan
pendidikan seperti ilmu sains sosial di Barat:-

1. Mereka telah membuat penelitian intensif dan


ekstensif tentang sejarah manusia, sifat masyarakat,
sifat manusia dan ciri alam semula jadi.
2. Mereka berjaya mengembangkan sistem
pendidikan Barat dengan mewujudkan ilmu-ilmu
sekular.
3. Mereka telah menggalakkan penubuhan persatuan
ilmiah untuk memulakan wacana isu sosial semasa.

Nordin Tahir, JIP


Perjuangan Insan Pendidik
(Tokoh –tokoh Pendidik Barat dan Timur)
Tokoh-tokoh Pendidik Barat:
- John Dewey
-Maria Montessori Rujuk dan
-Jean Piaget kumpulkan
-Carl Rogers maklumat tentang
-Albert Bandura
Tokoh-tokoh Pendidik Timur:
tokoh-tokoh
-HAMKA -Confucius pendidik tersebut
-Lao Tze - dan bincangkan
Tokoh-tokoh Pendidik Negara: sumbangan/peranan
-ZA’BA
-Burhanuddin Helmi mereka
-Aminuddin Baki dalam pembinaan
-Awang Had Salleh modal insan
Nordin Tahir, JIP
Prof. HAMKA

Nordin Tahir, JIP

You might also like