Surat Balasan Audit

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU MENGKUANG

34140 RANTAU PANJANG, PERAK

Email : aba6041@1bestarinet.yes.my Tel/Faks : 016-5353496 (rasmi)

Ruj. Kami : SKUM/04/09/003

Tarikh : 14.11.2013
Bahagian Audit Sekolah Negeri Perak
Cawangan Taiping
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tingkat 5 Wisma Persekutuan Taiping
Jalan Istana Larut
34000 Taiping, Perak.

Tuan,

Jawapan Laporan Audit Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan mengambil tindakan atas setiap teguran berikut:-

i. Penyelenggaraan Daftar Bil

Tiada catatan/rekod pada daftar bil. Pihak sekolah akan memastikan penyemakan
dilakukan setiap sebulan sekali.

ii. Tiada Penyata Penyesuaian Bank pada Jun, Julai, Ogos dan September 2012
Pihak sekolah akan memastikan penyata disediakan setiap bulan dan difailkan secara
berasingan.

iii. Sewa Kantin 2012

Setiap bayaran akan dijelaskan dalam tempoh seminggu pada bulan yang berikutnya

3. Pihak sekolah akan mematuhi dasar perakaunan yang telah ditetapkan dalam penyediaan dalam
penyediaan penyata kewangan sekolah.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………………..
MOHAMAD POAD BIN AWANG KECHIK
Guru Besar
SK Ulu Mengkuang
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU MENGKUANG
34140 RANTAU PANJANG, PERAK
Email : aba6041@1bestarinet.yes.my Tel/Faks : 016-5353496 (rasmi)

Ruj. Kami : SKUM/04/09/003

Tarikh : 05 MAC 2014

Bahagian Audit Sekolah Negeri Perak

Cawangan Taiping
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tingkat 5 Wisma Persekutuan Taiping
Jalan Istana Larut
34000 Taiping, Perak.

Tuan,

DOKUMEN SUSULAN PATSKOM 2013

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Bersama-sama ini disertakan dokumen –dokumen berikut berikutan terdapat laporan dari akaun
kerajaan 2013 yang tidak lengkap dan tidak dicetak.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………………..
MOHAMAD POAD BIN AWANG KECHIK
Guru Besar
SK Ulu Mengkuang
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU MENGKUANG
34140 RANTAU PANJANG, PERAK
Email : aba6041@1bestarinet.yes.my Tel/Faks : 016-5353496 (rasmi)

Ruj. Kami : SKUM/04/09/003

Tarikh : 02.09.2014

Bahagian Audit Sekolah Negeri Perak

Cawangan Taiping
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tingkat 5 Wisma Persekutuan Taiping
Jalan Istana Larut
34000 Taiping, Perak.

Tuan,

Jawapan Laporan Audit Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2013

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan mengambil tindakan atas setiap teguran berikut:-

i. Buku Tunai
Tiada tandatangan pada akhir setiap bulan oleh penyedia dan pengesah. Pihak sekolah
akan memastikan tarikh diletak pada setiap kali akaun ditutup

ii. Penyata Penyesuaian Bank

Pihak sekolah akan memastikan tarikh diletakkan di penyata. Tarikh berpandukan pada
tarikh setiap penyata bank diterima

iii. Baucer bayaran

Tiada tarikh pada ruang tandatangan penyedia baucer dan pengesah. Pihak sekolah
akan memastikan tarikh diletak dibawah tandatangan untuk baucer tahun seterusnya.

iv. Akaun Subsidiari

Sekolah akan melengkapkan sepenuhnya ruang Jumlah Terimaan dan Bayaran Sehingga
Tarikh

v. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun

Menyuarat hanya dijalankan sebanyak 3 kali sahaja. Untuk tahun berikutnya menyuarat
kewangan akan dijalankan sebanyak 4 kali seperti yang disarankan.

3. Pihak sekolah akan mematuhi dasar perakaunan yang telah ditetapkan dalam penyediaan dalam
penyediaan penyata kewangan sekolah.
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU MENGKUANG
34140 RANTAU PANJANG, PERAK
Email : aba6041@1bestarinet.yes.my Tel/Faks : 016-5353496 (rasmi)

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………………..
MOHAMAD POAD BIN AWANG KECHIK
Guru Besar
SK Ulu Mengkuang
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU MENGKUANG
34140 RANTAU PANJANG, PERAK
Email : aba6041@1bestarinet.yes.my Tel/Faks : 016-5353496 (rasmi)

Ruj. Kami : SKUM/04/09/003

Tarikh : 12 Januari 2016

Bahagian Audit Sekolah Negeri Perak

Cawangan Taiping
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tingkat 5 Wisma Persekutuan Taiping
Jalan Istana Larut, 34000 Taiping, Perak.
(u.p : Pn Elani)

Tuan,

Jawapan Laporan Audit Bagi Penyata Kewangan Sekolah Tahun 2014

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan mengambil tindakan atas setiap teguran berikut:-

i. Buku Tunai
Pengimbangan Buku Tunai di Kumpulan Wang Kerajaan dan Suwa bagi bulan November
dan Disember telah lewat diimbang pada bulan berikutnya. Pihak sekolah akan
memastikan Buku Tunai akan diimbang pada hujung bulan semasa.

ii. Resit
-Setiap buku resit yang diterima akan dibuat penyemakan dan membuat akuan
penyemakan di helaian pertama salinan pejabat dalam buku resit.
-Setiap penerimaan buku resit dan pengeluaran buku resit akan didaftarkan di Daftar
Stok Buku Resit.

iii. Slip Bayar Masuk Bank

Tiada tarikh semakan setelah cop dan tandatangan diturunkan oleh Pengurus Sekolah.
Pihak sekolah akan memastikan tarikh diletak dibawah tandatangan untuk tahun
seterusnya.

iv. Buku Tunai Panjar Wang Runcit

Untuk tahun berikutnya sekolah akan menggunakan Buku Tunai Panjar Wang Runcit dari
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.