Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

MPU2363

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION

JANUARI / 2020

MPU2363

PENGAJIAN MALAYSIA
Contents
Tugasan 1.........................................................................................................................................1
Pengenalan.......................................................................................................................................1
Wawasan 2020.............................................................................................................................2
Usaha-usaha yang menjayakan Dasar Wawasan 2020................................................................3
Cabaran-cabaran yang tercapai........................................................................................................6
Sebab-sebab Wawasan tersasar...................................................................................................8
Kesimpulan................................................................................................................................10
Tugasan 2 : Jurnal Reflektif...........................................................................................................10
Reflektif tentang sebelum dan selepas mempelajari Pengajian Malaysia.................................10
2.1 Reflektif tentang Dasar Kemakmuran Bersama 2030 (DKB)......................................12
APENDIKS....................................................................................................................................15
Tugasan 1

Pengenalan

“Wawasan 2020 telah dibentangkan oleh Tun Dr.  Mahathir Mohamad pada 28 Februari

1991 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara  perindustrian dan  maju sepenuhnya dari segi

ekonomi, political, kerohanian, psikologi dan budaya menjelang tahun 2020” ( Ahmad Sarji,

2003. ms69). Wawasan tersebut dilaksakan dalam tempoh selama 30 tahun.

Untuk menjayakan Malaysia sebagai negara yang maju menjelang tahun 2020,

pertumbuhan ekonomi Malaysia harus dicapai pada tahap yang tinggi. Oleh demikain, terdapat

tiga fasa utama dalam pelaksanaan Wawasan 2020. Pertamanya, dasar dan strategi yang

digariskan di dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991-2000 iaitu Dasar

Wawasan Pembangunan Nasional. Program ini adalah sebagai pengganti Dasar Ekonomi Baru

(DEB). RRJP2 menjadi rangkaan kepada sasaran sosioekonomi tercapai dalam tempoh sepuluh

tahun. Rancangan Malaysia Keenam, 1991-1995 pula berusaha menjayakan RRJP2 dengan

menjelaskan dasar, strategic and program dalam tempoh lima tahun.

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 2001-2010, juga dikenali dengan

Dasar Wawasan Negara (DWN) melaksanakan fasa kedua Wawasan 2020 dalam tempoh

sepuluh tahun. Ia “bertujuan untuk memperkukuhkan daya saing dan daya tahan serta

mewujudkan masyarakat yang saksama bagi memastikan kestabilan dan perpaduan negara” .

( Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin, 2014. ms418).

Dalam tempoh masa 2011 hingga 2020, Model Baru Ekonomi (MBE) menjalankan fasa

ketiga Wawasan. Matlamak utama MBE adalah meningkatkan kualiti hidup rakyat ( Mardiana

Nordin & Hasnah Hussiin, 2014).


Wawasan 2020

Terdapat sembilan cabaran untuk merealisasikan wawasan 2020 . Cabaran pertama

adalah untuk menunjukkan negara Malaysia yang bersatu dan mempunyai matlamat yang

dikongsi bersama iaitu Negara Malaysia yang aman, rakyat Malaysia hidup dalam harmoni,

bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didorong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai

kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Cabaran kedua adalah mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan

maju dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan kejayaan dan tabah

menghadapi masalah.

Cabaran ketiga adalah mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang

matang yang mengamalkan satu bentuk persefahaman matang iaitu demokrasi Malaysia yang

boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

Cabaran keempat adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika,

berpegangan teguh kepada nilai agama dan kerohanian.

Cabaran kelima untuk mewujudkan masyarakat yang matang, toleran dan liberal.

Walaupun agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia, namun rakyat Malaysia bebas

mengamalkan adat, budaya dan agama masing-masing.

Cabaran keenam pula mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya

perubahan tinggi dan memandang ke hadapan, Malaysia mampu menjadi penyumbang kepada

tamadun saintifik dan teknologi pada masa depan dan bukan sahaja sebagai pengguna teknologi.

Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan mengamalkan budaya

penyayang. Ini menunjukkan system sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama
daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di

sekeliling system kekeluargaan yang kukuh.

Cabaran kelapan adalah mewujudkan masyarakat yang adil dari segi ekonomi dengan

pengagihan kekayaan negara yang menyamaratakan tanpa mengira kaum. Masyarakat

sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan

kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Cabaran kesembilan yang mewujudkan masyarakat maknur yang mempunyai ekonomi

yang berdaya saing sepenuhnya, dinamik, cergas dan berdaya tahan dan mudah pulih (Ahmad

Sarji ,2003).

Usaha-usaha yang menjayakan Dasar Wawasan 2020

Di samping mengekalkan strategik dalam pembasmikan kemiskinan dan penyususan

semula masyarakat di bawah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional digubalkan

oleh kerajaan untuk untuk memperbaiki ketidakseimbangan social dan mengukuhkan perpaduan

rakyat Malaysia.Antaranya berusaha meningatkan peluang pekerjaan yang berterusan kepada

rakyat malaysia , memberi pendidikan dan latihan kepada golongan yang kurang mahir untuk

meningkatkan pendapatan mereka. Ini bertujuan mengurangkan jurang antara golongan miskin

dengan golongan kaya. Dalam dimensi baharu DPN pula memberi penekanan yang lebih

terhadap isu kemiskinan bertujuan menghapuskan kemiskinan dalam golongan termiskin tanpa

mengira kaum seperti kaum orang Asli, bumiputera di Sabah dan Sarawak dan mengurangkan

kemiskinan relatif. Oleh demikian, salah satu usaha kerajaan kerajaan adalah meningkatkan

tahap pendidikan di kalangan kaum orang asli melalui rancangan Skim Bantuan Galakan

Pendidikan. Dr Mahathir berkata sehingga kini terdapat seramai 1,090 pelajar Orang Asli yang
sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam pelbagai jurusan, selain yang

berjaya melanjutkan pelajaran di universiti luar negara pada peringkat pengajian Ijazah Sarjana

Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. (Malaysiakini, 2019) Kerajaan turut menubuhkan

Masyarakat Perdangangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) untuk meningkatkan dan

mengekalkan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi. Untuk menghapuskan pengenalan

kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusun semula hak milik, kerajaan juga

meningkatkan penekanan kepada sektor swasta dan mengembangkan kebolehan pengurusan ,

kemahiran dan kualiti keusahawan kalangan bumiputera supaya taraf kebolehan dan keupayaan

mereka mampan dan bersaing dengan kaum lain malahan berdaya saing daripada antarabangsa.

(Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin 2014)

Selain itu, kerajaan juga membentukan Pelan Integriti National (PIN ) untuk membina

masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif. Pelan ini merangkumi

semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara. Objektif PIN adalah

untuk membentuk masyarakat Malaysia bermoral dan beretika. Pelaksanaan Agenda Integriti

untuk keluarga, komuniti, masyarakat sivil dan sosiobudaya adalah untuk pemantapan nilai-nilai

murni sebagai asas pembentukan identity dalam keluarga, pengukuhan semangat patriotism dan

perpaduan antara kaum dan akhir sekali membentukan identiti warganegara. Oleh demikian,

pertubuhan akar umbi seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK),

Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Penduduk untuk menjaga kerukunan hidup dalam komuniti.

Institutsi seperti sekolah, tadika, masjid dan lain- lain lagi boleh berperanan membina jasmani,

rohani dan intelek kanak-kanak. Selain itu, Pertubuhan NGO bukan kerajaan juga untuk

memenangi pelbagai isu seperti gejala social dan keganasan rumah tangga dan pelbagainya

dengan kerjasama kerajaan. Usaha ini boleh memantapkan integrity. Di samping itu, pendidikan
sama ada di sekolah, kolej atau university juga memainkan peranan sebagai pembinaan insan yg

beretika dan bertanggungjawab di samping bertambah pengetahuan, berdikari dan cekap. Selain

itu, Pelaksaan Agenda Integriti untuk institusi agama, Ekonomi, politik dan pentadbiran masing-

masing di kalangan masyarakat Malaysia adalah suatu peremeahgam meyeluruh memberi foks

kepada matlamat pemantapan etka dan integrity setan membudayakan integrity di kalangan

semua anggota masyarakat Malaysia. (Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin, 2014)

Bagi mewujudkan sebuah masyarakat saintifik dan progresif , yang berinovatif dan

berfikiran ke hadapan menjelang tahun 2020, Kerajaan telah berusaha meningkatkan amaun

mutlak dalam penyelidikan dan pembangunan. Program-program khusus seperti pembiayaan

modal teroka, bantuan kewangan dalam bentuk geram. Skim pelaburan berkongsi risiko dan

bantuan dalam bentuk pinjaman mudah juga dibangunkan untuk meggalakkan penyelidikan dan

pembangunan yang berorientasikan keputusan kepacukan pasaran. Pengkomesilan penyelidikan

dan teknologi yang berpontensi juga ditekankan melalui Model Inovasi Negara. Kerajaan juga

menggubal Dasar Sains, Teknologi dan Inivasi Negara untuk mengatasi cabaran perubahan

landskap global. Di bawah dasar tersebut, Bidang-Bidang Penyelidikan dan Pembangunan

Saintifik dan Sosial, dan Pengkomersialan Membangun untuk memupuk and mengekalkan bakat

untuk meningkatkan pelaburan sektor swasta dan komitmen. Tabir urus sains, teknologi dan

inovasi (STI) juga dipertingkatkan dan ditranformasi untuk memastikan pelaksanaan dasar dan

strategik berlancar dengan berkesan. Dengan berusaha memupuk budaya STI di segenap

masyarakat, kerajaan mengembang dan memperkakas pusat-pusat sains dengan untuk

mempopular dan menyemai budaya STI dalam masyarakat. Kerajaan juga menggiatkan

rangkaian deomestik dan antarabangsa. ( MOSTI, 2010)


Di samping itu, demi menujukan Malaysia ke arah negara perindustrian yang maju dan

sepenuhnya, pembangunan sumber manusia tentu tidak boleh diabaikan. Justerus, kerajaan

berusaha meningkatkan kualiti pendidikan dan peluang kemudahan untuk belajar dan berlantik di

segenap masyarakat. Salah satunya adalah meningkatkan taraf pengajian daripada pembelajaran

mata pelajaran sains dan matematik. Vakasional-vakasional dan institute-institut didirikan untuk

mengalakkan pelajar mendapat ilmu pengetahuan dan berlatih dalam bidang teknologi. Sektor

swasta bukan sahaja digalakkan terbabit dalam pembangunan latihan dan pendidikan dengan

lebih aktif maka menunbuhkan pusat latihan sendiri khusus untuk industri mereka. Kerajaan

telah memperuntukan sebanyak RM 8.5 bilion dalam pembangunan pendidikan dan latihan di

bawah Rancangan Malaysia Keenam (Ahmad Sarji, 2003). Kerajaan juga menubuhkan

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) untuk melabur dalam program peningkatan

kemahiran dan pembinaan kebolehan untuk semua sektor. PSMB telah melancarkan empat

inisiatif seperti Pusat Penempatan Luar 1Malaysia (1MOC), Program Latihan dan Ganti (T&R),

Program Pembangunan Graduan untuk Kebolehkerjaan (GENERAtE) dan Kemahiran Industri

Dipercepat Luar Bandar untuk Pekerjaan (RAISE). Inisiatif tersebut meningkatkan

kebolehkerjaan belia luar bandar. Dengan secara tidak langsung, majikan dapat berupah pekerja

tempatan yang terlatih.( Yeoh Lin Lin, 2017)

Cabaran-cabaran yang tercapai

Pada pendapat saya, kita telah berjaya mengatasi cabaran pertama dalam Dasar Wawasan

2020 iaitu rakyat Malaysia bersatu padu dan matlamat yang dikongsi bersama. Pandangkan

Malaysia hari ini, rakyat Malaysia hidup dalam keamanan, kesejahteraan dan keharmonian tanpa

mengira perkauman, peragamaan dan kebudayaan. Habitat ini secara tidak langsung membawa
Negara Malaysia ke arah kemakmuran. Detik-detik perpaduan rakyat Malaysia lagi menonjolkan

dalam bidang sukan, ekonomi dan seni kebudayaan. Sebagai contoh, atlet badminton Lee Chong

Wei bertanding dalam sukan Olimpik. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersatu memberi

sokongan kepada atlek-atlek Malaysia selain daripada Lee Chong Wei tanpa mengira warna

kulit, bangsa dan parti politik. Patriotisme bagi rakyat Malaysia di segenap masyarakat juga

didedahkan apabila atlet Malaysia memenangi kejohanan dalam peringkat antarabangsa.

Penyokong-penyokong tidak mengira di stadium atau di kedai mak-mak berdiri tegak dan

menyanyi ‘Lagu Negaraku’bersama-sama apabila lagu kebangsaan negara disiarkan. Selain itu,

budaya kunjung-mengunjungi di rumah terbuka bagi perayaan Hari Raya Aidifitri, Tahun Baru

Cina dan Deevapavali telah menjadi satu amalan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira

kaum dan agama. (Jabatan Penerangkan Malaysia, 2018)

Cabaran kedua yang tercapai adalah cabaran kelapan iaitu mewujudkan masyarakat yang

adil dan saksama ekonominya. Meninjau peristiwa pada 13 Mei 1969 tahun, apa sebabnya

berlaku rusuhan kaum tersebut? Sebab utamanya adalah ketidakseimbang sosio-ekonomi dan

kemiskinan dalam masyarakat pada masa itu. Dengan usaha seluruh rakyat termasuk pemimpin-

pemimpin, Malaysia telah menaik taraf dari Negara Dunia Ketiga kepada negara membangun.

kini, pengenalan kaun berasaskan ekonomi telah dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan

kaum berjaya dipahuskan di masyarakat kita. Dengan dasar-dasar kerajaan meningkatkan

penyertaan bumiputera dalam sector ekonomi, masyarakat bumiputera mampu dan berupaya

bersaing dengan masyakat bukan bumuputera dan antarabangsa dalam sector ekonomi utama.

Bukan itu sahaja, bumiputera pun telah menceburi dalam pelbagai bidang professional. Sebagai

contoh dari Open University Malaysia Johor Learning center, kebanyakkan professor terdiri

daripada kaum bumiputera termasuklah tutor saya semuanya terdiri daripada orang Melayu dan
mereka peramah. Saya berasa malang mempunyai tutor yang baik. Mereka telah banyak

membantu saya dalam pelajaran saya.

Sebab-sebab Wawasan tersasar

Salah satu sebab yang menyebabkan matlamat wawasan tersasar adalah kesilapan stategi

yang dijalankan oleh bekas kerajaan. Bekas kerajaan mengetepikan matlamat pembangunan

negera sebagai Negara yang maju tetapi menekankna berpendapatan tinggi negara menjelang

2020 di bawah Rancangan Malaysia ke-11. Ada syaratnya yang ditetapkan oleh Bank Dunia

untuk menjadi negara berpendapatan tinggi iaitu jumlah pendapatan Negara (GNI) haruslah

sebanyak US$12,375 setahun standing RM51,578.62 sebulan. Untuk meningkatkan pendapatan

rakyat, kerajaan mengadakan rancangan gaji minimum. Selain itu, kerajaan juga memberi subsidi

kepada rakyat seperti Program Bantuan Sara Hidup. Tetapi pendapatan rakyat naik bukanlah

daya beli rakyat naik juga. kos sara hidup akan menaik apabila pendapatan dan upah dinaikan

tetapi tiada kenaikan pada produktiviti. Ini akan menyebabkan daya beli rakyat merosot. Hal

sedemikian menghalang negara kita menghulu ke arah negara yang maju. (Hakimie Amrie,

2019)

Sebab kedua adalah penyelewengan wang kerajaan daripada peminpim-peminpim

Negara. Bekas pemimpin Negara telad disiat di bawah Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia(SPRM). Beliau disyaki salahguna lebih RM800,000 dana yayasan untuk

kegunaan sendiri dan isterinya. Beliau didakwa pada 2014 dan 2015 bagi  memyelewengan kira-

kira RM800,000. Pada 2016 pula, beliau didakwa lagi bagi salah guna kira-kira RM55,000

untuk isterinya. Pada masa sama, beberapa tokoh politik diasiat oleh SPRM bagi kes

penyelewengan dana dan salah guna kuasa ( Astro Awani, 2018). Kes ini hanya sebahagian kecil
penyelewengan wang kerajaan Malaysia sahaja. Penyelewengan wang dan salah guna kuasa

telah membawa kesan buruk kepada negara Malaysia. Kedudukan Malaysia dalam Indek Daya

Saingan Global 2018 berasal 23 telah jatuh ke -25 dari 183 negara. (Hakimie Amrie, 2019)

Sebab ketiga adalah dasar perlindungan ekonomi negara. Untuk menghadapi masalah

perubahan hala tuju ekonomi yang pesat, kerajaan telah mengadakan dasar perlindungan

istimewa untuk melindungi kepentingan pelaburan yang sedia ada. Kerajaan melindungi

perindustrian yang terlibat dalam kerjasama antara kerajaan dengan swasta seperti syarikat

‘Heavy Industries Corporation of Malaysia’ (HICOM) dengan bertujuaan mempercepatkan

pembukaan industri-industri baru di malsysia. Namun demikian, dasar tersebut telah menghalang

kemasukan syarikat antarabangsa yang mempunyai daya saingan ke negara kita. Ini secara

langsungnya menyebabkan perindustrian negara kita kurang berupayaan bersaingan dengan

syarikat lain terutamanya syarikat antarabangsa di bawah perindungan kerajaan. Bukan itu

sahaja, sumber pengagihan kepada perindutrian yang dilindungi tentu lebih lumayan daripada

sektor-sektor lain. Keadaan pengihan sumber yang tidak seimbang tentu mengaruhi

pembangungan negara dengan sepenuhnya ( Namri Sidek, 2019). Selain itu, kerajaan juga

menperkenalkan sekatan perlindungan antarabangsa untuk melindungi syarikat-syaikat tempatan.

Strategiknya adalah melalui tarif, kuota dan kawalan pertukaran asing. Persoalannya, daya

persaingan syarikat-syarikat tempatan dapat dinaikkan untuk memperjuangan antarabangsa di

bawah perlindungan istimewa dan sekatan kerajaan (Rofiyah Sulaiman, 2015)?

Kepesatan ekonomi malaysia mengakibatkan kedatangan ramai buruh asing ke negaran

kita. kebanyakan mereka berasal dari negera yang mundur seperti Indonesia, Filipina,

Bangladesh dan Myanmar. Sebahagian besar mereka adalah tenaga buruh separuh mahir dan

tidak mahir. Keadaan ini mengancam keamanan masyarakat kita kerana mereka menimbuhkan
masalah social seperti jenayah-jenayah perompak, mendirikan rumah haram dan sebagainya.

Apabila dasar gaji minimum dijalankan, merekalah yang mendapat lebih faedah daripada pekerja

tempatan. Gaji mereka lebih tinggi daripada gaji pekerja tempatan. Ini kerana pada gaji

minimum yang sama, pekerja asing mempunyai elaum kediaman dan pengangkutan manakala

pekerja tempatan tiada elaum tersebut. Ini menambahkan beban majikan tempatan. Di samping

itu, pekerja haram juga menjadi bebam kerajaan negara kita. Kerajaan terpaksa membelanjakan

sejumlah besar sumber model yang asalnya sebagai sumber pembangunan untuk menghantar

pekerja haram balik ke negara asal mereka untuk menjamin keamanan masyarakat kita.

Kesimpulan

Sudah terang lagi bersuruh, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh setiap lapisan

masyarakat dalam menuju ke wawasan 2020. Namun begitu, ada yang berjaya tetepi bukan

seluruhnya. Dari segi ini, segenap masyarakat haruslah sering berganding bahu bersama kerajaan

supaya hala tuju negara dapat dicapaikan.

Tugasan 2 : Jurnal Reflektif


2.1 Reflektif tentang sebelum dan selepas mempelajari Pengajian Malaysia

Sebelum menyentuh Pengajian Malaysia, saya hanya mengetahui dua tarikh penting

tentang Malaysia iaitu pada 31 Ogos 1957 dan 16 September 1963. 31 Ogos 1957 adalah

kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan 16 September 1963 pula adalah kemerdekaaan

gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Di samping itu, semasa di

sekolah rendah atau sekolah menengah, saya hanya menghafal Rukun Negara tanpa memahami

objectif atau matlamatnya. Saya pun hairam kenapa Rukun Negara masih cetak di belakang buku
latihan sekolah rendah mahupun sekolah menengah sampai sekarang. Bukan itu sahaja, dari

sepanjangan pengalaman saya, perpaduan macam hal yang biasanya tiap-tiap hari kita lalukan.

Itu kerana saya bergaul rapat dengan kaum lain sejak sekolah rendah. Sekarang jiran saya pun

adalah kaum lain. Anak kami pun selalu bermain bersama di halaman rumah kami. Selepas

mempelajari Pengajian Malaysia, saya barulah mengetahui peristiwa rusuhan kaum 1969 yang

telah berlaku dan hampir menjejaskan keamanan dan perpadauan negara. Selepas kejadian itu,

kerajaan ketika pun mengambil tindakan dengan memperkenalkan Rukun Negara dengan tujuan

mencapai perpaduan dan persefahaman antara satu sama lain. Kerajaan juga berusaha untuk

menyusun semula masyarakat akibat dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah

British yang mendatangi masalah perpadaun and perselifahaman antara kaum. Rukun Negara

dicetak di belakang buku latihan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa betapa

pentingnya perpaduan antara kaum dan peristiwa rusuhan kaum adalah satu ganjaran yang tidak

boleh kita lupakan. Oleh demikian, kita haruslah menghargai perpaduan yang ada pada hari ini

di negara kita.

Selain itu, saya pun selalu berfikir tentang isu hak-hak istimewa kaum bumiputera.

Mengapakah mereka sahaja yang ada hak-hak istimewa? Selepas menyentuh Pengajian

Malaysia, saya telah mendapat segala jawapan yang saya ingin tahu selama itu. Rupa-rupanya

hak-hak istimewa adalah salah satu syarat dalam Perlembagaan 1948 Persekutuan Tanah

Melayu semasa pertubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu 1948 digubal sebagai penggantian system pentadbiran Kesatuan Malaya iaitu Malayan

Union. Malay Union ditentang hebat terutamanya golongan orang melayu dengan salah satau

sebab pemberian kerakyatan secara jus soli. Demikianlah hak-hak istimewa orang melayu ditulis

di dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada pandangan saya, hak-hak istimewa
sememangnya tidak ada masalah. Kerajaan dapat membantu orang Melayu yang betul-betul

memerlukan bantuan dengan hak-hak istimewa. Tetapi, yang bermasalahnya adalah sekelompok

kecil pemimpin-pemimpin menyalah guna hak-hak tersebut untuk kepentingan diri sendiri sahaja

seperti udang di sebalik bukit.

Dari segi pembangunan negara, rupa-rupanya kerajaan telah melancarkan berbagai-bagai

jenis dasar untuk membangunkan negara sejak kemerdekaan negara dengan tidak berhenti-henti

sampai sekarang. Saya berasa bangga sebagai anak Malaysia kerana negara kita dari negara

ketiga membangunkan ke negara membangunkan dalam masa yang singkat. Saya juga berasa

mengagumi Tunku Abdul Rahman demi dasar luar Malaysia seperti Pertubuhan Negara-Negara

Asia Tenggara (ASEAN) dan pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) kerana kedua-dua dasar

ini dicadangkan oleh Perdana Menteri pertama negara kita iaitu Tunku Abdul Rahman. Tunku

Abdul Rahman juga Setiausaha Agung OIC yang pertama. Dengan kerjasama antara negara lain,

Tunku Abdul Rahman telah berjaya memimpin Malaysia memucu ke arah dunia. Pada pandagan

saya, Tunku Abdul Rahman dedikasi seumur hidupnya kepada negara kita dan boleh dikatakan

tanpa Tunku Abdul Rahman tanpa Malaysia.

2.1 Reflektif tentang Dasar Kemakmuran Bersama 2030 (DKB)

Dasar Kemakmuran Bersama 2030 adalah iltizam utuk membawa Malaysia ke arah

pembangungan secara mampan serta ekonominya diagih dengan adil, saksama dan inklusif pada

segenap kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantai bekalan. Iltizam ini juga diteruskan

bertujuan supaya kestabilan politik dikukuhkan dan kemakmuarn kestabilan dipertingkatkan.

Rakyat Malaysia pula bersatu padu dengan meraikan kebangsaan dan kebudayaan yang berlainan

sebagai asas negara bangsa yang menyatukan.


Dasar Kemakmuran Bersama 2030 (DKB) diutarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

pada 2019. Jangka masa dasar tersebut dalam tempoh 10 tahun bermula pada 2021 ke 2030. Ia

sebagai penggantian bagi wawasan 2020 yang teleh tamat pada 2020 dan disahkan gagal dalam

pencapaiannya.

Sebab pertama bagi memperkenalkan DKB adalah untuk menstruktur semula semula

ekonomi negara supaya ekonomi kita lebih progresif berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi dengan

penyertaan segenap masyarakat. Dalam konteks ini, keusahaan kerajaan termasuk

memperkukuhkan dan mempergiatkan aktiviti sektor pertumbuhan ekonomi supaya pontensi

pertumbuhan ekonomi digembleng sepenuhnya dan dipelbagaikan. Ini akan memberi peluang

pekerja berpendapatan tinggi dengan ekonomi yang bernilai tinggi. Secara langsungnya kuasa

beli rakyat juga dipertingkatkan.

Selain itu, pertubuhan DKB juga untuk menangani isu ketidaksamaan dalam masyarakat

kita seperti jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan, etnik, pembangunan wilayah dan rantai

bekalan supaya keupayaan rakyat Malaysia dapat dibela dan dipertingkatkan dan tiada sesiapa

pun yang mengalami ketinggalan akibat pembangunan negara dengan pesat. Bagi menangani

jurang ekonomi di antara kumpulan pendapatan, kerajaan memberikan kebajikan kepada

golongan yang disasarkan seperti golongan rentan ekonomi dan kumpulan isi rumah B40 tanpa

mengira kaum. Kerajaan memberi bantuan dalam betuk wang seperti Bantuan Sara Hidup

(BSH). Sistem perlindungan sosial diperkasakan dan program kesedaran kewangan digalakkan

juga dianjurkan oleh kerajaan sepertimana yang selaras dengan Teras Strategik 5 iaitu

kesejahteraan sosial dalam DKB. Dalam merapatkan jurang ekonomi antara wilayah, kerajaan

akan mengenalpasti kawasan luar yang berpontensi untuk dibangunkan dan menjadikan kawasan
tersebut sebagai pusat aktiviti ekonomi yang mampan. Kerajaan juga mengukuhkan logistik dan

fasilitasi perdagangan. Tambahan pula, kerajaan juga meningkatkan kebolehcapaian internet dan

kualiti infrastrutur awam seperti jaringan jalan raya kawasan kedalaman. Untuk megurangkan

jurang ranrai bekalan, kerajaan akan memastikan bahawa keadilan yang setimpal diamalkan

dalam penyertaan rantai bekalan.

Dari segi pembinaan negara pula, DKB bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara yang bersatu, makmur dan bermaruah dan akhirnya menjadi paksi ekonomi Asia. Demi

kos sara hidup meningkat, pelbagai usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat telah

diperkenalkan. Salah satunya usaha adalah memperuntukan gaji minimum RM1200 sebulan

yang dilaksanakan di wilayah bandar-bandar utama. Kerajaan juga melaksanakan program

seperti Apprenticeship dan Graduate Enchancement Programme For Employability untuk

meningkatkan kebolehpasaran graduan( YB Watch, 2019).

DKB adalah penting kepada masyarakat kita kerana tujuh teras strategik terkandung

dalam DKB mempunyai pelbagai kerangka pemikiran dan falsafah dalam konteks sosio budaya

masyarakat Malaysia. Segala usaha-usaha kerajaan akan menjadikan rakyat yang berkualiti dan

ekonomi yang seimbang dan kukuh supaya rakyat Malaysia setaraf dengan taraf hidup wajar

menjelang 2030 (Kementeian Hal-Ehwal Ekonomi , 2019).

(3,229 perkataan)
APENDIKS

RUJUKAN

Ahmad Sarji (ed.)(2003). Wawasan 2020 Malaysia: Memahami konsep implikasi dan cabaran.
Kuala Lumpur, Malaysia: Maziza Sdn Bhd
Dr Rozeman Abu Hassan, Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi, & Oo Cheng Keat (2019).
Pengajian Malaysia. Malaysia: Open University Malaysia
Hakimie Amrie (2019). Kenapa Malaysia Gagal Capai Status Berpendapatan Tinggi
Menjelang 2020? Dimuat turun dari https://loanstreet.com.my/ms/pusat-
pembelajaran/matlamat-rmk-11-negara-berpendapatan-tinggi-2020-gagal
Irwan Shafrizan Ismail dan Noor Atiqah Sulaiman (2018). SPRM syaki RM49.5 juta wang
kerajaan diseleweng. Dimuat turun dari
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/467874/sprm-syaki-rm495-juta-wang-
kerajaan-diseleweng
Jabatan Penerangan Malaysia. (2018). Detik-detik perpaduan
Kamini Singgam (2017). Peranan PSMB Melatih Semula Tenaga Kerja Malaysia. Dimuat turun
dari https://leaderonomics.com/bm/artikel/psmb-melatih-semula-tenaga-kerja
Kementeian Hal-Ehwal Ekonomi (2019). Ringkasan wawasan kemakmuran bersama 2030.
Dimuat turun dari
http://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/ringkasan_wawasan_kemakmuran
_bersama/mobile/index.html#p=2
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (2020). Dasar & halatuju. Dimuat turun dari
https://www.mosti.gov.my/web/wp-content/uploads/2019/04/1.-DSTIN-2013-2020-
Malay.pdf
Malaysia kini (2019). Usaha tingkat pendidikan Orang Asli agenda utama kerajaan. Dimuat
turun dari https://www.malaysiakini.com/news/473183
Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin (2014). Pengajian Malaysia (5 ed.). Selangor, Malaysia:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nazaruddin HJ.Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, & Ismail Hj. Mohd
Rashid (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan kewarganegaraan. Selangor,
Malaysia: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Namri Sidek (2019). Mengenang kembali wawasan 2020: Visi yang gagal terlaksana. Dimuat
turun dari https://iluminasi.com/bm/mengenang-kembali-wawasan-2020-visi-yang-gagal-
terlaksana.html
Nurul Azwa Aris (2018). Pakar: Wawasan 2020 berkubur sebelum Najib lagi. Dimuat turun dari
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/12/pakar-wawasan-2020-
berkubur-sebelum-najib-lagi/
Parliamentary documents (2019). par14p2m3-soalan-Lisan-24.pdf. Dimuat turun dari
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2019-oct-dec-parliamentary-session/oral-
questions-soalan-lisan/2019-11-07-parliamentary-replies/par14p2m3-soalan-lisan-
24.pdf/view
Rahimah Abdullah (2019). Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dilancarkan. Dimuat turun
dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/wawasan-kemakmuran-bersama-2030-
dilancarkan-219258
Sinar Harian (2018). SPRM siasat penyelewengan bekas menteri UMNO. Dimuat turun dari
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-siasat-penyelewengan-bekas-menteri-
umno-179281
YB Watch (2019), Yay pertanyaan lisan dewan rakyat: Pengangguran siswazah 2016-2018.
Dimuat turun dari https://ybwatch.my/case.php?
case=ovHOmhROugdSSvFrwN86MqjkJeYgJCV78CWuUOio4wgW1VnyIwEvXXQGc
PXWrS3zv03pOmOSS4PU0csJJ6eG44ngTkcldgUJhX961555063333

You might also like