Hari

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Tarikh : 17/01/2011

Tajuk: mengukur suhu air apabila dipanaskan

Tujuan: untuk mengkaji suhu air terhadap tempoh masa pemanasan

Pernyataan masalah: apakah yang berlaku pada suhu air apabila dipanaskan ?

Hipotesis : semakin bertambah tempoh masa pemanasan semakin meningkat suhu air
sehingga mencapai takat didih

Pemboleh ubah

Dimanipulasi : tempoh masa

Bergerak balas : suhu air suling

Dimalarkan : isipadu air suling

Bahan/radas :

Air suling, tungku kaki tiga, termometer, bikar, penunu Bunsen, jam randik, kasa dawai

Prosedur :

1. 150 ml air suling dimasukkan ke dalam bikar.


2. Suhu awal air suling di ambil dengan menggunakan termometer dan direkodkan
3. Radas disusun seperti rajah dibawah.
4. Air tersebut dipanaskan perlahan-lahan dengan menggunakan penunu bunsen.
5. Jam randik digunakan untuk mengukur masa pemanasan sebaik sahaja
pemanasan bermula.
6. Kenaikan suhu air dicatatkan setiap 5 minit pemanasan iaitu pada minit ke
5,10,15,20 dan 25.
7. Keputusan dicatatkan di dalam jadual.
Keputusan :

Masa/
0 5 10 15 20 25
minit
Suhu /
27 50 85 100 100 100
°C

Perbincangan :
1. Suhu air akan terus meningkat sehingga air suling mendidih pada suhu 100°C
2. Pastikan termometer diletakkan tegak dan tidak menyentuh permukaan bikar
3. Bebuli termometer berada di dalam air
4. Pastikan kedudukan aras mata dengan aras bacaan termometer bertentangan
semasa mengambil bacaan suhu untuk mengelakkan ralat bacaan.
5. Suhu air suling berkadar langsung dengan masa pemanasan sehingga air
mencapai takat didih.

Kesimpulan:

Hipotesis diterima, suhu air meningkat apabila haba dibekalkan sehingga air mencapai
takat didih iaitu 100°C

Kemahiran Saintifik :
1. Memerhati :
Kemahiran ini digunakan untuk memerhatikan apa yang dapat dilihat semasa
eksperimen dijalankan. Dalam eksperimen ini,perlu memerhati suhu pada
bacaan termometer semasa eksperimen dijalankan. Permerhatian yang dibuat
untuk mendapatkan bacaan termometer yang tepat iaitu memastikan aras
kedudukan mata bertentangan dengan bacaan thermometer untuk mengelakkan
ralat bacaan.

2. Mengukur dan menggunakan nombor :


Mengukur secara kuantitatif dengan menggunakan alat berunit piawai seperti
jam randik dalam minit dan termometer dalam unit (°C). Pengukuran menjadikan
pemerhatian lebih jitu dengan mendapat bacaan yang lebih tepat. Jam randik
digunakan untuk mengukur masa pemanasan air. Termometer pula untuk
mengukur suhu air suling.

3. Berkomunikasi :

Mengemukakan idea dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, graf,


gambarajah, model atau jadual. Jadual digunakan untuk merekod bacaan suhu
dengan tempoh masa pemanasan. Seterusnya satu graf telah dilukiskan untuk
mendapatkan gambaran keputusan dengan lebih jelas.

4. Meramal :

Meramal merupakan proses untuk menentu dan menjangkakan hasil, perubahan


yang akan berlaku semasa eksperimen dijalankan. Dalam eksperimen ini, suhu
akan bertambah jika haba dibekalkan. Apabila air mencapai takat didih suhu air
menjadi tetap iatu 100°C.

5. Menganalisis data:
Data yang diperoleh di analisis, dalam eksperimen ini, suhu akan bertambah jika
haba dibekalkan dan suhu air akan mencapai takat didih pada suhu 100°C. suhu
air akan tetap pada 100°C walaupun pemanasan masih berlaku pada minit ke-15
dan seterusnya.

6. Mengawal pembolehubah :
Menentukan pemboleh ubah sebelum melakukan eksperimen untuk
mendapatakn tujuan eksperimen. Dalam eksperimen ini adalah untuk mengkaji
suhu air terhadap tempoh masa pemanasan.

7. Membuat hipotesis :
Membuat sesuatu kenyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan
sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada eksperimen yang
dijalankan. Eksperimen ini mengkaji suhu air terhadap masa pemanasan yang
dibekalkan. semakin bertambah tempoh masa pemanasan semakin meningkat
suhu air sehingga mencapai takat didih

You might also like