Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 3 SEMESTER 3

MOHAMMAD AMER FARIS BIN MOHD ASRI

PENGERUSI BINA INSAN GURU SEMESTER 3

920125-03-5023

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
saya dapat mengikuti Program Bina Insan Guru(BIG) Fasa 3 pada semester ini.
Program ini dijalankan pada 7/2/2013. Program BIG kali ini kami telah memilih program
khidmat komuniti dalam pendidikan. Oleh itu, kami telah memilih Sekolah Kebangsaan
Tawang, Bachok. Saya sebagai Pengerusi BIG pada semester ini telah mengadakan
pelbagai langkah untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar dan baik sekali.
Oleh itu, saya telah mengadakn mesyuarat untuk melantik Ahli Jawatan Kuasa(AJK)
dan lain-lain bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dengan adanya
ahli-ahli AJK ini. Dengan undian yang diperoleh, saya telah diamanahkan menjalankan
tanggungjawab sebagai pengerusi BIG pada semester ini sambil dibantu oleh naib
pengerusi, Kamariah Binti Abdul Rahman dan setiausaha BIG, Nurul Najiah Binti
Awang. Saya berasa amat berbangga kerana dipilih sebagai pengerusi BIG pada kali ini
kerana ini merupakan pengalaman saya yang pertama sebagai pengerusi. Hal ini
kerana sebelum ini saya tidak pernah mengalami situasi tanggungjawab sebagai
pengerusi. Selain itu, saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan saya kerana telah
memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai
pengerusi. Saya juga mengadakan pelantikan AJK ini bagi memastikan semua rakan-
rakan saya mendapat tugas masing-masing kerana saya tidak mahu ada rakan-rakan
duduk macam tiada kerja yang hendak dibuat.

Selepas melantik setiap AJK ini, saya telah mengadakan lawatan ke Sekolah
Kebangsaan Tawang untuk memeriksa keadaan kelas Pendidikan Khas yang ingin
diubahsuaikan. Di sini, saya telah mendapat kerjasama antara Guru Besar Sekolah
kebangsaan Tawang, Tuan Haji Mazlan dan Penyelaras Guru Pendidikan Khas, Encik
Mohd Arif yang sudi menerima kami untuk menjalan program BIG di sekolah tersebut.
Mereka amat berbesar hati kerana kami memilih sekolah ini untuk menjalankan
program BIG ini. Selain itu, mereka juga memberikan sokongan dan memberikan
bahan-bahan yang kami hendak gunakan kerana mereka akan menyediakan bahan-
bahan itu sedaya yang mungkin. Kami telah melawat sekolah ini selama beberapa kali
bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan itu bersesuaian dengan
kehendak kami ini.

Pada hari Program ini dijalankan, saya telah mendapat kerjasama antara rakan-
rakan saya yang bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja ini. Saya amat berbangga
kerana rakan-rakan saya telah memberikan komitmen kerjasama 100% dan mereka
tidak mencuri tulang. Ini amat membanggakan saya kerana ini merupakan pengalaman
saya menjadi pengerusi atau ketua. Rakan-rakan saya banyak membantu saya dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai ketua dan pengerusi ini.

Nilai-nilai kekuatan yang saya perolehi daripada BIG pada semester ini ialah
semangat bekerjasama antara satu sama yang lain. Hal ini penting kerana dengan
wujudnya semangat bekerjasama, semua perkara yang dilakukan itu dapat
dilaksanakan dengan cepat dan pantas. Sebagai contohnya ialah saya dan kawan-
kawan bertungkus-lumus untuk meneyiapakn kerja kami iaitu membuat bidoata, print
dan lain-lain. Dengan adanya semngat kerjasama ini kami dapat menyiapkan kerja kami
ini dengan cepat. Sebaliknya, jika tiada semangat kerjasama ini, mungkin kerja kami ini
tidak dapat disiapkan dengan segera. Oleh itu, jelaslah bahawa semangat bekerjasama
antara satu sama lain ini amat penting kepada semua orang termasuk kami juga.

Selain itu, saya juga telah mendapat nilai mengeratkan silaturahim antara satu
sama lain biarpun berlainan agama. Di sini saya telah dapat mengeratkan silaturahim
antara kawan-kawan saya yang lain seperti mengenalnya dengan lebih lanjut
berbanding sebelum ini. Ini amat penting kerana mengeratkan silaturahim amat dituntut
oleh setiap agama. Dengan adanya semangat ini, maka ia dapat mengeratkan tali
persaudaraan dengan lebih ketat lagi. Sebagain contohnya ialah saya dapat mengenal
dengan lebih lanjut lagi tentang tingkah laku kawan saya, Amri di mana dia merupakan
seorang yang baik dan suka menolong orang ketika pada kesusahan tanpa mengira
kaum dan agama. Ini penting kerana ia dapat menyemarakkan lagi perpaduan antara
kaum di atas Negara kita sendiri.

Di samping itu, saya juga telah mendapat nilai kekuatan semangat saling
menolong antara satu sama lain. Ini penting kerana ia dapat muemudahkan sesuatu
kerja tersebut munjadi sengan dan dapat siap dengan pantas dan cepat sekali.
Contohnya ialah saya saling menolong kawan-kawan saya yang sedang menyiapkan
biodata dan membuat tampalan untuk ditampal di dalam kelas nanti. Jika tiada
semangat saling menolong antara satu sama lain, maka sesuatu kerja tersebut akan
menjadi susah dan juga mengakibatkan kerja berkenaan lambat untuk disiapkan.

Manakala dari segi kelemahan yang saya dapat perolehi ialah aktiviti kami ini
seperti program besar iaitu mempunyai pelbagai aktiviti yang hendak dibuat. Oleh itu,
kamii di sini tidak dapat menyiapkan kerja-kerja ini dan kami telah bercakap dengan
Encik Arif untuk menyiapkan semasa cuti Tahnu Baru Cina nanti. Hal ini terjadi apabila
Encik Arif ini hendak memastikan persekitaran di dalam dan luar kelas Pendidikan Khas
ini cantik dan bersih. Tetapi kami tidak merungut tentang banyak tugasan yang
diberikan. Kami telah menjalankan aktiviti ini dengan sebaik yang mungkin.

Selain itu, kelemahan yang saya dapat ialah terdapat segelintir kawan-kawan
saya ini tidak menepati masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana bak kata
peptatah ‘Masa itu emas’. Oleh itu, kita hendaklah menghargai masa itu dengan sebaik
yang mungkin dan janganlah kita ini tidak menepati masa kerana ia amat dibenci oleh
Tuhan bagi semua agama. Selain itu, kita sebagai bakal seorang guru juga perlu
menepati masa ketika berada di sekolah nanti kerana ia amat penting kepada kita untuk
mencurahkan segala ilmu yang kita ada ini kepada para pelajar kita pada masa yang
akan datang.

Cadangan yang boleh saya dapat buat di sini ialah kita hendaklah memeriksa
terlebih dahulu semua bahan yang hendak dibawa itu bagi memasikan tiada barang
pun yang tertinggal. Hal ini amat penting kerana jika bukan barang-barang yang hendak
digunakan semasa majlis penutupan itu, maka majlis itu sepatutnya berlaungsung tepat
pada masanya. Oleh itu, jelaslah bahawa pemeriksaan bahan-bahan ini amat penting
bagi memastikan segala aktiviti BIG pada semester ini dapat berjalan dengan lancar
dan baik.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana dapat menjayakan program BIG
pada semester ini terutama kepada rakan-rakan saya iaitu Ahmad Syafiq dan
setiausaha BIG, Nurul Najiah kerana telah membimbing saya dan mengajar saya
bagaimana dan apakah tugas tanggungjawab sebagai pengerusi. Tanpa mereka, saya
tidak pasti sama ada program ini dapat berjalan dengan lancar atau sebaliknya. Di
sapming itu, saya ingin mengucapkan ribuan kepada pihak sekolah Sekolah
Kebangsaan Tawang kerana sudi menerima kami bagi menjalankan program BIG di
sini. Mereka juga sanggup menyediakan bahan-bahan yang hendak kami gunakan
setakat yang mampu. Ini menunjukkan pihak sekolah memberikan kerjasama yang
sepenuhnya kepada kami bagi menjayakan program ini. Guru-guru di sini amat baik
dan peramah kerana sudi menjemput kami makan tengah hari bersama-sama kerana
pada masa itu sekolah tersebut mengadakan sambutan Maulidur Rasul walaupun ini
kali pertama kami berjumpa dengan guru-guru di sini. Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung bagi menjayakan program BIG pada semester ini.

Sebagai kesimpulannya, banyak faedah yang positif dapat diambil melalui siri
Bina Insan Guru (BIG) pada semester ini. Pelbagai nilai dapat dipupuk melalui aktiviti-
aktiviti yang dijalankan seperti nilai kerjasama, bantu membantu, setia kawan, tolak
ansur dan lain-lain lagi. Sebagai seorang guru, nilai-nilai ini sangat penting dan perlu
disemai ke dalam jiwa setiap bakal guru. Hal ini amat bersesuain dengan matlamat siri
BIG ini yang ingin melahirkan guru yang berkeyakinan tinggi, berani, sanggup hadapi
risiko, berjiwa kental dan tidak mudah berputus asa. Selain itu, sebagai seorang anak,
kita hendaklah menghormati ibu bapa kita tanpa rasa mengenal erti penat dan lelah dan
janglah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak kerana ia merupakan
perkara yang keji dan akan mendapat balasannya pada hari akhirat nanti.

You might also like