Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU 2

Bilangan Jurnal : Kedua

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 16 Jun 2019 hingga 20 Jun 2019

Tajuk Jurnal : Masalah pengurusan masa

1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN:

Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani praktikum saya di SJK (C)
Pumpong, Kedah. Isu utama yang saya hadapi pada minggu ini ialah menghadapi masalah
pengurusan masa yang tepat bagi kelas 5C sebagaimana yang dirancang. Terdapat aktiviti
yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana kekurangan efektif taknik pengawalan
masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif. Perkara ini harus dititikberatkan
untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru dalam satu kelas.

2.0 ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara berkumpulan yang telah saya
jalankan kadang kalanya melebihi masa yang ditetapkan. Saya mendapati pelajar-pelajar
mengambil masa yang lebih panjang untuk menyelesaikan tugasan yang saya bagi dan
semasa melaporkan hasil tugasan saya mendapati beberapa pelajar tidak dapat
menerangkan dengan lancar dan tepat.

3.0 KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS):

Berdasarkan kepada hasil program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang


telah dijalankan pada tahun 2017 dan 2018, saya mendapati bahawa murid diletakkan
kepada kumpulan di dalam kelas mengikut tahap pembelajaran. Keperluan dan kebolehan
pelajar-pelajar ini adalah berbeza walau pun mereka dikategorikan sebagai mempunyai
tahap kebolehan yang sama (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Rancangan
pengajaran yang meletakkan murid ke dalam kumpulan yang lebih kecil dalam satu kelas
juga disyorkan oleh pihak KPM untuk mencapai pembelajaran yang lebih efektif dan
sistematik.

4.0 CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:

Bagi minggu seterusnya, saya bercadang untuk membaca buku-buku yang berkaitan
dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat
menguruskan masa dengan lebih sempurna. Saya akan sentiasa mengingati pelajar tentang
masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa
yang ditetapkan.

5.0 TEMPOH MASA PENYELESAIAN

1 minggu.

6.0 TINDAKAN SUSULAN

Mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping
berbincang dengan guru pelatih.

7.0 TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN

Matematik Tahun 2C - 23 Jun 2019 hingga 27 Jun 2019

Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5C- 23 Jun 2019 hingga 27 Jun 2019

8.0 KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang


telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, saya telah berjaya menjalankan
pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang ditetapkan dan tahap kebolehan
mereka.

9.0 KESIMPULAN/REFLEKSI

Saya merasa berpuas hati dengan cara mendapatkan nasihat daripada guru pembimbing
dan membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa. Cara ini telah
mempermudah saya untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
seterusnya mengikut perancangan saya.

Rujukan

Korweit, N. (1989). Time and Learning: A Review, School and Classroom Organization. New
Jersey: Hillsdale
Ulasan Guru Pembimbing:

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Tandatangan:_______________________________________________________________

Tarikh:_____________________________________________________________________

Ulasan Pensyarah:

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Tandatangan:_______________________________________________________________

Tarikh:_____________________________________________________________________

You might also like