Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

3 CABARAN URUS HARTA PUSAKA

Semua orang akan mati. Persoalannya ialah bila? Apabila berlaku


kematian pula, apakah yang terpaksa dilalui oleh waris bagi menuntut
harta pusaka yang ditinggalkan? Anda mungkin berfikir anda telah
menabung, melabur dan meninggalkan sebuah rumah untuk pasangan
anak-anak sebagai bekalan mereka.

Tetapi tahukah anda apa yang perlu mereka lalui sebelum mereka
menerima harta pusaka ini? Secara Umumnya terdapat 3 cabaran utama
pewarisan harta pusaka Muslim di negara ini iaitu :

1. Perbalahan keluarga yang berpanjangan


Apabila berlaku kematian, beberapa perkara asas perlu diselesaikan
sebelum proses harta pusaka boleh dijalankan. Perkara pertama ialah dari
segi permuafakatan waris untuk melantik pentadbir harta pusaka
dikalangan mereka. Oleh kerana pentadbir harta mempunyai kuasa yang
besar, ramai waris berebut untuk menjadi pentadbir sehingga kadang-
kadang permuafakatan sukar dicapai.

Hukum Faraid memang telah menetapkan bahagian untuk setiap waris.


Namun Hukum Faraid tidak menetapkan siapa yang akan mewarisi
rumah, dan siapa pula yang mendapat akaun pelaburan. Dalam erti kata
lain, Hukum Faraid tidak menetapkan siapa yang mewarisi apa jenis harta.
Oleh itu, kekeliruan sering timbul dari segi peruntukan harta. Kedua-dua
keadaan ini berpotensi untuk mewujudkan perbalahan keluarga yang
berpanjangan.

Sebegai pemilik harta, anda sudah pun berada di alam berzakh ketika itu.
Anda mengharapkan doa daripada waris sebagai sumbangan kepada
anda. Namun apa yang sedang berlaku adalah waris anda sedang
bertelagah kerana isu ini. Adakah roh anda akan tenang? Cuba
renungkan.

2. Proses undang-undang yang rumit

Saya telah memberikan ratusan ceramah di seluruh Malaysia semenjak 10


tahun yang lepas untuk berkongsi maklumat dengan orang Islam betapa
penyediaan dokumen perancangan harta pusaka ketika mereka masih
hidup kini merupakan satu langkah penting untuk mengelakkan waris
mereka dari menghadapi proses undang-undang yang rumit. Ramai
orang Islam beranggapan bahawa proses tuntutan harta pusaka adalah
suatu perkara biasa yang akan dilalui secara "semuala jadi" oleh semua
waris. Namun proses ini sebenarnya bukanlah semudah yang disangka.

Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung, apabila berlaku


kematian, waris perlu melalui proses undang-undang Syariah dan Sivil.
Mereka perlu pergi ke Mahkamah Syariah dan pada masa sama,
Mahkamah Sivil bagi mendapatkan perintah yang tertentu kerana kedua-
dua mahkamah ini mempunyai jurisdikasi (bidang kuasa) yang berbeza di
dalam proses tuntutan harta pusaka Muslim mengikut Artikel 121 (1A)
Perlembagaan Malaysia.

Melalui pengalaman saya, apabila saya bertanya kepada waris, adakah


mereka tahu ke mana harus mereka tuju, apa borang yang perlu diisi dan
proses di mahkamah manakah yang mesti didahulukan atau
dikemudiankan? Sebanyak 95 peratus waris akan menggeleng kepala.
Saya tidak salahkan mereka kerana dengan proses undang-undang yang
rumit sebegini, ia memang mengelirukan bagi orang yang tidak
berpengetahuan dan berpengalaman di dalamnya.

Apakah pula kesan proses undang-undang yang rumit ini kepada waris?
kesan utamanya ialah proses untuk menuntut harta pusaka ini akan
memakan masa bertahun-tahun lamanya sebelum harta dapat diterima
oleh mereka. Anda rasa keadaan ini 'tidak mengapa'? Bayangkan
sekiranya pasangan anda suri rumah tangga dan anak-anak pula masih
sedang belajar dan memerlukan peruntukan perbelanjaan yang tinggi.
Bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan mereka?.

Anda memang ada meninggalkan tabungan untuk mereka seperti akaun


simpanan dan pelaburan tetapi kegagalan anda merancang harta pusaka
anda menyebabkan mereka tidak boleh menerima harta itu dalam jangka
masa yang terdekat. Kasihan bukan, tetapi itulah hakikat yang
kemungkinan besar akan berlaku kepada waris anda kerana 95 peratus
waris Muslim tidak merancang harta harta pusaka mereka. Anda
kemungkinan besar adalah salah seorang darinya!

3. Fi pengurusan harta pusaka yang membebankan waris

Oleh kerana proses undang-undang yang rumit di atas, fi atau


perbelanjaan untuk menguruskan harta pusaka adalah agak mahal dan
membebankan waris. Akta Pobet dan Pentadbiran 1959 membenarkan
sehingga 5 peratus daripada nilai harta pusaka dicaj sebagai fi
pengurusan harta pusaka.

Ramai orang Malaysia tidak tahu bahawa apabila mereka mendapat


perkhidmatan profesional seperti syarikat amanah atau peguam,
kebiasaan mereka akan dicaj di antara 2 hingga 4 peratus dari nilai harta
pusaka. Initidak termasuk fi buka fail yang kebiasaannya di antara RM 500
hingga beberapa ribu ringgit, fi guaman yang mencecah sehingga ribuan
ringgit dan fi yang lain.

Kesemua fi ini perlu ditanggung oleh waris dan keadaan ini tentu
membebankan mereka. Sudahlah mereka menanggung trauma kerana
kehilangan anda sebagai orang yang tersayang, kegagalan anda
membuat sebarang perancangan membuatkan mereka terpaksa pula
menanggung beban kewangan sebelum mereka boleh menerima harta
pusaka yang anda tinggalkan. Sadis bukan?

Apabila saya bercakap kepada orang Islam menegenai perancangan


harta pusaka,respons 'standard' yang biasa saya terima , "saya mana ada
harta, jadi tak perlulah untuk saya menyediakan apa-apa dokumen".

Respons "standard" yang saya akan berikan pula ialah, "Kerana harta kita
sedikitlah, kita kena pastikan waris kita akan terima harta ini dengan
cepat dan pada kos yang minimum!". Banyak atau sedikit harta yang
ditinggalkan, inilah sebenarnya cabaran yang mesti dilalui semua waris
Muslim apabila berlaku kematian.

Ketiga-tiga keadaan ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya kita


merancang harta pusaka kita melalui dokumen Syarak seperti Hibah,
Wasiat Islam, Harta Sepencarian atau amanah. Saya harap artikel ini akan
membuka minda pembaca untuk mula merancang harta pusaka mereka.
Kalau anda benar-benar sayangkan waris anda dan mahu mereka
menghadapi kesukaran tersebut, bertindaklah hari ini kerana anda tahu
bila anda akan dipanggil pulang!.

Penulis :

En. Ariffin Sabirin

Penasihat Kumpulan Syarikat Wasiyyah Shoppe

Setiap hari kita sibuk mengumpul harta dan membiayai keperluan


keluarga tapi tidakkah kita sesekali terfikir apa yang akan terjadi kepada
harta-harta, isteri, anak-anak yang kita sayangi setelah kita meninggal
dunia ?

Tahukah anda bahawa waris anda perlu melalui proses pengurusan harta
pusaka yang memakan masaLAMA, RUMIT, LECEH & MAHAL sebelum
mereka boleh menerima wang anda dari dalam akaun konvensional anda?

++++++++++++++++++

Perancangan dan Pengurusan Harta Pusaka Syariah

(Hibah, Amanah, Infaq, Harta Sepencarian, Wasiat 1/3 dan Faraidh)

Komprehensif Pantas Mudah

Adi 012-5588680

You might also like