Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 39

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION)

WITH HONOURS

SEMESTER JANUARI 2020

HBHE3103

GAYA HIDUP SIHAT

TUGASAN 1 & TUGASAN 2

NO. MATRIKULASI : 771205065584002


NO. KAD PENGNEALAN : 771205065584
NO. TELEFON : 0176212899
E-MEL : pohhar55@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : Temerloh OUM


HBHE3103

KANDUNGAN
Bil Perkara Muka Surat
Tugasan 1 :

1.0 2-3
Pengenalan
2.0 Laporan latar belakang, tahap kesihatan, amalan pemakanan 4-13
dan aktiviti fizikal pelajar
3.0 Cadangan menu makanan seimbang untuk seminggu dan 14-17
jadual aktiviti fizikal serta justifikasinya untuk pelajar
4.0 Brosur panduan makanan seimbang dan aktiviti fizikal 18
5.0 Kesimpulan 19
6.0 Rujukan 20
7.0 Lampiran 21
Tugasan 2 :
1.0 Pengenalan 22
2.0 Refleksi 22-32
2.1Refleksi tentang perkara yang boleh dilakukan keluarga
untuk mengelakkan masalah obesiti di kalangan kanak-
kanak
2.2Refleksi Mengapakah sukar bagi sesebuah keluarga
membuat perubahan?
2.3Refleksi respons tentang bagaimana sekolah boleh
membantu kanak-kanak membuat perubahan
2.4Refleksi respons tentang bagaimana komuniti membantu
kanak-kanak membuat perubahan
2.5Refleksi syor anda sebagai seorang Pengawai Daerah
untuk mengurangkan obesity dalam komuniti anda
3.0 Kesimpulan 33-34
4.0 Rujukan 35
5.0 Lampiran 36

TUGASAN 1

1.0 Pengenalan

Amalan pemakanan yang tidak sihat bermaksud pengambilan makanan yang terlalu
sedikit berbanding keperluan metabolisma badan.

1
HBHE3103

Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Walau


bagaimanapun, masih terdapat juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah
pemakanan. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan
nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh
negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan,
dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.

Obesiti ju merupakan satu masalah kesihatan yang amat serius. Lebih dari 1 billion
penduduk dunia gemuk. Obesiti adalah masalah kesihatan, bukan tanda kekayaan. Ramai
orang dewasa dan kanak-kanak gemuk. Kanak-kanak dan remaja sekarang lebih gemuk
dari dahulu. Ia berbeza dengan tekanan darah tinggi dan kolesterol yang menurun di
kebanyakan rantau.

Pencegahan obesiti harus bermula dengan mendidik dan mewujudkan kesedaran dalam
kalangan ibu bapa. Pemakanan berperanan penting dalam pencegahan obesiti.Kerana
 “Mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat adalah pendekatan penting dalam
menangani obesity.” 

Garis panduan umum dalam mengamalkan pemakanan sihat adalah dengan mengambil
pelbagai makanan daripada kumpulan makanan utama secara seimbang dan dalam kuantiti
yang sederhana. Kurangkan gula, garam, minyak dan lemak serta ambil lebih buah-buahan
dan sayur-sayuran dalam hidangan. Sebaiknya pilihlah bijirin penuh. Ibu bapa harus
prihatin dengan pengambilan makanan ahli keluarga untuk mencegah masalah berat
badan. Jika anda rasa anak anda mempunyai berat badan berlebihan .

Manakala “Persekitaran rumah dan tabiat keluarga juga merupakan elemen penting
dalam pencegahan obesiti. Kanak-kanak banyak meluangkan masa mereka di rumah,
dan keluarga mempunyai pengaruh besar pada perkembangan kanak-kanak. Untuk sebuah
keluarga yang sihat, ibu bapa harus menjadi tauladan dan mereka sendiri harus
mengamalkan gaya hidup sihat. Tabiat dan kelakuan ibu bapa akan diikuti oleh anak,
kerana ibu bapa adalah guru pertama mereka. Untuk hidangan keluarga, banyakkan
memasak di rumah menggunakan bahan segar dan berkhasiat dengan cara memasak yang

2
HBHE3103
lebih sihat seperti mengukus. Ambil kira keperluan nutrisi kanak kanak semasa membeli
barang rumah. Pengambilan makanan segera dan snek kurang sihat (dengan kandungan
lemak, minyak, gula, dan garam yang tinggi) harus dikurangkan atau dielakkan sama
sekali.

2.0 Laporan latar belakang, tahap kesihatan, amalan pemakanan dan


aktiviti fizikal pelajar

Kepentingan kajian
Kepentingan kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini diharapkan dapat membantu
pelajar mendapat pengetahuan tentang corak serta amalan pemakanan yang sihat dan
betul. Di samping itu, diharapkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan amalan
pemakanan seimbang dapat dipertingkatkan. Selain daripada pelajar, kajian ini juga

3
HBHE3103
diharapkan dapat memberi panduan kepada ibu bapa untuk menyediakan makanan yang
seimbang kepada keluarga dan anak-anak dan dapat mendidik anak-anak dari rumah cara
pemakanan yang sihat dan dengan didikan awal dari rumah ini diharapkan dapat
diaplikasikan apabila berada di luar rumah terutamanya di sekolah.

Cara mengira BMI (Body Mass Index) dan kalkulator BMI 

Kesihatan merupakan suatu aspek yang penting dalam kehidupan kita. Ia


menunjukkan samada tubuh badan kita masih berada dalam keadaan yang baik
atau tidak. Tubuh badan yang tidak berada dalam kondisi yang elok akan
menjejaskan sebahagian besar daripada kehidupan seharian kita seperti
produktiviti dalam pekerjaan, interaksi sesama manusia dan bagi umat Islam, daya
atau kekuatan untuk menjalankan ibadah.

4
HBHE3103

Dengan mengetahui cara mengira BMI, seseorang boleh mengetahui sama ada dia kurus
(kurang berat badan),normal(berat badan ideal),lebih berat badan, atau obes. NilaiBMI
yang lebih besar menggambarkan seseorang itu lebih gemuk. Berat badan yang berlebihan
mendedahkan seseorang itu kepada penyakit seperti angin ahmar, diabetes, sakit jantung
dan darah tinggi.

Laporan latar belakang, tahap kesihatan, amalan pemakanan dan aktiviti


fizikal pelajar di sekolah saya (SJK C SUNGAI KLAU,RAUB PAHANG)

Berikut merupakan anak murid sekolah saya yang mengalami masalah obesiti.
BMI mereka tidak mencapai tahap kesihatan.Mereka selalu membeli makanan sekolah
yang berlemak tinggi dan mempunyai amalan makanan tidak sihat dalam rumah.

Tahun 1 Tahun 1

Pelajar A Pelajar B
# Ibu merupakan orang Vietnam #Ibu merupakan orang Sabah
#BMI dia adalah 32.5 #BMI dia adalah 30.3

Tahun 2 Tahun 5

5
HBHE3103

Pelajar C Pelajar D
#Pelajar C dan Pelajar D adalah adik- #Ibu merupakan orang Vietnam
beradik #Mereka suka membeli makanan
#Ibu merupakan orang Vietnam goreng di kantin sekolah.
#Meraka suka membeli makanan #BMI dia adalah 30.5
goreng di kantin sekolah.
#BMI dia adalah 31.5

Tahun 5 Tahun 5

Pelajar G Pelajar H
#Ibu merupakan orang tempatan #Ibu merupakan orang Vietnam
#Dia suka membeli makanan #Dia suka membeli makanan
goreng di kantin sekolah. goreng di kantin sekolah.
#BMI dia adalah 33.5 #BMI dia adalah 30.2
#Dia selalu makan di restoran #Ibu dia selalu buat kenduri sama
kawan Vietnam

6
HBHE3103

Tahun 4 Tahun 6

Pelajar E Pelajar F
#Pelajar C dan Pelajar D adalah adik- #Pelajar C dan Pelajar D adalah adik-
beradik beradik
#Ibu merupakan orang Vietnam #Ibu merupakan orang Vietnam
#Meraka suka membeli makanan #Meraka suka membeli makanan
goreng di kantin sekolah. goreng di kantin sekolah.
#BMI dia adalah 34.5 #BMI dia adalah 30.5

Pelajar sekolah saya kebanyakkan ibu bapa mengusahakan kebun durian.Jadilah


kehidupan mereka adalah kaya tetapi sibuk.Ini menyebabkan ibu bapa pelajar tidak
mempunyai masa menemani mereka.Ibubapa mereka selalu bungkus,makan di restoran
atau makan diluar mana-mana sahaja.

Makan Banyak, Kurang Bersenam, Kalori Menjadi Lemak


Merupakan masalah utama yang pelajar kita hadapi !

Berdasarkan maklumat yang saya kumpulkan,terdapat pelajar saya sudah mengalami


masalah berlebihan badan dan BMI mereka melebihi 30 keatas. Badan mereka yang besar
menyebabakan mereka kurang cergas.

Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?

Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan
makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah

7
HBHE3103
pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan
yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan
di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

 
Cara-cara pemakanan merupakan masalah terutama menyebabkan badan mereka tidak
sihat.Berikut merupakan beberapa masalah-masalah amalan makanan mereka:

1 Makan secara berlebihan


Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang
berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan
menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh
meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan
hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau
kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri
dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

2 Anak-ank murid saya suka snek manis


Enam anak-anak murid ini , 7 tahun-12tahun, berlebihan berat badan untuk umurnya.
Apabila terasa lapar antara waktu makan, dia mengambil coklat dan snek manis. Ibu
bapanya khuatir kerana dia sudah mula bersekolah dan mereka tidak dapat mengawalnya
daripada mengambil snek yang tidak sihat di kantin sekolah.
  
3 Pelajar sentiasa sibuk
Pelajar A-F, 7tahun-12tahun, kurang bersenam kerana mereka sentiasa sibuk. Ibu bapanya
mendaftarkan mereka dalam pelbagai kelas tuisyen selepas waktu sekolah. Mereka
menghabiskan masa lapangnya dengan bermain komputer untuk merehatkan fikirannya.
Apabila ibunya berleter, dia menjawab: “Takkan tak boleh main sekejap pun. Bosanlah
kalau belajar sepanjang masa.”
 
Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka.
Apabila ini berlaku, waktu makan yang sepatutnya menyeronokkan bagi ibu bapa dan
anak-anak, akan bertukar menjadi keadaan yang merimaskan.

8
HBHE3103

  4 Snek tidak sihat


Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan
snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau
mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat
dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila
tiba waktu makan.

 Manakan aktiviti fizikal pelajar ini memang mempengaruhi kehidupan mereka.

 Satu kajian yang dijalankan ke atas murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun
menunjukkan bahawa kanak-kanak di sekolah saya mempunyai tabiat makan yang tidak
sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:
 

1.    Tidak mengambil sarapan


Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak
anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat
cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas.
Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.
 
 2.    Snek tidak sihat
Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan
snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau
mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat
dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila
tiba waktu makan.
 
 3.    Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal
Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak
menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen,
membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara

9
HBHE3103
kanak-kanak bandar dan luar bandar.
 
Permulaan hari yang sihat
Jika anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca masalah. Adakah
mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal atau kerap makan snek? Apabila
sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk
menangani masalah ini.
 
Sebagai ibu bapa, memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan diri
anda sendiri, supaya dapat menanamkan tabiat makan yang sihat di kalangan anak anda
sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini kepada anak-
anak anda.
 
Ibu bapa perlu ajar anak memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan
tabiat makan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan mereka
mempunyai asas yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang sihat
sepanjang hayat.

Di samping itu , pelajar sekolah saya juga kurang mementingkan aktiviti fizikal, mereka
selalunya balik dari sekolah hanya sibuk dengan hiburan iaitu bermain telefon bimbit
sementara sekolah mempunyai pelbagai aktiviti telah mebebankan dan membosankan
mereka . Jadilah pelajar tidak mempunyai masa untuk menjalakn aktivitit yang sihat
seperti  program senaman.

Separutnya program senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur. Senaman secara


sederhana selama 30 minit setiap hari.

Pelajar juga boleh menjalankan Aktiviti fizikal berstruktur:

1. aktiviti yang dirancang dan disusun oleh ibu bapa/penjaga/guru


2. mempunyai objektif tersendiri tetapi tiada unsur pertandingan (menang atau kalah)
3. contoh aktiviti yang boleh di lakukan :
o permainan dalam kumpulan: baling bola, ‘musical game’, menari
o aktiviti ‘circuit’: turun naik kerusi, lompat bintang, merangkak melalui
halanagn

10
HBHE3103
atau

Aktiviti fizikal tidak berstruktur

1. aktiviti bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak dalam meneroka persekitaran


mereka
2. bermain menggunakan imaginasi dan idea mereka sendiri
3. contoh aktiviti: bermain basikal, bermain di padang permainan, berlari

Panduan Dalam Melakukan Aktiviti Fizikal Untuk Kanak-kanak.


Prinsip 1: Aktif setiap hari
Pastikan anak/anak murid anda aktif secara fizikal setiap hari. Sekiranya terdapat
kemudahan lif, ajak mereka untuk berjalan dan naik tangga berbanding
menggunakan lif. Selain itu di rumah/sekolah/tadika/pusat jagaan, galakkan anak-
anak anda untuk membantu dalam membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu,
mop lantai, membasuh dan mengemas. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan
hubungan dan merupakan waktu yang terbaik untuk anda BERKOMUNIKASI
DENGAN ANAK.

Prinsip 2: Lakukan sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti berintensiti


sederhana setiap hari
Ajak anak/anak murid anda untuk melakukan 60 minit aktiviti berintensiti
sederhana untuk meningkatkan sistem kardiovaskular mereka. Aktiviti yang boleh
dilakukan adalah seperti bermain basikal, berlari/bermain kejar-kejar, bermain
badminton dan seumpanya.
Peringatan : aktiviti fizikal yang dilakukan tidak semestinya 60 minit secara
berterusan, tetapi boleh dilakukan secara berperingkat dan yang utama adalah 60
minit untuk sehari.

Prinsip 3: Melakukan aktiviti yang meningkatkan daya tahan otot dan tulang
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
Lakukan juga aktiviti yang boleh meningkatkan daya tahan otot dan tulang anak-

11
HBHE3103
anak 3 kali seminggu. Sebagai contoh, lompat tali (skipping), lompat bintang, dan
‘monkey bar’.

Prinsip 4: Hadkan tabiat dan aktiviti fizikal yang tidak aktif


Beri nasihat kepada anak untuk mengurangkan aktiviti yang tidak aktif. Sebagai
contoh hadkan aktiviti seperti menonton televisyen, melayari internet
menggunakan telefon dan bermain serta menggunakan komputer yang berlebihan.
Ajak anak untuk melakukan apa jua aktiviti asalkan mereka bergerak dan bukan
duduk sahaja!

Kepentingan Aktiviti Fizikal Buat Kanak-kanak

1. Untuk perkembangan dan pertumbuhan diri dengan baik


2. Aktiviti fizikal bersama pemakanan yang sihat dapat menjaga kesihatan dan
meningkatkan kualiti hidup mereka
3. Menyokong perkembangan motor, koordinasi dan pergerakan (kaki dan tangan)
4. Membentuk keyakinan diri dan membantu kanak-kanak untuk bersosial bersama
rakan-rakan terutama aktiviti berstruktur (contoh : aktiviti berkumpulan)

Kesimpulannya aktiviti fizikal merupakan aspek penting dalam mengekalkan kesihatan


yang terbaik untuk kanak-kanak. Bukan sahaja membantu dari segi pertumbuhan badan
malah boleh meningkatkan kecergasan dan stamina mereka. Perkembangan emosi dan
keyakinan diri dapat dilihat apabila kanak-kanak ini menikmati zaman kanak-kanak
mereka dengan BERMAIN. Oleh itu ibu bapa/guru/penjaga perlu menggalakkan minat
dan keupayaan anak untuk melakukan aktiviti fizikal, melibatkan diri untuk bermain
bersama dan pantau mereka dari sebarang bahaya. Apa yang penting, pastikan
mereka BERGERAK DAN MEMBUAT SESUATU AKTIVITI YANG
BERMANFAAT.

12
HBHE3103

3.0 Cadangan menu makanan seimbang untuk seminggu dan jadual


aktiviti fizikal serta justifikasinya

Sebagai ibu bapa sepatut mempunyai pengetahuan dalam megamalkan kesihatan


sekeluarga dengan menyediakan menu makanan seimbang dan jadual aktiviti fizikal .

Mengasuh anak-anak makan dengan betul


Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan
yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan
dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling
berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat
makan yang sihat.
 
Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak
menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan
paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat
makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam
diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan
makanan yang salah.
 
Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk

13
HBHE3103
memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan
yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.
   

3.1 Menu Makanan Seimbang Pelajar Untuk Seminggu

Makanan Sarapan Makan Tengah Makan Malam


Hari
Hari
Isnin Susu + Koko Nasi Tomato Nasi Berlauk
Krunch Buah-buahan Buah-buahan
Nasi Lemak
Selasa Milo Mee Rebus Nasi Berlauk
Telur Buah-buahan Buah-buahan
Roti Bakar
Rabu Susu + Honey Mee Hoon Rebus Nasi Berlauk
Star Buah-buahan Buah-buahan
Mee Hoon
Goreng
Khamis Jus Tembikai Nasi Goreng Nasi Berlauk
Mee Goreng Kubis Buah-buahan
Buah-buahan
Jumaat Jus Oren Nasi Minyak Nasi Berlauk
Sandwich Buah-buahan Buah-buahan
Sabtu Jus Epal Nasi Goreng Nasi Berlauk
Mee Hoon sup Kubis Buah-buahan
Buah-buahan
Ahad Jus Lobak Nasi Goreng Nasi Berlauk
Merah+Susu Kubis Buah-buahan
Nasi Ayam Buah-buahan

14
HBHE3103

3.2Jadual Aktiviti Fizikal

Keluarga patut menghabiskan lebih banyak masa melakukan aktiviti fizikal seperti
berjoging, berbasikal, atau mendaki bukit bersama-sama. Menyertai sukan seperti
badminton atau bola sepak amat digalakkan. Sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti
fizikal, yang boleh dilakukan dalam beberapa sesi, perlu dilakukan setiap hari.
Kurangkan aktiviti sedentari seperti menonton TV dan bermain dengan
peranti. Amalkan amalan tidur yang baik dengan tidur awal pada waktu yang

15
HBHE3103
tetap. Memupuk tabiat sihat dalam keluarga penting untuk mencegah masalah berat
badan berlebihan dan obesiti. 

3.3Jadual Aktiviti Fizikal Pelajr Untuk Seminggu

Masa/hari Isnin,Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat Sabtu,Ahad

6:00am- Makan Sarapan *7:00am-7:30am


6:30am
Makan Sarapan

7:30am- Belajar di sekolah Menjalankan aktiviti di


5:00pm rumah

5:00pm- Bersenam /menunggang Bersenam /menunggang


6:30pm basikal/berjalan cepat basikal/berjalan cepat

6:30pm- Makan malam Makan malam


7:00pm

7:00pm- Rehat/bersiar-siar di halaman rumah Rehat/bersiar-siar di


8:00pm atau taman dekat rumah halaman rumah atau
taman dekat rumah

16
HBHE3103

8:00pm- Menonton television/membaca Menonton


9:30pm buku/surat khabar television/membaca
buku/surat khabar

9:30pm- Rehat/ bersedia tidur Rehat/ bersedia tidur


10:00pm

________________________________________________________________________

4.0 Brosur panduan makanan seimbang dan aktiviti fizikal

HIPERTENSI
MAKANAN SEIMBANG DAN
Cara pemakanan kita
adalah salah satu
AKTIVITI FIZIKAL
punca hipertensi.
Untuk dapatkan berat
badan ideal, anda
perlulah elak makan
makanan tinggi lemak
dan kolestrol,
banyakkan memakan
buahan dan sayuran.
Amalan pemakanan
suku-suku separuh
amat digalakkan bagi
mencegah hipertensi.
Sumber: Kementerian
Kesihatan Malaysia

17
HBHE3103

5.0Kesimpulan

Kesimpulannya, Pemakanan berkualiti adalah faktor penting bagi menjamin kesihatan


mental dan fizikal seseorang. Bagi seseorang pelajar, pengambilan diet makanan yang
seimbang serta jadual pemakanan yang konsisten perlu dititik beratkan dalam kehidupan
seharian. Walaupun seseorang pelajar terpaksa makan di premis makanan siap, namun
mereka perlu sedar dan peka terhadap kualiti makanan dan amalan diet seimbang.
Terdapat juga kecenderungan pelajar untuk mengabaikan waktu makan yang penting
dalam sehari, tidak bersarapan pagi, makan sekali sahaja dalam sehari atau makan lewat
malam. Akibatnya, amalan tersebut akan meninggalkan kesan buruk kepada kesihatan
pelajar seterusnya menjejaskan aktiviti pembelajaran mereka. Fenomena sedemikian
haruslah dielakkan dengan mengamalkan jadual pemakanan yang teratur dan konsisten.
Walaupun pelajar dihimpit dengan jadual aktiviti akademik atau ko-kurikulum yang ketat

18
HBHE3103
serta kekangan kewangan, fenomena tidak makan atau mengamalkan diet tidak seimbang
harus dihindari kerana mungkin menjejaskan pembelajaran pelajar sendiri.

[Jumlah Perkataan : 2608 patah perkataan ]

19
HBHE3103

6.0 Rujukan

1https://www.google.com/search?q=Refleksi+respons+tentang+bagaimana+komuniti+me

mbantu+kanak-kanak+membuat+perubahan+mengurangkan+obesiti&sxsrf=

2. https://www.malaysiatercinta.com/2015/05/kalkulator-dan-formula-bmi-body- mass.html

3. https://www.mysumber.com/cara-mengira-bmi.html

4 http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan-gaya-hidup-sihat.html

5 Noraziah Ali, Norihan Tajuddin & Mohd Azlan Abdullah. 2009. Perkembangan dan

cabaran perniagaan makanan siap.

6 https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/kesedaran-terhadap-amalan-pemakanan-

seimbang-dikalangan-pelajar/

7https://mypositiveparenting.org/ms/2018/04/27/obesiti-pencegahan-awal-kunci-utama/

20
HBHE3103

7.0 Lampiran

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 12 Mac 2020 jam 1:17PM

Tangani Obesiti Pelajar


Jumaat, 24 November 2017 10:00 PM

Carta perbandingan kalori dan penggunaan tenaga

21
HBHE3103

TUGASAN 2

1.0 PENGENALAN

Pemakanan yang baik mula mempengaruhi kesihatan tubuh sejak daripada kita kecil lagi.
Ia juga membantu menguatkan sistem imun pada masa kini dan masa hadapan serta
menguatkan sistem daya ketahanan semula jadi tubuh badan. Nikmat kepelbagaian
sumber makanan yang dianugerahkan Allah memerlukan kebijaksanaan seseorang
individu untuk memilih makanan agar tidak mencampakkan dirinya dalam kebinasaan.
Pemakanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan mencegah
penyakit. Kita pernah mendengar pepatah Inggeris yang menyatakan ‘We Are What We
3 Eat’ yang bermaksud kita adalah apa yang kita makan. Oleh itu, sekiranya kita ingin
sihat, kita seharusnya mengamalkan makan secara sihat dan seimbang.

2.0 Refleksi semua pihak terhadap perubahan amalan pemakanan

Amalan pemakanan akan mempengaruhi kesihatan kita. Sejak kecil lagi ibu bapa
mengajar kita bahawa tidak boleh terlalu memilih semasa makan. Walau bagaimanapun,
ibu bapa haruslah menunjukkan model yang baik (Bastable, 2001). Ini adalah kerana
kanak-kanak senang dipengaruhi oleh orang yang terdekat dengannya (Childs, 2001).
Amalan merupakan “sesuatu yang dilakukan atau dilaksanakan, dikerjakan dan disebut
sebagai suatu kebiasaan”. Bagaimanapun, amalan bermaksud pengamalan pelajar
terhadap pemakanan seimbang berdasarkan kepada pengetahuan pemakanan sedia ada.

22
HBHE3103

2.1 Refleksi tentang perkara yang boleh dilakukan keluarga


untuk mengelakkan masalah obesiti di kalangan kanak-
kanak

Terdapat pelbagai cara lain untuk menjadi keluarga sihat dan menangani obesiti. Ingatlah,
pencegahan obesiti harus bermula dari rumah dan seawal mungkin. Sebuah keluarga yang
sihat akan melahirkan anak yang sihat.

Jika anda mempunyai anak yang mengalami masalah obesiti, anda perlu sentiasa
mengingatkan mereka bahawa anda sentiasa bersamanya.
 

Tukar persepsi
Cara mengatasi obesiti yang paling utama ialah persepsi. Persepsi kanak-kanak terhadap diri
mereka sendiri selalunya akan berdasarkan kepada persepsi ibu bapa mereka. Jika anda lebih
bersikap terbuka untuk menerima mereka seadanya, mereka akan berasa lebih tenang.
 

Katakan bahawa obesiti itu penyakit


Berbincanglah mengenai situasi tersebut dengan anak anda. Pastikan mereka faham bahawa
obesiti merupakan satu keadaan atau penyakit yang mampu mendatangkan pelbagai kesan
negatif yang lain.

Satu keluarga perlu berubah

Biarkan mereka tahu bahawa anda akan sedaya upaya membantunya. Mula menukar diet
keluarga anda dan bersama-sama buat rutin senaman bagi membantu anak anda mengawal
berat badan serta membesar dengan sihat adalah antara cara untuk mengatasi obesiti kanak-
kanak.

23
HBHE3103

 Sediakan menu diet

Manakala bagi individu dewasa yang mengalami masalah kesihatan, antara langkah-langkah
menangani obesiti adalah dengan melakukan diet.

Dietitian dan doktor boleh membantu merancang diet yang rendah lemak, rendah kalori.

Selalu bersenam
Senaman merupakan cara yang berkesan, program pemantauan kendiri boleh membantu
mencegah sebarang komplikasi penyakit.
 

Makan ubat
Beberapa jenis ubat (stimulan) yang boleh membantu mengurangkan berat badan dan
mengakibatkan kesan sampingan. Guna cara ini selepas melakukan diet yang seimbang dan
senaman, ambil ubat di bawah pengawasan doktor anda.
 

Tukar gaya hidup


Gaya hidup yang aktif, berserta senaman yang kerap dan makan diet yang sihat adalah cara
yang paling selamat untuk turun berat badan dan meningkatkan tahap kesihatan anda. Turun
berat badan dengan perlahan-lahan akan membantu anda menghalang naik berat badan
selepas ini.
Ini kerana terdapat kemungkinan jika anda dapat menurunkan berat badan dengan segera
dengan pengambilan sebarang ubat kurus, anda berkemungkinan akan cenderung untuk naik
berat badan sekiranya anda berhenti mengambil ubatan tersebut.
 

Pendedahan peringkat sekolah


Kanak-kanak banyak menghabiskan masa di sekolah. Sekiranya ada program kesihatan yang
dapat memberikan pendedahan tentang bahaya obesiti, ini sangat-sangat membantu.
24
HBHE3103

2.2 Refleksi Mengapakah sukar bagi sesebuah keluarga membuat perubahan?

Obesiti adalah keadaan kompleks yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Ibu bapa harus sedar
bahaya obesiti dan tidak menganggap kegemukan kanak-kanak sebagai sesuatu yang normal
atau tidak berbahaya. Kajian menunjukkan kanak-kanak obes lebih cenderung menjadi obes
apabila dewasa, malah meningkatkan risiko mereka untuk menghidap NCD pada masa depan.
Bagaimanapun, mencegah obesiti adalah tidak mustahil.

Mengawal berat badan berlebihan dan obesiti

Obesiti dan berat badan berlebihan adalah keadaan di mana terdapat lebihan lemak terkumpul
yang menjejaskan kesihatan. Pada asasnya, ia berlaku apabila berat seseorang lebih daripada
berat yang ideal untuk ketinggiannya. Menentukan peratusan lemak badan secara tepat adalah
sukar, jadi IJT sering digunakan sebagai satu petunjuk mudah untuk menganggar dan
mengelaskan obesiti dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak.

Walaupun sukar bagi sesebuah keluarga membuat perubahan?


Kami tetap hendak berusaha mencari cara –cara untuk mengatasai masalah obesity.
Biarkan mereka tahu bahawa anda akan sedaya upaya membantunya. Mula menukar diet
keluarga mereka dan bersama-sama buat rutin senaman bagi membantu anak anda mengawal
berat badan serta membesar dengan sihat adalah antara cara untuk mengatasi obesiti kanak-
kanak.

25
HBHE3103

Keluarga patut menghabiskan lebih banyak masa melakukan aktiviti fizikal seperti berjoging,
berbasikal, atau mendaki bukit bersama-sama. Menyertai sukan seperti badminton atau
bola sepak amat digalakkan. Sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal, yang boleh
dilakukan dalam beberapa sesi, perlu dilakukan setiap hari. Kurangkan aktiviti
sedentari seperti menonton TV dan bermain dengan peranti. Amalkan amalan tidur yang
baik dengan tidur awal pada waktu yang tetap. Memupuk tabiat sihat dalam keluarga
penting untuk mencegah masalah berat badan berlebihan dan obesiti. 

Terdapat pelbagai cara lain untuk menjadi keluarga sihat dan menangani obesiti.
Untuk permulaan, orang yang obes boleh berjalan perlahan-lahan untuk meningkatkan
aktiviti fizikal harian. Gabungkan aktiviti fizikal dengan diet yang betul akan meningkatkan
peluang untuk kurus secara berkesan.

Ingatlah, pencegahan obesiti harus bermula dari rumah dan seawal mungkin. Sebuah
keluarga yang sihat akan melahirkan anak yang sihat.

Mencegah sejak awal

Oleh kerana obesiti boleh menyebabkan kesan negatif yang berpanjangan, langkah awal perlu
diambil untuk mencegahnya. Bak kata pepatah, “mencegah adalah lebih baik daripada
mengubati.” Pencegahan obesiti patut dimulakan seawal kehamilan dan berterusan sehingga
tumbesaran awal kanak-kanak. Seluruh keluarga berperanan penting dalam memupuk tabiat
sihat dan persekitaran rumah yang kondusif untuk memastikan perkembangan kanak-kanak
yang baik.

Pendek kata, Pencegahan obesiti harus bermula dengan mendidik dan mewujudkan kesedaran
dalam kalangan ibu bapa. Pemakanan berperanan penting dalam pencegahan obesiti.

26
HBHE3103

2.3 Refleksi respons tentang bagaimana sekolah boleh


membantu kanak-kanak membuat perubahan

#Ya, sekolah mestilah berperanan dalam membantu kanak-kanak membuat


perubahan .

Ya !!!

#Pelajar atau remaja terdedah kepada bahaya akibat budaya pemakanan tidak sihat dan
pastinya mengancam kesihatan, bahkan memberi kesan kepada pemikiran pelajar. Gizi yang
tidak seimbang boleh menyebab pelbagai masalah kesihatan.

Jangan terkejut kerana jumlah obesiti dalam kalangan kanak-kanak juga kian meningkat dari
hari ke hari. Situasi ini tidak wajar dipandang remeh kerana mereka yang menghidapi
masalah kesihatan ini berisiko menghidapi masalah ‘inferiority complex’ atau berkaitan
dengan kurang keyakinan diri serta mempunyai pergerakan yang terhad. Tambahan itu lagi,
kanak-kanak obesiti lebih mudah diserang penyakit kronik seperti diabetes dan masalah
kardiovaskular.

Kanak-kanak obesiti berisiko untuk menghidapi masalah kesihatan seperti masalah kolesterol
tinggi, penyakit jantung, masalah berkaitan tulang, masalah pernafasan seperti asma dan
apnea tidur, masalah kulit seperti infeksi fungus, jerawat serta ruam dan diskriminasi sosial
yang akhirnya menjadi punca kepada hilangnya keyakinan diri sekaligus menjejaskan prestasi
akademik dan keupayaan bersosial mereka. Ini juga merupakan keburukan obesiti pada
kesihatan sosial kanak-kanak.

27
HBHE3103

Semua pihak perlu mengambil serius pengabaian budaya pemakanan sihat terutamanya di
kalangan pelajar sekolah di negara ini. Melihat situasi sekarang, pelajar sekolah rendah
bahkan di tadika sudah terdedah kepada makanan ringan. Lebih menyedihkan lagi melihat
mereka terus menyerbu ke gerai jualan makanan ringan sebaik saja keluar dari pagar sekolah.
Pelajar terdedah kepada bahaya akibat budaya pemakanan tidak sihat dan pastinya
mengancam kesihatan, bahkan memberi kesan kepada pemikiran pelajar. Ia juga satu
pembaziran apabila duit yang dibekalkan oleh ibu bapa kepada pelajar 5 'hangus'
dibelanjakan semata-mata untuk membeli makanan ringan. Pelajar sepatutnya dijaga
pemakanan mereka dan dipastikan mereka hanya makan makanan yang terbaik untuk
kesihatan seperti buah-buahan, sayuran, susu segar serta banyak minum air masak.

Kesedaran
Kesedaran ialah kepekaan serta sensitiviti terhadap sesuatu perkara, kejadian, objek,
perlakuan dan juga tindak balas terhadap kesan. Bagaimanapun, kesedaran bermaksud
menyedarkan pelajar politeknik mengenai kepentingan pemakanan seimbang melalui
pengaplikasian pengamalan pemakanan seimbang.

Cara-cara sekolah membantu kanak-kanak membuat perubahan


1 Kontrol kantin supaya menjual makanan yang sihat dan berkalori rendah
2 Sekolah mengedarkan brosur kesihatan untuk mencegah obesiti
3 Ceramah kesihatan disediakan
4 Mendidik murid tentang kesihatan melalui P&P.

28
HBHE3103

2.4 Refleksi respons tentang bagaimana komuniti membantu


kanak-kanak membuat perubahan
Namun, secara umum salah satu punca utama masalah obesiti adalah amalan diet pemakanan
yang tidak sihat tanpa mengira jantina. Ini termasuk pengambilan makanan secara berlebihan
dan hidangan yang tinggi lemak serta gula, melebihi daripada jumlah diperlukan setiap hari.

Secara purata, kita dibolehkan mengambil 50 gram gula dalam sehari, namun kebanyakan
rakyat negara ini mengambil lebih daripada jumlah berkenaan.

Dianggarkan, setiap individu hanya memerlukan 1,600 hingga 2,400 kalori sehari,
bergantung kepada jantina dan aktiviti yang dijalankan. Pada masa sama, kurang aktif dan
tidak bersenam juga menjadikan masalah berat badan serta obesiti meningkat dalam kalangan
masyarakat pada hari ini.

Jika tidak mampu bersenam setiap hari, sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu selama
20 hingga 30 minit sudah memadai. Selain itu, terdapat juga sebab lain yang boleh
menyebabkan masalah obesiti antaranya faktor usia, jantina, genetik, penyakit dalaman dan
pengambilan ubat tertentu seperti steroid.

Pencegahan dan rawatan obesiti

Obesiti boleh dicegah melalui penjagaan diet seimbang, tabiat pemakanan yang sihat dan
aktif bersenam.

Kawalan pemakanan

Pengambilan makanan yang mempunyai kalori rendah dan kurang lemak sangat penting
dalam strategi untuk menurunkan berat badan.

Sekiranya individu itu dapat mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 hingga 1,000
kcal sehari, ia dapat membantu mengurangkan berat badan sebanyak lapan hingga 10 peratus
dalam tempoh enam bulan.

Bagi mereka yang berada dalam kategori obesiti peringkat sederhana hingga teruk,
pengambilan kalori yang lebih rendah membantu mencapai penurunan berat badan yang
cepat tetapi memerlukan pengawasan daripada pengamal perubatan.

Namun, kaedah ini tidak sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, strok,
penyakit hati, buah pinggang dan juga individu yang baru mengalami serangan jantung.

29
HBHE3103

Senaman

Senaman memainkan peranan penting dalam proses penurunan berat badan. Senaman dapat
mengubah komposisi badan, mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit dan
meningkatkan kualiti kehidupan.

Sebelum pesakit obesiti memulakan program senaman, mereka perlu mendapatkan


pemeriksaan doktor untuk menentukan tahap kesesuaian senaman berdasarkan umur, risiko
penyakit dan hasil pemeriksaan fizikal.

Program senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur. Senaman secara sederhana selama
30 minit setiap hari boleh diamalkan untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti
jantung dan kencing manis.

Bagi membantu mengekalkan berat badan selepas berlakunya penurunan berat badan, pesakit
memerlukan senaman secara sederhana selama 60 hingga 90 minit sehari.

Terapi tingkah laku

Terapi tingkah laku dapat membantu pesakit obesiti dalam rawatan penurunan dan
mengekalkan berat badan. Antara matlamat terapi tingkah laku adalah untuk mengubah gaya
dan cara pemakanan seseorang.

Ia dapat dicapai melalui sesi kaunseling pemakanan, kumpulan sokongan dan pemantauan
diri sendiri terhadap gaya hidup yang sihat.

Perubatan

Kaedah ini boleh dipertimbangkan bagi mereka yang obes dengan BMI melebihi 30 dan
apabila kaedah rawatan lain tidak berhasil.

Antara kaedah rawatan ialah pemasangan belon di dalam perut, pembedahan seperti pintasan
perut, gastroplasti dan pembedahan secara laparoskopi dengan memasukan alat seperti cincin
bagi mengecilkan saiz perut.

Kaedah sedutan lemak di bahagian abdomen bukan kaedah rawatan untuk obesiti tetapi untuk
tujuan pembuangan lemak. Kebanyakan ubat yang diperkenalkan untuk tujuan pembuangan
berat badan dilarang pengunaannya oleh FDA.

30
HBHE3103

Secara umumnya, tujuan rawatan untuk pesakit yang mengalami obesiti untuk:

-Mencapai penurunan berat badan dengan cara yang betul dan selamat.

-Mengekalkan berat badan seimbang.

-Menghalang pertambahan berat badan secara mendadak.

-Merawat penyebab kegemukan kepada pesakit.

-Penurunan berat badan yang disyorkan pada peringkat permulaan adalah sebanyak 10
peratus daripada berat badan asal iaitu penurunan sebanyak 0.5 hingga satu kilogram
seminggu dalam tempoh enam bulan.

Penurunan yang selanjutnya boleh dilakukan selepas matlamat awal penurunan berat badan
ini dicapai. Namun, penting mengelakkan penurunan berat badan secara mendadak kerana
terdapat peningkatan risiko pembentukan batu hempedu, ketidakseimbangan garam di dalam
badan dan risiko berat badan kembali kepada asal.

2.5 Refleksi syor anda sebagai seorang Pengawai Daerah


untuk mengurangkan obesiti dalam komuniti anda

Saya sebagai seorang pengawai daerah, saya akan berusaha mengadakan pelbagai aktiviti
yang bermanfaat untuk mengurangkan obesiti dalam komuniti.

Saya akan bersama ahli kumpulan saya bersama-sama menyediakan brosur yang berkaitan
obesity dan mengedarkan brosur kepada penduduk untuk memupuk penduduk
mengingatkan diri tentanag kepentigan mengamalkan hidup yang sihat. Dengan
pengetahaun sedia ada , kita memahami pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti
sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang
mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes atau gemuk  ketika dewasa.
31
HBHE3103

Pendudk –penduduk yang kurang bermotivasi untuk mengubah diet ,saya akan
mencadangkan mereka mendapatkan khidmat doktor, pakar pemakanan atau menjalani
program kurus badan yang diperakui.

Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah
obesiti di Malaysia.

Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan
hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian
dalam makanan mereka.

Menurut Penasihat Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre berkata pengambilan diet
seimbang penting untuk perkembangan kanak-kanak.

Katanya, kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk
perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia.

“Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3
yang boleh didapati dari sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak” katanya selepas
Festival Makanan Kanak-Kanak Sihat Ayam Brand di sini.

“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan
jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang
baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang 
sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil” katanya lagi.

Melalui Festival Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) pihaknya 
menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program
tanggungjawab sosial tahunannya.

Kempen kebajikan bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan


mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif. Aktiviti ini dapat membantu mereka
mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat
keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk tubuh secara positif.
32
HBHE3103

3.0 KESIMPULAN
Jika anda bimbang dan khuatir bahawa anda berkemungkinan untuk berdepan risiko obesiti,
pastikan anda tidak mengambil mudah soal aspek penjagaan pemakanan, tabiat harian yang
tidak sihat seperti merokok dan pastikan anda turut melakukan aktiviti fizikal secara tetap dan
teratur. Jemput baca tips untuk kuruskan badan yang cukup mudah.
Ini pastinya dapat membantu anda menghindari kesan obesiti yang mungkin akan
memudaratkan kesihatan anda.

Panduan piramid makanan membantu dalam memilih diet yang seimbang. Makanan
diletakkan pada aras yang berbeza di dalam piramid makanan berdasarkan kepada nilai
nutrien utama (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Makanan dengan nilai nutrien
tertinggi diletakkan di dasar piramid makanan, manakala makanan yang mempunyai nilai
nutrien terendah diletakkan pada puncak piramid makanan.

Brdasakan Panduan Diet Malaysia menekankan pengambilan pelbagai jenis makanan


berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Pelbagai jenis makanan membekalkan nutrien-
nutrien berbeza yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun jenis makanan dapat memberi
kesemua tenaga, nutrien dan komponen makanan yang kita perlukan.

Oleh itu, sekiranya merancang, pastikan pemakanan terdiri daripada pelbagai jenis makanan
untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan harian. Selain daripada pelajar juga
diharapkan dapat memberi panduan kepada ibu bapa untuk menyediakan makanan yang
seimbang kepada keluarga dan anak-anak dan dapat mendidik anak-anak dari rumah cara
pemakanan yang sihat dan dengan didikan awal dari rumah ini diharapkan dapat
diaplikasikan apabila berada di luar rumah terutamanya di sekolah dan universiti.

Justeru itu, semua pihak haruslah dapat memainkan peranan masing-masing dalam menjaga
kesihatan pelajar dan ibu bapa perlulah mendidik anak mereka untuk sentiasa mengamalkan
pemakanan sihat dan mengelakkan diri dari mengambil makanan yang tidak berkhasiat.

33
HBHE3103

Manakala gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan
tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek
kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih
memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai
masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih
baik daripada mengubatinya.
Semoga point-point diatas membantu kita semua mengesan kelemahan yang berlaku dalam
proses tumbesaran .

[Jumlah Perkataan : 2521 patah perkataan]

34
HBHE3103

APENDIKS

4.0 Rujukan

1 Abdullah, M. A. & Ali, N. (2011). Amalan pemakanan dalam kalangan pelajar universiti

dan implikasinya terhadap pembelajaran. Jurnal Personalia Pelajar, 14, 59-682

2https://www.scribd.com/doc/125071773/Masalah-Obesiti-Dalam-Kalangan-Pelajar-Di-

Sekolah

3 http://www.astroawani.com/gaya-hidup/obesiti-dalam-kalangan-kanak-kanak-di-malaysia-

membimbangkan-189106

4 https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/11/24/obesiti-pelajar

5 https://www.malaysiakini.com/news/340101

6 http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5351/1/NOORSYARZIELAH_BINTI_SALEH.pdf

35
HBHE3103

5.0 Lampiran

KOTA BHARU: Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti
paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dalam rantau Asia dengan rekod
setinggi 23.7 peratus daripada mereka mengalami masalah obesiti atau kegemukan.

Faktor pemakanan dilihat penyumbang utama masalah obesiti ini dengan pengambilan diet
yang tidak seimbang serta kurangnya aktiviti fizikal.

Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah
obesiti di Malaysia.

Berita diatas merupakan masalah obesity sering berlaku di Negara kita.

36
HBHE3103
HBHE3103

You might also like