Nota Geo T1 Bab 5 Bumi

You might also like

You are on page 1of 2

Geografi Tingkatan 1 Bab 5 Bumi

Bumi – planet yang berbentuk sfera dan mempunyai keluasan permukaan 510 juta km persegi dan diliputi 71%
daripada permukaan bumi oleh air dan 24% ialah daratan.

SISTEM FIZIKAL BUMI / Komponen Bumi


1) Atmosfera
– lapisan udara yang menyelubungi bumi, ianya mengandungi pelbagai gas, debu, asap serta wap air.
– terdiri daripada 5 lapisan, Dari atas (eksosfera, termosfera, mesosfera, stratosfera, troposfera).

2) Litosfera – lapisan luar bumi yang merangkumi bahagian kerak bumi dan bahagian atas mantel.
Mengandungi pelbagai jenis batuan dan mineral

3) Hidrosfera – meliputi semua bahagian air yang wujud di bumi

4) Biosfera – kawasan yang didiami oleh semua benda hidup. Melibatkan bahagian kerak bumi dan atmosfera
Struktur Bumi

STRUKTUR BUMI
1) Kerak Bumi
– lapisan bumi yang paling keras dan pejal
– dua lapisan sial dan sima
– sial terletak di bahagian atas kerak bumi membentuk benua di permukaan bumi
– sima terletak di bawah sial dan di dasar lautan

2) Mantel
– terletak di bawah lapisan kerak bumi
– merangkumi dua pertiga jisim bumi
– bersifat pepejal tetapi lapisan luarnya bersifat separa cecair

3) Teras Bumi
– lapisan yang paling dalam
– mengalami tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi
– 2 teras: teras luar dan teras dalam

BENUA, LAUTAN, LAUT & SELAT


Benua – merupakan daratan yang sangat luas pada permukaan bumi.
7 benua di dunia

1) Benua Asia
– benua terbesar di dunia
– meliputi keluasan 55.8 juta km persegi

2) Benua Afrika
– benua kedua terbesar
– 30 juta km persegi

3) Benua Amerika Utara


– benua ketiga terbesar
– 24.5 juta km persegi

4) Benua Amerika Selatan


– benua keempat terbesar
– 17.8 juta km persegi

5) Benua Antartika
– terletak paling selatan
-14 juta km persegi
6) Benua Eropah
– benua kedua terkecil
– 10.4 juta km persegi

7) Benua Australia
– benua paling mendatar
– 7.6 juta km persegi

Lautan
1) Lautan Pasifik
– lautan terbesar di dunia
– purata kedalaman 4300m

2) Lautan Artik
– lautan terkecil dan tercetek di dunia
– terletak berdekatan dengan kutub utara

3) Lautan Atlantik
– lautan kedua terbesar
– memanjang dari utara ke selatan dan membentuk seakan-akan huruf ‘S’

4) Lautan Hindi
– lautan ketiga terbesar
– bersempadan dengan benua Asia, Afrika dan Australia
– kedalaman 3,900m

5) Lautan Selatan
– lautan yang mengelilingi benua Antartika

6) Laut China Selatan
– terletak dalam lingkungan lautan Pasifik
– merangkumi perairan bermula dari selat Melaka hingga ke Selat Taiwan r

7) Laut Sulu
– terletak di bahagian barat daya Filipina, berhampiran Pulau Borneo

8) Selat Melaka
– terletak di perairan antara Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera
– Selat terpanjang di dunia

9) Selat Tebrau
– kawasan perairan sempit yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Singapura

Kesan pergerakan kerak bumi


Plat – plat daratan & plat lautan.
1) Hanyutan Benua
2) Gunung Lipat
3) Gunung Bongkah
4) Gempa Bumi
5) Gunung Berapi

You might also like