Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SELASA.

(9/2/2021)

MUHAMMAD FAIZ BIN KHOLAD @KHALID

KELAS MT 3

Kepuasan kerja boleh didefinisikan sebagai satu keseronokan atau perasaan positif hasil
daripada nilaian sesuatu kerja atau pengalaman kerja. Perasaan ini timbul daripada
persepsi setiap pekerja yang menggambarkan nilai-nilai sebenar kerja mereka di dalam
situasi kerja (Ramli, 2000) dalam Halimatussaediyah Tamrin dan Noraini Abdol Raop.
(2015).

Berdasarkan artikel yang diberikan, antara faktor ketidakpuasan yang menyebabkan isu
yang berlaku adalah faktor ketidakpuasan kerja dan penyeliaan. Hal ini kerana beliau ada
menyatakan bahawa seorang pegawai PPD menyerang beliau secara peribadi dengan
datang menyelia dan menulis laporan burul-buruk serta mencari salah beliau. Beliau juga
memberitahu bahawa pegawai tersebut melakukan sedemikian atas alasan peribadi dan
tidak bersikap keterbukaan semasa bertugas. Perkara ini menyebabkan suasana
perhubungan antara pekerja yang tidak saling menghormati telah merosakkan produktiviti
profesion. Menurut Kajian yang dibuat oleh Locke (1976) terhadap hubungan antara
pekerja dengan penyelia merupakan sebahagian faktor yang boleh menghasilkan kepuasan
kerja. Penyeliaan yang bertimbang rasa, mesra, senang didampingi, terbuka, melibatkan diri
dengan pekerja bawahan merancang bersama dalam menentukan matlamat akan memberi
kesan dalam produktiviti, efisien dan kepuasan kerja. Manakala seseorang penyelia yang
bersikap sebaliknya akan memberi kesan kepada ketidakpuasan kerja Likert (1967). Hal ini
membuktikan seorang pentadbir atau penyelia perlu bersikap bertoleransi dan profesional
semasa menjalankan tugas supaya suasan hubungan anggota bawahan pekerja saling
menghormati dan kualiti pekerjaan meningkat. Oleh sebab itu, seseorang ketua atau
penyelia perlu bijak dalam memainkan peranan supaya dapat meningkatkan pencapaian,
moral dan kepuasan kerja.

Bukan itu sahaja, faktor ketidakpuasan kerja dan kenaikan pangkat juga turut terlibat di
dalam artkel tersebut kerana beliau ada menyatakan bahawa beliau tidak pernah dapat APC
sepanjang beliau bertugas. Beliau juga pernah menyatakan bahawa beliau telah memberi
sumbangan terhadap sekolah seperti menghidupkan perpustakaan sekolah dan melatih
murid sehingga mampu wakil negeri pertandingan kebangsaan tetapi pihak lain yang
mendapat penghargaan itu. Hal ini jelas sekali tidak adil dan menyebabkan ketidakpuasan
kepada beliau setelah kepenatan beliau melaksanakan tugas tersebut. Ganjaran merupakan
satu insentif dan elemen motivasi ektristik yang berkesan dalam hubungan pekerjaan.
Menurut teori Jangkaan Motivasi Vroom (1964), seseorang berusaha melengkapkan
sesuatu tugas, ianya juga menjangka penyempurnaan tugas itu akan membawanya kea rah

1
SELASA. (9/2/2021)

mencapai sesuatu hasil tertentu seperti ganjaran. Akan tetapi, sekiranya usaha sesorang ke
arah mencapai ganjaran telah disekat, maka iannya akan berasa kecewa. Hal ini
membuktikan bahawa apabila seseorang itu telah berusaha sebaik mungkin melaksanakan
tugasannya, sudah pasti mengharapkan ganjaran sekurang kurangnya penghargaan tetapi
apabila disekat , seseorang itu akan kecewa dan kepuasan bekerja juga berkurangan. Oleh
sebab itu, pentadbir seharusnya bertindak profesional dan cakna dengan hasil kerja guru
supaya pentadbir boleh memberi ganjaran setimpal dengan hasil titik usaha guru tersebut
walaupun memberi penghargaan sedikit dengan pujian sudah pasti mampu meningkatkan
kepuasan kerja guru tersebut.

Selain itu, faktor ketidakpuasan kerja dan rakan sekerja juga dapat dilihat dalam artikel ini
semasa beliau menyatakan kerajasama sesama guru sukar diperolehi, suka mengata
belakang dan memfitnah. Hal ini menyebabkan beliau menjadi semakin tidak suka dan
kepuasan untuk mengajar semakin berkurangan. Faktor rakan sekerja ini juga boleh
menyumbang kepada kepuasan kerja dari segi hubungan, interaksi dan berkongsi
pandangan. Menurut Katz (1964), ada menyatakan bahawa simulasi, persetujuan dan
sokongan yang diperolehi daripada berinteraksi sesama rakan sekerja atau kumpulan kerja
memberi kesan terhadap motivasi dan peningkatan tahap kepuasan kerja jika setiap ahli
kumpulan mempunyai sikap dan nilai-nilai yang sama. Oleh sebab itu, semua ahli perlulah
mewujudkan tingkah laku yang baik dan tingkatkan amalan pergaulan sesama rakan sekerja
supaya dapat meningkatkan kepuasan bekerja dan amalan profesion.

(557 patah perkataan )

2
SELASA. (9/2/2021)

RUJUKAN

Halimatussaediyah Tamrin dan Noraini Abdol Raop. (2015). Kepuasan Kerja: Hubungannya
dengan Prestasi Kerja dalam Kalangan Kakitangan Yayasan Pembangunan
Keluarga Darul Takzim(YPKDT). Diakses pada 9 Februari 2021 daripada
file:///C:/Users/User/Downloads/2089-5531-1-SM%20(1).pdf

T.P. T.T. Teori Motivasi . Diakses pada 9 Februari 2021 daripada


http://studentsrepo.um.edu.my/1403/5/BAB_2.pdf

T.P. T.T. Teori Motivasi . Diakses pada 9 Februari 2021 daripada


http://studentsrepo.um.edu.my/3177/4/BAB_2.pdf

You might also like