Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SOALAN-SOALAN ASAS PROSES G.R.O.

Goal: Matlamat

• Apa yang anda mahukan daripada sesi coaching ini?


• Apakah matlamat yang anda mahu capai?
• Mengapa anda ingin mencapai matlamat ini?
• Apa yang anda fikir orang lain harapkan daripada anda?
• Siapa lagi yang perlu tahu tentang rancangan itu? Bagaimana anda akan
memberitahu mereka?

Reality: Realiti

• Apakah realiti situasi semasa?


• Pada skala 1 hingga 10, sejauh mana jurang pencapaian dengan matlamat
anda sekarang?
• Apa yang sedang berlaku? Bila ia mula berlaku? Apakah kesannya?
• Apa yang sebenarnya menghalang pencapaian anda?
• Apakah implikasi paling buruk yang boleh berlaku?
• Bolehkah saya memberikan anda maklum balas mengenai apa yang anda
kata?

Options: Pilihan

• Apa yang anda boleh lakukan sebagai langkah pertama?


• Apa lagi yang anda boleh lakukan?
• Apakah yang anda jangka harapan orang lain atas apa yang anda lakukan?
• Adakah anda tahu mengenai sesiapa yang telah mencapai apa yang anda
ingin capai? Apa yang anda boleh belajar daripada mereka?
• Apa yang akan berlaku jika anda tidak melakukan apa-apa?

Way Forward: Lanjutan

• Bagaimanakah matlamat ini sesuai dengan keutamaan peribadi anda pada


masa ini?
• Apakah halangan-halangan yang anda jangka akan hadapi? - Bagaimana
anda akan menanganinya?
• Berapa banyak anda bersedia untuk "berjuang" untuk matlamat anda?
Setinggi mana keazaman anda untuk mencapai matlamat ini?
• Apakah langkah-langkah yang anda perlu ambil untuk mencapai matlamat
anda?
RUJUKAN: John Whitmore (2009). Coaching for Performance: GROWing
Human Potential and Purpose - The Principles and Practice of Coaching and
Leadership. Nicholas Brealey Publishing; 4th Edition edition. dalam:
http://www.relationsandmore.com/how-to-use-the-grow-
model.html#sthash.Y2wlHWu0.X7KfLQhW.dpuf

You might also like