Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PROGRAM J3S (JOM SKOR SAINS SPM)

ULANGKAJI BAB 1 SAINS KSSM TINGKATAN 4 KERTAS 2


Bahagian B Kertas 2
1. Shasika sedang menjalankan satu eksperimen yang menggunakan bahan kimia yang menghakis dan
berkepekatan tinggi di dalam makmal semasa mata pelajaran sains bersama rakan sekelasnya.

a) Nyatakan tiga peralatan perlindungan diri yang digunakannya semasa menjalankan eksperimen tersebut.
Gogal, Topeng muka, Baju makmal
[3 markah]
b) Shasika menjalankan eksperimen di atas di satu kawasan khas yang terdapat di dalam makmal. Namakan
kawasan tersebut.
Kebuk wasap
[1 markah]
c) Labelkan peralatan perlindungan diri dibawah berdasarkan fungsinya dengan betul

Mengelakkan kontaminasi semasa aktiviti


berkaitan dengan mikrobiologi dijalankan

Diperbuat daripada getah yang


melindungi tangan daripada bahan kimia
yang berbahaya

Membersihkan dan membilas bahagian


badan atau pakaian yang terkena bahan
kimia dengan segera
PROGRAM J3S (JOM SKOR SAINS SPM)
ULANGKAJI BAB 1 SAINS KSSM TINGKATAN 4 KERTAS 2

2a) Rajah di bawah menunjukkan sebuah sinki yang terdapat di makmal sains sekolah. Tandakan (  ) bagi bahan
yang boleh dibuang dalam singki dan (  ) bagi bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki untuk bahan-bahan
yang terdapat dalam singki tersebut.

Kertas litmus

Cuka Minyak

Logam reaktif

[4 markah]
b) Kelas 4SI3 telah menjalankan aktiviti membedah katak dan menganalisis organ-organ yang terdapat dalam
katak. Selepas menjalankan eksperimen tersebut, pelajar kelas tersebut telah memperolehi beberapa bahan sisa
biologi seperti skalpel, sarung tangan dan bangkai katak. Huraikan secara ringkas cara pengurusan ketiga-tiga
sisa biologi tersebut dengan menggunakan Prosedur Operasi Standard yang betul.

i) Skalpel : Masukkan ke dalam bekas khas dan disimpan di tempat yang selamat dilupuskan

ii) Sarung tangan : Bungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya dan diautoklaf. Kemudian di
masukkan ke dalam tong biobahaya

iii) Bangkai katak : Di balut dengan bahan penyerap seperti kertas tisu, dibungkus rapi di dalam beg plastik
biobahaya dan disejuk beku sebelum dilupuskan
[3 markah]
c) Semasa menjalankan eksperimen pembedahan katak ini, Nabil tertumpah bahan kimia di atas meja makmal.
Huraikan secara ringkas, kaedah menguruskan kemalangan yang betul yangboleh digunakan oleh Nabil.

Segera memberitahu guru atau pembantu makmal


Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan
Sekat kawasan tumpahan dengan pasir
kaut tumpahan dan buang dengan selamat

[2 markah]
PROGRAM J3S (JOM SKOR SAINS SPM)
ULANGKAJI BAB 1 SAINS KSSM TINGKATAN 4 KERTAS 2
Bahagian C (Kertas 2)
3a) Senaraikan tiga jenis alat pemadam kebakaran dan fungsinya

Alat pemadam kebakaraan Fungsi


Air Mengawal dan memadamkan kebakaran jenis pepejal
seperti kayu, kertas dan kain
Buih Mengawal dan memadamkan kebakaran jenis cecair
seperti petrol, kerosin, diesel, cat dan varnis
Karbon dioksida Mengawal dan memadamkan kebakaran jenis gas
seperti gas LPG, LNG dan oksigen
[6 markah]

b) Bagi memastikan alat pemadam kebakaran berfungsi dengan baik sekiranya berlaku kebakaran, audit alat
pemadam kebakaran perlu dijalankan. Nyatakan dua jenis audit yang perlu dilakukan.
 Jenis pemadam kebakaran
 Tarikh luput
 Bacaan tekanan pada pemadam kebakaran
 Bilangan pemadam kebakaran mengikut jenis
 Lokasi alat pemadam kebakaran dalam pelan laluan kecemasan
[2 markah]
c) Terdapat empat langkah dalam penggunaan alat pemadam kebaaran. Huraikan keempat-empat langkah
tersebut dalam bentuk peta alir.
Halakan muncung alat Ratakan semburan ke
pemadam kebakaran seluruh api dengan
Tanggalkan pin ke pangkal api dan Tekan pemicit atas menggerakkan
keselamatan pastikan jarak anda alat pemadam muncungnya
kira-kira 2.0 hingga
2.5 meter dari api dari sisi ke sisi

[4 markah]

You might also like