Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

AHLI BAKEP

1. Ahli biasa terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan sokongan yang sedang
berkhidmat secara tetap dengan perkhidmatan pelajaran dalam negeri
terengganu. Ahli biasa yang bersara akan tamat keahliannya pada 31 disember
pada tahun persaraannya kecuali ia mendaftar sebagai ahli seumur hidup.

2. Ahli seumur hidup terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan sokongan yang
sedang berkhidmat secara tetap dengan perkhidmatan pelajaran dalam negeri
terengganu yang telah bersara wajib / pilihan daripada perkhidmatan pelajaran
negeri terengganu dengan syarat terlebih dahulu menjadi ahli biasa bakep
sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun secara berterusan.

KADAR BAYARAN KEAHLIAN

Bayaran Masuk : RM10.00.

Yuran Tahunan Ahli Biasa : RM32.00.

Yuran Ahli Seumur Hidup : RM200.00 (sekali bayar sahaja)

MENJELASKAN YURAN AHLI BAKEP

Menurut undang-undang tubuh BAKEP fasal 5 (2) menetapkan setiap ahli


hendaklah menjelaskan yuran tahunan BAKEP kepada bendahari sebelum atau
pada 31 Januari setiap tahun.

PENGURUSAN BAKEP

1. Urus setia BAKEP di JPNT ialah Sektor Pengurusan Pembangunan


Kemanusiaan.
2. Urus setia BAKEP di PPD ialah semua Pegawai dan Penyelia Unit Hal Ehwal
Murid Pejabat Pelajaran Daerah.
3. Urus setia BAKEP di sekolah ialah Penolong Kanan HEM.
4. Setiap PPD dan SEKOLAH dibekalkan buku resit ahli BAKEP.
5. Setiap kutipan yuran dari sekolah oleh Penolong Kanan HEM hendaklah
diserahkan kepada urus setia di PPD dan seterusnya urus setia di PPD akan
meyerahkan yuran dari daerah masing-masing kepada urus setia di Jabatan
Pelajaran Negeri (SPPK).

SUMBANGAN KEBAJIKAN BAKEP KEPADA AHLI

 Kadar baru bagi Sumbangan Khairat Kematian / kebajikan bagi mana-mana ahli
BAKEP yang meninggal dunia ialah RM7,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ribu
Sahaja) berkuatkuasa mulai 1 Mei 2013.

 Sumbangan kebajikan (urusan tahlil / lain-lain keperluan) kepada mana-mana ahli


BAKEP yang meninggal dunia berjumlah RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus
Sahaja) berkuatkuasa mulai 16 Februari 2011.

 Kadar sumbangan akan diputuskan oleh Jawatankuasa BAKEP. Sumbangan


kebajikan sekali dalam seumur hidup kepada mana-mana ahli BAKEP yang
mendapat rawatan di wad hospital kecuali mendapat rawatan di hospital kerana
berkhatan / bersalin.

 Sumbangan kebajikan untuk hari pertama berada di wad hospital ialah RM100.00,
manakala hari kedua dan seterusnya mendapat rawatan di wad hospital ialah
RM50.00. Jumlah sumbangan kebajikan tidak melebihi RM500.00 berkuatkuasa
mulai 16 Februari 2011.

 Sumbangan Khairat Kematian / kebajikan sekali dalam seumur hidup kepada


suami / isteri ahli yang meninggal dunia ialah RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima
Ratus Sahaja) berkuatkuasa mulai 16 Februari 2011.

You might also like