Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

ARKIB : 19/06/2010 ( utusan Malaysia on9 )

Kadar pengangguran di Malaysia menurun

KUALA LUMPUR 18 Jun - Kadar pengangguran di Malaysia pada suku pertama tahun ini mengalami penurunan
berikutan keadaan ekonomi negara yang semakin stabil.

Pengarah Pemasaran Kebangsaan Kelly Services (M) Sdn. Bhd. (Kelly Malaysia), Jeannie Khoo berkata,
berdasarkan maklumat yang diterima Kementerian Sumber Manusia, kadar pengangguran menurun kepada 3.6
peratus dalam tempoh berkenaan berbanding 4.5 peratus tahun sebelumnya.

''Seperti mana diketahui, dalam tempoh yang dibandingkan, keadaan tidak berapa baik sehingga menyebabkan
berlaku pembuangan kerja untuk mengurangkan operasi tetapi pada tahun ini, peluang pekerja kembali
meningkat,'' kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata demikian selepas majlis pembentangan dan pelancaran Panduan Gaji dan Tinjauan Pekerjaan
2010/11 - Alat untuk Perancangan Tenaga Kerja di sini hari ini.

Khoo berkata, peluang ini seharusnya digunakan dengan sebaiknya oleh penganggur terutamanya mereka yang
baru menamatkan pengajian mereka di institut pengajian tinggi.

''Kita tidak boleh jangkakan keadaan ekonomi pada masa akan datang tetapi buat masa ini keadaan ekonomi di
Malaysia bertambah baik dan peluang ini harus digunakan dengan sebaiknya untuk merebut peluang-peluang
pekerjaan yang ada," tambah beliau.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kelly Malaysia, Melissa Norman berkata, para pelajar di pusat pengajian tinggi
tidak seharusnya memfokuskan kepada keputusan peperiksaan semata-mata tetapi juga meningkatkan
kemahiran diri seperti kebolehan berkomunikasi untuk bersaing mendapatkan pekerjaan nanti.

''Daripada pemerhatian kami, kami mendapati kebanyakan penganggur mempunyai keputusan peperiksaan yang
baik tetapi gagal mendapat pekerjaan kerana mereka kekurangan dari aspek kemahiran diri,'' kata beliau.
Pengangguran di Malaysia 3.6 peratus
Harian Metro (16 Disember 2009)

KEMENTERIAN Sumber Manusia merancang mewujudkan pusat kaunseling di


seluruh negara dalam usaha memberi panduan serta nasihat kepada orang
ramai yang sedang mencari kerja mengikut kesesuaian dan minat mereka.

Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata buat permulaan, 10 pusat


kaunseling akan diwujudkan untuk menempatkan pegawai terlatih.

“Orang ramai yang sedang mencari kerja boleh berjumpa mereka untuk
mendapatkan khidmat nasihat serta bantuan memilih kerjaya sesuai,” katanya
di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) mengenai


langkah kementerian dalam mendidik pelajar lepasan menengah dan universiti
mengenai pemilihan kerjaya pada jangka masa panjang.

Sebelum itu, menjawab soalan Teng mengenai kadar pengangguran mengikut


sektor ekonomi, kemahiran pekerja dan kumpulan umur, Subramaniam berkata,
pengangguran peringkat kebangsaan pada suku tahun kedua 2009 adalah 3.6
peratus berbanding empat peratus pada suku pertama tahun ini.

Pengangguran kritikal di Malaysia (posted by admin on 21 st april 2010)

Laman kl-today.com

Datuk Dr. Zainal Aznam dari Majlis Ekonomi Nasional yang ditubuhkan oleh kerajaan baru-
baru ini melaporkan bahawa kadar pengangguran di dalam negara akan mencapai tahap 6%
yang merupakan kadar tertinggi yang dicapai oleh negara sejak 20 tahun lalu. Meskipun
ekonomi berasaskan pembuatan sejak setahun lalu menampakkan sedikit pertumbuhan,
namun kadar pengangguran ini masih tidak dapat dielakkan. Dengan pemulihan ekonomi dan
peluang pekerjaan buruh kasar yang agak murah, banyak negara pelabur asing mula
memandang negara-negara seperti Vietnam, Indonesia, Kemboja dan China untuk dijadikan
tempat melabur. Kemasukan pelaburan terus asing atau FDI ke dalam negara-negara ini sejak
ekonomi sedunia mulai nampak pulih setahun lepas telah melenyapkan beberapa harapan
penggerak dana serantau negara kita di dalam memperolehi modal baru antarabangsa.
Para pelabur luar berasa bimbang dengan situasi dan melabelkan Malaysia sebagai negara
tidak selamat memandangkan iklim politiknya tidak stabil dan isu-isu seperti hak sosial, hak
maklumat dan kelambatan transformasi proses demokrasi di dalam negara. Meskipun begitu,
keadaan huru-hara politik di Thailand kurang memberi impak kepada para pelabur asing
untuk membuka perdagangan mereka di sana. Ini adalah kerana kos perniagaan dan kos
buruh adalah jauh lebih rendah daripada di Malaysia.

Sungguhpun demikian, syarikat-syarikat dari Malaysia pula semakin banyak menceburi


usahasama perdagangan dengan negara luar. Syarikat-syarikat Malaysia sanggup
menghabiskan lebih banyak wang syarikat untuk melabur di luar negara dengan alasan yang
sama iaitu kos buruh yang rendah. Mungkin kerajaan perlu berbuat sesuatu supaya mereka ini
pulang membuka kilang-kilang di Malaysia dengan insentif tempatan yang lebih baik bagi
mengisi kilang-kilang yang ditinggalkan oleh pelabur asing. Walaupun Malaysia memberikan
infrastruktur dan pelepasan duti-duti yang agak menarik, namun keadaan sosial dan politik
semasa menggerunkan para pelabur.

Setelah berlakunya keadaan ini, dengan jumlah kadar


pengangguran yang hanya mengambil kira sejumlah pekerja yang diberhentikan kerja oleh
majikan kerana kemelesetan perniagaan, ia tidak menampakkan betapa lebih meruncingnya
keadaan yang berlaku. Kadar berkenaan tidak mengambil kira jumlah graduan yang
dikatakan sejak 2 tahun lepas yang masih gagal memperolehi pekerjaan dan juga tidak
mencerminkan sejumlah golongan bekerja yang berhenti kerja secara sukarela tetapi gagal
mendapat pekerjaan baru.

Antara punca utama mengapa ramai graduan yang menganggur adalah kerana percambahan
pusat-pusat pengajian tinggi yang menawarkan program sijil,diploma dan ijazah sama ada
kerajaan dan swasta. Dengan pengambilan kemasukan pelajar yang nampak mudah tidak
seperti 15 tahun lalu, ramai mereka yang sekadar lulus SPM tidak menghadapi masalah untuk
memperolehi diploma atau pun sijil. Yang membezakan mereka hanyalah sama ada mereka
adalah graduan universiti awam ataupun swasta. Jika 12 tahun lalu, untuk insitusi pengajian
tinggi kerajaan, negara hanya mempunyai 10 universiti awam tetapi hanya dengan sekelip
mata dan 3 tahun berikutnya, jumlah itu bertambah lebih sekali ganda. Bukan itu sahaja,
jumlah pengambilan setiap tahun semakin bertambah. Kesan daripada kehadiran graduan-
graduan ini tidak nampak pada pertengahan tahun 2000an. Ini adalah kerana peluang
pekerjaan dalam sektor awam dan swasta mampu menerima graduan-graduan ini.

Tetapi pada tahun 2007, apabila ekonomi negara dan serantau mengalami kemelesetan, kesan
ini mula ternampak dan diakui apabila ramai graduan terbaru sukar mendapat pekerjaan di
saat industri sedang memberhentikan pekerja kerana tiada sumber dan peluang perniagaan.
Ada yang menganggap segalanya bermula apabila geraf kelulusan pelajar di dalam keputusan
SPM dipermudahkan atau direndahkan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa saban tahun
tahap lulus SPM meningkat. Hasilnya lebih ramai pelajar yang diciptakan ’pintar’ boleh
mengisi ruang kosong kemasukan ke dalam IPT terutamanya IPT-IPT swasta.

Sungguhpun begitu, mungkin kerajaan menyedari akan masalah ini. Semasa pentadbiran Pak
Lah, banyak peluang berniaga ataupun program keusahawanan diperkenalkan kepada para
graduan dan pengganggur terutamanya di dalam bidang pertanian moden dan biotek. Malah,
menggalakkan graduan ijazah sarjana muda untuk menyambung pengajian ke peringkat
sarjana dan profesional dengan insentif-insentif yang menarik. Namun, pengenalan
ransangan-ransangan berkenaan kurang berhasil kerana golongan graduan muda negara lebih
suka memperolehi pengalaman bekerja dan kurang berminat berniaga sendiri.

Kegagalan ini lebih menjadi-jadi selepas peralihan kuasa daripada seorang Perdana Menteri
kepada Perdana Menteri yang baru apabila Kementerian Pembangunan Usahawan dibubarkan
dan ini telah membantutkan usaha-usaha bersepadu bagi menangani masalah ini. Kesemua
fungsi-fungsi kementerian tersebut untuk menggalakkan golongan muda terutamanya
golongan bumiputera telah dibahagi-bahagikan di bawah kementerian-kementerian yang
berasingan. Oleh itu, usaha gigih dan bersepadu menanganinya tidak dapat dijalankan.

Lebih memburukkan lagi apabila lebih banyak IPT swasta diluluskan untuk menawarkan
pelbagai program. Jumlah graduan hasil daripada IPT swasta saban tahun meningkat dengan
banyak dan ramai beranggapan universiti-universiti dan kolej-kolej swasta dalam tempoh 10
tahun ini laksana industri kilang menghasilkan tenaga kerja yang melebihi daripada
permintaan oleh industri pekerjaan.

Bagi mereka yang berhenti kerja dan cuba mendapat pekerjaan baru juga turut mengalami
masalah ini. Ada penganggur yang berhenti kerja pada 3 tahun lepas tetapi masih gagal
sehingga hari ini mendapat pekerjaan tetap meskipun mempunyai pengetahuan dan
pengalaman luas dalam bekerja. Malah ada yang mempunyai ijazah Sarjana atau Master.

Oleh kerana pihak majikan tidak mampu membayar permintaan gaji yang tinggi oleh
golongan-golongan ini, majikan telah melihat bahawa lebih baik mengambil graduan yang
lebih muda dan yang pentingnya dengan gaji yang lebih rendah semata-mata untuk
mengurangkan kos operasi. Nasib baiklah situasi berkenaan masih boleh membantu
pengangguran di kalangan graduan tetapi golongan pekerja berpengalaman atau mahir terus
dipinggirkan semata-mata isu gaji meskipun mereka ini mampu memberikan perkhidmatan
terbaik kepada industri dengan pengetahuan dan pengalamannya. Sewajarnya, pihak majikan
perlu nampak bahawa mereka tidak memerlukan banyak wang untuk melatih graduan-
graduan muda yang diambil bekerja jika mereka mengrekrut pekerja-pekerja mahir ini.

Walaubagaimanapun, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu menumpukan lebih perhatian
untuk mengurangkan kadar pengangguran tidak rasmi yang dihuraikan di atas. Oleh kerana
para graduan muda ini adalah antara yang terbabit, pastinya usaha kerajaan untuk
mendapatkan mereka pekerjaan adalah satu benda penanda aras atau KPI. Mereka tidak mahu
kerajaan terus menyalahkan mereka kerana terlalu memilih pekerjaan. Bagi mereka, mereka
tidak memilih tetapi mahukan pekerjaan yang sesuai dengan ilmu yang mereka perolehi.
Mereka mahukan kerajaan supaya nampak jika ada graduan muda yang terpaksa memohon
pekerjaan di dalam PDRM sebagai konstabel, ini sudah nampak sangat bahawa kerajaan telah
gagal.

Mereka mungkin lebih suka memohon pekerjaan di dalam PDRM setidak-tidaknya sebagai
Cif Inspektor ataupun ASP supaya ilmu yang dipelajari tidak disia-siakan. Mereka juga
percaya jika mereka memenuhi kesemua pekerjaan Konstabel di dalam PDRM, bagaimana
pula dengan orang muda yang hanya lulus Diploma, STPM dan SPM? Adakah jawatan yang
lebih rendah lagi dari Konstabel untuk ditawarkan kepada mereka ini? Inilah kebingungan
sosial yang melanda industri sumber manusia. Kesilapan dan kelemahan pihak kerajaan
menangani masalah ini pasti akan membuatkan anak-anak muda yang mengganggur
memberontak mahukan perubahan. Perubahan yang mungkin melibatkan pertukaran kerajaa.
Cubalah difikir-fikirkan.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan
organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik,
sosial dan perkembangan semasa dan selepas pilihanraya kecil di Sibu dan Hulu Selangor
baru-baru ini yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di
rashidzack@yahoo.com

Karangan SPM...Langkah-langkah Atasi Pengangguran di


Malaysia?

Isu pengangguran menjadi-jadi ketika ekonomi dunia bergolak. Pelbagai langkah


harus diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini terutama dalam
kalangan belia.

Jelaskan langkah-langkah yang konkrit.

Kegawatan ekonomi menyebabkan jumlah penganggur di negara ini meningkat dengan


begitu ketara sekali sehingga menimbulkan kebimbangan semua pihak. Jumlah
penganggur yang tinggi untuk membuktikan kegagalan pihak kerajaan untuk mengatasi
kemelut yang melanda ekonomi negara kerana terlalu bergantung kepada
perkembangan ekonomi negara luar seperti Amerika Syarikat. Pihak media massa turut
menyiarkan program yang menceritakan pengalaman penganggur untuk berjaya dalam
hidup jadi bukti bahawa polemik pengangguran di negara ini mula menjadi isu politik
juga. Sebenarnya, ada banyak langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk
mengatasi masalah pengangguran ini jika mereka mahu bertindak.

Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu
memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan
kewangan ini perlulah besar yakni menelan bilion ringgit supaya lebih banyak projek
pembangunan dijalankan secara serentak kerana jika semua projek pembangunan
dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang
berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan
dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak
aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan
tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika kerajaan menyediakan
pakej bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru
kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan
pemberian bebas cukai kepada industri yang tidak membuang pekerjanya. Pelbagai
insentif ini mampu menguatkan semangat kepada ahli perniagaan untuk mencuba
melakukan sesuatu yang baru dalam perniagaannya dan juga mengharungi cabaran
kegawatan ekonomi dengan lebih terbuka dan rasional kerana menyedari bahawa pihak
kerajaan berusaha untuk menyelamatkan mereka juga. Semua idea baru yang
diperkenalkan sudah pasti mampu memberikan suntikan kepada ahli perniagaan untuk
meneruskan kerja mereka tanpa perlu membuang pekerja sebaliknya mereka mungkin
memerlukan lebih ramai pekerja untuk mengambil kesempatan yang wujud itu. Maka,
kerajaan perlu memberikan idea-idea baru yang mampu memudahkan ahli perniagaan
untuk menjalankan peranan mereka dengan lebih efektif.

Selain itu, usaha untuk memperkenalkan negara harus ditingkatkan oleh kerajaan
menerusi pameran dan kunjungan rombongan ekonomi ke negara-negara lain. Lawatan
sebegini menyebabkan lebih banyak negara luar menyedari kelebihan dan kepentingan
mendirikan perniagaan di Malaysia berdasarkan maklumat yang tepat diperoleh
daripada ahli-ahli rombongan ini. Kemasukan lebih banyak model asing ke negara ini
sudah pasti mampu menjana lebih banyak aktiviti ekonomi bersama-sama dengan pakej
ekonomi yang sebelum ini ditawarkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi.
Hal ini membutkikan bahawa usaha memperkenalkan negara ke mata dunia amat
penting terutama jika semua rombongan ini digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak
hanya sebagai satu lawatan sahaja.

Pihak swasta pula terutama ahli perniagaan turut mempunyai perana tersendiri yakni
mereka perlu sanggup berkorban ketika negara mengalami masalah kegawatan
ekonomi ini. Pengorbanan mereka itu boleh dijelmakan dalam bentuk mengurangkan
gaji atau ganjaran buat mereka dalam bentuk bonus dan sebagainya supaya wang itu
boleh digunakan untuk memastikan syarikat terus wujud lalu tidak membuang pekerja
yang boleh menambahkan jumlah pengangguran. Kehidupan mereka yang sudah lama
hidup mewah perlu dikorbankan demi kemajuan negara pada masa hadapan kerana jika
mereka masih mengaut keuntungan menerusi gaji dan bonus yang tinggi sudah pasti
syarikat mereka akan kekurangan sumber kewangan untuk mengharungi zaman
kemelesetan ini. Oleh itu, pihak swasta harus juga memikirkan orang lain dan tidak
hanya mamu menyelamatkan diri mereka sahaja dalam kegawatan sebegini.

Manakala pihak individu pula harus lebih positif mengharungi kegawatan ekonomi ini
dengan cuba meningkatkan lagi kemahiran diri mereka seperti menyambung belajar,
mengambil kursus jangka pendek dan meningkatkan prestasi diri. Sikap suka
meningkatkan kebolehan diri memastikan seseorang pekerja itu terus dihargai oleh
syarikat dan kemungkinan untuk dibuang kerja amat tipis. Malah, jika mereka dibuang
kerja pun, golongan yang positif seperti ini akan mudah menerima kerja baru kerana
mereka memiliki kemahiran lain yang sudah pasti diperlukan oleh syarikat lain pula atau
mungkin mereka boleh bekerja sendiri berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini.
Lantaran itu, semua orang harus melihat pendidikan sebagai satu proses jangka masa
panjang dalam hidup seseorang itu dan tidak menganggap pelajaran tamat selepas
meninggalkan bangku sekolah sahaja.

Kesimpulannya, masalah pengangguran ini memang boleh mencetuskan ketidakstabilan


jika negara gagal mengawalnya dengan baik berdasarkan pengalaman negara-negara
jiran kita terutama Indonesia. Pihak kerajaan bersama-sama swasta perlu menyedari
betapa pentingnya sikap bekerjasama untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa
yang terdekat ini. Tanpa kerjasama masalah ekonomi akan terus wujud lalu
menimbulkan banyak masalah kepada rakyat untuk mencari peluang kerja yang baik
terutama golongan muda yang baru sahaja keluar dari sekolah.

Pelan atasi pengangguran


Tuesday, 13 January 2009

Oleh Mohamad Sofee Razak

KADAR pengangguran global sangat membimbangkan banyak negara, termasuk


negara maju ketika dunia berhadapan dengan krisis ekonomi kronik yang
menyebabkan puluhan ribu hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.

Biarpun begitu, walaupun masalah pengangguran negara ini masih dalam keadaan
terkawal, sebagai langkah persediaan, memerlukan kerajaan merangka pelan
strategik bagi mengatasi kemungkinan yang boleh berlaku.

Pelan Tindakan Pekerjaan Nasional (NAPE) 2008-2010 yang dilancarkan bakal


menjadi landasan kepada kerajaan memberi tumpuan kepada usaha menangani
masalah pengangguran di negara kita.

Pelan itu bertindak sebagai langkah persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan
peningkatan dalam kadar pengangguran pada masa hadapan.

Pengangguran boleh berlaku kesan langsung krisis ekonomi global, suasana politik
tidak stabil, kebergantungan kepada tenaga buruh, teknologi, kepakaran asing dan
sebagainya. 

Mekanisme sistematik dan dinamik menangani masalah pengangguran mampu


bertindak balas terhadap permintaan rendah dalam pasaran buruh di samping
menjadi ejen perubahan dalam pasaran tenaga kerja dan mampu meningkatkan
daya saing negara dalam pasaran tenaga kerja global.

Bajet 2009 turut menekankan aspek pembangunan modal insan memandangkan


daya tahan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa akan datang banyak
bergantung kepada usaha membangunkan tenaga kerja.

Oleh itu, budaya cemerlang di semua peringkat tenaga kerja sama ada sektor awam
atau swasta perlu disemai bagi meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat
global.

Inisiatif dan perancangan yang sangat inovatif perlu bagi menjayakan usaha
mengurangkan jurang pengangguran di Malaysia.

Ini dilakukan dengan menggalakkan penciptaan peluang pekerjaan dan


keusahawanan kepada semua peringkat.

Di samping itu, rancangan menggalakkan penyesuaian dan mobiliti dalam pasaran


pekerjaan sangat perlu bagi memastikan komitmen dan pengekalan sumber tenaga
kerja serta menggalakkan pembangunan modal insan dan pembelajaran berterusan.
Pekerja berpengalaman dan berusia sangat penting diberi perhatian serta layanan
agar kepakaran dan kemahiran mereka dapat dimaksimumkan dan menjadi aset
utama kepada sesebuah organisasi.

Usaha mengukuhkan lagi kesamaan gender dalam setiap bidang pekerjaan yang
bersesuaian hendaklah dilaksanakan agar tidak wujud rasa tidak puas hati kepada
mana-mana individu.

Pelan menggalakkan integrasi pasaran buruh bagi golongan kurang bernasib baik
serta memastikan setiap kerja dibayar sewajarnya sangat penting dan konsisten.

Melihat kepada krisis pengangguran global, termasuk di Amerika Syarikat, China


dan lain-lain, kerajaan perlu mempunyai pelan tindakan yang menjadi agenda utama
negara dalam menyediakan hala tuju, langkah persediaan bijak dan strategik dalam
menetapkan keutamaan serta peluang pekerjaan di pasaran buruh negara.

Dalam masa sama, kerajaan perlu memastikan kadar pengangguran dapat


dikekalkan pada empat peratus tahun lalu dan tahun ini walaupun krisis ekonomi
semasa akan memaksa langkah penjimatan majikan.

Melalui langkah, persediaan dan pelan yang dirangka, angka itu adalah kadar yang
boleh diurus dan diyakini dapat dikekalkan kerajaan.

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang dan peluang
pekerjaan semakin terbatas, kerajaan bakal berdepan dua cabaran besar iaitu
memastikan rakyat mempunyai pekerjaan dan mengekalkan pekerjaan mereka serta
lepasan universiti mempunyai tempat dalam pasaran.

Masalah kedua pula mengekalkan aliran kredit bagi memastikan pemilik perniagaan
dapat meneruskan operasi perniagaan dengan dana latihan yang diperuntukkan
kerajaan.

Oleh itu, masalah pengangguran rakyat diyakini dapat dikurangkan seminimum


mungkin pada masa hadapan.
Biarpun begitu, diharapkan kadar pembuangan pekerja kali ini tidak seburuk ketika
krisis ekonomi 1997 dan 1980-an apabila melalui pelbagai inisiatif, kerajaan dan
semua pihak berusaha mengurangkan kadar pengangguran empat peratus ketika
ini.

Menurut Keynes, negara yang mempunyai kadar pengangguran empat peratus atau
kurang menunjukkan negara itu mencapai guna tenaga penuh.

Justeru, bagi memastikan kejayaan itu, kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi
dana latihan dalam usaha menyediakan peluang kepada pekerja meningkatkan
kemahiran mereka.

Pengangguran dikategorikan sebagai tenaga buruh tetapi tidak menyumbang


kepada keluaran negara.

Pengangguran boleh didefinisikan sebagai tenaga buruh yang tidak melakukan


sebarang aktiviti ekonomi tetapi sedang giat mencari pekerjaan dalam ekonomi.

Kadar pengangguran dari tahun 1996 hingga tahun 2000 adalah turun naik iaitu
pada 1996 dan 1997, kadar pengangguran turun daripada 2.5% kepada 2.4%.

Pada 1998 pula, kadar pengangguran semakin meningkat kepada 3.2% dan
kemudian menurun daripada 3.0% dalam 1998 kepada 2.9% dalam 2000.

Masalah pengangguran di Malaysia masih rendah berbanding negara maju. Jerman


misalnya, kadar penganggurannya kira-kira 12 peratus, Perancis (9 peratus),
Amerika Syarikat (5.5 peratus) dan Jepun antara 4 hingga 5 peratus pada 2004.

Pengangguran dalam sesebuah negara akan menimbulkan kesan ekonomi dan


sosial iaitu terhadap sektor ekonomi ialah berlakunya pengurangan keluaran negara.

Taraf hidup rakyat juga menurun memandangkan ia diukur dengan menggunakan


pendapatan perkapita.

Apabila pendapatan perkapita rendah, taraf hidup penduduk juga rendah.


Untuk itu, antara inisiatif dirancang ialah meningkatkan peranan laman web
JobMalaysia menerusi proses penjenamaan semula.

Tugas itu diamanahkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang akan
mempromosikan laman web berkenaan ke seluruh negara.

Masalah pengangguran amat membimbangkan kerana kadar pengangguran tinggi


boleh mengurangkan pendapatan negara dan memberi kesan langsung kepada
jumlah pungutan cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat.

Kerajaan akan kekurangan dana dan sumber pendapatan. Ia akan melambatkan


proses pembangunan negara apabila kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai
kemudahan infrastruktur untuk menjana pertumbuhan ekonomi di samping
menambahkan lagi jurang kemiskinan dalam masyarakat.

Pengangguran jika tidak dikawal dan ditangani secara holistik akan memberi kesan
kepada struktur sosial dan budaya yang boleh mewujudkan suasana tidak tenteram
dalam keluarga dan masyarakat di samping meningkatkan kejadian antisosial.

Ini akibat masalah kewangan daripada pengangguran yang teruk. Penganggur


sanggup merompak, culik, bunuh dan sebagainya untuk mendapatkan wang serta
meningkatkan masalah tekanan jiwa dan tiada keyakinan diri seseorang.

Oleh itu, majikan, persatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak
terbabit perlu terus memberi maklum balas serta kerjasama dengan Kementerian
Sumber Manusia bagi menjayakan pelan menangani masalah pengangguran.

Tumpuan utama kerajaan perlu diberikan kepada program pembangunan kemahiran


dan latihan, termasuk meningkatkan dan memperbaharui kemahiran pekerja dari
semasa ke semasa.

Bagi menggalakkan penciptaan pekerjaan, lebih banyak peluang mesti diwujudkan


dalam sektor berasaskan teknologi dan pengetahuan serta bidang yang mampu
menawarkan bidang pekerjaan baru seperti bidang keusahawanan, pertanian,
pengurusan dan kejuruteraan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), penyelidikan
dan pembangunan (R&D).

(Harian Metro, 13 Januari 208)

You might also like