Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KONSEP DAN DEFINISI PROGRAM PEMULIHAN

            Program Pemulihan ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-
murid yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira yang menjadi fokus utama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) dan
sekarang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Program ini dikendalikan oleh guru-
guru pemulihan khas yang terlatih.

            Menurut Noresah Baharum et al. (2000), pemulihan bermaksud perbuatan


memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini, konsep pemulihan
merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk
memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. Blair (1956), pula
mengatakan bahawa pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi
keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang
menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

            Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil
untuk mengatasi keperluan pendidikan murid-murid yang mengalami masalah dalam
pembelajaran dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat
khusus yang dihadiri oleh murid-murid secara sambilan dan dalam kelas biasa. Kelas
pemulihan memetingkan bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang
teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

            Ab. Rahman et al. (1997), menjelaskan bahawa program pemulihan perlu


dilaksanakan kepada muid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka
yang memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutunya. Murid-murid ini ada di
semua peringkat persekolahan baik di luar bandar ataupun di bandar. Masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan dan
pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yang mengahadapi
masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas pemulihan di
kelas khas.
            Sebaik sahaja kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-
murid yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
di kelas khas akan dihantar semula ke kelas biasa.

            Kesimpulannya, program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang


dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu
dalam kemahiran asas 3M(membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik
sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau
guru mata pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis
masalah. 

DEFINISI PENDIDIKAN PEMULIHAN


            Menurut Kamus Dewan, perkataan pulih bermaksud kembali seperti biasa, sembuh,
atau baik semula. Maksud perkataan pulih di sini adalah berkait rapat dengan kanak-kanak
yang menghadapi kesulitan dalam pembelajaran. Pendidikan pemulihan biasanya dikaitkan
dengan usaha-usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan dan membetulkan sesuatu yang
tidak betul. Ianya bertujuan untuk mengatasi masalah kelemahan yang dihadapi oleh guru
dan murid dalam proses pengajaran dan pemulihan.

          Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan adalah terbatas dan
lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Ia
melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lambab atau lambat mencapai
pembalajaran pada tahap yang sepatutnya dicapai. Sampson (1975) pula mentafsirkan
pendidikan pemulihan merupakan tindakan-tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi
keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas
khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan,
dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk
pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Pringle (1996) menyatakan pengajaran yang
mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-
satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar, melalui latihan yang
bersistem dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. Sharifah Alwiah Alsagoff
(1983:371) menyatakan satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan
pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di
sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan
yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh
guru pemulihan.

You might also like