Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Khidmat Komuniti ataupun Khidmat Masyarakat merupakan satu latihan yang memberi
khidmat kepada orang lain. Khidmat Masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang
dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu.
Modul Khidmat Komuniti, merupakan salah satu Modul Teras Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN) yang bermula seiring dengan penubuhannnyapada tahun
2004. Modul ini bertujuan membentuk semangat kesukarelawan dikalangan pelatih
PLKN. Namun begitu, setelah melalui perubahan PLKN 2.0 nama Modul Khidmat
Komuniti telah berubah kepada Modul Service Learning (i-serve) dan telah
membangunkan 6 kemahiran insaniah antaranya ialah Kemahiran Menyelesaikan
Masalah, Kemahiran Berkomunikasi dan Kemahiran Kerja Pasukan. (Manual Jurulatih
service Learning i-serve PLKN 2.0 Jan 2016) Saya selaku penyelidik terhadap kajian
ini pernah dilantik sebagai Penyelaras Modul Khidmat Komuniti bagi kumpulan 2, Siri
11/ 2014 di Kem PLKN …….

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Terdapat permasalahan kajian yang selalu timbul semasa melaksanakan Modul Khidmat

1
Komuniti di lapangan. Isu disiplin pelatih semasa di lapangan menjadi perkara yang
sering berlaku. Sewaktu Modul Khidmat Komuniti dijalankan, para pelatih bebas
berada di tempat awam; justeru, timbul isu kawalan disiplin di sini. Permasalahan kedua
adalah pelaksanaan di lapangan berbeza dengan perbincangan. Keadaan ini berlaku
apabila pihak agensi menukar perancangan tanpa maklum kepada pihak Kem PLKN.

Permasalahan ketiga, kekurangan staf perubatan bagi mengawal keselamatan di


lapangan. Kebiasaannya Modul Khidmat Komuniti PLKN berjalan serentak di lokasi
berbeza sedangkan jumlah staf perubatan kurang berbanding lokasi dan perkara ini
menyebabkan tiada rawatan segera apabila berlaku kemalangan di lapangan kepada
pelatih. Seterusnya, kekurangan penglibatan masyarakat setempat juga merupakan isu
yang serius apabila hanya pelatih sahaja yang bersemangat menjalankan Modul
Khidmat Komuniti. Objektif Modul Khidmat Komuniti untuk mewujudkan jalinan
hubungan pelatih dengan masyarakat selalu terjejas ekoran tiada penglibatan
masyarakat setempat dalam program-program yang dianjurkan.

Seterusnya, permasalahan yang timbul ialah isu pengangkutan untuk membawa


pelatih ke lokasi khidmat komuniti. Masalah ini menjadi rutin ekoran nisbah jumlah bas
dan kekuatan pelatih beserta lokasi program yang tidak seimbang. Kekangan yang
berlaku menyebabkan ketidaklancaran program. Permasalahan yang terakhir adalah
kekurangan peralatan di lapangan. Perkara ini sering meyebabkan pelatih berebut
peralatan dan ada pelatih yang tidak berbuat apa-apa disebabkan tiada peralatan. Sudah
pasti ini menjejaskan keberkesanan program khidmat komuniti.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

i. Menjelaskan permasalahan semasa Modul Khidmat Komuniti PLKN.


ii. Menerangkan gerakerja yang telah diambil penyelidik dalam menangani
permasalahan dalam pelaksanaan semasa Modul Khidmat Komuniti, PLKN.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Pihak yang akan mendapat manfaat di atas projek kajian ini adalah Jabatan Latihan
Khidmat Negara (JLKN). Ini adalah kerana kajian ini boleh dijadikan panduan pihak

2
JLKN untuk menjalankankan Modul Khidmat Komuniti di masa hadapan dengan
jayanya. Pihak jabatan juga boleh menyalurkan kajian ini kepada seluruh kem PLKN di
Malaysia untuk dijadikan rujukan. Selain itu, kajian ini boleh digunapakai oleh Briged
Sukarela Khidmat Negara (BSKN), Institut Pengajian Tinggi, serta semua pihak terlibat
bagi melaksanakan Program Khidmat Komuniti masing-masing.

1.5 LIMITASI KAJIAN

Kajian ini mempunyai limitasi seperti berikut:

i. Kajian melibatkan remaja atau pelatih PLKN yang berusia 18 tahun pada tahun
2014 yang mana mereka adalah pelatih daripada kem PLKN …. Kumpulan …
siri …. Keseluruhannya pelatih ini terdiri dari pelbagai kaum iaitu, Melayu, Cina
dan India dan daripada pelbagai negeri iaitu, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Selain pelatih, jurulatih PLKN dan masyarakat setempat juga turut terlibat
menjayakan Modul Khidmat Komuniti ini.

ii. Modul Khidmat Komuniti telah dijalankan di ………, (tarikh). (Rujuk Lampiran
A).

1.6 KESIMPULAN

Bab ini telah menerangkan dengan jelas tentang tujuan kajian ini dijalankan dan
penyelidik telah menetapkan matlamat yang hendak dicapai diakhir kajian ini. Antara
objektif utama kajian ini melibatkan penyelesaian kepada masalah yang sering berlaku
di lapangan semasa Modul Khidmat Komuniti dijalankan. Seterusnya telah dikenalpasti
pihak yang akan mendapat kepentingan dengan kajian yang telah dijalankan.

You might also like