Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM

1. PENGENALAN
Kelab Pencinta Alam merupakan inisiatif daripada pihak Sekolah Rendah Islam
Integrasi Safinatun Najah untuk mewujudkan generasi muda yang penyayang
terhadap alam sekitar. Ia juga merupakan satu platform pendedahan untuk
mencintai alam sekitar serta dinikmati oleh generasi akan datang kelak di samping
memupuk sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan murid selaras dengan
kehendak dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

2. OBJEKTIF PENUBUHAN
2.1 Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi dan
bakat secara seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS).
2.2 Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cintakan kejadian alam semula
jadi selaras dengan keperluan murid yang suka meneroka sekeliling.
2.3 Memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar supaya
ekosistem lebih stabil bagi mengelakkan kemusnahan alam semula jadi.
2.4 Untuk mempelajari cara untuk menjaga dan memelihara alam semula jadi.
2.5 Untuk memupuk sikap kerjasama antara murid dan guru semasa
melaksanakan aktiviti kelab.

3. KUMPULAN SASARAN
3.1 Semua murid tahap dua (Tahun 4, 5, dan 6) SRII Safinatun Najah.

4. SENARAI AHLI JAWATANKUASA YANG DIRANCANG


4.1 Jawatankuasa Induk :
4.1.1 Penaung (PM)
4.1.2 Guru Penasihat 1
4.1.3 Guru Penasihat 2
4.2 Ahli Jawatankuasa Murid :
4.2.1 Pengerusi
4.2.2 Naib Pengerusi

1
4.2.3 Setiausaha
4.2.4 Bendahari
4.2.5 AJK Pengisian
4.2.6 AJK Peralatan
4.2.7 AJK Kebersihan dan Keceriaan
4.2.8 AJK Keselamatan

5. PERANCANGAN AKTIVITI
5.1 Pertandingan mencipta logo kelab.
5.2 Program Alam Sekitar : “1 MURID 1 POKOK”.
5.3 Pertandingan kelas Mesra Alam.
5.4 Ceramah Go Green.
5.5 Kempen Go Green.
5.6 Membuat kraftangan daripada bahan kitar semula.
5.7 Pameran kraftangan.
5.8 Membuka gerai jualan hasil kraftangan.
5.9 Tayangan video dokumentari.
5.10 Gotong-royong perdana bersihkan kawasan sekolah.
5.11 Lawatan sambil belajar.

6. HUBUNGAN KERJASAMA LUAR


6.1 Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS).
6.2 Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia (WASM).
6.3 Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA).
6.4 Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).
6.5 Jabatan Alam Sekitar Selangor.
6.6 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
6.7 Jabatan Meteorologi Malaysia (MET).
6.8 Jabatan Mufti Negeri Selangor – Bahagian Falak.
6.9 Alam Flora Sdn Bhd.
6.10 Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

2
7. ANGGARAN BELANJAWAN
Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah
(Unit) (RM) (RM)
1 Cenderhati 20 10.00 200.00
2 Hamper 10 10.00 100.00
3 Sijil 15 5.00 75.00
4 Bas 2 600.00 1,200.00
5 Air mineral 5 kotak 20.00 100.00
6 Penceramah 4 200.00 800.00
JUMLAH KESELURUHAN 2,475.00

KERTAS CADANGAN PENUNUHAN KELAB PENCINTA ALAM

SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI SAFINATUN NAJAH

Disediakan Oleh :

Abdul Basit Bin Ruslim (AB)

Disember 2019

You might also like