Topik 5 (Yati&jef)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 29

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

KAJIAN PENGURUSAN SUMBER, BAHAN BANTU


TAJUK 5 MENGAJAR DAN PERANAN APRESIASI HASIL
KERJA MURID

Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran


Berdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang
ada didalamnya.

http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

Alat :

Bahan Bantu:

Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. Kemudian
cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu
tersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambahbaikkan.

a) Bahan bantu mengajar – semua bahan yang digunakan oleh guru dalam
menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid.

b) Bahan bantu belajar – semua bahan yang digunakan oleh murid secara
kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran.

1
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

A B C

http://images.ask.com/pictures

Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. Mari kita amati dan membuat penaakulan
kepada butiran di bawah.

- Menjelaskan konsep,memudahkan pemahaman, meluaskan pengalaman


- Menarik minat dan perhatian, membina suasana belajar, menghilangkan
kebosanan, melibatkan murid secara aktif
- Menggerakkan murid untuk berfikir, merangsangkan pelbagai deria
- Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru
- Menjana idea, menyediakan environment belajar, menjimatkan masa
- Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
- Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan
Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang
berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama
rakan-rakan anda.

Set induksi:

Input utama:

Pengayaan:

2
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Pemulihan:

BAGI MENJELASKAN PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR,


MARI KITA LIHAT HURAIAN BERIKUT.

Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip, ilustrasi/gambar dan maklumat
yang jelas, relevan serta mudah difahami. Mudah dikendalikan dan mesra
pengguna. Persembahan menarik dan kemas.Dapat menjelaskan konsep dengan
tepat. Kekukuhan dan boleh diguna selalu.

i) Prosedur penyediaan bahan bantu.

- Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran


- Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan
- Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan
- Menentukan bahan dan teknik
- Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak
dipaparkan.
- Menghasilkan bahan bantu.
- Kemasan

ii) Penggunaan bahan bantu.

- Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber


perlu digantung, dilekatkan, disandarkan atau diedarkan.
- Mengambil langkah-langkah keselamatan
- Mengambil kira bilangan yang mencukupi
- Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan
mengutip.

Setelah anda memahami dan menghayati prosedur penyediaan bahan bantu dan
penggunaan bahan bantu. Cuba lakukan latihan ini.

3
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa
membuat pemilihan bahan bantu.
1

Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan
bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan
bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-
dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut:

A) Alat dan bahan untuk penghasilan

Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:


Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat……..
Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij…….

4
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas
meja……..

Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf
tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda. Anda boleh rujuk daripada
buku atau layari website.

B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:

(ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan
pengalaman sedia ada murid. Contohnya :

Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,


jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek
harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket,….

(iii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan
secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid.
Contohnya:

Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dank ad


ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan
gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana………….

(iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama
dengannya

5
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Sila senaraikan di sini :

Koleksi Khas
Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi
yang boleh dipilih sebagai koleksi khas.

6
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

A http://images.ask.com/pictures B

C http://images.ask.com/pictures D

Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ?

2 Dimensi 3 Dimensi

Seterusnya, berdasarkan gambar di atas, cuba anda membuat kapsyen sebagai


langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan.

Nama Pengkarya :
Tajuk :
Media :

7
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Teknik :
Tahun :

Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah
seperti berikut:-
1. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni
reka, Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Bahan tersebut
boleh disimpan di dalam folio.

2. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit


kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka.

3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap
dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian.

4. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual
termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan
antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan
perasaan ingintahu murid.

5. Koleksi lutsinar OHP / Power Piont boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV
bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka.

6. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari


pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber
Sekolah.

7. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti


P&P dijalankan. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan.

8
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan.

Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu


berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah.
Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di
ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan
keselamatannya.

http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

9
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan


Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan
Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan
mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan
bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan
supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu
dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak.

Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus


mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti membuat
tembikar dengan tanah liat.

Penyimpanan dan rekod stok

10
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi
sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam
ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.
Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan
dan rekod stok.:-
- Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan
- Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah
- Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan
mengesahkan
- Membuat inventori dalam buku stok
- Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan

Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat
dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis
guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman
secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada
akhir tahun yang berkenaan.

Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan,
kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan
kepada pihak sekolah.

Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal
hendaklah dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan
stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja.
Umpamanya , kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke
dalam borang item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja.

Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah
keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan hujah yang relevan.

11
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Peralatan kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok
Borang stok untuk peralatan kekal

Bil Item Bil. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus


( Peralatan Kekal )

1. Meja guru 2 13/09/2009 15/10/2010

2. Meja guru 2 13/09/2010

Jumlah Catatan
Item

Peralatan tidak kekal


Contoh Borang untuk penyimpanan stok
Borang stok untuk peralatan tidak kekal

Bil Item Bil. Unit Tarikh Tarikh lupus


( Peralatan tidak Kekal) masuk

1. Kertas lukisan 200 dozen


( 1 imperior ) 22/09/2009

2. Kertas lukisan 100 dozen


( 1 imperior ) 10/10/2010

Jumlah Catatan
Item

Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak


kekal. Jelaskan.
12
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Panduan Keselamatan
Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan
di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak
langsung. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan
berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan
bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat.

Minyak kertas kain linen kertas warna berus lukisan cecair tinner
turpentine lukisan batik
Cat air pisau NT fabric dye Carta PSV pisau ukir tanah liat

Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan
sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang
dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan
sebarang kemalangan daripada berlaku.

Bil Kenyataan Huraian sebab dan akibat


1 Guru perlu membaca
label bahan

2 Kenalpasti murid yang


bermasalah kesihatan

3 Guru perlu sediakan


panduan keselamatan

13
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

4 Murid menjalankan
aktiviti menghasilkan
ukiran kayu

5 Memberi taklimat atau


penerangan cara-cara
menghasilkan batik lukis
dan keselamatan fizikal

Etika dan tanggungjawab


Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :-
Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk
kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam
Rancangan Tahunan.
Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh
sekolah.
Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai
bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan
karya-karya mereka.
Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman
dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.

Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh
guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam
mempertabatkan profesion perguruan.

Rumusan:

14
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami


rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran,
prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod
stok. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual
untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum,semasa dan selepas
pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan
bahan yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di
atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula
boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan
merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni
Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.

Aktiviti 2.1

Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses


menyediakan bahan, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan
dengan penyimpanan dan rekod stok.

Alat dan bahan rekabentuk dan prosedur penyimpanan dan


bantu proses mengguna dan rekod stok
menyediakan menyimpan alat
bahan dan bahan

Carta organisasi
panitia
Pendidikan Seni
Visual

Salinan karya
agung di dalam
dan luar Negara

Contoh-contoh
kraf tradisional

15
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Kertas lukisan
dan warna air

Alat-alat membuat
ukiran

Mesin pembakar
seramik

Rak-rak kayu

Aktiviti 2.2

Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai


membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah
membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan
menggunakan teknik kolaj dan capan.

16
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

TAJUK 3 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

3.1 Sinopsis

Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual, panduan keselamatan,
etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan. Bagi melengkapkan diri
anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh memahami
dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian
berkaitan dengan hasil kerja murid.

3.2 Hasil Pembelajaran

3.2.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan
pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur, panduan
keselamatan,etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan.

3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

17
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

Susun Atur Bilik PSV

3.4 Kandungan

18
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Gambar 1: Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana menarik

19
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana
sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari
hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan
penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian
bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual,
tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan
pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan
Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.

Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam


bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi
prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi
murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep
pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan
peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku
murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif.

20
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Kabinet Berpintu Peralatan PSV


Dapur Gas

Alat Pemadam
Zon / Bengkel Mencanting Batik Kebakaran
Kerja MuridSinki

Tingkap
Pintu 2
Meja 6 Meja 5
Peti Kecemasan
Tingkap

Sudut
Buku
Sudut Pameran Hasil

Rujukan

Meja 4 Meja 3

Pusat
Akses

Sudut
Meja 1 ICT
Meja 2

LCD
Pintu 1

Meja
Gambar 2 : RajahGuru
di /bawah adalah contoh pelan bilik seni visual
Stor Dekstop
Papan Putih Sudut Pameran
Papan Info skrin Hasil Kraf Tangan

21
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan
untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.

Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni
hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni
hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan
keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni
visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja
kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.
Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil
kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.
Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.

Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat
presentasi dalam bentuk folio.
Ambil gambar-gambar berikut:
1.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut
1.2 Sudut-sudut pameran berkaitan
1.3 Zon-zon kerja tertentu
1.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan
1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan
1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni

Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan

22
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan


bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada
tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga
dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Antara perkara-
perkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio
seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin, pencahayaan, bahan pameran
khas, zon kerja dan stor penyimpanan.

Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni


melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna
kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah
dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik
yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada
minda untuk belajar (Koster, 2001).

Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni
hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar
yang akan dipamerkan.

Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain


sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah
diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain
mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga
memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut
mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan
studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang.
Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran
pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa
banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni.

23
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan

Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh


memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang
boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi
yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini
akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka
untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid
menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan
dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang
yang lebih luas. Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna
diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi
membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di
antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja.
Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk
menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.
Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya
alatan yang disimpan mudah untuk diambil.

Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid

24
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

25
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik PSV
dan hasil kerja murid?

3.5 Situasi
Pada awal tahun, Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamer
bagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar. Jawatankuasa tersebut
diberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkan
sepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. Hari ini,
jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkan
idea mereka dalam kelas. Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawa
mereka dibenarkan mengundi sekali sahaja. Fong tampil ke depan kelas lalu
berkata, “Saya bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empat
kegiatan berserta contoh.” Jali bentangkan idea kedua, “Saya syorkan kita
sediakan carta proses bagi keempat-empat kegiatan dan contoh hasil kerja
yang terbaik.” Idea ketiga dikemukakan oleh Yatie, saya fikir adalah menarik
jika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang Seni
Visual.” Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut oleh ketiga-tiga murid
tadi, satu undian pun berlangsung. Peta minda berserta contoh didapati paling
popular menang dengan 30 undi, diikuti dengan carta proses dan contoh
terbaik sebanyak 12 undi. Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visual
memperolehi tiga undi sahaja. Ekoran itu, jawatankuasa papan pamer
mengadakan perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untuk
mengagihkan tugas berkaitan.

Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahan-


bahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer?
Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamer
bagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkan
kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan anda
terhadap kepentingan papan pamer;

26
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu


keselamatan dan perlindungan; kontek sosial, identifikasi simbolik,
penyempurnaan tugas; keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan.

 Keselamatan dan perlindungan. Merujuk kepada keadaan bangunan


sekolah yang baik dan mampu melindungi guru dan murid-murid
daripada cuaca buruk, dan kebisingan yang keterlaluan. Guru mengajar
mata pelajaran PSV (amali) juga hendaklah pastikan murid-murid
dimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa
menggunakan alat-alat tajam dan dapur (memasak lilin) di bilik PSV.
 Kontek Sosial. Merujuk kepada susun atur meja yang menentukan
sejauh mana murid-murid dapat dapat berinteraksi antara satu sama
lain. Amat penting untuk anda ingat bahawa tiada satu susun atur yang
paling berkesan sekali. Bagi memaksimunkan kontek sosial dengan
murid-murid anda, anda perlu mematuhi beberapa syor berikut: (i)
elakkan daripada berdiri di satu tempat sepanjang sesi pengajaran; (ii)
adakan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagian
belakang dan di sisi; dan (iv) tukar tempat duduk murid-murid agar
setiap murid berpeluang untuk duduk di depan.
 Identifikasi simbolik. Merangkumi maklumat mengenai guru dan murid-
murid termasuk minat, pencapaian, kegemaran, dan latar belakang
mereka. Namun, kebanyakan bilik darjah tidak bercorak personal.
Pamerkan hasil kerja murid-murid di papan pamer. Ia bukan sahaja
menjadikan bilik darjah lebih menarik, tetapi juga mengiktirafkan
pencapaian murid-murid yang berkenaan.
 Penyempurnaan tugas. Merujuk kepada pelbagai tugas dan aktiviti yang
akan dikendalikan dalam bilik darjah seperti aktiviti secara individu atau
kumpulan; melayari internet atau alat multi-media yang lain; aktiviti
mengikut stesen atau litar; ataupun aktiviti amali atau latihan bertulis.
 Keseronokan. Merujuk kepada sejauh mana bilik darjah itu menarik bagi
guru dan murid-murid. Misalnya, cat dinding dengan warna yang dingin
atau sejuk; sediakan kawasan yang terbuka dan sudut yang kecil tetapi
mesra.
 Pertumbuhan dan perkembangan. Bilikdarjah merupakan satu tempat di
mana murid-murid berpeluang untuk meneroka, memerhati, mengkaji,
menguji dan menemui sesuatu yang baru. Oleh itu, sediakan buku-buku
bacaan yang biasa, kamus dan buku istilah, buku kerja, di samping
pelbagai bahan seperti bahan-bahan seni visual, puzzle, bahan
manipulatif, interaktif dan sebagainya.

Rumusan:
Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Seseorang guru
Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru
Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru PSV yang
lain untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi
menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran.

27
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

3.6 Latihan B

(i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilik


PendidikanSeni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yang
bermakna.

(ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan


bilik Pendidikan Seni Visual.

 Kemukakan pandangan anda dalam ruangan


forum OLL.

(iii) Rujuk jadual di bawah. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006)
terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih.
28
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

(iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi, buat rumusan tentang kualiti
pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Standard kualiti
pendidikan Malaysia. Sekolah: Pernyataan standard. Jemaah Nazir
Sekolah. (2004). KL:Kementerian Pelajaran Malaysia.

No. Skor
Item
Item 0 1 2 3 4 % Pur
109 Bilik Seni Kondusif 8 1 0 2 1 5.3 0.92

110 Stor PSV diuruskan dengan baik 9 1 1 4 2 11.1 1.35

111 Mempunyai prosedur senggara BBM 21 4 1 3 2 11.1 0.74

112 Buku stok/inventori diuruskan dengan kemas kini 11 6 7 5 4 24.5 1.55

113 Sudut Seni diwujudkan dan dimanfaatkan secara kreatif 6 5 16 4 1 25.5 1.66

114 Penggunaan bengkel secara optimum 8 1 1 1 0 2.9 0.55

* Pur = purata

(v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif dengan
menyediakan sebuah pelan lantai cadangan. Anda juga boleh kaitkan
cadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lain
yang mempunyai bilik PSV. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan.

 E-melkan dapatan anda kepada pensyarah dalam tempoh


tiga minggu selepas anda menerima modul ini.

29

You might also like